《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 9 ~ Us ~
Advertisement
air mata kesyukuran aku dan ibu tatkala menjejakkan kaki ke wad yang menempatkan abah. Setelah beberapa hari terkurung di ruangan ICU, tempat ini jauh lebih selesa dan menyenangkan. Tak sanggup aku melihat wajah-wajah insan terpilih yang dirawat di situ. Sangat memilukan.
Kata jururawat di situ, ada juga pesakit yang tidak menerima sebarang lawatan sepanjang tiga bulan berada di situ. Tak semua orang bernasib baik. Ada yang berjaya diselamatkan, dan ada juga yang terkorban. Sama seperti Zack, degupan jantungnya juga terhenti di ICU.
Orang Islam sentiasa diingatkan agar tidak terlalu mencintai dunia, sehingga bencikan kematian. Kerana mati itu bukan hanya perkataan kiasan, ianya janji yang pasti ditunaikan. Mungkin perginya Zack untuk mengajar aku menghargai kehidupan. Sehebat manapun cinta manusia, tidak akan mampu menandingi cinta dan ketentuan-Nya.
Nabi Muhammad juga terpisah dengan kekasih hatinya di dunia, Siti Khadijah kerana kematian. Siti Fatimah meninggalkan Saidina Ali setelah ruhnya tidak lagi bertemankan jasad. Dan tanpa manusia sedar, itulah lumrah kehidupan. Dunia ini fana. Tiada yang abadi, melainkan kehidupan di alam selamanya, tempat manusia dikumpulkan semula.
Tapi aku percaya, cinta sejati yang berpaksikan cinta-Nya pasti akan dipertemukan semula di alam abadi. Syurga itu sebaik-baik tempat orang bercinta.
Jari manisku yang sudah kosong tanpa sebarang ikatan membuatkan hidupku terasa lebih aman. Cincin pemberian Zack sudah aku simpan kembali di tempat selayaknya. Betul cakap Fathina, kalau Zack tahu aku masih hidup menangisi pemergiannya, pasti lelaki itu akan kecewa.
Oleh itu, aku memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Tanpa mengimbau kembali kenangan silam.
"Abah rasa makin okey tak?" Aku bertanya, mengambil tempat di sisi ibu.
"Okey sangat. Bahagianya dapat tengok muka isteri dengan anak-anak abah," tutur abah lembut. Senyuman ringkas terbentuk di bibir tidak berdarahnya.
"Didi nak minta maaf. Didi tak ada waktu abah masuk hospital hari tu."
Abah mencapai tanganku.
"Kan abah dah cakap, abah okey je. Abah suka tengok Didi sekarang ni, nampak tenang dan ceria sikit. Ni barulah anak sulung abah."
"Didi memang selalu cerialah. Baru-baru ni je insaf sikit. Lepas kena hasut dengan Si Daniel dengan Dalia tu, jadi gelong baliklah." Sengihan manja, aku tayang. Benar tekaan abah, sejak dua menjak ni, aku rasa lebih bertenaga dari kebiasaannya. Makin keraplah aku berlompat bulan dan bintang lepas ni.
"Ibu dengan abah ada nak cakap sikit dengan Didi ni," tutur ibu. Dia kemudian meletakkan pisau yang baru saja diguna untuk memotong buah epal. Tubuhnya juga dialihkan menghadap aku.
"Kenapa? Ibu mengandung lagi ke?" Aku tanya bersungguh-sungguh. Alah, bukannya tak biasa.
Pap!
"Ish, budak bertuah ni! Orang nak cakap dengan pasal dia, dia yang mengandungkan kita pulak," omel ibu sesudah mencederakan bahu anak sendiri.
Aku lantas menggosok bahu yang menjadi mangsa ibu. Boleh tahan pedih juga. Kalau periksa nanti, confirm berbirat. Sudahlah ibu selevel dengan atlet bola tampar antarabangsa.
"Ibu nak cakap pasal siapa ni? Serius macam menteri je gayanya."
"Siapa lagi? Khairul kamu tulah," ujar ibu. Wajahnya masam, kurang gula.
