《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 6 ~ Bahagia ~
Advertisement
", awak tak nak keluar jogging sekali tak?" Aku bertanya dari muka pintu, mengikat kejap tali kasut sukan. Kepala aku toleh ke belakang, melihat bilik Naura yang masih gelap. Entah kenapa, kebelakangan ni, teman sebilik aku tu susah sangat nak keluar bilik. Nak nampak dia makan pun jarang.
"Awak pergilah, saya penat. Nak rehat," jawabnya dengan nada tak bermaya.
Aku mengeluh.
"Kalau awak tak sihat, saya boleh temankan ke hospital. Nak tak?" Tak mengalah, aku bertanyakan lagi soal kesihatannya.
Bukan apa, beberapa hari lepas, ada beberapa orang kawan sekelasnya menegurku. Kata mereka, dah tiga hari dia tak hadirkan diri ke kelas. Padahal, sebelum ni, dia sangat terkenal dengan sikap tekun dan rajin.
"Tak nak. Saya nak tidur je, awak pergilah."
Aku akur, mula menapak ke arah tangga. Jam menunjukkan pukul enam petang. Malam nanti, lepas isyak, aku akan bertolak balik ke rumah. Alhamdulillah, tempat belajarku terletak sangat dekat dengan rumah. Jadi, kalau nak pulang selalu pun tak menjadi masalah. Lagipun, Si Daniel dan Dalia dah merengek, katanya bosan kalau aku tak ada.
Ergh, mengada betul dua anak pungut ni.
Sebenarnya, ibu dan abah yang suruh balik untuk hadiri satu kenduri di rumah Mak Long Nor. Biasalah, ibu tak ada lesen memandu, abah pula ada masalah sakit belakang, tak boleh memandu lama. Jadi, akulah satu-satunya pemandu tak berbayar yang ada.
"Didi!" tegur beberapa rakan sekelas lelaki sambil mengayunkan tangan. Set geng kaya yang suka melepak dengan kawan-kawan pada waktu senja. Tengok sajalah jenama kereta yang mereka hempap dengan bontot tu, dah tak tahu nak buang duit dekat mana agaknya.
Bagi dekat aku lagi baik.
Kepala aku tunduk sebagai tanda hormat, tak ada selera nak membalas teguran mereka.
"Berlagak eh..." Seorang lelaki berseluar jeans koyak di lutut melepaskan satu tali yang digenggamnya sejak tadi.
"Wuk wuk wuk!"
Aku undur ke belakang, terkejut beruk.
An...anjing!
"Awak buat apa ni? Ambiklah anjing awak balik!" Aku mengarah lelaki itu. Dia sedang duduk di sisi Aiden, sepupu Hazel yang sentiasa tayang wajah kurang berzat.
"Wuk wuk wuk!" Anjing berbulu putih itu semakin galak datang dekat, siap lompat-lompat lagi.
Aku mula gelabah. Tubuhku menggeletar, menahan rasa geram dan takut dalam masa yang sama. Nak minta tolong orang terdekat pun tak ada kerana dah nak masuk waktu maghrib. Jalan hendak pulang ke asrama perempuan dah lengang.
Melihat lima jembalang itu seronok menggelakkan aku, tubuhku berapi.
"Woi hanjing! Ambik anjing kau cepat, sebelum aku sunat anjing ni!" Aku jerkah kuat. Anjing yang tadinya melalak juga terdiam mendengar aku memekik. Giliran dia pula yang berundur ke belakang.
Tak sempat lelaki berambut panjang itu membuka mulut, perdebatan kami dihentikan oleh satu bunyi kuat.
Pon pon pon!
Satu motosikal Honda petak yang tampak agak nazak mendekati kami. Sempoi saja seorang lelaki berusia memberhentikan motornya berdepan denganku. Tak berkedip aku melihatnya. Sudahlah helmet langsung tak pakai, boleh pula dia santai saja mengenakan pakaian sukan.
Advertisement
"Grandpa?" Aku terlebih dahulu membuka mulut. Jika aku tak salah, itulah pak cik yang diserang asma beberapa minggu lepas.
"Yes, dear." Dia menjawab lembut.
Namun, dalam sekelip mata saja, wajahnya bertukar serius. Lama dia pandang anjing berhampiran aku dan sekumpulan lelaki itu silih berganti.
"Ni anjing siapa ni? Baik ambik cepat sebelum saya jual nanti."
Aku tahan gelak. Tona suara dah tegas, tapi ayat tu merapulah pula.
"Dia yang tak handsome tu grandpa. Main campak je anjing dia sesuka hati," aduku dalam nada berbisik, siap tayang riak simpati lagi. Ingat universiti ni dia punya ke? Sudahlah pakai baju kurang beretika, terkoyak sana sini. Aku yang tengok pun stres.
