《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 31 ~ Gelap ~
Advertisement
aku dari lena. Kucupan di dahi menyedarkan aku akan kehadiran seseorang di sisi. Buka mata saja, anak mata aku bertemu dengan pipi Khairul. Dia sedang mengucup wajah aku bertubi-tubi. Sengaja aku turunkan kembali kelopak mata. Memberi keizinan buat diri sendiri untuk lari dari realiti.
Bau tubuhnya, belaian manjanya, segalanya cukup rasa. Dan aku rindukan sentuhan itu. Mana perginya rasa marah, aku tak tahu. Mudah benar hati ini menerima segala pemberian kasihnya.
"I miss you so much, honey. Why didn't you pick up my calls? I miss your voice... Your kiss... Oh God, you smell so good," bisiknya. Menarik tubuh aku ke dalam dakapan hangatnya.
Mata aku berbahang. Denyutan nadi juga sudah terkontang-kanting, tidak keruan. Kalau tak fikirkan soal apa yang Hazel khabarkan beberapa hari yang lepas, pasti pelukan itu akan aku balas dengan hati yang terbuka serta jiwa yang lapang.
Tirai kelopak mata, aku buka semula. Kembali ke realiti yang harus aku tempuhi.
"Bila balik?" Aku bertanya dingin. Meleraikan pertembungan dada kami.
Kening Khairul terangkat. Kelihatan terpana dengan reaksi aku. Pasti dia sedar. Selalunya, akulah belangkas yang paling aktif sekali.
"Kenapa ni? Are you mad or something?"
"I am."
Khairul terdiam sejenak.
"Tapi kenapa?"
"Kalau saya tanya, abang kena jawab betul-betul," pesan aku dengan nada serius. Rasanya, aku dah ulang ayat penyata ini hampir ke sepuluh kali. Sejak awal perkahwinan kami hinggalah sekarang. Tapi tetap tak terjawab juga.
Dia angguk bersahaja. Tak nampak gentar sama sekali. Seakan sudah bersedia.
Aku tarik nafas panjang.
"Abang dengan Hazel pernah... Erm... Pernah..." Bicara aku tersekat, tak seiring dengan otak yang sedang mencari perkataan yang kedengaran sedikit 'sopan'.
"Hazel? Who?"
Ternganga aku melihat reaksinya luar kefahamannya.
"Hazel tu student abang semester lepas. Perempuan rambut warna coklat tu. Dia group dengan saya."
"Oh, kenapa dengan dia?"
Aku menahan geram. Apa masalah dia ni? Sekejap nampak bijak, dua saat kemudian nampak macam budak darjah satu. Sekali dengan aku naik pening.
"Abang pernah 'tidur' dengan dia ke?" Aku menembak terus. Malas berbasa-basi lagi.
Tak berkedip mata Khairul mencerlung tajam anak mataku. Dalam beberapa saat, api kemarahan bermaharajalela di wajahnya bersihnya.
"Apa awak cakap ni, Diana? Me sleeping with her? What the hell are you talking about?! Cakap dengan dia pun saya tak pernah." Khairul berdalih, menidakkan kenyataan tersebut.
"Abang tipu. Kalau abang tak pernah ada hubungan dengan dia, macam mana dia tahu pasal tatu dekat bahu abang?" serang aku lagi.
Khairul menjongket kasar bahunya.
"How could I possibly know? I don't know."
Sekali lagi, Khairul tak berikan sebarang jawapan yang meyakinkan. Dia terlihat seperti ingin larikan diri daripada soalan-soalan mautku.
"Sebelum abang kahwin dengan saya, abang dah tidur dengan berapa ramai perempuan? Tell me. Saya nak tahu kesemuanya."
"Diana Eirina. You better stop asking stupid questions." Khairul menekan suara jantannya. Dia bangun dari birai katil, menuju ke bilik air.
Aku mengejar langkahnya dari belakang. Menghalang tubuh besar itu meloloskan diri.
"Kenapa abang tak nak mengaku? Berapa ramai? Sepuluh?! Dua puluh?!" Aku menjerit geram. Yang Khairul tahu buat hanyalah larikan diri dari soalan-soalan aku. Aku mahukan jawapannya. Aku perlukan jawapan itu untuk move on. Sakit memang sakit. Tapi dengar dari mulut dia jauh lebih baik daripada mulut betina lain.
