《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 8 ~ Setia ~
Advertisement
" dulu, Adi oi. Stress pulak aku tengok kau." Aku mula mengomel. Mahunya tak senang hati, orang kalut nak melantak, dia pergi buka nota untuk kuiz sekejap lagi. Sekali dengan aku berjangkit penyakit tak lalu makan.
"Haih, kau makan jelah. Tinggal dua page je lagi," jawabnya dengan muka masam mencuka. Tak tidur semalaman punya fasal.
Jongket bahu. Malas nak bertikam lidah. Sesuap nasi aku sumbat dalam mulut. Bosan. Hampir sebulan tak rasa air tangan ibu. Sibuk dengan pelbagai hal, nak curi masa untuk balik pun susah.
Adi berdiri mengejut. Meregangkan tubuh sehingga terhasilnya bunyi ketuk-ketak tulangnya. Badan dia ni memang tak ada isi langsung ke? Sesudah buat iklan menari poco-poco, dia berlalu ke deretan kedai makan.
Aku gelengkan kepala. Kalau aku pelik, dia sejuta kali pelik.
"Hai, Didi. Glad to see you!" tegur satu manusia yang tak dijemput.
Terkebil-kebil aku melihat kelibat dua mahkluk Allah yang sudah merembat tempat duduk Adi berhadapan denganku. Hazel dan sepupunya, Aiden memandang wajahku tanpa berkedip. Seperti nakkan sesuatu.
"Saya ada benda nak cakap dengan Khairul. Boleh tak awak share contact number dia dengan saya? Serius saya takkan buat benda pelik-pelik." Hazel angkat tangannya, tanda berjanji dan bersumpah.
Aku tersenyum nipis, cuba menyembunyikan rasa meluat. Khairul? Hah! Dia ingat Dr Khairul tu teman tapi mesra dia ke apa? Langsung tak hormat pensyarah sendiri.
"I'm no longer your class rep, Hazel. It's a 'no' from me," balasku dingin.
"Alah, kedekutlah you ni, Didi. Saya dah tanya semua orang, diorang ada emel Dr Khairul je. Mana awak dapat nombor dia? Awak stalk dia eh?"
"Kenapa saya kena bagitahu awak?" Aku bertanya kembali.
Tak ada langsung sebab yang kukuh untuk aku kongsikan nombor telefon Khairul dengan dia. Bertanggungjawab pun tidak, inikan boleh dipercaya. Setiap kali ada group discussion, dia dengan Aiden mana pernah muncul. Mesej dalam group WhatsApp pun tak pernah dibalas. Kerja jangan harap, masih suci tak disentuh.
"Ehem, sorry, Hazel. Ni kerusi aku." Adi munculkan diri dengan sepinggan nasi dan secawan air. Macam biasa, tayang muka tak ada moodnya. Dialah yang paling anti dengan dua manusia itu.
"Alah, awak duduk jelah sebelah Didi. Kosong apa?" ujar Hazel dengan riak menjengkelkan.
"Helo Cik Kak Hazel, sebelum kau duduk sini 2 minit 49 saat yang lepas, ni tempat aku. Lagipun, Didi bukan macam kau, dengan sepupu pun berpeluk cium. Dia tak suka duduk sebelah lelaki."
Hazel julingkan mata, tak ada tanda-tanda terasa hati sama sekali. Postur duduk dibetulkan sedikit.
"Awak class rep Khairul sekarang kan? Saya nak nombor dia boleh? Urgent." Tangan Hazel mula meliar ke lengan Adi, persis perempuan jalang nak goda mangsanya.
Membuntang mataku melihat kelakuan Hazel.
"Hazel!" Aku menegur.
Adi pantas menepis tangan Hazel dari lengannya.
"Tangan kau jaga sikit ya. Lelaki lembut pun ada nafsu tau." Adi memberi amaran keras dengan suara jantannya.
"Aku contact Dr Khairul guna emel je, Hazel. Dia kan lecturer baru. Aku yakin, dalam uni ni, Didi je student yang ada nombor dia. Dengan aku pun tak share, inikan kau. Tolong tepi sikit ya. Luruh bulu hidung aku bau perfume kau. Pakai sebotol ke apa?" kutuk Adi tanpa selindung.