Lelaki itu kemudian takut-takut mengambil kembali anjing peliharaannya. Muka macam Melayu habis, tapi bela anjing pula. Siap dibawa ke sana sini pula tu. Huh, lantak dialah nak buat apa pun, janji aku bahagia.
Kesemua lelaki itu masuk ke kereta sport masing-masing. Enjin deras mereka berderu kuat sebelum lesap dari pandanganku.
"Fuh..." Nafas lega, aku lepaskan. Hilang dah satu bala.
"Nama you apa?" tanya pak cik itu tiba-tiba.
Aku terdiam seketika. Menilik riak di wajahnya. Macam hari tu, meskipun bicaranya ada unsur-unsur nak try orang, tapi dia nampak baik dan tulus.
"Diana Eirina, panggil Didi je. Nama grandpa pulak apa? Pelik pulak kalau saya tak tahu nama grandpa. Main panggil je."
"Nama grandpa Khalid. Nama orang tua-tua, tak adalah glamour macam you. Tapi kalau nak panggil Khakha pun boleh."
Gelak kecilku terhambur keluar. Mentang-mentang nama aku dari Diana bertukar ke Didi. Dia pun ada hati nak ubah Khalis ke Khakha. Kah kah kah!
"Lain kali, kalau nak exercise, ajaklah kawan. Grandpa dah tua sangat dah nak jadi hero you. Lelaki kurang kelelakian macam diorang tu takyah layan sangat. Buang air liur je. Tu pakat balik mengadu dekat parents dioranglah tu," bicaranya selamba.
"Didi dan ajak roommate, tapi dia tak nak. Kalau pasal lelaki-lelaki tu, diorang memang classmate saya. Sebab tu saya bagi amaran siap-siap. Takut diorang naik tocang nanti."
Grandpa Khalid gelengkan kepala.
"Diorang tu anak-anak orang ternama, honey. Kita lawan guna mulut, tapi diorang mungkin guna lawyer nanti. So, apa nama tadi, ha Didi, kalau jumpa lagi orang-orang macam ni, ignore je. Walaupun diorang salah, bila ada duit ni, pusing-pusing kita yang salah." Dia berpesan panjang lebar.
"Baiklah, grandpa." Tersenyum lebar aku melihatnya. Nak cakap dia orang susah, dulu pernah nampak naik kereta mewah. Tapi, harini naik motor Honda petak pula. Banyak betul khazanah Grandpa Khalid ni.
kecilku memasuki rumah banglo satu tingkat milik Mak Long Nor. Anaknya perempuannya yang sebaya denganku sudah selesai akad nikah semalam. Yang tinggal hanyalah kenduri sebelah lelaki yang terletak jauh nun di Kelantan.
Sejurus ternampak beberapa saudara-mara yang sedang bertegur sapa dengan ibu, aku menghampiri mereka. Membatu. Bukannya aku tak kenal mereka, mulut cakap lepas, mulut tempayan, mulut puaka dan pelbagai gelaran lagilah yang boleh dinobatkan. Dalam kata mudahnya, mak cik bawangs. Nasib baiklah ibu dan aku tak terikut genetik mereka.
Advertisement
"Lah, Didi. Asal nampak makin kurus ni? Biasalah tu putus tunang. Nanti cari yang baru pulak. Tapi, jangan lama sangat. Nanti dah tak laku," bicara Mak Long Nor dengan riak bangga. Mentang-mentang anak dia dah kahwin, aku pula terkena terpias.
Aku angguk. Pasrah. Sekadar tersenyum nipis. Malas nak membalas kenyataan bodoh. Nanti, sekali dengan aku berjangkit penyakit bodoh mereka.
"Jadi perempuan ni jangan memilih sangat. Kalau memilih, sebab tu jodoh tak sampai-sampai. Tengok anak mak ngah, semua dah kahwin muda. Tak payah dah menyusahkan mak ayah dekat rumah. Siap boleh hulur duit lagi," perli Mak Ngah Ila pula.
Memanglah semua dah kahwin, sebab muka menantu-menantu Mak Ngah Ila pun macam tongkang pecah. Nak saja aku menjawab begitu. Bukan hendak mengutuk, tapi bila kesabaran dicabar, syaitan dah mula mengasap-asapkan aku. Nafsu amarah pun makin membuak-buak.
Sabar, Didi. Sabar sikit je lagi.
"Kau ni, Ida. Berkeras sikit dengan anak. Bukan ikut suka je dia nak putuskan. Kalau satu tak apalah jugak, ni dah dua kali kut." Mulut puaka Mak Long Nor terhala pada ibu pula.
"Didi, pergi bawak adik-adik makan dulu. Nanti ibu pergi sana." Ibu berbisik. Memberi isyarat suruh aku lekas-lekas berambus dari situ.