Rahang Khairul bergetar, tanda dia berada di ambang nak mengamuk.
"Awak harapkan berapa orang?"
"Hah?"
"Apa jawapan yang awak nakkan sebenarnya, Diana? Apa yang awak dapat kalau saya jawab soalan tak masuk akal ni?" Suara Khairul mengendur. Menampakkan raut wajah keletihannya.
"Saya tak tahu..."
Aku menepis kasar air mata yang menuruni pipi. Kesal dengan situasi ini. Kesal dengan diri sendiri. Tepisan kali ketiga meninggalkan rasa pedih dan ngilu pada pipiku. Aku tak sengaja mencakar muka sendiri.
Advertisement
"Aw..." Aku sentuh pipi sebelah kanan. Ada kesan darah di jari.
Khairul menarik lengan aku, merapatkan kembali jurang antara kami.
"You're hurting my wife, Diana. Stop hurting her already. She means a lot to me," ujar Khairul tanpa secalit ekspresi. Selamba badak sumbu saja dia berkata begitu, seolah-oleh bercakap dengan pembuli isterinya. Sedangkan isteri dia ada di depan mata.
Berhati-hati dia menyentuh pipi aku. Meniup perlahan kesan luka itu.
Dada bidangnya, aku tolak. Tak mahu tewas dengan mudah.
"Saya nak bebas daripada imaginasi bodoh yang asyik ganggu saya setiap hari, abang. Hazel cakap dia pernah tidur dengan abang dekat Kanada. Dia tahu pasal tatu abang. Kalau abang dekat tempat saya, abang nak rasa apa? Tolonglah jujur, saya tak boleh hidup macam ni lagi. Saya penat..."
"That's impossible, crybaby," bisiknya perlahan. Kembali membelai pipi aku. Seperti tak ada apa-apa berlaku.
"Maksud abang?"
"Awaklah satu-satunya perempuan yang pernah nodai saya, Diana."
Aku terlopong seketika. Lebihan air mata aku yang menghujani pipi itu disusuli dengan gelak kecil. Suka benar dia ubah fakta. Buat macam aku yang terkam dia dulu. Padahal, dialah kepala ketua segala buaya.
"Janganlah buat lawak boleh tak?" Aku paksakan diri bercakap serius.
"I'm not lying, amora. Awak nak saya jujur pasal masa silam saya kan? Fine. Kalau awak nak tahu sangat, saya tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. Waktu buat degree dengan master dulu, adalah dalam lima atau enam perempuan confess dekat saya. But I was too busy back then, and had no time to date any of them."
Mulut aku terzip dengan sendirinya. Terperangkap dalam ketulusan ucapan Khairul. Dengan muka budak baiknya lagi, aku sentiasa kalah dengan riak tak berdosanya.
"Waktu nak habiskan PHD, saya pernah bertunang dengan gadis pilihan mummy. Tapi hubungan kami tak pergi jauh. Beruntung betul kan saya? Putus tunang dua kali. Nasib baik bekas tunang kedua jadi isteri jugak. Kalau tak, membujanglah saya sampai ke tua." Khairul berseloroh.
Aku tergelak lagi. Sejak berkahwin dengan aku, dia pun berjangkit perangai gila-gila bola api aku.
"Look at how beautiful you are, Diana. Your captivating smile, your cheeky laugh. They're so pretty. And I'm so crazy about them." Khairul mencubit manja pipi aku.
Aku tersenyum nipis.
'His tattoo... Beautiful, isn't it?' Entah kenapa, bicara Hazel masih terngiang-ngiang di telinga. Buat masa sekarang, aku pilih untuk percayakan Khairul. Kerana status dia sebagai seorang suami jauh lebih tinggi daripada Hazel, orang luar. Tapi, sejujurnya, aku perlukan lebih dari itu. Membina kembali kepercayaan bukanlah satu kerja yang mudah.
"Pasal Hazel tu..."
Soalan aku dimatikan dengan penyatuan bibir kami.
