《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 4 ~ Okay ~
Advertisement
sejam aku berjalan mengelilingi kawasan universiti. Saja nak buat lawatan secara menyeluruh. Minggu lepas, hanya sempat melawat fakulti psikologi. Baru seminggu kelas bermula, otakku dah tertekan dengan pelbagai perkara. Padanlah dengan muka sendiri, gatal tangan sangat pergi ambil sepuluh subjek, bersamaan 21.5 credit hours.
Ah, kalau macam ni, bercinta dengan assignment sajalah jawabnya.
Meskipun penat, terpaksa juga aku lawan. Biasalah belajar, mana ada mudah. Sebab itu kejayaan hanya memilih segelintir manusia yang benar-benar ingin bersusah payah. Kerana semua orang idamkan masa depan yang cerah, tapi tak ramai yang mahu bersengkang mata, berusaha sehabis mungkin untuk melawan peritnya tak berilmu.
Surah Al Mujadalah, ayat 11 juga menyatakan bahawa darjat orang-orang berilmu diangkat serta dimuliakan di sisi-Nya. Nabi Muhammad, rasul utusan Allah yang terakhir juga pernah berkata bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim, tak kira lelaki mahupun perempuan.
Jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi, aku pandang sekilas. Nak balik dah ke? Getusku. Jalan masih lengang sebab hari minggu. Sengaja aku berjalan awal, malas nak bertembung dengan makhluk-makhluk asing yang berkeliaran.
Tak larat pula fasal, aku putuskan untuk kembali ke bilik. Lagipula, kejap lagi kena tolong kejutkan Naura yang masih membuta. Dia kena ke hospital untuk ujian apa entah. Tak faham dengan bahasa-bahasa canggih budak medic.
Saat aku melepasi satu taman khas untuk pelajar universiti bersenam, mataku terkunci pada satu figura yang sedang berkelakuan agak membimbangkan. Sejurus itu, aku ayun kaki dua kali ganda lebih laju ke kawasan tersebut.
"Pak cik? Pak cik okey ke? Boleh saya tolong apa-apa ke?" Kalut aku bertanya keadaanya. Nampak gaya, lelaki berumur itu kekurangan oksigen, atau bahasa mudahnya sesak nafas. Boleh jadi juga pak cik itu terkena serangan asma.
"Beg... Beg..."
Memahami kemahuannya, beg pak cik itu yang terdampar di lantai, aku kutip sepantas mungkin. Mencari apa-apa yang boleh membantu memulihkan keadaannya.
Inhaler!
Benar tekaanku, pak cik itu ada asma. Penutup inhaler, aku cabut, lalu aku masukkan muncung inhaler tersebut ke dalam mulut pak cik itu. Selepas menyedut dan ulangi perbuatan yang sama beberapa kali, sesak nafasnya kian reda.
Aku hela nafas lega. Awal-awal pagi dah ada sinetron baru.
"Pak cik ada asma ke?"
Kening putihnya terangkat.
"Pak cik?" Dia bertanya kembali.
Tak berkedip seketika aku amati wajahnya. Pak cik ni ada masalah pendengaran ke?
"Pak cik boleh ke nak jalan sorang-sorang ke? Saya order Grab sekejap ya..." Aku lontarkan suara sekuat yang mampu. Nak bagi pak cik itu dengar dengan jelas.
Giliran pak cik berwajah cerah itu pula tengok muka aku tak berkedip, sebelum tawa besarnya meletus.
Advertisement
Aku ada buat rancangan lawak sensasi ke tadi?
"Just call me grandpa, honey. I'm way too old to be called 'pak cik'. I dah ada cicit tau." Dia tersenyum lebar, macam tak ada apa-apa drama berlaku beberapa saat yang lepas.
Okey, dia tak ada masalah pendengaran. Tapi... Atuk ni tengah nak try perempuan baya cucu dia ke apa?
"Okay..."
"Thanks for helping me out. Your parents must have raised you well. Pasal Grab tadi tu, no need. Grandpa dah call somebody to pick me up."
Mendengar dia bahasakan diri grandpa, aku berasa sedikit lega. Mungkin dia memang jenis lelaki bermulut manis. Dihoneykan saja sesiapa yang dia nak. Nasib ibu tak dengar. Kalau tak, tak pasal-pasal aku dituduh ada affair dengan atuk-atuk.
