《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 14 ~ Zenith ~
Advertisement
Zenith. Rupanya, itu nama sebenar Khairul. Begitu bijak dia menyimpan sepotong nama itu. Tak seperti pensyarah yang lain, butir peribadinya amat terjaga rapi, langsung tak diketahui ramai. Ada ura-ura yang mengatakan dia sekadar pensyarah ganti saja, sementara menunggu Prof Liza mengajar seperti sedia kala.
Tapi, entahlah. Selagi dia tak buka mulut, sesiapa pun takkan tahu.
Sebaik saja siap menaip bahagian konklusi, aku hela nafas lega. Dah siap, tinggal nak periksa dengan lebih terperinci saja nanti. Komputer riba aku tinggalkan sepi di atas meja, lalu aku campak tubuh di atas katil. Peristiwa siang tadi menjengah minda.
Keluhan berat, aku lepaskan.
Satu demi satu masalah menimpa diri aku dan Khairul. Terlalu banyak aral melintang demi menghalalkan hubungan ini. Sehingga ke tahap aku mulai berasa tidak yakin dengan keputusan yang aku buat. Namun, panahan mata Khairul di lobi Querencia Hotel tadi seolah-olah menyalurkan satu sumber kekuatan baru.
"Diana! Diana Eirina!" panggil Khairul dari belakang. Laju dia berlari, menandingi langkahku.
Ayunan kakiku mati. Membatu aku berdiri menghadapnya.
"You... You're not gonna give up, are you?" Tercungap-cungap dia bertanya, bersama sinar pengharapan terpancar di sebalik matanya.
"Dr Khairul Zenith..." Nama indah itu aku alunkan, tanpa memandang wajahnya.
"Please don't give up on this relationship, Diana... Enne, dia budak baik. Dia adik bongsu, sebab tu dia manja sikit. Saya harap awak faham. Dia tak berniat...," jelasnya dengan suara yang sedikit pecah.
Aku dongakkan kepala. Wajah tampan itu, aku amati beberapa detik. Cuba menenangkan sekeping hati yang sedang diburu rasa resah.
"Doktor tengah pandang rendah dekat saya ke?"
"Hah?"
"Siapa cakap saya nak give up? I won't. I'm not giving up, Dr Khairul. Jadi, doktor janganlah risau." Tersenyum aku melihat tampang keliru yang tertampal di wajahnya.
"Betul ni?"
Angguk. Tanpa aku sedar, gelagat polosnya mencuit hatiku. Tak susah rupanya nak gembirakan pensyarah rupawan ni.
Mengenangkan saat itu, aku tersenyum sendiri. Niatku meninggalkan Querencia Hotel tak bermakna aku undurkan diri. Segalanya baru bermula. Sejujurnya, aku sudah menjangkakan kesukaran yang aku bakal hadapi buat memenuhi syarat pertama. Kalau aku ada di tempat Enne, pasti aku pun akan mengamuk sakan.
Memang tak mudah untuk aku terima latar belakang keluarga Khairul yang boleh dikatakan terlalu bebas. Malah, sangat liberal, dari segi pemakaian dan pergaulan. Daripada Grandpa Khalid sehingga ke Enne, setiap seorang hadir dengan sikap yang berbeza. Pastinya, tak mudah untuk aku tangani mereka.
Kalau ibu dan abah tahu, mahu sesak nafas mereka. Haih, ni satu lagi hal yang aku kena fikirkan. Serabutnya!
Strategi yang ampuh harus aku rancang sebaiknya. Orang bodoh saja yang akan pergi berperang tanpa senjata. Yang pasti, orang itu bukan aku. Lihat saja nanti, aku takkan menyerah! Huargh! Semangatku membara.
Telefon yang tiba-tiba berdering, aku angkat.
"Yow!" tegurku. Rindunya nak bergayut dengan sorang datin muda ni.
"Apa yow-yow? Kau kena kejutan budaya ke apa?" bidas Fathina.
"Hmm... Lebih kurang macam tulah. Alang-alang kau dah call, boleh tak aku nak story-mory dengan kau? Jom video call kejap nak tak? Sejak kau kahwin ni, aku rasa tersisih sikit. Ni kut rasanya kalau bermadu," sungutku. Tarik muka.
Sejurus itu, tawa gegar vaganza kami meletus. Sesudah mendapat persetujuan Fathina, panggilan tadi aku ubah kepada video call. Segala kata yang tidak terluah, mudah saja meniti bibir. Kami berkongsi gelak, tawa, senyum, dan deraian air mata. Berdesing jugalah telinga ni terkena penangan tazkirah percumanya.