"She has to pay the price, sayang. Hurt me, alive. Hurt you, they're all dead."
aku dengan Hazel dan Aiden memang serenggang-renggangnya. Aku masih tak dapat memaafkan kata-kata mereka. Hari ini, kandungan aku memasuki bulan yang kedua. Masih dalam trimester pertama. Muntah-muntah dan teringin akan benda yang pelik-pelik sudah menjadi tabiat baru aku.
Hampir tumpah air mata bahagia aku tatkala mendengar degup jantung si kecil aku dan Khairul. Tangan dan kaki dia sudah terbentuk sedikit. Setiap hari aku mendoakan agar dia sentiasa berada dipelihara oleh-Nya. Agar dapat menjadi penyejuk mata kedua orang tuanya.
Masya-Allah besar sungguh kuasa-Mu, ya Allah.
Dr Anna sedang menaip sesuatu pada komputernya, sesudah selesai terangkan langkah penjagaan yang terbaik untuk ibu hamil. Banyak benar ilmu baru yang aku belajar dari penerangannya. Cara dia bercakap dan menerangkan sesuatu perkara, memberitahu aku bahawa dia mempunyai pengalaman yang luas.
"Husband awak tak boleh datang lagi ke?"
"Erm... Dia sibuk sikit, doktor." Aku terpaksa berbohong. Sebetulnya, Khairul masih belum tahu tentang kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami. Tak tahu kenapa, aku belum bersedia untuk bagitahu dia.
Advertisement
"Next time, bawaklah suami sekali. Bagus sebenarnya bila suami ada. Dia boleh faham pengorbanan ibu mengandung. Tak adalah dia pelik kenapa perangai isteri berubah dan sebagainya. Waktu ni pun sangat sesuai untuk bonding dengan baby. Semuanya bermula sekarang. Bukannya tunggu bila dah bersalin nanti," pesannya secara berhikmah.
Aku sekadar angguk. Masih mencari masa yang tepat untuk memberitahu si dia.
Khairul balik dari universiti, dia banyak mendiamkan diri. Aku tanya sepuluh patah, dijawab dengan sepatah saja. Nak cari gaduh pun tak berani, dia tengah sibuk periksa written assignment para pelajarnya. Nak masukkan markah katanya. Nasiblah berkahwin dengan pensyarah. Kena pulau selalu tika mereka ralit membaca ataupun buat kerja.
"Abang, saya nak cakap sikit boleh?" Aku mengambil tempat duduk di sofa berdekatan. Setelah lama memendam rasa ini, aku terpaksa lepaskan juga. Kalau lama-lama, risau meroyan pula nanti.
"Cakaplah," balasnya sepatah. Tangan masih ligat memeriksa kertas kerja khusus pelajarnya.
"Saya nak durian kuning..."
Kepala Khairul terangkat secara automatik. Mulutnya sedikit terbuka.
"Hah?"
"Nak durian..." Aku merengek. Waktu musim durian dulu, tak rasa nak makan langsung. Sekarang ni, tika harga melambung naik dek permintaan dan penawaran yang kurang, baru aku tergedik-gedik nak makan.
"Macam mana nak cari durian kuning? Durian ada warna apa lagi?" Dia lemparkan soalan pula.
Aku lepaskan keluhan. Inilah masalah terbesar bila kahwin dengan suami berketurunan barat.
"Alah abang ni, durian biasanya memang warna kuning. Tapi saya nak kuning yang betul-betul kuning tu. Nak tak kita cari dekat dusun family sebelah abah? Kalau dekat tepi jalan, susah nak cari sekarang ni. Atau kita tengok dekat pasar malam dulu. Okey tak?" cadangku.
"Dusun tu apa? Nama kampung durian abah ke?" Khairul bertanya dengan wajah polosnya.
Aku tatap muka dia dengan riak kurang percaya. Dia tak kenal dusun? Ah, aku rasa nak hempuk kepala dekat dinding. Nak makan durian pun kena bentangkan makna durian dan dusun dulu.
yang menempatkan pelbagai barang-barangan hospital, aku masuki. Nak ambil tisu untuk diletakkan di dalam bilik Prof. Yumna. Suis lampu bilik stor itu rosak, jadi terpaksalah aku buka pintu seluas mungkin. Bantuan flashlight juga aku gunakan. Setelah berkahwin dengan Khairul, ketakutan aku pada ruangan gelap sudah sedikit pulih.
