《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 36 ~ Berubah ~
Advertisement
", ni Didi dah tolong ambil fail client yang doktor minta tadi." Aku beritahu Kak Hafizah, orang yang bertanggungjawab sebagai pembantu peribadi Prof. Yumna. Kesian dia, dari tadi tak habis-habis menyiapkan kerjanya yang sedikit tertangguh dek tak hadirkan diri selama dua hari berturut-turut. Anak demam katanya.
Itulah ibu, pengorbanan mereka begitu besar. Tiada tandingan. Kalau anak tak rasa nak balas juga jasa ibu mahupun bapanya, elok campak luar tingkap saja. Mahupun begitu, aku sedar, dikurniakan ibu dan bapa yang baik juga merupakan anugerah terbesar. Kerana tak semua insan di dunia ini bernasib baik. Ada juga yang diduga dengan sikap orang tua.
"Lah, susahkan Didi je. Tak apa, akak boleh ambik sendiri kejap lagi. Nak siap dah ni..."
"Not a big deal pun, Kak Zah. Alang-alang Didi lalu dekat situ. Akak nak Didi tolong apa-apa tak? Meh, Didi tolong type report tu," ujarku. Ingin menghulurkan bantuan.
"Eh, tak apa Didi. Akak boleh buat. Didi rehatlah. Awak pun tak berhenti lagi dari tadi." Dia menolak sopan.
Bibir aku memuncung. Sedikit terasa hati sebenarnya. Sejak kes aku terkurung di dalam stor tempoh hari, layanan orang sekeliling sedikit berubah. Ada yang menjauh, ada juga yang makin melekat, sampai aku naik rimas. Hanya Prof. Yumna dan Kak Hafizah saja yang melayan aku seperti biasa.
"Kak Zah pun tak suka dekat Didi ke?"
Kak Hafizah geleng bersama kerutan di dahi.
"Lah, mana ada. Kenapa cakap macam tu pulak?"
"Tak tahulah. Saya rasa macam semua orang mula jauhkan diri daripada saya. Saya ada buat salah apa-apa ke akak? Kalau ada, akak tegurlah saya," pintaku lembut. Tak mahu meninggalkan tempat internship aku ni dalam keadaan tidak disukai orang ramai.
"Didi janganlah risau. Orang-orang dekat sini bukan jauhkan diri daripada sebab diorang benci. Diorang cuma terkejut dan tak berani."
Kerutan di dahi aku menebal. Tak faham. Terkejut? Tak berani?
"Tapi kenapa, kak? Saya ni bukannya Hulk pun."
Kak Hafizah tersenyum.
"Bukan sebab Hulklah, Didi. Kamu tu cucu menantu Tan Sri Khalid kan? Waktu kamu masuk hospital haritu, dia ada datang melawat kan?" tanyanya bertubi-tubi.
Aku terdiam lagi sekali. Masalah sekarang ni berpunca daripada aku, tapi kenapa nama Grandpa Khalid pula yang disebut-sebut?
"Ha'ah. Grandpa Khalid tu atuk suami saya...," jawab aku teragak-agak.
Laju Kak Hafizah meletakkan pen ditangannya.
"Sebab tulah diorang takut. Didi ni, kamu tak tahu apa-apa ke lepas masuk dalam keluarga diorang?"
"Setakat nama dengan perangai tu saya tahulah. Malas nak tanya banyak, nanti diorang ingat saya ni jenis suka jaga kain orang pulak. Kain saya sendiri pun suami yang tolong lipat..."
Gelaknya terlepas. Tergeleng-geleng kepala Kak Hafizah melayan telatah mak mengandung tak sedar diri ini.
"Tak silap akak, family Tan Sri Khalidlah founder hospital ni. Sama macam universiti yang kamu tengah belajar sekarang ni, semua tu diorang punya. King Group, kamu tak pernah dengar ke?"
Aku tersentak. Geleng. Masih dalam keadaan terpinga-pinga. King Kong tahulah. King Group? Apa kebenda semua ni? Haish, balik-balik King. Keturunan diraja kayangan ke apa diorang ni?