"Don't mention it, pak... Erm, grandpa. Kalau macam tu, saya pergi dulu ya." Berbelit lidahku hendak memanggilnya dengan gelaran asing itu.
"Oh, that's the car. Nak join sekali? Grandpa boleh tolong hantarkan awak ke asrama."
Aku terteguk air liur. Lain macam rasanya pak cik ni. Tadi sesak nafas, sekarang macam okey saja. Dia berlakon ke tadi? Bukan apa, love scammer pun banyak sekarang ni. Tahu-tahu saja duit dalam akaun bank lesap. Tapi, tak adalah aku kebulur sangat nak bercinta dengan atuk orang.
"Eh, tak apa. Saya memang suka berjalan. Grandpa pergilah, kesian orang tu dah tunggu."
"All right, dear. Hope to see you again! Kalau nampak grandpa nanti tegur je tau, nanti grandpa belanja makan. I wish to do it now but I have appointments. I'll go first. Bye, take care, sweety!" Dia berkata rancak, melambaikan tangan, lalu memasuki perut kereta Mercedez berwarna hitam.
Aku sekadar angguk, tak mahu beria sangat. Sesudah bayangnya hilang bersama kereta tersebut, aku lepaskan keluhan berat. Tolong pun bahaya, tak tolong pun bahaya. Aduh, dunia dunia.
" you sebab tunggu, Adi. Sorry, aku gerak roommate aku sampai nak reban bilik tadi. Dia ada test, tapi tengah nazak lagi atas katil. Haih, risau aku," ucapku, masih termengah. Terpaksa buat larian maraton. Risau Adi terpaksa bermandi penuh menunggu aku di luar kawasan asrama perempuan. Habis cair makeupnya nanti.
"Not a big deal. Aku faham. Roommate aku pun sama je macam kau. Susah sangat, kita jodohkan jelah dua budak ni." Sempat lagi Adi mengomel persis mak-mak nak sekolahkan anak.
"Kau nak jumpa awal ni apesal? Lagi sejam kut kelas kita."
"Aku mengidam nak makan dimsum sebenarnya. Jomlah teman aku pergi makan dekat kafe Faculty of Engineering. Orang cakap budak-budak engineer ni handsome tau. Tak sabarnya aku nak tengok, nyah!" ujar Adi penuh keterujaan. Penyakit gedik kuasa duanya dah muncul.
Advertisement
Menggelegak satu badan aku pandang mamat depan aku ni.
"Kau... Lantak kaulah nak menggedik macam sotong kurita ke, sotong mak aku buat masak sambal tu ke, Squidward Tentacles ke, kalau nak kawan dengan aku, make sure kau straight eh. Aku tak nak kena laknat sebab bersubahat dengan kau. Ingat umat Nabi Luth kena azab..."
Adi julingkan mata. Dah muak agaknya dengar tazkirah yang sama sejak kami berkawan.
"Tahulah, ustazah! Hish, gurau pun tak boleh. Memanglah aku ni lembut sikit, tapi dalam taman hati aku ni dah tersedia khas untuk insan bernama wanita."
"Gitew!"
Kami berkongsi tawa. Berjalan beriringan ke kafe yang Adi maksudkan. Aku arahkan Adi ikut jalan tikus yang aku temui beberapa hari lepas. Jimat sikit masa dan tenaga. Senang saja, jalan itu terletak di belakang fakulti kami. Berhampiran tempat parkir kereta pensyarah.
Pon pon pon!
Lari berterabur aku dan Adi sejurus mendengar bunyi hon melalak. Aku toleh ke sisi, melihat pemandu tak berhemah itu. Cis, tak nampak. Set-set pemilik kereta mahal memang suka pilih tint yang gelap kelabu asap untuk tingkap kereta. Penakut tu cakap jelah!
Kereta Mini Cooper berwarna oren meluncur laju memasuki salah satu kotak khas untuk parking kereta. Geram pula aku dengan manusia bajet kayangan ni. Tahulah kereta tu hebat, bawalah macam manusia sikit. Ini tak, dah macam lembu terlepas dari zoo.
"Hampir je aku tercarut tadi. Ish, tak adil betul dunia ni. Manusia-manusia macam tulah yang patut diuji dengan kesusahan, biar dia tahu bertapa terseksanya berpeluh ketiak berjalan kaki nak ke kelas." Sesi berleter Adi terus terkeluar.