Aku menurut. Tangan Dalia dan Daniel aku capai, ingin melangkah keluar dari neraka dunia itu.
"Assalamualaikum, maaf saya lambat."
Kepala aku dongakkan. Macam pernah dengar suara tu.
"Abang Arul!" laung Dalia dan Daniel dengan riak terkejut.
Bukan hanya mereka, aku pun sama. Yang lebih mengejutkan, kedua adikku itu memeluk erat pinggang Khairul sesuka hati mereka saja. Aku terpaku. Mudah saja dia mengangkat dua budak berat bak anak gajah itu. Mereka berkongsi senyum dan tawa.
Itu... Itu adalah pemandangan yang paling indah aku pernah tengok.
"Siapa ni?"
Tanpa aku sedar, kesemua mak saudaraku sudah mendekati kami. Pandang Khairul dari atas sampai ke bawah. Berkobar-kobar ingin tahu. Bersinar-sinar mata mereka menatap wajah anak teruna orang.
Eh, sekejap. Aku terlupa.
Saudara-mara aku memang tak pernah bersua muka dengan Khairul. Maksudnya, mereka tak tahu yang dia ialah bekas tunangku. Ada hikmah rupanya ikut apa yang telah diajar Islam. Nabi Muhammad pernah bersabda, zahirkan pernikahan dan sembunyikan pertunangan. Menyembunyikan pertunangan sememangnya digalak dalam Islam.
"Abang kami. Kenapa, mak long nak kata dekat Abang Arul jugak ke?" bidas Daniel.
"Daniel..." Aku gelengkan kepala, tak mahu dia bersikap biadap.
"Saya Khairul, kawan Diana. Saya ada terima kad jemputan daripada ibu Diana." Dia tayang kad jemputan tersebut.
"Kawan?" Kening Mak Ngah Ila terjongket naik. Macam tak percaya.
"Ha'ah, Abang Arul suka Didi." Jawapan selamba badak air Dalia membuatkan ramai terlopong.
Aku meraup muka, tak tahulah nak bersyukur atau tak dapat adik-adik terlebih jujur macam ni. Perhatianku beralih pada wajah Khairul yang masih tenang. Langsung tak menidakkan mahupun tergugat dengan kata-kata Dalia.
" your study?" Khairul memecahkan kesunyian. Memandang kosong kanak-kanak yang rancak bermain di depan rumah. Bermain dan terus bermain. Tanpa perlu memikirkan masalah yang dilalui oleh orang-orang menginjak dewasa.
"Fine," jawabku sepatah.
"Zack must be a really good man." Dia berkata perlahan, tersenyum nipis.
Angguk.
"He is."
"Saya takkan kacau awak dan keluarga awak lagi. Mungkin susah jugak saya nak jumpa Daniel dan Dalia lepas ni. Saya tak nak diorang salah faham macam tadi. Kalau bakal suami awak tahu nanti, mesti dia terasa," tutur Khairul dalam nada mengusik.
Tersentak aku melihatnya. Tak sangka, hari ini akan tiba.
Khairul alihkan sikit tubuhnya, menghadap aku. Mata hazel greynya mengunci anak mataku. Terpancar aura kesedihan di sebalik mata cantik itu.
"So, it's better for us to end our personal relationship here. I'm letting you go. Mulai minggu depan, saya dah suruh Adi jadi class rep dan awak pun boleh anggap saya sebagai seorang pensyarah biasa, bukannya bekas tunang awak."
"Dr Khairul..."
"Saya tahu hati awak masih untuk Zack, but you need to remember one thing, Diana. Untuk bahagia, awak tak perlukan sesiapa. You, yourself need to be the ultimate source of happiness. Kita tak boleh harapkan orang lain untuk bahagiakan kita. Apatah lagi orang yang dah tak ada. If you can't even love yourself, you can't give the best love to other people."
Selesai memberi pesanan yang mendalam itu, dia bangun.
"Jangan lupa, submit your assignment on time. Saya balik dulu."
"Saya... Saya..." Ucapan terima kasih yang ingin aku luahkan, tak mahu keluar.
"Be you, Diana. Live your own life, for you, not Zack. I'm glad to be a small piece of your memories. Untuk hal-hal berkaitan kelas, awak boleh bagi terus dekat Adi. Dia dah well-informed. Kirim salam saya dekat ibu dengan abah awak ya. Terima kasih sebab sudi jemput."
Khairul berlalu tanpa berpaling mahupun sekali. Bermakna, dia betul-betul tegar dengan keputusannya.
"Abang Arul!" Panggilan Daniel dan Dalia juga dia buat tak dengar
Aku terduduk. Mataku berkaca. Gelak kecil terlepas dari bibirku di saat kereta yang sering dipandu Khairul meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Mak Long Nor.
You know what, Khairul? If I don't insist on choosing Zack, I might end up choosing you. Hatiku merintih pilu.