"Sejak bila pulak Dr Khairul jadi Didi punya? Mana ada Didi beranakkan dia."
Muka ibu tiba-tiba berasap. Menunggu sebelum meletus.
"Ish, abang tengok Didi ni. Streslah saya bila dia jadi perangai ni balik!" adu ibu. Lengan abah digerak-gerakkan serupa sudah sihat sepenuhnya.
Abah sekadar geleng, lalu membuka mulutnya
"Didi, dengar apa ibu nak cakap dulu. Kejap lagi kalau pinggan tu terbang, abah tak nak tanggung."
Dengan riak pasrah, aku angguk bertubi-tubi.
"Didi betul-betul tak ada hubungan dengan Khairul dah kan? Ibu bukan apa... Dia baik sangat. Ibu rasa serba salah bila dia selalu sangat bantu kita. Ibu tak nak orang ingat kita ambik kesempatan atas kebaikan orang," luah ibu, kelihatan risau dengan perihal ini.
Advertisement
Aku melepaskan keluhan.
"Ibu dengan abah janganlah risau. Kitorang dah tak ada apa-apa. Dr Khairul tolong sebab Didi pelajar dia je. Tak lebih daripada tu."
Jelingan maut, ibu lemparkan.
"Ada pulak macam tu. Kamu ni buta ke rabun?"
Aku jegilkan mata.
"Tengok ni, mata Didi okey je. Tak rabun pun lagi."
"Kalau Didi dengan Khairul betul-betul dah tak ada apa-apa, abah rasa, eloklah Didi cakap dengan dia. Abah tak nak kamu bagi harapan dekat Khairul. Macam ibu cakap, dia lelaki baik. Ada ramai lagi perempuan luar sana yang layak untuk dia. Tak baik kalau kita ikat dia macam ni. Dah tiba masa kita lepaskan dia perlahan-lahan," usul abah pula.
"Ha'ah, betul apa abah cakap tu. Jururawat yang jaga abah pun dah salah faham. Dia ingatkan Khairul tu menantu ibu dengan abah. Didi tahu kan pensyarah biasa takkan layan pelajar dia macam Khairul layan Didi? Ibu yakin Didi tak selembab tu kan untuk faham?"
Nafasku terasa seperti tercekik di kerongkong. Susah nak melawan hujah ibu dan abah yang nyata sangat tepat. Kenapa sekarang rasa berat sangat nak lepaskan dia? Waktu nak putus tunang dulu, tak adalah rasa sesukar ini.
"Didi faham..." Aku menjawab perlahan.
"Khairul dah banyak bantu kita. Kalau boleh, ibu tak nak susahkan dia lagi. Ibu tak salahkan sesiapa sebab jodoh ni Allah dah tetapkan. Tapi Didi kena ingat, Didi yang putuskan pertunangan. Dia ada hak untuk berhenti berhubung dengan kita. Kesian bakal isteri dengan keluarga dia nanti. Mesti diorang tak selesa."
Bakal isteri dia? Kenapa realiti itu sukar benar hendak ditelan?
aku memasuki satu bangunan besar yang dinamakan Ineffable Restaurant. Begitu mesra para pekerjanya menegur dan membawa aku ke ruangan yang telah ditempah beberapa hari sebelumnya. Inilah kerja paling gila yang aku pernah buat. Keluar makan ke restoran semewah itu dua jam sebelum kelas. Jumpa dengan orang yang tak kenal pula tu.
Oleh kerana tak sanggup nak tolak kemahuan Grandpa Khalid, aku bersetuju untuk bertemu dengan cucunya sekejap. Sedikit sebanyak, boleh juga aku balas jasa baiknya yang menawarkan bantuan di hospital tempoh hari. Jikalau dia tak berbesar hati membantu, mungkin abah takkan dapat rawatan sebaik sekarang.
Pintu besar itu dibuka luas oleh seorang pekerja di situ.
Aku memasuki ruangan yang terhias indah itu. Wangi. Haruman itu barangkali datang dari scented candle yang tersusun rapi di atas meja makan. Terbuai sekejap aku dibuatnya. Sejak dulu lagi, aku memang gilakan pelbagai jenis wangian.
