《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 28 ~ Imperfection ~
Advertisement
aku silangkan. Jari-jemari panjang pula aku rehatkan di atas paha. Menunggu ketibaan orang yang aku nantikan lebih dari sebulan yang lalu. Peristiwa aku bertentang mata dengan Diana siang tadi masih berlegar di minda. Kami tak sempat berbual panjang kerana ada lagi satu mesyuarat yang perlu aku hadiri.
Wanita itu tampak sedikit kaget menyaksikan aku dikelilingi orang-orang asing yang belum pernah dia temui sebelum ini. Memang wajarlah dia tak pernah jumpa, semua tu kawan-kawan Grandpa Khalid. Aku hanya gantikan tempat lelaki itu untuk sementara waktu.
Habis mesyuarat mengenai inisiatif yang hendak dilaksanakan untuk menaik taraf sistem pendidikan di universiti agar graduan yang habis belajar boleh diterima dalam sektor pekerjaan. Mungkin mencari pelajar yang bijak itu jauh lebih mudah daripada melahirkan para graduan yang berkualiti serta mampu menempuhi kesulitan alam pekerjaan.
Belajar dan bekerja adalah dua perkara yang berbeza. Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari juga tak semudah membaca dan menjawab periksa. Hendak memastikan visi dan misi sesuatu universiti tercapai juga bukanlah satu usaha yang mudah. Lagi-lagi zaman ini, persaingan tersangatlah sengit dan lebih mencabar.
Telefon pintar yang menyala dengan sendirinya mempamerkan gambar sang isteri yang tersenyum indah. Dalam masa seminggu lagi, aku terpaksa meninggalkannya buat sementara waktu. Ada hal yang perlu aku selesaikan di Kanada. Berulang-alik dari kedua buah negara ini sudah menjadi rutin biasa dalam hidupku.
Yang mampu aku harapkan hanyalah dia mengerti. Walau apa yang terjadi, dia tetap memegang takhta sebagai seorang permaisuri di dalam hati ini. Kerana dia, aku mengenali Tuhan. Kerana dia, aku merasai cinta terindah dan teragung.
"Zenny!" jerit seorang wanita yang langsung tak berniat untuk menyembunyikan keterujaannya.
Senyum ringkas terukir tanpa aku pinta. Tak sempat menerpanya, tubuh aku terlebih dulu dirangkul erat. Selamba saja wanita berpakaian dress paras buku lali tidak berlengan itu melabuhkan punggungnya di atas ribaku seraya kedua lengan melingkari leherku.
"Come on, stop calling me Zenny. I'm not a girl."
"How can I, big guy? You've always been my Zenny since day one," tuturnya, lalu mengucup lembut dahiku.
Kami meluangkan masa bersama. Setelah sekian lama tak berjumpa dek kekangan masa dan jarak yang tak memboleh kami untuk bertemu. Lagipula, aku tahu dia sememangnya sibuk dengan komitmen lain yang jauh lebih penting. Ramai orang yang memerlukan dia di luar sana.
"Honey, would you like some coffee?"
Kehadiran seorang lelaki berbangsa Cina awal 30-an menghentikan perbualan kami. Aku pandang mereka berdua dengan riak curiga. Tatkala tangan lelaki itu mengelilingi bahu si wanita, aku terus kehilangan kata. Terpaku. Tanpa perlu dijelaskan, sesiapa saja boleh membaca status lelaki itu.
Aku bangun dengan dada terasa ketat dan panas. Tajam mata aku mencerlung wajah pasangan itu, sebelum membawa diri meninggalkan mereka.
"Zenny! Zen! Listen to me first, darling."
Lengan kanan aku ditarik. Namun, aku lebih cepat menepis sentuhannya.
"Apa lagi? You nak I dengar apa lagi?!" bentakku dengan amarah yang sudah tak tertahan lagi. Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali aku mempercayai kata-katanya. Namun, segalanya berakhir dengan dusta semata-mata. Dengan mudah, dia merobek hati ini dan membiarkan ia berkecamuk lagi.
Advertisement
"Honey, I'm sorry. Mummy..."
Aku geleng. Mata berair jenihnya, aku pandang kosong. Menutupi rasa sakit di dada yang mencengkam jiwa. Begitu sakit. Teramat menyakitkan. Sekali curang, ianya satu proses yang tak mudah dihentikan. Itulah sakit yang tiada ubatnya. Dan penyakit itu, ada pada ibu yang melahirkan aku.
"No. You're not my mother anymore."
"Zenny!"
"You broke our deal, mum. You promised me that the guy we met 5 months ago would be the last and you're gonna marry him. But now, another man? I'm so stupid for believing you," semburku. Melepaskan apa yang tersimpan rapat di dalam kotak hati ini.