Aku tahan gelak. Mulut Adi memang tak ada insurans. Siapa kena, jawablah sendiri.
Hazel perlahan-lahan bangun. Takut kena hentam lagi teruklah tu. Untuk orang yang baru kenal dengan Adi, mungkin tak biasa dengan mulut berbisanya.
"Mulut kau macam sampah, bro." Aiden menepuk bahu Adi.
"Sorry, bro. Aku prefer orang mulut macam sampah tapi buat kerja. Bukannya mulut sedap macam chocolate hazelnut tapi perangai macam sampah sarap. Oh ya, submission group project lagi dua hari tau. Kalau rasa tak nak buat, tak apa. Kitorang boleh contact Dr Khairul terus. Kan, Didi?"
Advertisement
Aku tersenyum lebar. Angguk.
"Sure, why not?"
"Dr Khairul..." Nama itu terpacul dari bibir Adi. Dia kelihatan membatu, macam baru lepas tengok hantu. Bukan dia saja, Aiden dan Hazel juga turut terlihat serupa. Terkejut beruk mak yeh.
Aku toleh ke belakang. Mulutku terbuka kecil.
"Diana Eirina..."
Berdiri tegak aku dibuatnya sejurus ternampak gerangan yang tak disangka-sangka. Khairul hadir bersama seorang lelaki berbaju t-shirt hitam berlengan pendek di sisinya. Dia juga tampil segak dengan kemeja hitam yang disingsing kemas sehingga ke paras siku.
"Dr Khairul, saya nak..." Hazel cuma menghampiri Khairul. Langsung tak rasa segan mahupun malu.
Lelaki di sisi Khairul mara ke depan, menghalang langkah Hazel.
"Who are you?" Dia bertanya kasar.
"Just one of my students, Will. No harm," ujar Khairul dengan tenang. Lelaki di sampingnya serta-merta angguk, lalu mengundurkan dua langkah ke belakang.
Wajah kedua mereka aku pandang dengan riak aneh. Tak faham dengan situasi itu. Kawan Khairulkah? Possessive benar.
"You didn't pick up my call. What's the point of having a phone?" tanya Khairul, merapatkan jarak antara kami.
Ruang sekeliling aku pandang sekilas, tak selesa dengan pandangan orang lain.
"Erm, saya baru habis kelas. Phone saya silent siap-siap, kejap lagi ada quiz. Kenapa, Dr Khairul?" Berhati-hati aku menjawab, nak elakkan orang salah faham.
"Habis kuiz pukul berapa?" tanyanya perlahan, merenung ke dasar anak mataku.
"Kenapa doktor tanya?"
"Answer me." Khairul menapak satu lagi langkah ke depan.
Tangan kiriku menjalar ke meja, perlukan sokongan. Lemah lutut tiba-tiba.
"Erm... Pukul tiga..."
"All right. Saya tunggu awak depan bangunan fakulti. Lepas habis class, terus pergi sana, okey?"
"Hah?"
"Okey, Diana? You're taking the responsibility, right?"
"Yes... No... Yes..." Aku tergagap. Serba salah nak menjawab dua persoalan yang ditanya serentak.
"Yes as an answer should be fine. I'll wait for you. Let's go, Will." Khairul mengajak kawan lelaki bertubuh tegap di sebelahnya berlalu pergi. Datang mengejut, pergi pun macam angin. Terus lesap dari pandangan.
Aku terduduk. Menarik nafas panjang. Kenapa aku rasa... Pelik? No. Gelengan demi gelengan, aku berikan. Menghantar signal buat diri sendiri agar tak tenggelam dalam taktik hebat Khairul. Kenapa sangat mudah dada ni bergetar setiap kali berada dekat dengannya?
"Awak ada apa-apa dengan Khairul ke?" Hazel bertanya dengan senyuman sinis. Wajahnya mencuka, tak suka barangkali akan apa yang dilihat sebentar tadi.
"Tak."
"Shit. You slutty girl, orang bodoh pun tahu yang awak dengan dia ada hubungan!" Meja ditampar kuat, sehingga menarik perhatian beberapa orang di sekeliling kami.