Advertisement
Suatu ketika dulu, sebelum kahwin, bila dia berahsia soal suaminya, aku yang mengamuk sakan. Sebab kalau boleh, aku ingin menjadi sahabat sejati yang ada di saat susah dan senangnya. Tapi aku sedar, bila melibatkan soal hati, aku pun sama saja. Aku terlupa akan satu hakikat bahawa kawan baik bukanlah tempat luahkan rasa gembira semata-mata.
"Aku bangga dengan kau...," ujar Fathina, setelah menjadi pendengar setia. Titisan jernih menuruni pipinya.
"Habis, selama ni kau tak bangga dengan aku ke?"
"Banggalah, gila! Suka kan buat aku risau. Aku minta maaf sebab tinggalkan kau dengan memori pedih tu. Kalau boleh putarkan masa, aku takkan bagi kau nampak apa yang aku buat. I'm sorry, Di."
Aku geleng. Turut melelehkan air mata. Meskipun bayangan cubaan membunuh diri yang dilakukan Fathina suatu ketika dulu pernah menghantui hari-hariku, kini tidak lagi. Dia telah menjadi bukti bahawa meskipun wanita itu rapuh, tetapi mereka sangat hebat.
"Don't cry, sayang. Abang kan ada..." Uzzam muncul tiba-tiba di sisi Fathina. Pipi isterinya dibelai manja.
Fuh, nasib baik Fathina dah bagi warning awal-awal. Tudung yang senget di kepala, aku betulkan. Main aci muncul saja. Bagi salam pun tidak.
"Abang tengokkan Aariz dulu, kejap lagi saya turun ya," kata Fathina lembut. Isteri mithalilah katakan.
Tiba-tiba, idea menjengah otakku. Kenapa tak terfikir eh sebelum ni? Aduh, bengap.
"Ina, aku ada nak tanya kau something ni. Aku Google punya Google punya Google, tak juga timbul-timbul."
Gelak kecil terlepas dari mulutnya.
"Kau tanya soalan pedas apa dekat Pak Cik Google tu sampaikan dia takut nak jawab?" soalnya.
"Ada je Pak Man Google tu jawab, tapi aku tak berkenan dengan jawapan dia. Kau kan pakar rumah tangga. Kau tahu tak cara nak tackle adik ipar?"
Sekali lagi, berdekah Fathina ketawakan masalah dunia yang aku alami sekarang ni.
"Ibu kau mana? Asal tak tanya ibu? Percayalah, ibu kau lagi master bab-bab ni."
"Kau nak ibu aku kena mild heart attack ke apa? Kalau dia tahu Dr Khairul ada dua adik yang 'istimewa' macam Zhayan dengan Enne tu, mahu lemah semangat dia. Aku tak cerita dekat diorang lagi. Argh, tolonglah aku Ina! Ingatkan nak belajar je susah, nak kahwin lagi susah!" rengekku. Dah buntu.
"Beria betul kau ni kan. Cinta dah bersemi ke tu?"
"Bukan masalah jatuh cinta sekarang ni. Tarikh akad nikah ibu dengan abah dah tetapkan. Tak sampai dua bulan lagi, Ina. Dahlah mak dengan ayah dia pun aku tak pernah jumpa. Kalau semua jadi haters aku, siapa nak backup kalau aku kena cekik nanti?"
"Ish, kau ni. Cubalah doa baik-baik sama. Kejap, apa eh cara nak mengurat adik ipar... Susahlah soalan ni, kalau cara nak tackle suami aku pandailah..." Usai berkata, Fathina tayang senyuman gediknya.
Jelingan maut, aku hantar melalui kamera telefon.
"All right. Fine. First part yang kau kena master ialah kau kena kenal adik Dr Khairul tu dulu. Apa dia suka dan tak suka, semua tu kau kena khatam habis-habisan. Macam kau cakap, kau nak berperang kan? So, kau kena kenallah jugak enemy kau tu siapa, perangai macam mana. Ada faham?"
Angguk. Tak pernah aku sefokus ini mendengar leteran Fathina.
"Lepas dah kenal, baru kau boleh tackle dia. Kau tahu apa yang kau kena buat, idea pun datang mencurah-curah. Sekarang ni, kau tengah stuck sebab kau tak tahu langsung pasal dia. Cuba mesej atau call Dr Khairul, tanya pasal Enne tu. Aku yakin 100%, mesti Dr Khairul pun happy. Gila tak happy, bakal isteri dia tengah usaha nak kenal keluarga dia kut."
