《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 29 ~ Naughty ~
Advertisement
dan aku menuju ke setiap outlet yang menjual pakaian bayi dan kanak-kanak. Elok sangatlah kami bertemu. Sudah lama aku berniat nak hadiahkan hamper bayi yang aku beli bersama Khairul hampir sebulan yang lalu. Baju untuk Aariz pun ada. Tak boleh dinafikan, membeli-belah pakaian budak-budak lagi seronok berbanding pakaian sendiri.
Satu kepuasan dapat dirasai apabila melihat pakaian tersebut terletak cantik pada tubuh genit mereka. Sejak berkahwin, perangai mak-mak aku pun semakin melebarkan sayap dengan jayanya. Bukan setakat pakaian budak, baju 'pak cik' budak pun aku pilihkan. Istimewa untuk suami terchenta.
"Ish, cukuplah Didi. Kau nak beli sampai berapa dozen untuk anak aku? Tak lahir lagi pun dia dah cop kau aunty beli-belah," omel Fathina. Memaksa aku meletakkan semula pakaian bayi yang melekat di tangan.
Aku muncungkan bibir. Tetap berdegil nak menambah koleksi baju untuk anak Fathina yang bakal dilahirkan dalam beberapa bulan lagi. Geram tengok. Kalau tak beli nanti, terbawa-bawa mimpi pula. Lagi bahaya.
"Aku janji, ni last. Lepas ni, aku nak cari kemeja untuk Khairul pulak."
Mata aku meliar pada gaun kecil untuk bayi perempuan. Alahai, comelnya.
"Kau ni kan, kalau boleh, untuk satu taman kau belikan. Untuk kau mana? Jom, aku temankan ke area baju perempuan. Kau nak Parkson ke..."
Tak sempat Fathina senaraikan segala kedai pakaian wanita yang dia tahu, aku berikan gelengan sepantas puting beliung. Dengar nama kedai baju perempuan pun aku dah hilang selera.
"Tak nak. Busuk. Aku suka bau area baju lelaki dengan budak je." Aku berkata selamba. Memang itu yang aku rasakan tika ini. Dan rasa ini, sangat tak selesa. Macam tertukar jantina pun ada.
Dia terperanjat, disusuli dengan kening yang terangkat.
"Bau apa? Hidung kau tersumbat ke apa? Aku yang mengandung pun tak bau apa-apa. Yang kau terlebih sensitif ni apesal? Takkan kau dah pregnant kut?"
Aku jongketkan bahu.
Rasanya, belum lagi. Lepas ambil pil kontraseptif, memang aku alami mual-mual. Tapi tak adalah teruk. Haid pun jadi tak teratur sejak aku berkahwin. Datang ikut suka hati. Nasib tak banjir satu rumah sebab bocor. Dada pun rasa tak selesa, seperti membengkak. Itulah padahnya ambil pil itu tanpa pengetahuan suami. Hukuman berat yang harus aku telan.
Pada awalnya, ingatkan mengandung. Tapi bila baca balik kesan sampingan ambil pil perancang. Aku sudah temui puncanya. Lagipula, bulan lepas pun period datang macam biasa. Cuma sakitnya lain macam. Khairul pun murung sebab melayan kerenah aku.
"Tak adalah. Dulu aku ada ambil pil perancang. Sebab tu hormon macam main aci tarik tali sikit. Sensitif terlebih." Aku menjawab jujur. Tak berselindung sama sekali.
"Oh, ha'ah jugak kan. Aku lupa. Tapi apa pun, kau tahu kan pil tu tak 100% boleh cegah kau pregnant? Bila dah kahwin ni, kau kena sedia bila-bila masa saja nak jadi mummy ekspres. Aku pun tak rancang nak mengandung lagi. Tapi nak buat macam mana, termengandunglah pulak."
Advertisement
Sengihan panjang Fathina membuatkan gelak mengekek aku terkeluar dari sangkar emasnya.
"Tahulah, mak cik. Aku bukannya kau, dah berbulan-bulan mengandung baru nak tahu. Kesian Aariz, kena pulau dengan mummy dia," sindirku. Bila teringat semula momen Fathina langsung tak syak yang dia mengandung dalam tempoh empat bulan tak datang bulan, aku pun naik pening. Haih, suci betul otak kawan aku ni.
"Alah, tu cerita lama okey. Waktu tu aku budak baik lagi. Husnudzon sentiasa."