Keluhan berat, aku hembus perlahan.
"Apa masalah kau ni sebenarnya, Hazel? Didi ada hubungan dengan sesiapa pun, kau apa hal? Bukannya nak kena minta restu kau pun." Adi menyerang pula.
Hazel tergelak halus. Matanya berubah merah, seperti dirasuk syaitan. Wajahnya muka dirapatkan ke wajahku.
"Awak ingat Dr Khairul tu baik sangat ke? You're wrong, my dear. Bila semuanya dah terbongkar, awak akan pergi jauh. Jauh dari hidup dia. Just be prepared for that day." Senyuman mengejek terbentuk di bibirnya. Sejurus berkata, dia memeluk lengan Aiden, meninggalkan kawasan itu.
" dekat mana ni? Doktor tak plan nak buat benda bukan-bukan kan?" soalku dengan riak curiga. Lelaki yang dipanggil Will itu tenang memandu tanpa mempedulikan aku dan Khairul di bahagian penumpang belakang.
Kening kemasnya terangkat, mata dikecilkan.
"Kenapa? Muka saya ada nampak macam pervert ke?"
"Erm to be honest, adalah sikit."
Melihat matanya membuntang, gelak kecilku terlepas. Senyuman lebar turut terbentuk di bibir merah jambunya.
"Hello..." Tangan kiri Khairul terangkat, melakukan cubaan untuk mencubit pipi kananku.
Aku cepat-cepat alihkan wajah. Terkaku. Tak terfikir yang Khairul akan bertindak sedemikian rupa.
Advertisement
"Sorry, I was..." Dia kembali menjatuhkan tangannya. Riak bersalah memenuhi segenap wajah tampan itu.
"We're here," Will berkata. Kaca mata hitam ditanggalkan.
Baru aku sedar, kereta sudah terparkir di satu hospital swasta yang terletak berdekatan universitiku. Will dan Khairul keluar dari perut kereta. Aku masih membatu. Hospital. Itulah tempat yang aku benci dari dulu lagi. Setiap kali aku merasakan bahagia, tempat itu meragut segalanya dalam sekelip mata.
Pintu kereta di sisiku dibuka dari luar.
"Nak duduk dalam kereta sampai bila?"
"Doktor pergilah. Saya tak nak ikut. Saya tak suka hospital," ujarku tanpa memandang wajahnya. Enggan membiarkan dia membaca apa yang tersemat di hatiku.
"Abah awak, he is fighting for his life."
Mendengar bicara sukar diterima akal Khairul, aku alihkan kepala perlahan-lahan. Geleng. Tampang mendung itu, aku tatap dengan mata berkaca. Dadaku memberat, seperti dihempap beban yang teramat besar. Suara abah mula terngiang-ngiang di corang telingaku.
"A...apa?"
kelam seketika. Air mata berjuraian, membanjiri segenap wajahku. Peritnya hanya Allah sahaja yang tahu. Buat kesekian kalinya, hospital menjadi saksi kesakitan yang aku alami. Sepanjang tiga jam, pelbagai persoalan menerpa mindaku. Macam mana kalau abah tak dapat diselamatkan? Apa akan jadi dengan keluarga ini?
Semalam, pada pukul sebelas malam, abah dilanggar seorang pemandu tidak bertanggungjawab. Yang lebih memilukan, tubuh abah yang dilumuri darah ditinggalkan begitu saja. Pemandu tak berperikemanusiaan itu larikan diri macam tak ada apa-apa terjadi. Oleh sebab itu, buat masa sekarang, kemalangan itu menjadi kes polis.
Ya Allah, kenapa insan sebaiknya diduga seberat ini?
Kalau ikutkan hati, nak saja aku mengamuk. Kerana risau aku tak dapat fokus pada kuiz sebentar tadi, mereka sanggup menyembunyikan hal sepenting ini. Kata ibu, abah dah sedar sebelum memasuki bilik pembedahan serta dibius. Waktu itu, sempat lagi dia berpesan pada ibu agar tak membebankan aku dengan masalahnya.