"Setahu akak, cucu-cucu dia bekerja dekat private hospital dekat Kanada. Tapi dah balik sini sejak tahun lepas kut. Akak pun tak sure sebenarnya. Family diorang ni sangat private. Hanya orang tertentu saja yang kenal. Even akak pun tak pernah jumpa family dia."
Cucu-cucu dia? Maksudnya, adik-beradik Khairulkah?
"Okey, akak. Terima kasih sangat-sangat sebab bagitahu. Walau apapun, saya yang nak akak tahu yang saya tetap 'saya', Diana Eirina. Hanya sebab Tan Sri Khalid tu dah jadi grandpa saya, ia tak bermakna saya dah lupa daratan. Saya tetap respect semua orang. Harta dan pangkat ni dunia je akak. Dekat akhirat nanti, kita semua sama saja..."
Advertisement
Kak Hafizah angguk perlahan, tersenyum manis.
"Diorang tengah nak biasakan diri je tu, Didi. Insya-Allah, nanti lama-lama diorang lupalah. Rakyat Malaysia kan mudah lupa..."
Aku tersengih. Tak menidakkan kenyataan itu.
hampa aku di sofa di ruangan hospital apabila mendapat panggilan daripada Khairul. Buat kesekian kalinya, dia tak dapat temankan aku ke hospital untuk periksa bayi kami. Namun, tak ada pilihan lain. Aku harus akur dengan tanggungjawab yang dia terpaksa pikul. Aku sedar, kerja sebagai seorang pensyarah bukanlah mudah.
Tapi, aku tak dapat bohongi diri sendiri. Rasa kecewa itu tetap ada. Sudahlah Khairul tak pernah temankan aku bertemu dengan Dr Anna, mummynya sendiri. Kali ini, melepas lagi. Habislah aku kena dengar tazkirah panjang lebar daripada Mummy Deanna buat kali entah keberapa.
Pelik betul. Sebutan nama kami hampir sama saja. Tapi kenapa ibu mentua aku ni nampak garang semacam eh? Tak bolehkah dia berperangai chill macam aku?
Tiba-tiba, aku teringatkan perbualan Khairul dengan seseorang di luar rumah semalam. Geleng. Tak. Tak mungkin. Aku yakin, Khairul bukan lelaki macam tu. Dia ada prinsip yang kukuh. Dia bukan macam lelaki-lelaki durjana di luar sana. Aku pasti. Walau apapun, aku harus pasti.
Kelibat Khairul, aku cari serata rumah. Pabila terdengar suara dia dari luar rumah, aku dekati sang pemilik suara. Namun, tatkala mendengar apa yang terlontar dari bibirnya, langkah aku tersekat di tengah jalan.
"No, don't tell me you're pregnant...," tutur Khairul, berbaur kekecewaan. Dia meraup wajahnya lama. Tampak serabut. Bagai dibadai dengan masalah yang tak ada solusinya.
"No, don't say that, honey. You can get through this. No, we can get through this together. I won't leave you. Trust me, okay?"
Dada aku naik turun, manakala lutut aku pula seolah-olah kehilangan kudrat. Mengandung? Honey? Apa kebenda ni? Dia pun dah berjangkit perangai ulat bulu jugakah?
"No, don't cry. I akan buat apa saja untuk you dan baby ni... You know how much I love you, right? I akan pastikan baby tu membesar dengan penuh kasih sayang. You tak perlu risau. Rest dulu. Esok kita jumpa."
Empangan mata aku mendidih sejurus mendengar bicara manis Khairul buat wanita lain. Entah kenapa, aku dilanda rasa gusar. Memikirkan apa yang dia pernah katakan soal keluarganya... Serta membayangkan perangai Zhayan dan Mummy Anna, aku jadi takut. Takut akan realiti yang akan membangunkan aku dari mimpi indah yang kami bina bersama.
Tangan aku bawa ke perut, menggosok perlahan satu nyawa yang bakal melihat dunia dalam beberapa bulan lagi. Dalam masa yang sama, aku ingin memujuknya, tidak mahu dia turut salah faham. Biarlah aku seorang saja yang menanggung keperitan. Tak akan sesekali aku biarkan anak aku lalui hal yang sama.