Tawa kami memekik kesunyian mall buat kali entah keberapa. Selepas berkahwin, aku masih curi-curi masa untuk selitkan 'me time' dengan Fathina. Sejujurnya, banyak perkara yang boleh aku pelajari daripada senior alam perkahwinan itu. Dia bukan saja kawan. Namun, dia juga guru yang mengajar aku menjadi isteri yang terbaik untuk si dia.
mata aku mengalir deras, menghujani pipi. Berjam lamanya aku cuba menyekat empangan itu daripada melimpah. Akan tetapi, akhirnya aku tewas juga tatkala Khairul berlalu semakin jauh dan jauh, ingin meninggalkanku di Malaysia, manakala dia diterbangkan ke Kanada.
"Ya Allah, amora... Please stop torturing me, sayang."
Buat kali kelima, Khairul kembali ke memasuki perut kereta. Meninggalkan orang kepercayaannya, Will di luar bersama bagasi kecil mereka. Tangan aku yang menggigil pada stereng kereta diraih semula.
Sebelum tiba di KLIA, aku fikir, aku dapat melawan rasa sedih dan sunyi ditinggalkan untuk beberapa hari. Namun, realiti itu jauh lebih memeritkan. Aku bukan superwoman. Emosi pun pasang surut serupa tsunami. Lebih banyak pasang daripada surut. Sangat memeningkan.
Padan dengan muka aku yang berlagak kuat nak hantar mereka ke KLIA dan pulang sendiri. Khairul suruh datang dengan ibu dan abah, tapi aku menolak laju. Sekarang ni, nak pandu kereta pun tak boleh. Tangan menggeletar, otak dah miring dan pelbagai lagi komplikasi yang mengganggu kewarasan mentalku.
Selama kami kahwin, Khairul sentiasa ada. Sehari saja tak tengok muka dia, terus gelisah. Inikan pula seminggu. Boleh separuh gila aku dibuatnya.
"Amora, saya pergi seminggu je. Tahan seminggu je, okie? You'll do just fine without me, sayang. Mana powerpuff girl saya pergi ni? Sejam sebelum sampai KLIA tadi okey je."
Aku geleng bersama titisan jernih yang berguguran membanjiri pipi. Tak okey. Tadi dan sekarang dah jadi dua cerita berlainan.
"Abang tak payahlah pergi Kanada. Duduk dengan saya dekat sini. Suruhlah Will pergi sorang-sorang. Suruh dia siapkan kerja-kerja abang dekat sana..." Aku merayu dan memaksa dalam masa yang sama. Jari-jemarinya aku goncang perlahan. Terdesak.
Air muka Khairul bertukar keruh. Giliran dia pula menggeleng perlahan.
"I can't do that, Diana. I have to be there. Semua orang perlukan saya dekat sana. Kalau awak nak ikut, saya boleh belikan tiket sekarang. Tapi itulah, awak kena teruskan internship."
Tangan berurat Khairul aku campakkan ke atas pahanya.
"Abang tipu. Abang tak sedih pun. Saya sorang je yang beria-ria nak abang stay. Abang tak sayang saya pun," bentakku, mengetuk-ngetuk stereng kereta. Melepaskan geram.
Advertisement
Khairul mengeluh hampa.
"Jangan buat saya serba salah macam ni. Saya tak boleh kerat badan saya, Diana Eirina."
Bahu aku ditarik manja, memaksa tubuh ini menghadapkan. Menyaksikan kerutan panjang di dahinya, aku didatangi rasa bersalah. Baru kahwin saja, aku sudah jadi queen control. Tanggungjawab Khairul besar, bukan sekadar hendak melayan perangai budak-budak aku.
Ibu jari kasarnya meramas halus pipiku, membasuh lelehan jernih di tubir mata.
"Saya balik secepat mungkin. Awak pejam celik je, nanti saya akan ada depan mata awak. Okey, sayang?" Khairul mengeluarkan hujah manisnya.
Diam. Pejam celik sekarang memanglah ada depan mata. Malam nanti, pejam celik nampak hantu adalah. Orang yang aku nantikan tak muncul-muncul. Tak ada Khairul, tidur berlampu cerahlah aku malam nanti.
"Okey tak ni? Saya dah nak kena masuk. Will pun nak masuk toilet. Sejam dah dia tahan sebab nak jaga beg. Kalau terkucil nanti, awak yang kena mop. Sanggup ke?"
"Okey..."
"Betul awak nak mop ni?"
Aku menampar dadanya.
"Ish, ke situ pulak. Abang pergilah negara mana pun. Saya okey..." Meski aku cuba, nada rajuk masih kedengaran.
"Abang pergilah negara mana pun. Saya okey...," ajuk Khairul. Pakej sekali datang dengan riak wajah sedih.
Mata aku terbeliak.
"Mana ada saya buat muka macam tu!"