"Zenny, he's just my friend from work. Nothing special," pujuk mummy. Cuba menjernihkan air yang sememangnya sudah keruh. Sekeruh-keruhnya.
"Cukup-cukuplah mainkan perasaan lelaki. You ingat lelaki tak ada perasaan ke? You tak kesiankan anak-anak dengan cucu you ke? Kalau you nak main dengan seribu lelaki pun sekarang ni, you mainlah. 'Cause from now on, I choose not to care anymore. Because a cheater will always be a cheater. Loyalty is simply out of your league."
"Zenny, stop."
"Kalau you tak nak berubah, sampai mati pun, I takkan bagi you jumpa Diana. I don't want her to meet somebody like you." Laju saja ucapan kasar itu meluncur dari bibirku.
Pang!
Aku pegang pipi kanan yang dilempang mummy.
"I said, stop," kata mummy dengan bibir dan tangan yang menggeletar.
Pipi aku yang tadinya menjadi mangsa sasarannya itu, cuba dia sentuh. Seakan baru tersedar akan kesalahannya. Namun, aku memilih untuk undur setapak ke belakang. Kesal dengan tamparan itu.
"I'm lonely, son. I need a man to fight against my loneliness. Please understand..."
Aku tergelak sinis.
"Understand? You know what? Growing up witnessing you cheated on dad just tells me that you have successfully made your children become the loneliest people in this world, mum. Looking at how broken we are, it's just too sad. Very sad."
Tiada pilihan lain untuk redakan situasi itu, aku undurkan diri dari situ. Bayangan momen-momen bahagia keluarga kami suatu ketika dulu berlegar di minda.
"Zen! Zenny! Zenith!"
Laungan itu, aku biarkan sepi.
Andai mummy memilih untuk setia... Andai daddy tak menyerah dengan perkahwinan mereka... Andai mereka tahu betapa peritnya kesakitan yang ditanggung anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga bermasalah... Pastinya bahagia yang aku dambakan selama ini dapat dikecapi.
Akan tetapi, di kala mereka memilih untuk curang dan meruntuhkan mahligai yang terbina, segala tembok kepercayaan turut hancur berkecai. Bukan saja sesama mereka, malah anak-anak yang menjadi saksi keruntuhan perkahwinan itu. Gambaran bahagia juga bertukar menjadi derita.
Demi adik-beradik, demi makna sebuah keluarga, aku cuba untuk kuat. Tapi, jikalau mereka tetap bersikap begini, sampai bila aku mampu bertahan?
bilik utama, aku buka perlahan. Insan pertama yang mengisi kekosongan anak mataku ialah Diana. Dia tampak sedang ralit mengeringkan rambut di meja solek. Tubuhnya disarungkan dengan satu pakaian tidur yang tidak terlalu terbuka dan tidak juga terlalu tertutup. Sedang-sedang saja. Terlihat sangat sempurna di tubuh kecilnya.
Advertisement
Sayu aku memerhati tingkah laku sang isteri dari kejauhan. Ikutkan hati ini, dialah wanita pertama yang aku nak kenalkan kepada kedua orang tua. Sama seperti anak-anak lelaki yang lain. Namun apakan daya, mungkin mimpi itu seharusnya terkubur saja. Aku tak mahu dia kecewa lagi.
Selepas itu, aku mengorak langkah mendekatinya. Sut yang membaluti tubuh, aku tanggalkan, lalu campakkan ke atas katil, sekali gus dengan tali leher. Dua butang teratas kemeja juga aku rungkaikan. Sebaik saja mata kami bertaut di balik cermin meja solek, senyum manisnya terbentuk indah. Menyambut mesra kepulangan suami.
"Abang pergi mana? Kenapa balik lambat sangat? Lama ke meeting tadi? Penat tak? Nak saya buatkan air ke?" Bertubi-tubi soalan meniti bibirnya. Membuktikan peduli dan kasihnya seorang isteri.
Jawapan aku tersekat di kerongkong. Wajah polos itu benar-benar menyentuh hati lelakiku. Setiap hari aku lafazkan rasa syukur, kerana Allah telah menggerakkan hati ini buat wanita seistimewa si dia.
"I'm sorry..." Hanya sepotong ayat itu yang meluncur sayup-sayup dari bibirku.
Diana alihkan posisi duduknya, menghadap aku yang berdiri tegak di belakang. Renungan redup penuh kerisauan diberikan.
"Kenapa ni, abang? Abang okey tak?"
"I'm so sorry, sayang..."
"No, don't say that."