"Itulah lumrah hidup, Adi oi. Nak senang, kita kahwin je dengan owner universiti ni. Nak masuk nanti, laju je. Tak ada roadblock dah." Aku jongketkan kening. Memberi idea yang boleh tahan bijak.
Adi tayang muka pasrah.
"Masalahnya, nak ke diorang dekat kita? Muka pun dah macam sambal belacan basi."
Aku meniru lagak wajahnya.
"Itulah masalahnya..."
Kami teruskan perjalanan ke kawasan parkir lengang itu. Kami melangkah cepat, nak kejar masa. Namun, bicara Adi mematikan langkahku. Dia tercegat, melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Kenapa?"
"Tu..." Jari telunjuknya tak segan silu dihalakan pada kelibat seorang perempuan yang baru keluar daripada kereta Mini Cooper tadi. Perlahan-lahan, jari yang sama digerakkan ke arah bertentangan.
Dr Khairul?
Sama seperti dia, tubuhku turut mengeras. Ternampak Khairul dan wanita itu berbalas pandangan dan senyuman penuh makna yang sukar dijelaskan dengan kata. Seketika kemudian, Khairul mendepakan tangan sasanya, lalu sedar-sedar saja tubuh perempuan itu melekap pada tubuhnya.
"I love you, I love you, I love you! I miss you so much!" laung perempuan berpakaian serba-serbi terbuka itu. Baju tidak berlengan itu sudah cukup labuh, tapi, ada potongan punya cantik sampai ke paha, menampakkan paha gebunya yang bergesel dengan kaki Khairul.
Tanpa segan silu, dia mengucup wajah Khairul macam gula-gula yang sedap dimakan begitu saja, membuatkan lelaki itu tertawa besar. Mudah saja Khairul mendukung tubuh itu sehingga kasut tumit tinggi perempuan berambut coklat itu tak lagi bertemu jalan.
Itu... Itu kali pertama aku nampak Khairul bergelak sakan dan tersenyum selebar itu.
Malas nak jadi penonton drama tak bertauliah, aku alihkan pandangan, menatap kosong tar jalan. Tak suka melihat kedua insan itu bermesra di kawasan umum. Kalau dah tak sabar sangat, asal tak jumpa dekat hotel terus?! Hatiku memberontak.
"Kau okey ke, Didi?"
"Kenapa tak okey pulak? None of my business." Aku berdalih.
"Tapi mata kau... Ada air mata..."
Air mata? Aku pegang kedua belah pipiku. Adi tak bohong, pipiku basah tanpa aku sedari. Tapi sebab apa? Hujankah? Aku memandang langit, cerah saja. Sumpah, aku tak faham. Mana datangnya titisan jernih ni? Sebab apa?
"Kau ada benda nak luah dekat aku ke? Are you really okay?"
"I'm totally fine. No worries."
Aku kembali menyaksikan dua hamba Allah itu berlalu ke kawasan fakulti. Bukan main manja perempuan itu memeluk lengan Khairul, seperti ingin memberitahu dunia yang lelaki itu miliknya. Siap lentokkan kepala pada bahu lelaki itu lagi.
Kepala aku geleng. Itu urusan mereka, bukan aku. Langkah yang terbantut akibat pertunjukan tak bertamadun tadi, aku kayuh semua. Aku terus-menerus melangkah tanpa arah tujuan. Tak sedar yang aku berpusing di tempat yang sama selama sepuluh minit.
"I'm sorry... Aku... Aku tak ingat..." Aku cepat-cepat kesat air mata yang menuruni pipi. Rasa sebal kerana susahkan Adi.
Dia sekadar geleng, tersenyum nipis.
"Kita guna jalan biasa. It's okay, biasalah kalau tak ingat jalan. Aku dah biasa, kakak-kakak aku pun selalu aniaya aku macam ni." Dia kembali bangkitkan semangatku.
Kata-katanya aku balas dengan senyuman besar.
"Thank you, Adudu. Jom, aku belanja kau makan dimsum. Tak sabar jugak nak tengok mamat-mamat handsome dekat sana."
Sekelip mata saja, aku mampu menukar suis perasaanku. Ya, lepas apa yang aku lalui dalam hidup, meskipun kadang kala terbabas, mengawal perasaan sememangnya kepakaranku. Apatah lagi selepas pemergian Zack, lelaki yang pernah aku cintai sepenuh hati.