Advertisement
"Ooo..."
"Last sekali, aku cadang kau jadi diri kau je. Just be yourself. Come on, kau ni fun person kut, jangan sia-siakan perangai tak semenggah yang Allah dah anugerahkan untuk kau. Bukan semua orang boleh masuk air, tenggelam tak timbul-timbul macam kau," beritahu Fathina bersama senyuman lebar. Apa yang dicakap, tak ada salah sama sekali.
"Ina..."
"Kenapa?"
"Asal kau bijak sangat ni?! Hua, bencilah!" Drama air mata berulang siaran lagi.
"you, abah." Itulah ayat yang aku sebutkan saban hari. Begitu besar pengorbanan abah menghantar dan mengambil aku dari universiti. Selepas kejadian Naura mengelar pergelangan tangannya, aku lebih memilih untuk tinggal di rumah buat sementara waktu. Abah dan ibu pun faham. Alhamdulillah.
Ada ketikanya, mereka biarkan aku pandu kereta, manakala mereka pula yang naik pengangkutan awam. Aku dah minta kebenaran nak pergi sendiri, tapi ibu dan abah tak bagi. Bahaya katanya. Aduhai, pasrah sajalah. Tunggu aku kerja nanti, akan aku hadiahkan mereka sebuah lagi kereta. Tak adalah nak berebut lagi lepas ni.
Malas nak masuk bilik, aku duduk di sebelah Dalia dan Daniel yang sibuk menyiapkan kerja sekolah. Cerita kegemaran mereka, Detektif Conan tengah ditayangkan di televisyen. Mata asyik ke hulur ke hilir. Itulah yang terjadi apabila separuh jiwa nak tengok TV, sebelah lagi pula nak siapkan kerja.
"Dalia, chicken tu plural, kena ada 's'. Kan Didi cakap, kalau lebih daripada satu kena tambah 's'." Kesalahan grammar pada ayat yang tertera pada buku latihan Bahasa Inggeris Dalia, aku betulkan.
Dahinya berkerut. Tak suka barangkali akan teguran itu.
"Tapi plural yang semalam Didi suruh buang 's'. Yang 'they eat' tu. Dalia peninglah," rungutnya manja.
Aku garu kepala. Pengajar pun dah pening nak mengajar budak bebal ni.
"Itu subject-verb agreement, sayang. Kalau subjek tu plural, kata kerja tak boleh ada 's'," terang aku perlahan-lahan. Contoh dari buku, aku keluarkan. Nak tingkatkan kefahamannya.
Telefon aku hidupkan tatkala terdengar bunyi notification. Melihat satu nama yang aku tunggu-tunggu dari tadi, segala pensel dan pemadam aku campak ke tepi. Cepat saja aku menyusun ayat hendak menjawab. Bila bermesej dengan orang sibuk ni, kena cepat-cepat. Nanti kena 'sidai' lagi.
"Daniel ajarkan Dalia kejap. Awak dah faham kan?"
Daniel mengangguk laju. Siap mendabik dada lagi. Daniel ni boleh diibaratkan macam Khairul, sangat bergeliga, enjin kereta Ferrari. Dalia pula sedikit perlahan. Tak lain tak bukan, ikut perangai aku. Setakat enjin kereta cabuk saja. Huh, sedih.
Sorry balas lambat, battery mati tadi.
Awak nak tanya apa?
Dr free tak sekarang?
Ada benda saya nak cakap. Penting jugaklah.
"Oh mak kau..." Telefon di tangan aku terbang, mendarat di atas kepala Daniel. Terkebil-kebil aku menyaksikan masalah yang baru aku cetuskan.
"Sakitlah, Didi!" marah Daniel.
"Sorrylah, Abang Arul korang ni ha, call mengejut sangat. Sebab tu Didi tercampak. Sorry eh." Kepala yang dihiasi rambut lebat itu aku tiup. Nak redakan rasa sakitnya.
Tak larat nak pujuk lama-lama, aku berlalu ke luar rumah. Panggilan Khairul aku jawab pantas. Berdebar lain macam. Nak jawab telefon saja, bukannya kena akad nikah lagi pun.
"Helo, Diana?"
"Helo, doktor. Assalamualaikum." Aku pejamkan mata. Tengah bawa bertenang.