Meski hati masih goyah, aku kuatkan kaki untuk melangkah mendekati si dia.
"Abang..." Lengan sasanya, aku genggam.
Tubuh Khairul sedikit bergetar, menandakan bahawa dia tak menjangkakan kemunculan mengejut aku.
"Hmm...," jawabnya. Tanpa membalas renungan mataku.
"Abang cakap call dengan siapa?"
Dia geleng.
"Nobody. Tak penting pun. Sejuk ni, jom masuk."
Genggaman tangan aku dileraikan, sebelum dia melangkah masuk terlebih dahulu. Seperti hendak melarikan diri daripada pertanyaan aku yang seterusnya. Mata aku kemudian jatuh pada tangan yang baru saja yang melekat pada lengannya. Dan sedar-sedar saja, air mata aku tumpah di situ. Meski aku cuba memujuk hati, namun ianya tidak semudah itu.
"Puan Diana, kan?" sapa seorang jururawat bertubuh genit. Tubuhnya ditundukkan sedikit manakala tangannya pula menepuk manja bahu aku.
Aku tersedar dari lamunan panjang. Tangan kanan aku yang sedikit menggigil, aku genggam dengan tangan kiri. Raut kerisauan jururawat wanita itu, aku pandang dalam keadaan tidak bermaya.
"Puan Diana okey ke?" tanyanya, lalu hulurkan tisu buat aku.
Mata aku pejam rapat. Membiarkan titisan jernih mengalir bebas.
Advertisement
"Sabar, puan. Setiap masalah pasti ada jalan keluar. Itu bukan janji manusia, tapi janji Tuhan. Saya doakan puan mampu hadapi apa saja masalah yang puan lalui sekarang, ya?" ujarnya bersama senyuman lebar yang mampu menyalurkan kekuatan.
"Terima kasih, Cik Inaya."
"Saya temankan puan jumpa Dr Anna ya?"
Aku sekadar mengangguk lemah. Jururawat bersifat prihatin itu selalu aku temui di kafeteria. Lemah-lembut dan peramah orangnya. Setiap kali bersua muka, dia selalu menegur sapa. Sayang sekali, dia tidak bertugas di wad ibu mengandung. Kalau tak, bolehlah aku hadiahkan buah tangan untuknya setiap kali melawat ke situ.
Selepas menemani aku ke bilik yang menempatkan Mummy Anna, Inaya beransur pergi. Kembali ke tempat tempat kerjanya yang terletak di tingkat atas.
Peliknya, hari ini, Mummy Anna langsung tak bertanyakan soal Khairul. Selalunya, pasti akan ada saja benda yang hendak dibebelkan kerana datang sendirian. Tapi tidak pulak kali ini. Mungkin moodnya baik kut.
Tatkala tiba masa untuk lakukan ujian ultrasound, aku menarik nafas panjang. Sebak dan berdebar dalam masa yang sama. Pejam celik saja, usia kandungan aku sudah mencecah lima bulan. Jantina bayi juga sudah aku tahu melalui ujian darah. Lagi empat bulan saja, akan ada si cilik yang menemani hari-hariku.
"Looks good. Very active and healthy..." Mummy Anna tersenyum sambil memerhati teknologi yang memaparkan bayi aku.
"Alhamdulillah... Thank you, mummy," ucapku dengan suara pecah. Tak tahu sama ada sebab mengandung ataupun bukan, tapi aku benar-benar rasa kosong. Sepatutnya momen bahagia ini disaksikan bersama si dia. Namun, ternyata, aku bukan keutamaannya. Dalam hidup Khairul, aku dan anak kami tidak menduduki carta utama di hatinya.
"Are you okay, Diana?" tanya Mummy Anna.
"Khairul... He's changed... He's not the same Khairul anymore..." Tangisan aku membingiti segenap ruangan pemeriksaan tersebut. Kedua telapak tangan, aku tutupi mata. Selama mana aku nak tipu diri aku? Hanya aku yang memberi, dan dia sepertinya enggan untuk menerima.
Mungkin kenyataan yang harus aku telan ialah... Kasih sayangnya sudah beralih.