Langkahku ke meja makan terbantut tatkala mataku melekat pada satu susuk tubuh tegap yang leka menatap jalan melalui tingkap lutsinar. Dari belakang saja, dia tampil kemas dengan sut dan seluar berwarna dark grey. Rambutnya juga tersisir rapi.
"Didi. Diana Eirina. Am I right?" tanyanya. Masih ralit menikmati pemandangan luar.
"Ya, saya. Encik boleh panggil saya Didi je." Tegurannya aku balas dengan nada mendatar. Agak tak selesa sebenarnya. Aku tengah berdiri macam tiang traffic light dekat sini, dia boleh pula bersembang dengan tingkap.
Lelaki yang dipanggil Zhayan oleh Grandpa Khalid itu memusingkan tubuhnya secara mengejut.
Tersentak. Membuntang mataku mengamati wajah itu. Dia...
"Nice to meet you, Didi." Zhayan mula mempamerkan senyuman manis, menampakkan kecantikan susunan giginya.
"Dr Khairul?" Aku menilik tubuhnya dari atas sampai ke bawah. Tampangnya dengan Khairul hampir sama. Tapi masih ada perbezaan. Lelaki itu sedikit rendah berbanding Khairul dan ada aura-aura negatif di sekelilingnya. Pelanduk dua serupakah?
"Wow, you're right. I'm Khairul Zhayan. Just call me Zhayan. Not really used to people calling me Khairul."
Sejurus berkata, Zhayan memanjangkan tangannya, mahu bersalaman. Aku sebaliknya membalas salam itu dengan senyuman paksa. Nama dia Khairul juga? Kebetulan apakah ini?
"Apa Dr Khairul buat dekat sini?" Lepas berkata, aku pegang kepala. Dah pening.
Advertisement
"Which Khairul are you talking about actually?" soalnya dengan kerutan panjang.
"Maaf, saya nak ke tandas sekejap." Langkah seribu aku buka. Tak hingin aku ke tandas saja, nak balik terus.
Zhayan mengejar aku dari belakang, lenganku kemudian dicengkam kasar. Dalam sekelip mata, wajahnya bertukar riak.
"Apa encik buat ni?! Dah gila ke?" Aku merentap tangan, meleraikan cengkamannya. Bebola mataku mengembang, menikam wajah tak berekspresi itu.
"I tak sangka my grandpa nak kenalkan I dengan perempuan bertutup macam ni. Interesting and mysterious."
"Berdiri jauh-jauh sikit boleh? Panas."
Dia tersenyum sinis.
"I would love to bring you to my apartment," bisiknya perlahan.
"Eloklah encik pergi check otak tu dekat wad mental. Ada saraf yang dah putus tu."
"Berapa banyak grandpa I bayar harga diri you? Sleep with me tonight and I'll give you more. Don't be shy, just tell me the exact amount."
Di luar kesedaranku, beg tangan yang aku pegang, menyambar dadanya. Tak pernah lagi maruahku dihenyak sebegini rupa oleh manusia bergelar lelaki celaka.
"Aku tak kebulur sesen pun duit kau."
Tak peduli akan keadaannya, aku capai kembali beg yang terdampar di lantai dan mempercepatkan langkah ke muka pintu. Nak berambus dari situ. Rancanganku hendak larikan diri tak menjadi apabila lenganku ditarik lagi sekali, lalu belakang tubuhku dihempas ke dinding bersebelahan pintu.
"Perempuan macam you ni bersepah je tepi jalan..."
Bicara Zhayan terhenti dek bunyi pintu diayun kasar dari luar. Kemunculan Khairul dan Will membuatkan aku terduduk lega. Mensyukuri pertolongan Allah di waktu yang tepat. Tak boleh bayang diriku diperlakukan macam perempuan murahan oleh manusia sehina Zhayan.
Tak sampai lima saat, Zhayan ditendang Khairul sehingga terpelanting ke lantai.