"Allahu, tingginya diorang letak... Asal tak letak atas bumbung je?" Aku merungut malas.
Atas nama kemalasan yang menggunung, aku ambil kerusi lipat yang terdampar di hujung bilik stor. Dengan lafaz bismillah, aku panjat kerusi tersebut. Dek kependekkan yang juga terserlah, aku jinjat sedikit demi sedikit. Harus berhati-hati. Setelah mengandung, aku sememangnya elakkan diri melakukan tugas-tugas yang marabahaya.
Tapi, disebabkan tak ada pilihan lain, terpaksalah aku berkorban demi negara.
"Oyeah, dapat pun." Aku tersenyum bangga.
Aku berpaling ke belakang sejurus terdengar pintu bilik stor tiba-tiba tertutup kasar. Menghasilkan gema yang cukup kuat, sehingga bahu aku terhenjut. Sejurus itu, senyum aku terus lesap. Terkejut akan situasi mengerikan itu, telefon aku terlepas dari tangan. Lampu hilang sama sekali.
"Si...siapa tu? Kenapa tutup pintu?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. Berharap ada orang akan menyahut panggilanku.
Kosong. Tiada suara. Tiada nafas. Hanya aku sendirian, di dalam bilik tidak berpenghuni. Gelap gelita tanpa setitispun bantuan cahaya. Pengudaraan stor itu juga sangat kurang baik. Tingkap pun tak ada. Habuk usah cakap, ada di serata tempat.
Segenap tubuh aku menggigil dalam seribu ketakutan. Memandang ke sebelah kiri dan kanan. Akan tetapi, tiada apa pun yang dapat dilihat. Tangan aku meraba-raba rak berhabuk yang terletak berhadapan aku. Dengan nafas tersekat-sekat, aku berpaut pada rak tersebut dan cuba untuk turun dari kerusi.
Cak! Cak! Cak!
"Aaa!" Aku menjerit kuat apabila ada cicak melintasi tangan. Pautan aku terlepas dan akhirnya, tubuh aku menyembah ke lantai. Aku mengaduh sakit. Pinggang dan punggung aku berasa perih. Terutama sekali bahagian pelvis. Rasa seperti baru disengat tebuan.
Aku meraba-raba lantai dengan tangan menggeletar, mencari telefon yang jatuh sebentar tadi. Ikutkan hati, memang aku ingin menjerit meminta tolong. Namun, rasa sakit pada perut sudah tak tertanggung lagi. Aku risau hayat kandungan aku menjadi taruhan. Tak nak. Aku belum sanggup kehilangan dia.
Saat deria jari-jemari aku berjaya bertemu telefon, aku lantas mencuba nasib mendail nombor Khairul dengan skrin yang sudah retak seribu. Tercungap-cungap aku mencuri nafas. Denyutan nadi kedengaran semakin samar-samar. Bersendirian dalam gelap. Itulah perkara yang aku takuti sekali.
Apabila panggilan aku diterima, aku melafazkan jutaan syukur di dalam hati.
"Hello, amora?"
"Abang... Tolong saya... Saya ada dekat stor..."
Bicara aku terhenti tatkala Khairul potong begitu saja.
"Hello, Diana? Are you there? I can't hear you."
"Abang... Abang tolonglah dengar..." Aku merayu. Hanya dia harapan yang tinggal. Tubuh aku dibasahi peluh dingin. Pelbagai bunyi menyapa gegendang telinga. Dari cicak hinggalah ke tikus.
"Diana? Answer me. Awak dengar tak suara saya?"
"Dengar... Tapi abang yang tak dengar...," gumam aku sendirian. Sudah patah harapan.
"Saya tak tahu awak boleh dengar atau tak... Tapi awak kena tunggu saya. I'll be there, so please stay. You have to wait for me."
Aku angguk berkali-kali, seolah-olah dia ada di hadapanku. Air mata semakin rancak berguguran. Pada saat itu, tepat pada masanya, telefon aku mati tanpa sebarang isyarat. Sebelum aku sempat berbuat apa-apa. Aku pegang perut, melawan kesakitan.