Rambut lebat Dalia yang tidur berbantalkan pahaku, aku belai dengan penuh rasa sayang. Raut wajahnya mengingatkan aku pada abah. Mereka berkongsi tampang yang mampu membuatkan mana-mana mata yang melihat terasa sejuk.
"Abah tak bangun tidur lagi ke, Didi? Dalia rindu abahlah," tanya Dalia, bernada manja.
"Shh... Dalia tidur dulu. Nanti bila Dalia buka mata, abah bangunlah." Aku meyakinkannya dengan jawapan yang aku sendiri tak yakin. Dahi luasnya, aku cium. Lengannya kemudian aku tepuk perlahan, menidurkan si adik bongsu.
Empangan mataku kembali berair, berat hati tengok ibu tak habis-habis mengalunkan bacaan Yasin. Dia terus-menerus berharap dengan rahmat Allah, memohon agar abah diselamatkan dan dapat kembali pada pangkuan keluarga.
"Pak cik bukan ayah saya!" Itulah kata-kata biadap yang aku lontarkan seminggu selepas ibu dan ayah melangsungkan perkahwinan 13 tahun yang lalu.
"Siapa cakap? Abah akan selalu jadi abah Didi. Dari sekarang, sampai bila-bila. Lepas ni, panggil pak cik 'abah', ya?" balasnya abah tenang, tanpa secalit rasa marah.
Nak lepaskan segala rasa sesak di dada, aku pejamkan mata seketika. Membiarkan air mata yang tak tertahan mengalir dengan sendirinya. Selepas beberapa saat, kelopak mataku kembali terbuka. Pemandangan pertama yang menghiasi pandanganku ialah Daniel tidur sambil melentokkan kepalanya pada bahu Khairul.
Dia tampak sibuk menaip sesuatu pada papan kekunci MacBooknya. Sangat fokus, bagaikan tenggelam dalam dunianya sendiri. Sekejap urut dagu, sekejap pipi, sekejap membetulkan kedudukan kepala Daniel pada bahunya.
Apa dia buat dekat sini lagi? Lepas apa yang aku dah buat, kenapa dia masih setia di sisi? Di saat aku susah, kenapa dia masih ada?
Kepalanya diangkat, mata kami bersatu. Berbekalkan jarak hampir tiga meter itu, aku merenung anak matanya sepuas hati. Dia hanya membalas panahan mataku tanpa sepatah kata. Aku tertunduk tatkala mulutnya bergerak tanpa suara. 'Everything will be okay', itulah tutur kata yang meniti bibirnya.
Geleng.
"This is not okay... Not at all," gumamku. Jika Khairul terus berperangai begini, hati ini mungkin akan berpaling, lalu berdegup untuknya. Begitu mudah hati membelot tuannya sendiri.
jauh mataku, mencari kelibat Khairul yang sudah tidak ada di tempat duduknya. Bayangan Daniel juga hilang bersamanya. Mana diorang pergi malam-malam macam ni? Malas nak kusutkan kepala, aku cipta jawapan sendiri. Pergi tandas kut.
"Ibu..."
"Hmm..."
"Tak apa ke kita datang hospital ni? Tak mahal ke nanti?" Aku menyuarakan persoalan yang berlegar di minda sejak tadi. Pembedahan abah memakan masa hampir sepuluh jam. Bukan itu saja, ia melibatkan beberapa pakar perubatan yang keluar masuk dari tadi. Dan yang paling aku tak faham, kenapa ibu ambil hospital swasta, sedangkan kami bukanlah orang senang?
"Ibu pun tak tahu. Sebenarnya, bukannya ibu mintak nak datang sini pun. Doktor dekat hospital yang abah selalu pergi tu ada cakap yang pakar bedah yang abah perlukan tak ada dekat hospital tu. Jadi, dia cakap abah kena bedah dekat hospital yang jauh sikit daripada rumah kita. Tengok-tengok, ambulans bawa abah ke sini," jelas ibu, turut pamerkan riak bingung.
Pintu bilik bedah terbuka luas. Beberapa orang doktor berpakaian serba biru keluar bersama senyuman lebar.