"Waalaikumsalam. Erm... Awak ada nak cakap apa-apa ke?" Dia bertanya lembut.
"Ada. Sekejap, saya nak buka buku." Buku nota kecil, aku buka. Bersedia nak baca beberapa soalan yang memerlukan jawapan segera.
"Oh, pasal study ke?" Nada suara yang sedikit teruja tadi berubah hampa.
Walaupun dia tak nampak, aku tetap geleng macam orang biul.
"Tak adalah. Pasal doktorlah. Kalau doktor nak tahu, kaki saya ni bila sampai rumah, terus auto tak minat belajar. Setakat nak siapkan assignment tu okeylah, kalau ada soalan bab-bab study tu erm... Saya telan je sampai kenyang. Tak rajin nak tanya." Aku berkata jujur.
Membuntang mataku apabila alunan suara Khairul tergelak memenuhi halwa telingaku. Pipiku serta-merta berbahang. Jantung mula bekerja keras mengepam darah.
"How I miss listening to your lame jokes, Diana..."
"Erm... Ehem... Erm... Doktor tengah puji ke kutuk tu?" Semakin lama, makin banyak pula koleksi soalan low IQ yang aku persoalkan.
"Khairul ke tu? Kirim salam ibu dekat dia!" jerit ibu dari dapur. Serupa nak khabarkan dekat semua jiran.
"Abah pun!" Abah jengulkan kepala dari bilik air.
"Daniel nak jugak!"
"Dalia Dalia Dalia!"
Gelak Khairul semakin galak. Aku pula raup seluruh wajah. Boleh mental kalau melayan perangai manusia dalam rumah ni.
"Dr Khairul, just in case doktor tak dengar, satu taman rumah saya tengah kirim salam dekat doktor." Aku berseloroh. Seronok mendengar dia melepaskan tawa. Tapi tak puas sangat, sebab tak nampak. Kalau dapat tengok dia gelak secara langsung mesti lagi manis.
Sejurus itu, kami meneruskan perbincangan yang tergendala dek gangguan anasir-anasir luar. Seperti yang dijangkakan, dia menjawab setiap satu soalan dengan sangat tenang. Semua jawapan dia ada. Lagaknya macam dah tahu apa soalan yang akan ditanyakan. Senang cerita, kilang pemprosesan info di otaknya sangat efisien.
"Jangan cakap lama-lama sangat, Didi. Tak manis." Sempat lagi ibu berpesan. Dari tadi asyik mengusyar dengan mata helangnya.
"Baik, bu. Dah nak habis dah."
"Diana kalau macam tu..."
Tak habis dengar lagi bicara Khairul, Dalia terlebih dulu meragut fokusku.
"Didi Didi Didi...," panggil Dalia perlahan, dah macam orang berbisik. Terlompat-lompat sambil menghulurkan tangan kecilnya. Nak bercakap dengan Abang Arul dialah tu. Daniel turut melakukan hal yang sama.
"Ya sayang, sekejap ya."
"Sayang?" Khairul mengulang cakapku.
Tubuhku membeku pada suhu negatif. Mulut terzip rapat, tak mampu meluahkan kata. Tak mahu ambil risiko, aku bagi terus telefon yang aku pegang pada Dalia dan Daniel. Pandai-pandailah mereka kacau-bilaukan hidup Khairul. Aku pula teruskan program pura-pura hilang ingatan.
Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya).
[Riwayat al-Tirmidhi (3895)]
Advertisement
- In Serial1438 Chapters
The Problem with Marrying Rich: Out of the Way, Ex
Married rich for three years with no child born. Just when she was finally cured of infertility and ready to give him a child, he brought home his pregnant mistress in high profile.
8 2150 - In Serial23 Chapters
Magicae Machina
A Goddess's desire; how deep might it pervade this world?Terror slumbers under every stone, no matter how bright the woods might seem. This is a fantasy story about making sense of a world wherein numerous threads of mystery intertwine.