Aku tercengang. Nampak macam Khairul menendang wajahnya sendiri. Muka mereka berdua boleh dikatakan hampir serupa. Namun, di mataku, Khairul lebih baik seribu kali ganda berbanding lelaki bertopengkan syaitan itu.
"What the heck, man? Still using your lame kickboxing moves, huh?" kata Zhayan yang masih terduduk di atas lantai.
Khairul pula masih dengan wajah tak ada perasaannya.
"Right, I should have killed you instead."
Drama mereka aku hadap meskipun langsung tak faham apa-apa. Tertanya-tanya akan hubungan mereka berdua. Kembarkah?
"Grandpa bagi dia dekat aku, brother. She's my girl," beritahu Zhayan selamba. Dia lantas bangun. Berdiri betul-betul depan batang hidung Khairul. Gayanya persis orang nak cari gaduh.
Aku tergamam seketika. Wajah mereka aku pandang silih berganti. Brother?!
Yang lebih mengejutkan, Khairul tak balas apa-apa, namun tangannya laju saja mencengkam kolar kemeja Zhayan. Ada api kemarahan membuak-buak di sebalik mata cantik itu.
"Damn it, you're so despicable, man. Stop acting cool!" Zhayan menolak kuat dada bidang lawannya.
"Damn both of you. Grow up. Stop being kiddos!" jerkah Will yang menjadi pemerhati sejak tadi. Dia menjadi orang tengah, menjarak sosialkan kedua lelaki yang mungkin akan bertumbuk jika dibiarkan lama bertikam lidah.
Aku garu kepala yang tak gatal. Semua orang tengah sibuk lontarkan vokal masing-masing. Siapa yang bermasalah sekarang ni?
sunyi. Sama seperti sebelum ini, Will berada di hadapan manakala aku dan Khairul di bahagian penumpang. Aku mencuri pandang wajahnya. Tetap sama, kosong tak berperasaan. Meskipun begitu, urat di dahinya masih jelas kelihatan. Sebab tu aku tak berani nak buka mulut. Menunggu suhu tubuhnya sejuk terlebih dulu.
"Encik Will kawan Dr Khairul ke?"
"Hah? Erm..." Dia berkira-kira hendak membalas.
"Ha'ah. Almost 10 years. Just call him Will. He hates formalities." Khairul menjawab bagi pihak Will. Dingin benar suaranya, dah macam import dari Kutub Utara.
"Ooo..." Sengaja aku angguk-anggukan kepala.
"Muka Zhayan kan, sama macam muka doktor. Tapi doktor lagi hen... hen..." Alamak, tersilap ayat. Aku kemam bibir. Hampir terlepas cakap benda mengarut.
Keningnya terjongket.
"Hen? Ayam betina?"
"Eh, tak... Erm... handal kickboxing." Sengihan janggal terukir di bibirku.
"Zhayan tu adik lelaki saya."
"Ooo... Aaa..." Tekaanku tak adalah tersasar sangat. Ini bermakna, Grandpa Khalid juga merupakan grandpanya. Patutlah bukan main laju larikan diri dekat hospital hari tu.
Aneh betul keluarga ni. Grandpa Khalid terkenal dengan sikap penyayangnya. Suka membantu orang, walaupun baru kenal. Khairul ni pula macam orang kurang kasih sayang. Kayu memanjang, jarang nak tunjuk apa yang terbuku di hatinya. Zhayan pula playboy antarabangsa. Baru jumpa sesaat pun dah diajak ke rumah. Gila ke apa?
Hah, fening-fening.
"Awak ada kelas kan? Pergilah dulu. Saya ada kerja sikit," ujarnya sebaik saja kereta sudah Will parkir di kawasan Fakulti Psikologi. Dia pejamkan mata, bersandar dengan selesa. Nak lelapkan mata barangkali.
Pintu kereta, aku buka perlahan. Sejak beberapa hari ini, ada beberapa persoalan yang hendak aku tanyakan padanya. Tapi aku takut, soalan itu mungkin akan mengelirukan hubungan yang terputus ini.