_______
Sumber:
https://rumaysho.com/18775-hadits-arbain-13-mencintainya-seperti-mencintai-diri-sendiri.html
Advertisement
- In Serial80 Chapters
My Destined Alpha Mate
I was walking down the hallway when all of the Sudden I feel a hand grab me and pull me into a janitors closet . I let out a scream , not knowing who had pulled my arm . I look up to be met with the most beautiful eyes I had ever seen . I hadn't noticed before ... there were sparks shooting up my arm and his scent was making me weak at the knees . "Mate" "What's your name beautiful "- Souline ... Souline Mikealson - "Beautiful " He just started at me for who knows how long , not that I could look away ... his god like features stopped me from looking away . He leaned down to my neck and I could feel he's breath on my neck causing me to shiver , I turned my head to give him more access. He kissed my neck causing me to let out a quiet moan . He looked at me in the eyes and then walked out . ........................................
8 619 - In Serial104 Chapters
the festival ; pjm ✓
there was someone behind you, not really behind you, but beside you.the empty side of your bed sunk as you were about to sleep.you live alone.-"You made a deal with the devil, peaches," "You're a ghost!" you snarled, fury bubbling within you as you stared at the smirking phantom."When you said we had to save your friends, you didn't mention the fact that I, a mortal, had to go down to hell."[completed]
8 201 - In Serial14 Chapters
Rescue Ladybug
Marinette can't stop thinking about what happened when Chat Noir becomes Chat Blanc. Worried about reapeating the future she takes the dangerous path to to prevent it. Her self sacrifice and heroism however will lead to a darker path and only Chat Noir can save her.Also check Start overBefore the Miraculous 🌠 who is he kissing,💋 Miraculous Curses of the Mermaid Treasure🐬, Miraculous curses of the Mermaid Treasure 2🐳Saving Chat Noir🐞Saving LadybugSinful Nap
8 76 - In Serial29 Chapters
Forbidden
He startled me when his hands gripped my hips pulling me into his body, my hands resting on his warm chest. I looked up to find him staring at me, but something was different, his bluish orbs sparking with lust. He leaned down until our noses touched and I stopped breathing, only to hear him say, "Mine."Serena had a rough start in life, even more so with her father as the Alpha of the pack. For seventeen years she had no choice but to follow the rules specially when her life was already decided. However, one night, a man and the first look they shared, were all it took for everything to change and her future to become threatened.Now with the responsibility of becoming the next Luna, her hot-tempered father and the unexpected man, Serena will have to make an important choice that will not only risk everything she has worked so hard on, but losing the only person that makes her feel completely alive too...
8 227 - In Serial42 Chapters
Her Given (Editing)
She's an angel as bright as the sunshine, even when the darkness threatens to consume her, and she's just trying to find her place in this world to protect her Given.They're three shifters of the night, wolves wearing human skin, and they're just trying to fill in the missing pieces to their hearts-hearts that have always been owned by an angel they've never even met, an angel that isn't even aware of it herself yet.There's an evil threatening to destroy their newfound love, a being of darkness and hate and bitter resentment.Will the girl with oceans for eyes, silver for hair, and gold for a heart be able to stop this evil, along with the werewolves that love her? Or will she plunge into the darkness that's threatening to scuff out her ethereal light?♡♡♡WARNING!Will have cursing, sexual content, a polyamorous relationship, and themes of violence and SA.☆☆Completed (May 4, 2019)☆☆
8 133 - In Serial64 Chapters
Want you Back
Highest rankings:Ex-boyfriend: #1 (6th Feb 2020)Follow my instagram for any updates and if you wanna ask me anything-@nikki_k123Mia Stewart is dealing with heartbreak after her now, ex-boyfriend, broke up with her after being together for 3 years. She's hiding the fact that she still likes him and is doing great, keeping in mind that she has to hang out with him every single day since all their friends are common. At the end of the summer party, she ends up kissing him for a dare and learning that he wants her back... How will he get her back and how will they survive the whole reason for the break-up?....."God, Ryder! Why did you kiss me? You can't just do things whenever you feel like it! I-" she was shouting but I cut her off. "I want you back, Mia."ALL RIGHTS RESERVED
8 194