Aku dan ibu berdiri tegak. Langkah yang kami atur untuk mendekati doktor-doktor tersebut terhenti tatkala terdengar bunyi derap kaki beberapa orang dari arah bertentangan. Aku tolehkan wajah pada beberapa orang lelaki yang mengiringi seorang lelaki yang aku kenali.
Tercengang aku mengamati wajah yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu. Grandpa Khalid. Dia buat apa pula dekat sini? Belum sempat aku dan ibu menegur para doktor perubatan tersebut, dia terlebih dulu berjabat tangan dengan mereka.
"Hello, bud. How is he?" soal Grandpa Khalid pada salah seorang daripada doktor tersebut. Nampak gayanya, rambut doktor itu ada iras-iras Grandpa Khalid. Lebih banyak putih berbanding hitam.
"Come on, my best friend is asking for a favour. As usual, I did my very best and everything went well. Thank God, no excessive bleeding throughout the surgery."
Ibu menyiku lenganku.
"Diorang cakap apa? Bahasa Inggeris kan?"
Aku angguk perlahan.
"Ha'ah. Alhamdulillah, doktor tu cakap dia dah buat yang terbaik dan pembedahan tu berjalan dengan lancar. Tak ada pendarahan yang teruk." Aku berkata ala-ala penterjemah tak bertauliah.
"Alhamdulillah. Alhamdulillah." Ibu mengucap syukur.
"Terima kasih, doktor." Tubuh aku tundukkan sebagai tanda hormat.
"Sama-sama. Macam yang saya cakap tadi, walaupun pembedahan ni memakan masa yang lama, tapi jangan risau, ianya berjalan dengan baik. Buat masa sekarang Encik Faizul akan dirawat di ICU dulu ya. Lepas dah stable nanti, dia dah boleh dibawa ke wad biasa. Nanti bolehlah puan dengan anak melawat," terangnya secara ringkas dan mudah difahami.
Beberapa detik kemudian, doktor-doktor berwajah lesu itu beredar dari situ.
"Kenapa grandpa ada dekat sini? Jumpa kawan ke?" Aku beranikan diri bertanya. Agak takut melihat empat lelaki bertubuh sasa yang berada di belakangnya. Kalau salah cakap, tak pasal-pasal aku kena karate dengan manusia-manusia berwajah menakutkan itu.
"Grandpa cuma buat apa yang grandpa mampu. You're my granddaughter, right?"
Tangan aku bawa ke mulut. Terkesima.
"Jadi, semua ni, grandpa yang..."
"Grandpa tu atuk kan? Tapi ni bukan ayah ibu atau abah. Atuk-atuk kamu kan dah meninggal. Macam mana dia boleh jadi grandpa kamu pulak?" Ibu menyuarakan soalannya.
Berkedip-kedip matanya memandang wajah aku dan Grandpa Khalid. Kami kemudian tergelak lucu. Geli hati dengan reaksi keliru yang terpapar di wajah ibu.
"Didi, grandpa lupa nak cakap. Cucu grandpa baru balik daripada Kanada dua hari lepas. Sudi tak kalau grandpa nak kenalkan dia dekat kamu? His name is Zhayan by the way. Not so kind but he's a gentleman for sure."
Senyumanku memudar. Berkira-kira sama ada hendak menerima atau menolak permintaannya. Pilihan semakin nipis bila mengenangkan jasa baiknya membantu keluargaku pada saat genting macam ni. Matanya juga disinari seribu satu pengharapan.
"Khairul..." Nama tak asing itu tersembul keluar dari mulut ibu.
Di saat aku alihkan pandangan, aku ternampak kelibatnya memalingkan tubuh. Dia lantas berlalu pergi dengan langkah laju, seperti ingin melarikan diri. Adakah dia terasa hati? Atau langsung tak peduli?