Will di hadapan, aku pandang sekilas. Ah, lantaklah. Pintu kereta aku tutup kembali.
"Dr Khairul masih sukakan Fathina ke?"
Khairul membuka matanya perlahan-lahan. Kepala ditolehkan. Dia tak menjawab. Saat anak mata kami bertembung, dia sekadar menghadiahkan tatapan redup. Seolah-olah hendak menyampaikan suatu kata yang sukar difahami.
"Maaf, I shouldn't ask this stupid question. So stupid of me. Saya pergi dulu."
Pintu yang ingin aku buka ditarik Khairul sehingga tertutup rapat. Tubuhku secara automatik melekat rapat pada tempat bersandar. Nak hindar tubuh kami daripada berlaga.
"Ya. Saya sukakan Fathina. Dia kan isteri Uzzam, tak ada sebab untuk saya tak sukakan isteri kawan saya sendiri."
Aku tarik nafas panjang. Rasa semput setiap kali haruman yang melekat pada tubuh Khairul memasuki rongga hidungku.
"Tapi, doktor pernah ada perasaan dekat Fathina kan?" tanyaku lagi.
"I was. But it was simply an attraction, Diana. Waktu tu, dia pelajar saya. Jadi saya tak berani nak ambil tindakan lebih-lebih. Lepas dia tolak saya dan kahwin dengan Uzzam, that's it. Saya dah tak rasa apa-apa. Tapi lepas fikir balik, saya bukannya tak berani nak berterus-terang dari awal. I didn't like her that much actually, maybe not as much as you."
"Saya ada soalan terakhir." Kali ini, aku benar-benar mahukan jawapan jujurnya.
"Hmm..."
Ketenangannya dalam menjawab soalan membuatkan debaran di dadaku memuncak.
"Kenapa doktor layan keluarga saya baik sangat? Lepas apa yang dah jadi, doktor tak bencikan saya ke?"
Dia terdiam sejenak, lalu menayangkan senyuman tipis.
"Jawapan soalan pertama ialah sebab keluarga awak baik. Tak ada sebab untuk saya bagi layanan buruk dekat diorang. Kedua, saya tak bencikan awak. Awak masih muda, Diana. It's okay to be confused and don't know what to do sometimes. Making the wrong decision is okay too. Because we can fix it and make it right all over again."
Mendengar jawapan panjangnya, aku terkelu. Kematangannya jelas terpancar dari setiap bait yang diungkapkan. Tak terkejutlah, dia sudah berusia 34 tahun. Sememangnya tua 12 tahun jika hendak dibandingkan dengan aku.
"Nak dengar tak jawapan extra saya?"
"Nak." Aku menjawab laju, kurang dari separuh saat.
"When you want something, you fight for it. And because I want you, giving up is not an option. Other than giving up, there are too many reasons to be with you, amora."
Fokusku terbang entah ke mana. Jawapan demi jawapan yang dia lontarkan seakan-akan ayat puitis yang terus-menerus mengganggu ketenangan mindaku. Gelabah aku jadinya dek tak tahu nak cakap apa.
Takkan nak blah terus kut? Ini memang biadab tahap Firaun dah.
"Are you okay?"
"O...okay. I just have no idea what to say."
"Let me give you an idea."
Tak tunggu jawapan, dia meneruskan bicaranya.
"How about us getting married once this semester is over?" ucapnya selamba badak sumbu. Merenung dalam ke dasar anak mataku.
Aku terlopong. Kematian kutu. Will yang leka bermain telefon dari tadi juga tampak terpaku sekejap, sampaikan telefon yang digenggam terjatuh dari tangan. Tak berkedip aku menikam wajah bekunya. Dia ingat aku monyet ke?! Main ajak kahwin sesuka hati saja.
Advertisement
- In Serial45 Chapters
Little Bite Luna
She isn't short. She is bite sized. Anita Rosaline Nightshade has always been small. 4'11 height but a 6'7ft attitude.She might be small, but she sure is feisty.But no one knows of the feisty little beast, because no one ever made her angry.Until he steps in...****"Stop picking me up!" I whined, pouting.His eyes turned a shade darker as a small smirk played at his lips. He bent down and kissed my cheek. "I can't, your so tiny."I huffed, crossing my arms. "I'm not tiny. I'm average.""More like bite sized." He laughed. "I will call you My little bite size Anita."But everyone knew she was the Little Bite Luna.