Aku basahi bibir dengan segala doa dan bacaan yang aku tahu. Berharap kesakitan ini tidak akan membawa padah.
Mata aku terpejam rapat. Rasa mengantuk. Rasa penat. Seumur hidup, inilah kali kedua aku merasainya. Dan kali ini, aku benar-benar tersepit. Tiada jalan keluar. Tiada cahaya lain. Melainkan Dia yang menghidupkan kembali cahaya harapan buat hamba-Nya yang kerdil ini.
"! Diana Eirina! Awak ada dekat dalam ke?" laung satu suara garau yang kedengaran sedikit bergetar. Pintu stor diketuk kuat. Sehingga bergegar segenap ruangan itu. Barang-barang yang berada di sekeliling juga dipaksa untuk bergerak dari tempat statiknya.
Aku terjaga. Tak pasti sama ada aku terlena ataupun pitam. Bilik stor itu masih gelap. Nadi aku yang tadinya sudah surut, kembali berhempas-pulas.
"Uhuk... Uhuk..." Aku menolak keluar segala habuk yang memasuki saluran pernafasan.
"Open the damn door now! My wife is breathing inside this bloody store!" jerkah suara yang sama. Suara yang aku dambakan saat ini.
"Abang..." Aku cuba menguatkan suara, ingin memberitahu dia yang aku berada di dalam stor ini. Namun hanya bisikan perlahan saja yang terkeluar. Sekecil itu saja kekuatan yang masih bersisa.
"Maaf tuan, tapi kunci ni... Kami tak ada... Saya tak pernah kunci stor ni. Saya pun tak tahu siapa yang...," jelas satu suara asing.
"Come on! Don't you hear me? My wife is there! She has nyctophobia and she's two months pregnant. My two most beloved ones are there and you told me that you don't have the freaking key?!"
Aku tersentak. Dia... Dia tahu? Jadi, selama ni... Dia tahu? Dada aku terasa semakin sesak. Peluh meracau, membuatkan tubuh aku semakin lencun dengan peluh.
"Zen, relax... We can wait for help...," ujar seorang wanita.
Pintu ditendang kuat dari luar. Begitu kuat sampaikan salah satu engsel di belakang pintu terpelanting entah ke mana. Sedikit cahaya sudah berjaya memasuki bilik stor menakutkan ini.
"Zenith!"
"No, Will. You're not following his crazy action..." Wanita itu bersuara lagi. Dari suaranya, dia seperti cuba menghentikan tindakan gila Khairul dan Will yang sudah tidak boleh bersabar.
Tendangan kaki kelima, pintu tak berdosa itu kehilangan imbangan dan akhirnya tergantung separuh. Berbekalkan ruang sempit yang ada, Khairul masuk bersama Will. Tatkala mata kami bertemu, aku hanya mampu tersenyum nipis. Bersyukur. Sangat bersyukur. Inilah momen yang akan aku ingat sampai bila-bila.
"Sayang... Ya Allah... I'm sorry... I'm so stupid for coming so late... I'm sorry, baby."
Tubuh aku terus diangkat, lalu dilabuhkan di atas pangkuannya. Sekejap-kejapnya dia memeluk aku. Seperti tidak mahu dilepaskan sama sekali. Bagi aku, itulah pelukan yang paling hangat sekali. Tiada galang gantinya.
Bukan aku, tapi dia yang menangis teresak-esak. Umpama anak kehilangan ibunya. Kami berendam air mata. Masing-masing melafazkan kesyukuran terhadap Ilahi setelah diberi peluang untuk bersentuhan dan berkasih sayang. Aku percaya, itulah nikmat yang terbesar sekali. Kerana di saat nyawa tidak lagi dikandung badan, maka hilanglah nikmat itu.