Tangan kanan digenggam seseorang.
"Ibu..."
"Ibu harap Didi tak salah buat keputusan. Ibu berdoa siang dan malam, berharap sangat Didi tak tersalah buat pilihan macam ibu dulu. Sebab salah ibu, kamu yang sakit. Jangan sebab salah kamu, orang lain yang sakit, sayang." Tangan berumur ibu menguis lembut cecair yang mengalir di pipiku.
Didi tak tahu, ibu. Sumpah, Didi tak tahu. Maafkan, Didi. Sebab Didi, ibu yang kena melayan mulut-mulut jahat adik-beradik ibu. Didi yang bodoh, bu. Didi yang salah. Getus hatiku, kerana mulut tak mampu lagi ungkapkan kata.
Advertisement
- In Serial64 Chapters
Undeniably Claimed
Luca Sanford has taken his rightful spot as head of Sanford Drake Inc. With his parents now retired, it's his time to lead the company. He is thick headed, stubborn and still emotionless to most. The only women in his life include a wild Aunt Cami, his sisters Cami and Cassidy, and his incredible mother. He doesn't understand the need to have a woman... not until a certain one crosses his path. Sophia Andrews has enough of going on in her life. Trying to make the most of it and living everyone moment to the fullest. She was not expecting to have a run in with a man that would shift her world. She wasn't ready and certainly didn't want it... Too bad, nothing could keep her from becoming claimed.Preview:"Mr. Sanford!" My words shaky as I feel his fingers dancing around my hip as he coils me closer to his toned chest. My breathing is ragged as he moves my hair to the side baring my neck to his lips. They leave a fire trail in their wake as he takes a deep inhale of my skin."It's Luca to you..."His words coming out lowly and husky. My knees feeling weak where they stand. His arm tightens keeping me from falling. "Luca"My whisper word makes a low growl escape the man behind me before I am spun around looking into the eyes that have darken significantly. My body pressed to everyone contour of his before his lips crash onto mine.
8 267 - In Serial6 Chapters
Falling Back
Taylor is just having another simple and self loathing day. Until he sees a person that for some reason made him feel something new. Is this person someone special or just another reason to hate himself? This is a boyxboy story by the way but there's no smut here fellas sorry
8 188 - In Serial10 Chapters
Bully Turned Bottom ✔️
💦SMUTTY EPILOGUE UNLOCKED💦A smut comedy about a lanky nerd [Parker] who's bullied by his super popular and super straight, next door neighbor [Brett] up until he happens upon footage that could land him in prison.With the bully's future in his hands, it's time for some payback.Is payback all it'll ever be? Hold on to your d*** and find out, but keep the tissues close. Or socks, if that's your thing.And ladies, keep your bean flicking finger strong!☝️ Written entirely on WattPad: October 2022#69 - sexscenes on 10/23/22No other ranking matters.Excerpts:---=====---Parker takes a bite and hands the sandwich back. Brett's first bite is slow, but the next is much more generous. He even lets out a satisfied moan.Parker turns up his palms. "So?"Brett nods, holding up the sandwich as if raising a glass, then takes another bite.After he devours it, Parker says, "I'm really glad you liked it. It'll make the next part so much easier on both of us."Brett looks at him in confusion, so he explains. "I came in the mayo and you're going to watch me make your lunch from now on." He doesn't say, "You might even help out."---=====---It takes Brett forever but, he says, "I wouldn't, you know, mind doing the, uh... what you did earlier.""Which part?" Parker asks."Either."Parker flashes a sly grin behind his back. "I will," he squeaks, "if you're bad or whenever you've earned it, of course.""Of course."---=====---"Do you actually expect me to let you finish?""Please, Master," Brett begs."That's enough jokes," Parker says, "Close your eyes and accept your punishment. Let me know when you're ready."Original Cover. Do not use without permission. Unless for sexual gratification.
8 141 - In Serial20 Chapters
RAWLTHAR HRINGNUN (Complete Story)
2021 sept 16 a Gayrobawm Story grou Facebook a ka ziah tawh ani a.. Gayrobawm ah kha chuan a hit ve reuh khawp mai.. mahse nangni hmeichhia ho duh chi ani ve kher dawn nge ni..
8 186 - In Serial70 Chapters
I just want to be small - ZIAM.
It's hard to regress when you share a room with a playboy who fucks almost every lass he sees, and it's even harder to regress when you have a busy schedule due to university. Zayn just wishes he could have some alone time to spend with his thumb in his mouth, a teddy under his arm and his favourite show on his iPad. Or an enemies to lovers, university au in which Zayn age regresses and Liam is the biggest arsehole to exist. (Includes Ziam and Larry.)
8 80 - In Serial19 Chapters
airplane ﹙short story﹚
(BXB) In which two strangers meet on an airplane.
8 120