Sejurus itu, dia bangun dan menarik aku ke dalam rangkulan hangatnya. Tangan lembut itu menepuk-nepuk manja belakang badanku. Meskipun dia tak tahu apa-apa, namun dia bijak dalam membaca kekosongan hati ini.
Pelukan kami, dia leraikan. Anak mata hitam itu mula menjalankan tugasnya. Menyelami anak mataku.
"I'm so sorry that you have to deal with my imperfections." Aku tutur perlahan. Cukup untuk dia dengari.
Kening Diana terjongket ke atas. Riak wajahnya saja sudah menidakkan kenyataan itu.
"Imperfection? Mungkin pada pandangan abang kut. Dekat mata saya, abang satu-satunya lelaki yang paling sempurna untuk saya, yang faham saya..."
Aku membisu. Memberi ruang untuk dia habiskan bicara.
"Imperfection makes us human, abang. Allah tak salah dalam menciptakan kita. Kalau Dia nak kita perfect, Dia akan jadikan kita malaikat, bukannya manusia. Para nabi pun pernah buat silap. Nabi Adam pun pernah dikeluarkan dari syurga. Sebab apa? Sebab diorang pun manusia."
Kelopak mata aku yang sudah berair, Diana kucup. Memujuk aku agar menerima segala ketidaksempurnaan ini. Sekali lagi, tubuh kami disatukan. Menghangat suhu tubuh masing-masing.
Rambut kebasahannya, aku cium. Wangi. Degupan jantung aku mencanak naik. Jiwa lelaki ini inginkan lebih lagi. Oleh itu, rambut panjang Diana aku bawa ke sisi bahunya. Mencari akses untuk menikmati leher jenjang itu pula.
Dup dap dup dap... Detak jantungnya juga kedengaran semakin agresif.
Apabila bibir kami bertaut kejap, Diana tiba-tiba melarikan bibirnya. Lirik mata mempersonakan menghiasi anak matanya.
"Ni taktik abang baru abang eh?" duganya sambil mengecilkan mata.
"This is called the psychology of flirting and attraction, Diana," bisikku.
Tawa nyaring Diana membuatkan aku tersenyum. Begitu mudah gelak besarnya mewarnai kamar kami dalam sekelip mata.
"O.M.G., this is so unfair. You use psychology to lure me!"
"You lured me first, precious."
Tak berlengah lagi, aku meneruskan kerja yang tertangguh. Tulang selangkanya yang terdedah menjadi sasaran aku. Pagutan demi pagutan aku banjiri wajah dan pangkal lehernya. Penerimaan positif Diana menyemarakkan lagi api yang membara. Tahu-tahu saja, kami berdua hanyut dalam larutnya malam dan terangnya bulan.
semester baru bermula, kerja dan tanggungjawab yang aku pikul semakin memberat. Termengah-mengah aku berdepan dengan pelbagai jenis manusia atau klien di hospital yang pernah menjadi tempat abah dirawat selepas kemalangan beberapa bulan yang lepas.
Tempat internship atau praktikal aku terletak di Unit Psikologi dan Kaunseling.
Saban hari, aku mendengar luahan klien yang menghadiri sesi kaunseling serta pesakit yang mendapatkan terapi. Jujur, ianya sangat berbeza dengan apa yang aku pelajari selama ini. Bila betul-betul selami kehidupan seseorang, aku mulai mengerti akan berharganya sesebuah pengalaman. Ianya tak ternilai. Tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Seminggu berlalu pantas, umpama hari minggu. Aku belum berkesempatan berkenalan dengan orang ramai, melainkan orang-orang yang bekerja di unit itu. Hal ini kerana mereka yang banyak memberi tunjuk ajar.
Adi dan Manis pula ditempatkan di pusat perubatan universiti kami. Jadi, segalanya jauh lebih mudah buat mereka.
Sepatutnya, ada lagi dua orang pelajar kelas kami yang bakal jalankan internship di sini juga. Tapi, tak pasti pula siapa. Kata Manis, ada pertukaran pelajar pada saat-saat akhir.
Masa rehat habis. Aku melangkah berhati-hati ke bilik locker. Nak simpan beg tangan dan beg kain telekung. Baru saja hendak menapak ke bilik itu, kaki aku tersadung sesuatu. Hampir saja aku terjelepok ke lantai. Nasib baik sempat berpaut ke dinding.
"Ops, sorry."
Pemilik suara bernada tak ikhlas itu, aku pandang. Mata aku membulat besar. Tersentak.
Senyuman sinis terukir pada dua manusia bermulut berbisa. Hazel dan Aiden. Mereka mempamerkan pandangan menjengkelkan. Debar halus mengetuk kesempitan dadaku. Apa mereka berdua buat dekat sini? Ya Allah, jangan cakap... Bagaimana aku nak hadap dua bala ni sendirian?