"Mana ada saya buat muka macam tu!" Dia menganjing lagi di siang hari lagi.
"Abang!" Bahu Khairul pula menjadi sasaranku. Habis satu badannya berbirat dek ketidakstabilan emosi sang isteri.
Senyum ringkas menghiasi wajah tenang Khairul. Lama mata indah pemberian Tuhan itu berkunjung ke muka aku.
"Ya, amora..."
Belum sempat aku membaca niat sebenar Khairul, bibir aku terlebih dulu ditakluknya. Lama kami berbalas bibir. Tolakkan aku pada saat-saat awal tidak diendah. Dia melangsaikan hajatnya, ciuman secara agresif diberikan sehingga aku hampir ketandusan nafas. Tak mampu menandingi ketangkasannya.
Tak mahu aktiviti itu melalut ke fasa yang lebih berbahaya, tubuh aku dibawa ke dalam dakapannya. Seolah-olah ingin mencantum dua jiwa yang bakal dipisahkan buat seketika waktu. Demi menunaikan tanggungjawab masing-masing. Amanah daripada Allah buat umat manusia.
Kebelakangan ini, hidung aku sangat sensitif dengan bau-bauan. Tapi yang peliknya, bau yang melekat pada tubuh Khairul tetap mencatat carta tertinggi dalam hatiku. Masih mendamaikan jiwa yang bercelaru ini.
Pintu kereta, Khairul buka dari dalam.
"Kalau rindu, ingat balik kiss tadi. Cukup kut untuk seminggu. Ke awak nak sambung lagi?" usik Khairul, tersenyum senget.
Belakang tubuhnya, aku tolak olok-olok.
"Pergilah. Balik nanti kita sambung dekat bilik," ujarku dengan suara mendatar. Tak mahu kalah dalam perlawanan usik-mengusik.
Khairul tersenyum tipis.
"You naughty girl..."
Bibir aku dipagut buat kali terakhir, sebelum Khairul berlalu pergi bersama lambaian panjang. Dia tak bagi aku masuk. Risau aku tersesat dalam bangunan besar itu. Wajah aku raup. Menahan air mata buat kesekian kalinya. Perjalanan imamku ke negara barat itu aku hantar dengan doa yang tak putus-putus. Berharap akan dia sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.
air di sekitar wad sakit puan, aku cari. Sebentar tadi, sengaja aku singgah ke situ untuk melawat salah seorang pesakit yang pernah menerima sesi terapi di aku bekerja. Kata salah seorang pekerja di tempat aku bertugas, pesakit itu baru alami keguguran.
Sebelum ini, dia mendapatkan rawatan sesi kaunseling dan terapi untuk masalah gangguan pemakanannya iaitu bulimia nervosa. Ia merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan. Sampai satu tahap, dia akan memuntahkan kembali makanan yang dimakan kerana takut dan bencikan kenaikan berat badan.
Ia merupakan salah satu masalah mental yang membimbangkan. Kerana selalu muntah dan tidak mengambil makanan yang bergizi, janin pesakit itu gagal berkembang dengan sempurna. Akhirnya, anak syurga itu tak dapat diselamatkan.
Luluh hati aku melihat keadaan pesakit itu. Tampak sangat tertekan. Dia hidup dalam kekusutan dan dilema. Dia sayangkan anak, namun dia juga gerun akan kenaikan berat badan. Percanggahan itu sedikit demi sedikit memakan dirinya. Oleh itu, dia disarankan untuk rancang kehamilan terlebih dulu. Agar dia lebih bersedia secara mental dan fizikal di hari kemudian.
"Nak muntah ke?" tanya seorang wanita berpakaian formal. Cara dia bercakap, kedengaran sedikit janggal di telinga aku. Macam ada slang. Wajah awet mudanya membuatkan aku tak mampu hendak meneka umur dia yang sebenar.
Aku angguk, dah tak boleh nak buka mulut. Takut terkeluar segala isi nanti.
"Come, saya tunjukkan tandas."
Wanita bertubuh lampai itu tunjukkan jalan. Aku sekadar membuntuti dari belakang. Otak tak boleh nak proses apa-apa. Rasa nak muntah saja yang memenuhi mindaku.
Langkah aku termati seketika apabila ada satu tubuh berdiri tegak di hadapan aku, menghalang jalan.
"Awak pergi mana lama sangat? Prof. Yumna dah cari tahu tak?!" sergah Hazel.
Wangian Hazel langsung tak membantu. Galak mencucuk-cucuk lubang hidung. Kepala pun terus auto pening. Lambaian tangan aku bagi, menyuruh dia berganjak dan menjarak tubuh kami. Tapi Hazel sememangnya sekeras kacang hazelnut.