Aku mula sangsi, kalah dalam permainan hati. Adakah dia setia, atau aku yang beria? Soalan demi soalan mula menghentam mindaku. Memberontak inginkan jawapan.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaa-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Ar-Rum: Ayat 21)
Sumber: https://www.mymasjid.net.my/al-quran/surah/30/Ar-Ruum/21/
Advertisement
- In Serial26 Chapters
PEACH [BXB/little space]
Ddlb and bxb
8 238 - In Serial6 Chapters
The Song of Souls
WARNING TO MY USUAL READERS: This is not my usual style of story. I've decided to turn this into an anthology of short one-shot stories, that are very atypical of my usual stories or style. Some will be horror, others romance, and others just stupid silly ideas I have. Basically, a collection of shorts I write when I need a break from my usual writing style. I'll include a summary at the start of each "chapter" telling you what to expect. MAKE SURE YOU READ THE SUMMARY! The content and quality of each story will probably vary wildly. (One is even a horror romance featuring an eldritch horror. I promise it's weirder than it sounds.) If you do want to check out my usual writing, be sure to take a gander at my ongoing series, Of Men and Dragons. It's a bit of a long haul at this point, but hopefully it's worth the read! Cover: By Gej302
8 66 - In Serial28 Chapters
The Red Door
When Mollie starts to prefer the dreams she's having to the painful reality of life, she's forced to choose between embracing a fantasy or the man she loves. *****Since she was seven, Mollie Cutright has known two truths: she loves Howard Flynn and her dreams are the most magical part of her life. Each day she suffers at the hands of her abusive parents, but each night she is surrounded by a loving family who call her by a different name. Growing up in 1930's Virginia, no one has patience for a girl who might be mad, so Mollie strives to keep her dreams (and how often they intrude on her reality) a secret. But when her secret comes out, Mollie is sent to an asylum, though not before she and Howard are secretly engaged. It is at the asylum she discovers the dreams are echoes of her past lives. She's an immortal, if she makes a journey to claim her heritage. The problem is, if she continues down this path, she can never see Howard, the love of her life, again.[[word count: 70,000-80,000 words]]
8 121 - In Serial31 Chapters
It All Started With a TESTPAPER
u n e d i t e d "Write your name if the statement is correct and write your crush's name if the statement is wrong. NO ERASURE."-This instruction is the plot twist of Aria's 2018 year.Aria Bernadette Valencia is just a typical girl in campus. Simpleng babae lang na nangangarap din na mapansin ng crush niya. 'Til the testpaper came to her life. She accidentally put Tristan Ros' name, her crush since they were in 7th Grade. But little did she know, Tristan Ros has feelings for her too 'til he decided to court Aria.Will Aria accept Tristan Ros in her life? Will they end up being together? Or not because Erica Fraide will come, the childhood sweetheart of Tristan, to ruin their happy ending.
8 295 - In Serial55 Chapters
The nerd and Mr. Popular✔️
"Just a reminder you're nothing but just their tutor and we are tolerating you in our house cuz you're a friend of that stupid girl, so act formal and keep your nose away from our family's matter," he spat out angrily and left the room.Zaynah Fatima, not your expected nerd, whose life was full of secrets and drama.Wajahat Shah, the arrogant, cocky, and the most popular guy of college, you will hate him but the more you get to know about him, the more you're gonna love him.What would happen when that not-so-nerd and Mr. Popular crossed their path? Would they get along or hate each other? Or would someone else catch the attention of Zaynah? Another clichè teen fiction with a lot of secrets, drama, mysteries, and stupidity!*Characters in this book are Muslim but this book can be read by anyone* *Warning* Zillions of mistakes and you may fall in love with the characters!!!#1 in spiritual 04/10/2021
8 154 - In Serial31 Chapters
The Hands At My Throat - kiribakukami soulmate AU
DISCLAIMER IS INCOMPLETE AND WILL NEVER BE FINISHEDWhat happens when you have a soulmate? well, you love them with everything you've got, of course.But it can be a lot more complicated then that.Soulmarks usually cause a variety of things. Elation. Fear. Excitement. Wariness. Peace. Confusion.Somewhere in this tangle of a mess, Kirishima, Kaminari and Bakugo are somehow connected to each other. They don't know it yet, but they are.For such a simple act, a brush of skin against skin, it should be easy to work things out right? But things are more complicated then they seem.And all because of the handprints at their throats.||-||in case you can't tell, this IS a polyamorous relationship, but it's also a slow burn. I've just had some people ask because it does take a while and the way I write is not very *straight to the point* you know? If you're just after the shippy things and the making out then um... you can check out my New Years special and then leave lol, you won't like anything else here.
8 151