"This is the very perfection of a man, to find out his own imperfections."
- Saint Augustine -
Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.
(QS. Al-Isra' Ayat 70)
Advertisement
- In Serial184 Chapters
Love Me Harder, Mr. Fu
Getting drunk and spending a passionate night with a stranger isn't the only thing Shi Lian regrets. She dreads when she meets the stranger again in her homeland. She wasn't aware of the fact that the jerk who took her virginity is the same is known as the business tycoon in the whole of Asia. The heir to Fu household and the Youngest Chairman, Fu Zichen.
8 1252 - In Serial81 Chapters
Mr Reigns
I was going to die on the stairs. Before I could actually feel the other steps of the stairs, I felt hands wrapped themselves around my waist. My eyes were closed. Why do we close our eyes when there were some dangers? That was stupid. As if with closed eyes, we weren't going to feel any pain. "Fuck. Are you okay?" I opened my eyes quickly when I heard this deep sexy voice. My eyes widened at the sexy piece of human standing in front of me. No human had the right to be that sexy. "God?" I asked. When he rose one of his perfect eyebrows in confusion, I realized how stupid I sounded. His perfect face was everything. His well trimmed beard made him look so handsome. His green eyes was hypnotizing. As his body was pressed against mine, I could feel how muscular he was. He helped up stand up and roughly let go of me. His eyes trailed to the floor. I followed his eyes to see a cigarette on the floor. "I'm sorry?" I more like questioned. Was I supposed to apologize for the wasted cigarette which was going to ruin his health? "Thank you" I said when I decided to look at him again. He was already staring at me. He was wearing a black suit. His hair was perfectly fixed. I wonder how would he look if his hair was messy and he was wearing a Jean. Noticing that he was not going to say anything else, I stared at the stairs. "I'm going to go" I simply said and walked down the stairs carefully. When I was on the grass, I gently lifted my dress so that it wouldn't be ruined and walked bare feet on the grass. I turned my head slightly to look at the man, who seemed to be observing me. He was still on the stairs, his eyes on me. He was model worthy. He did seem to the snobby type of man. I quickly turned around to face the woods. That man could take the breath away just by his looks.
8 903 - In Serial34 Chapters
Alphas Human Mate
(Book in the process of editing)" Miss please stand in front of the class and introduce yourself.," my teacher said as she directed me where to stand.I walked to the front of the class, looking at all of my classmates in front of me. " Hello everyone. My name is Jessica Meadows and-... "I was interrupted when the door slammed open beside me and I saw the pair of eyes who caused it." Mate. " Jessica was a normal teenage girl who just wanted to get through her senior year of high school. When she was forced to move that summer to Florida with her aunt and uncle, she starts to notice just how different Florida is from Ohio.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~** Completed! **This is my first book so feel free to comment your opinions, but keep in mind I wrote this when I just started out. It won't be the best and will be cliche. As I am human:• Misspellings• Grammar errorsI wanted to maybe make things different than the other werewolf books so things will be different. Enjoy the book (:
8 374 - In Serial13 Chapters
The unexpected love - The beach house(completed)
A lonely man , who hates coming contact with others , buys a beach house to enjoy life in peace and silence . Will it be as he thought or Does fate have a different idea for his future ?? Read to know more ---------------------------------------- (A/N : I don't own anything .)
8 202 - In Serial13 Chapters
where pilgrims are sinners, saints go to hell
about a lonely god and an obstinate devotee
8 199 - In Serial38 Chapters
The Billionaire's Hired Girlfriend
AlexandraFamily oriented Alexandra Stewart is in desperate need of money for her dad's surgery. She is stoked when gorgeous billionaire Jayden unexpectedly barges into her life and offers to help. On one condition. She must pretend to be his girlfriend.One look at Jayden tells her to run in the opposite direction. The man is too good-looking, successful, and wealthy. He's way out of her league. Then again, the proposal is too enticing and desperate Alexandra agrees. Now, the only problem is how does she prevent herself from falling in love with Jayden when the way he looks at her makes her heart tremble and his touches set her body on fire?JaydenRecently single Jayden McCartney has to bring his girlfriend to his sister's wedding in order to stop the matchmaking his grandmother has planned for him. Not in the mood for dating or a new woman after the discovery of his cheating ex, he hires a perfect candidate as his girlfriend in Alexandra. Suddenly, a new problem presented itself. Jayden finds that he's falling in love with the geeky turns sexy Alex, and he wants her, and what Jayden wants, he'd get.
8 336