"Apa? Cepatlah! Dah lambat ni," asak Hazel lagi.
Pening aku mencapai tahap kemuncak. Rasa loya pun lain macam. Tambahan lagi tengok muka Hazel, geram sangat.
"You buat apa ni? Dia makin nak termuntah sebab tengok muka youlah," bela wanita yang ingin membantu aku seketika tadi.
"Hello, ma'am. Cakap baik-baik sikit eh. Dia bukannya nak muntah sebab..."
"Uwek!" Segala isi perut aku terkeluar dengan sendirinya. Perut aku seakan ditendang-tendang, dipaksa keluarkan setiap titis air dan makanan yang ada.
Aku dongakkan kepala. Yang lebih mengerikan ialah, sisa muntah aku tepat mengenai tubuh Hazel. Dari atas sampai bawah. Sekali lagi, rasa loya semakin ganas menghentam anak tekakku.
"Eww, shit! Didi!"
"Experience is a hard teacher because she gives the test first, the lesson afterwards."
― Vernon Sanders Law
"Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
(Surah an-Nisa', ayat 19)
Advertisement
- In Serial33 Chapters
Crash & Care
How the life of a couple based in Mumbai is affected due to one's accident?!Story involving cute banters, romance & lots of emotions..Peep in to know further.
8 144 - In Serial25 Chapters
Love In Twenty And Five
Keeping a date with death might prove impossible for Mike Stacks when a nosy, hot doctor keeps getting in his way. *After losing his only daughter to cancer a year ago, Mike Stacks is too devastated to go on with life. And so, he formulates a plan to kill himself on the exact same day his daughter died. But as the day draws near and his community service forces him to come in constant contact with the same doctor who failed at her job of saving his daughter's life, Mike soon finds that keeping a date with death is not as easy as it seems when that doctor seems determined to save his life. ***Follow this heartwarming, sweet love story of two people whose lives threaten to fall apart in twenty, and five days.TW: This story contains mentions of suicide.A/N: This book was literally written in 25days.
8 137 - In Serial21 Chapters
Unwavering Love | {M.YG}
What happens when one loved her idol more than a fan and got the chance to meet him?She ended up facing internal conflict upon reality and dream. What was the truth then?A love story of a psychotherapist and her idol....Katherine Claire is a talented psychotherapist who lives in the States. She placed all her efforts in her work and is highly known for her skills. Appointments are required to have sessions with her.She had been a huge fan of BTS since their debut in 2013 but had yet to see them. She had struggles as an international fan. The ocean was her obstacle but she was happy to just watch them online. She had developed hopeless feelings towards one of the members. The gap was indeed too big for her and she knew it was impossible.But one day, she received an email to fly to Korea to serve a VIP patient. She was eager to go there since it meant that she was going to be closer to BTS boys.What was shocking was that the patient she was going to serve was Min Yoongi aka Suga from BTS.
8 144 - In Serial60 Chapters
Just Friends || h.s.
PREVIOUSLY NAMED "TENSION"~Nothing is louder than the silence between two people who used to be so in love with each other~•••In her first year of college, Madison made memories and fell in love with a green-eyed English boy. But all of that came crashing down by the time by time sophomore year came and the man she loved went home. Three years later, the two finally meet again in the beautiful city of Toronto.
8 128 - In Serial30 Chapters
Keeping His Secret
"We're just two people thrown together through the bond of knowing one another's secrets."Mia and Noah couldn't be any more different. When a change in circumstances has Mia transferring from her private school to a public one, she couldn't fit in any less even if she tried. The kids at Bell View know that money is an invisible line that separates two worlds, so it's not surprising that Noah called her a spoilt little brat on her first day. But what happens when she accidentally finds out his biggest secret, will she tell everybody just to get back at him or are there bigger things at stake other than his rude personality?
8 126 - In Serial106 Chapters
First Frost (Myanmar Translation)
ဒီလောက်နှစ်တွေအကြာကြီး...ကိုယ် မင်းတစ်ယောက်တည်းကိုပဲ သဘောကျနေခဲ့တာပါ..အခြားဘယ်သူ့ကိုမှလည်း ထပ်မချစ်နိုင်မှတော့..အရမ်းသနားစရာကောင်းနေတဲ့ ဒီဘဝမှာ..တစ်ဘဝတစ်ခုလုံး အဆုံးသတ်သွားတဲ့ထိအောင် ပိုင်ဆိုင်ချင်နေသေးတဲ့ လူတစ်ယောက်တည်းကိုသာ ဆက်ချစ်သွားနေရုံပါပဲလေ..2.5.2022 ~ 21.8.2022
8 290