"Diana... Hey, look at me..." Mummy Anna menyeka air mata aku dengan ibu jarinya. Kepala digelengkan.
"I bet he's trying to tell you something, honey. Give him some more time. Zenith... He has no time to love anyone other than you. I know my son very well. He doesn't need tons of women. He only needs one woman, the one who understands him dearly."
Mendengar Mummy Anna menyebut perkataan 'honey', otak aku serta-merta ligat memikirkan sesuatu. Adakah aku yang tersilap menafsir keadaan?
"In marriage, there must be some rough stages that you need to overcome. So, you gotta be strong, Diana. If not, you're gonna fail for sure, just like me. I lost my marriage once because I was too impatient."
Aku terkelu. Tidak sangka dia akan bercakap soal keruntuhan rumah tangganya.
"In the end, patience is always the key to having a long-lasting relationship. Back then, I thought that it was all bullshit. But looking at Emma and Khalid, Elena and Elliot... They must be right."
aku ke rumah disambut dengan bunyi cengkerik nyawa-nyawa ikan. Senyap sunyi. Aku balik sedikit lewat dari biasa kerana baru lepas melawat ibu, abah serta adik-adik tersayang. Alang-alang sampai sana hampir maghrib, sengaja aku tunaikan solat isyak secara berjemaah di sana.
Kalau aku balik awal pun, bukannya ada orang di rumah. Itu pun aku balik lebih cepat sebab ibu dan abah sudah berleter bagai mesin bergerak. Tak putus-putus. Kata mereka, nanti Khairul laparlah, cari isterilah, nak itulah, nak inilah. Banyak benar skema jawapan mereka. Padahal, bukannya aku lari dari rumah pun. Khairul dah bagi izin aku berkunjung ke sana.
Pintu bilik utama, aku buka. Kelibat pertama yang aku nampak ialah Khairul. Dia sedang duduk di atas sejadah. Tubuhnya pula disandarkan pada katil, merehatkan kepalanya di situ. Wajah keletihan itu, aku tatap dari muka pintu. Hati aku terasa bagai dihiris pilu tatkala melihat dia berada dalam keadaan begitu.
Kepala aku dongakkan ke atas. Patutlah panas lain macam, Khairul tak buka kipas dan pendingin hawa rupanya. Selepas menekan suis kipas, aku mengorak langkah menghampiri sang suami.
"Abang... Kenapa tidur sini?" Cubaan menggeraknya dari tidur, aku lakukan.
"Abang?" Jari-jemarinya kasar Khairul, aku sentuh.
Sejurus itu, bulatan mata aku berkembang pesat. Tak sedap hati.
"Abang! Ya Allah, panasnya..." Dahi dan lehernya pula menjadi sasaran aku. Tak salah lagi. Memang panas sangat. Macam baru keluar dari sauna.
Panggilan aku langsung tak dijawab. Dia hanya tersandar kaku di situ. Tak sedarkan diri. Panik punya pasal, aku cuba untuk mengangkat tubuh besarnya. Namun, lain pula yang terjadi apabila tubuh lembik Khairul terjatuh dan kepalanya pula terbaring di atas riba aku.
"Abang, bangunlah! Jangan takutkan saya!"
" Diana tak perlu risau. Tak ada apa-apa yang serius pun. Suami puan cuma demam, bacaan suhu badan pun agak tinggi tadi. Lepas masukkan drip, suhu badan suami puan dah drop sikit," jelas doktor yang bertugas di wad kecemasan.
Aku hembuskan nafas lega. Will di sisi sekadar angguk. Dialah insan berjasa yang tolong aku angkat Khairul di rumah. Kalau tak ada dia, aku mungkin dah meraung macam orang di ambang kehilangan kewarasan.
Proses penukaran Khairul ke wad perseorangan berjalan dengan lancar berkat bantuan staf-staf hospital yang sangat function. Tambah doktor yang merawat Khairul lagi, kemungkinan besar dia jadi begitu akibat penat yang melampau, rehat mahupun tidur yang tak cukup serta pemakanan yang tidak teratur.