8 456 - In Serial17 Chapters
A degree of Fancy
I was born into the perfect family. Were wealth, glory, and power were handed to me on a golden platter. Were pretend could become reality. After my mother disappeared my perfect 8-year old life start deteriorating. My father remarried this uncanny woman with a strange daughter. Just as I thought this could get weirder, I have a quirk.
8 195 - In Serial89 Chapters
Iris: Child of prophecy
Iris has had a difficult life, running from her past and living like a nomad. She is not a regular wolf. She curses the Moon goddess for the gifts she possesses. The ability to heal others. At least that is what she tells herself and her best friend Aria. she wants nothing to do with being a wolf. She barely shifts, does not believe in mates, and hates everything that has to do with packs. And she shows her disregard. With a foul mouth and attitude to match, she is always landing herself and her traveling companion, Aria, in trouble. Until one day she runs into a pack of ancient wolves, rumored to be extinct. The first wolves made by the Moon goddess, and finds out the Alpha of the pack is her mate.And of course, she wants nothing to do with him, and he wants everything to do with her. But He is not one to be toyed with, brutal and heartless( and that's just being modest). He refuses to let her disrespect him and will go to any extent to ensure she submits to his every will. Thankfully, she can't die. But a war is coming, and it's out of this world. Malik and Iris are the only ones that can stop it, and they don't know it yet. Will they be able to push their differences away and let the Moon goddess finish what she started, or will they be to pig-headed and stubborn to fall in love?
8 211 - In Serial43 Chapters
Somewhere Only We Know
[FREE STORY WITH EXCLUSIVE CHAPTERS]When George Shaw tries to find a plan for the last fifteen days to spend with his best friend, who he's had a crush on for as long as he can remember, all he needs is a map to plot out a road trip and his daily horoscope to boost his confidence.On a trip full of adventure, he needs to decide what's next: will he confess his feelings to Abby or let her slip from his fingers?2018 © beautlies
8 131 - In Serial81 Chapters
Struggles ✔
Everybody goes through struggles, but nobody should go through them alone.That's why for Alexa Brians, she turns to Cole Reynolds, her ex enemy, for help with her anorexia. At the same time, Cole turns to Alexa with his family problems. One by one they go through their struggles in life, taking them all down. Join them in their emotional rollercoaster. The rollercoaster called life.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~!!!!DESCRIPTION AND FIRST FEW CHAPTERS ARE CRAP BUT PLEASE PLEASE GIVE IT A CHANCE!!!!!!!!My cover was made by my amazing friend: @Xoxo-Mine
8 167 - In Serial37 Chapters
The Summer Bride (TSBS-1) COMPLETED
In this Series, Billionaire Bachelors meet their match in a wicked plan of their own.1. The Summer Bride******It all started with a red-haired little girl.Compassionate. Claire Bishop has always been a compassionate woman. When losing her one and only job shatters her completely, Claire thought all was lost. With moral rules and warm heart, she accepts a offer she can't refuse, even if at the end she might just lose her heart in it. Perfectionist. Tyler Sanders has always been a perfectionist, let it be in business or in family. People admired him for his way in business, people feared him for he knows everything about everyone. He took pride of his calculated life but soon, it started to crumble because a little girl couldn't stay without a mommy anymore. He knew money could buy anything, hence he used that to his advantage but in the process, he didn't expect himself to lose what he thought was, a broken heart.But with a bit of help from a little girl, will they join their heart? If so, then how?Well, read to find out. ******Tighten your seat belts for a ride into the life of Claire and Tyler.Started - 05/04/2015.Finished - 14/05/2016.#31 in Romance - 19/09/2016.1M Reads - 25/03/2018. #9 in General Fiction - 14/08/18. 2M Reads - 06/07/20212015 © SADIA KARIM
8 280