"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
(Surah At-Taubah, ayat 40)
Advertisement
- In Serial194 Chapters
The Simulacrum
"He who fights with harem tropes should see to it that he himself does not become a harem protagonist. And if you gaze for long into a narrative, the narrative gazes also into you." --- Friedrich Nietzsche (probably?) How would you react if one day you woke up inside an environment running on tropes and clichés? For allegedly average high-schooler Leonard Dunning, this question became quite relevant when one day he woke up in a pristine city on a strange island in the middle of the Atlantic, without any memories, surrounded by classmates who are barely more than characterless placeholders, and with a classic indecisive harem protagonist and his impossibly beautiful love interests for friends. That would be hard to deal with already, yet his investigation into the tropes governing the world, trying to avoid harem shenanigans, and his odd blend of outside-context knowledge, unique abilities, and a penchant for causing trouble wherever he goes ends up dragging him into the center of the action anyway. Disclaimer: This is a tongue-in-cheek, slice of life romantic comedy, with occasional sprinkles of combat and mystery to spice things up. Please do not expect a straight up deconstruction beyond some in-universe meta-commentary by the characters.
8 401 - In Serial27 Chapters
Blood & Sugar
Nosti Valley, California houses the Moreau vampire coven. This coven is headed by Cassius Moreau, one of the first of their kind known as Primordials. Cassius has been alive for thousands of years and takes great pride in keeping his coven safe, even considering them his family. Despite holding all of the wealth and power anyone could ever dream of, Cassius feels the emptiness of never having met his Destined mate. Sofia Lin is a culinary student living with her best friend in Nyc. The pair is close to graduating and looking forward to the next chapter of their lives. Everything comes to a screeching halt when Sofia receives a call that her beloved grandfather has been rushed to the hospital. Sofia does not hesitate to jump on a plane to California and drive straight to Nosti Valley where the older man had lived for as long as she could remember, running the bakery he named after his late wife.Cassius and Sofia cross paths and their lives seem to intertwine from the get-go. The pull is undeniable but only Cassius knows what their connection is. Too bad he must first deal with the threat of rogue vampire hunters, and the possibility that Sofia's grandfather had been intentionally harmed before he can have his beautiful Destined by his side. There may also be the small issue of having to reveal to Sofia that the creatures that go bump in the night are, in fact, very real. Let's follow Sofia as she finds herself permanently moving across the country, taking over a bakery, dealing with her spiraling emotions, all before finding out that the man that makes her heart skip, may prefer blood over a little sugar.
8 125 - In Serial39 Chapters
A Beautiful Nightmare
The much loved Diwali track
8 256 - In Serial13 Chapters
MDLB/DDLG Smut
As the title suggests, I plan to write some smut between one Mommy dom and her sweet Baby Boy, or vise versa It will be for a very mature audience and I hope those who choose to read it enjoy it.** cover art not mine
8 227 - In Serial19 Chapters
a fake arrangement | wlw |
Hazel Grayson, a private woman, who comes back to her family estate for her family reunion, brings home a woman she's never met before in an effort to satisfy her family's expectations in her love life. Living under the same roof as Hazel is quite hard, especially when they get off on the wrong foot unknowingly.A childhood friend and his unusual style of work, helps Valentina be a fiancée to cover for her finance problems once again. Hazel has her demons, but so does Valentina.❗️note❗️i began this book when i was new to writing narratives in general. this story is a more fast paced book, like my other old narrative "kind regards."please keep in mind that not only is this book one of her firsts, but this story involves my old, quick paced style of writing. nonetheless, if you have a preference of these types of books, be my guest and enjoy !
8 86 - In Serial32 Chapters
Lab Partners (Wattpad Books Edition)
WATTPAD BOOKS EDITION. Love is a chemical reaction.When Jordan Hughes arrives at Pinecrest High School, Elliot Goldman's graduating year suddenly gets a lot more interesting. Smart, good looking and charming, Jordan isn't exactly the kind of person Elliot's used to having as a lab partner. But when they start acing their assignments, life is suddenly about more than boring lectures, bad cafeteria nachos, or relentless bullying, and for the first time ever, Elliot can't wait to get to chemistry class. As they start spending more time together outside of school, Elliot realizes he's never met anyone quite like Jordan. And then everything changes one night when Jordan kisses him, making Elliot question everything about their relationship and about himself. The butterflies start to make sense-the trouble is, right now, nothing else does. Love was the last thing on Elliot's mind. But as he begins to figure out how he really feels about Jordan, he realizes that sometimes the last thing you are looking for is the one thing you need the most.
8 74