Aku mengeluh kesal. Isteri jenis apa aku ni? Suami tak sihat pun aku tak sedar.
"You can sleep on the couch. I'll look after him for you." Will berkata perlahan. Masih risau. Dia juga tak berhenti berkerut sejak mendapat tahu Khairul tidak sedarkan diri.
Geleng.
"Will tidurlah dekat sofa tu. Saya nak tidur sini..."
"This guy... Why is he so stubborn? Selalu sangat utamakan orang lain, sampaikan dia yang sakit. Dari dulu lagi, tak pernah berubah," gumam Will dengan mata yang tajam menikam tampang lesu Khairul.
Tak pernah berubah? Bicara ringkas Will menusuk hati aku. Will yang sudah lama mengenali Khairul pun berkata begitu. Aku pula... Begitu mudah menilai bahawa hatinya sudah beralih arah.
"Maksud Will. ni bukan kali pertama?" Aku bertanya, mahukan kepastian.
"Definitely not, Didi. His selflessness... It is beyond anyone's imagination."
Aku membeku di situ, turut menatap wajah tenangnya. Perut aku yang sudah sedikit membukit, aku belai dengan kasih yang tak pernah surut, bertemankan sebelah lagi tangan meramas jari-jemarinya.
Sebab ni ya anak mummy sayang sangat dekat daddy?
Pintu wad yang menempatkan Khairul dibuka kasar dari luar. Tiga manusia mengenakan gaun putih yang sering dipakai doktor itu pantas melangkah masuk tanpa berkata apa-apa.
Tanpa aku sedari, tubuh aku terbangun dengan sendirinya. Zhayan, Enne dan Mummy Anna?
Ketiga-tiga mereka mengelilingi katil Khairul. Raut kerisauan yang terpancar di wajah mereka, terutama sekali Mummy Anna dan Enne. Manakala Zhayan tampak lebih tenang berbanding mereka.
Sejurus itu, bilik itu menerima lagi seorang manusia mengenakan gaun putih. Dialah doktor yang bertanggungjawab merawat Khairul sebentar tadi. Terbeliak mata doktor berusia awal empat puluhan itu.
"Dr Anna, Dr Zhayan dengan Dr Enne buat apa dekat sini?" soal Dr Amran.
Aku tercengang.
Doktor? Ketiga-tiga beranak ni merupakan doktor perubatan? Termasuk Khairul dan Granpa Khalid yang memegang gelaran doktor falsafah? Termangu aku di situ. Keluarga jenis apa diorang ni? Mempunyai latar belakang yang terlalu berpengaruh, sehingga membuatkan orang di sekeliling mereka berasa kerdil.
"Husband and wife relationships are like the relationship of Tom and Jerry. Though they are teasing and fighting, but can't live without each other." – Unknown
"Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." – Surah Yasin, Ayat 36
Advertisement
- In Serial66 Chapters
The Lunacy of Tyler Lockhart ✔️
How very noble of you, Mr. Lockhart. I don't need your help. I can do just fine." I retorted."I'm a lot of things, Victoria." Tyler said leaning against the banister. "But noble is not one of them.""After today, I'm not even going to argue with that fact. They should have named you Lucifer."He smiled, not kindly. "Think of it as a warning from the devil himself. I will not warn you a second time. Throw yourself at me, Vicky, and I'll take what I want." ***Victoria Lane and Tyler Lockhart have been best friends since they were kids, and the two have been through thick and thin together. Tyler is fun, charismatic and makes Victoria weak in the knees. What Tyler doesn't know is that Vicky has been in love with him for a long time. Tyler Lockhart has been hiding some skeletons in his closet, he is a billionaire and comes from an influential family; the Lockharts' have been cursed with a life long of bad omen and while Tyler's mother has tried hard to keep him from showing his true nature to society, sometimes, all it takes is one small mistake. When Vicky finds out the truth, things turn from bad to worse and Tyler is forced to leave town. Vicky's life comes crashing down when Tyler steps foot in town almost ten years later, and he's come back with a motive; to stay and to win Vicky back. ***Please Note* I do NOT own the picture used for the cover. It belongs to it's rightful owner and is only being used for entertainment purposes. No commercial use involved. WARNING: Story contains profanity, sexual tensions and abuse. May also contain topics sensitive to nature. Read at your discretion. Copyright © 2019 KittyKash92