8 129 - In Serial44 Chapters
Before I Go ✔️
Sometimes things happen in life whether they be good or bad they shape our lives in ways we never knew existed. They let us take a closer look into the world and realize we took everything for granted. Alex Eastwood, her fate soon played out, to be diagnosed with Leukemia. She hides behind her walls in hopes that one day she could have her life back again. Be a ruthless teen who could do anything she wanted. When in reality, she couldn't. So comes along the ruthless boy she never expected, who so happens to enter inside her life like he's always belonged there. Will she be enough to break down the walls the ruthless boy has built? Will he be enough to save her? ____Highest Rankings# 1 Cancer # 1 Francisco Lachowski# 7 Romance# 4 Teen Fiction# 46 Teen RomanceCompleted 01/06/19* Some chapters will contain the use of sexual content
8 164 - In Serial31 Chapters
Something Precious {H.S.}
Sequel to: Something Special {H.S} YOU MUST READ THE FIRST BOOK TO UNDERSTAND THIS STORY OR YOU WILL BE LOST SIS. .*Not Edited*there WILL be grammar mistakes* Please vote! ♡.......................................................After finding out a unexpected secret on the day of her husband's funeral, Ellie Styles is beyond lost. With the help of her remaining friends and family, she believes that she'll eventually overcome and accept these hard times.But just as Ellie thinks that she's doing a little bit better, someone randomly pops into her life and flips things upside down. Everything is not as it seems.There is something precious at the end of the tunnel but will Ellie be able to survive long enough to find it?
8 106 - In Serial36 Chapters
A Mindful Old Soul
AVAILABLE ON KINDLE AMAZONA girl of sixteen lives in a small family with her widowed father and her infant sister. After months of homeschooling along with raising Serena, her father finally decides he send his daughter off to a public school. Lena has to face a society she was never used to, but things change when she meets the inseparable James Allan and his grandmother, Amelia Allan.Everything turns out perfectly fine until a hardship befalls one of them. Her lover, James Allan, finds himself a wreck and can hardly bear the pain any longer. He has no choice but to leave his beloved town.All those years of waiting patiently for him, she, Lena Foster, starts to wonder if all of it is going to be worth it in the end.(Written by: Andina F. K)
8 223 - In Serial8 Chapters
Two For You
Intended for 18+ only! / MFM/ daddy kink /praise kink / dirty talk / theesome / insta lust / throuple/ smut with heart----'𝐄𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐢𝐧𝐜𝐡, 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭,' 𝐃𝐞𝐯 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐫𝐚𝐠𝐞𝐝, 𝐡𝐢𝐬 𝐡𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐨 𝐫𝐮𝐛 𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐡𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐧𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐜𝐥𝐢𝐭, 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐣𝐨𝐥𝐭𝐬 𝐨𝐟 𝐞𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐢𝐜𝐢𝐭𝐲 𝐢𝐧 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐜𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐨𝐟 𝐡𝐞𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲. '𝐘𝐨𝐮 𝐥𝐞𝐭 𝐑𝐨𝐰𝐚𝐧'𝐬 𝐛𝐢𝐠 𝐜𝐨𝐜𝐤 𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐞𝐩 𝐚𝐬 𝐩𝐨𝐬𝐬𝐢𝐛𝐥𝐞, 𝐚𝐥𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭?''𝐓𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭, 𝐛𝐚𝐛𝐲,' 𝐑𝐨𝐰𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐚𝐬 𝐡𝐞 𝐛𝐞𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐨𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐞𝐚𝐫𝐧𝐞𝐬𝐭. 𝐃𝐚𝐝𝐝𝐲 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐩𝐥𝐚𝐲 𝐡𝐞𝐫 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐛𝐮𝐭𝐭𝐨𝐧, 𝐮𝐧𝐭𝐢𝐥 𝐬𝐡𝐞 𝐟𝐞𝐥𝐭 𝐚 𝐧𝐞𝐰 𝐭𝐢𝐝𝐞 𝐨𝐟 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐮𝐫𝐞 𝐮𝐧𝐟𝐮𝐫𝐥𝐢𝐧𝐠 as 𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝 𝐰𝐚𝐬 𝐩𝐮𝐦𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐨𝐮𝐭 𝐨𝐟 𝐡𝐞𝐫. '𝐈 𝐟𝐞𝐞𝐥 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐝𝐝𝐲'𝐬 𝐜𝐮𝐦 𝐚𝐥𝐥 𝐚𝐫𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐦𝐲 𝐜𝐨𝐜𝐤. 𝐀𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐩𝐮𝐬𝐬𝐲, 𝐟𝐮𝐜𝐤 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐩𝐮𝐬𝐬𝐲 𝐢𝐬 𝐬𝐨 𝐟𝐮𝐜𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐠𝐡𝐭.'𝐄𝐲𝐞𝐬 𝐫𝐨𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐜𝐤, 𝐋𝐮𝐜𝐲 𝐭𝐨𝐨𝐤 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞𝐬𝐞 𝐦𝐞𝐧 𝐰𝐞𝐫𝐞 𝐠𝐢𝐯𝐢𝐧
8 208