8 125 - In Serial47 Chapters
Human Race (Boyxboy) #1
The world is ending. Millions being killed off and millions being captured. But by what? Monsters roam the planet now, but one race overthrows them all. This race are born savages, created to feast on another. Relying on the human race for stability, survival, and well, food. Sketch and his brother Sam have finally found their safe haven, and have lived inside the clearing for four years now. Sketch is the cutest boy you'll ever meet, but has the strictest older brother. Sketch just wants to help out and grow up. But what would happen if someone or something disturbed that peace. That someone wanted Sketch for his own, with a few complications on the way.Orion is an Ancient Vampire. The eldest and most powerful of his kind. He is only trying to rule his reign as peacefully as possible, taking hunting trips and doing other Vampire business. But one day he lays his eyes on the most beautiful human he has ever seen. He knows right away that he wants this human, to be his beloved. And no one will stand in his way. Cause after all he is the most powerful creature on the earth.[NONE AND I MEAN NONE OF THESE PHOTOS ARE MINE. I EITHER FOUND THEM ON THE INTERNET OR ON DEVIANT ART. I TAKE NO CREDIT IN ANY PRODUCTION, DESIGN, OR PROSPECT OF THE DRAWINGS.] Note: please forgive me, I wrote this when I was thirteen.(COMPLETED)
8 189 - In Serial11 Chapters
Accidental Blessing[ Completed ]
အသက်ဆယ့်လေးနှစ်အရွယ် အားဟွေ့နှင့် အားကွေ့ဟာ မတူညီတဲ့မိသားစုနှစ်စုကနေ စရိုက်ချင်းကွဲပြားစွာနှင့် ကြီးပြင်းလာကြသူတွေဖြစ်တယ်။နှစ်ယောက်လုံးဟာ Single Father နှစ်ယောက်ရဲ့ အုပ်ချုပ်မှုအောက်မှာ နေထိုင်ကြရင်း တစ်ရက်မှာတော့ သူတို့မိသားစုနှစ်စု ထိပ်တိုက်ရင်ဆိုင်ဖြေရှင်းရမယ့် ကိစ္စတစ်ခု ပေါ်လာခဲ့ပါတယ်... အဲ့ဒါကတော့******Sweet, Romance, Comedy Yizhan
8 165 - In Serial101 Chapters
Big Shot Little Jiaojiao Breaks Her Persona Again
[NOT MINE: OFFLINE PURPOSE ONLY]SynopsisThe daughter of the Chi family has been living in the mountains for sixteen years. Suddenly, she returns to the White City. However, it's soon found out that this missy's image is a little off. On the first day, the paparazzi catches her having a meal with one of the best actors. The photographs quickly top the hot searches.Best Actor: Don't make wild guesses. She is my boss and I am her underling.Netizens: As if we would believe you!The next day, the paparazzi catches a financial tycoon tying her shoelaces in the middle of the street. This goes onto the hot searches once again.Some financial tycoon: Don't make wild guesses. She is my boss and I am her underling.Netizens: (⊙...⊙)On the third day, the Chi family's missy dominates the hot searches again with paparazzi photos of a big shot in the medical field sending her to school.Big shot in the medical field: I'm sorry, but she is my boss.Netizens: Where is the pretty-face Jiaojiao we were promised? Her image is collapsing.Just as the netizens are gradually getting used to Chi Jiao's antics, the paparazzi catches her walking into the Civil Affairs Bureau with the head of the Quan family, Quan Jue. Many say that the strategies employed by Quan Jue are brilliant, sly in nature, and brutal. He's an extremely ruthless figure.Quan Jue: I would like to introduce you all to my wife, Chi Jiao. Jiaojiao has been weak and sickly since young. Do not bully her.Netizens: Master Quan, I think you have some misunderstandings about your wife.Chi Jiao suffered a violent death in her previous life. Her soul witnessed that man kiss her remains and perish together with the person who killed her. Only then did she realize that the illegitimate son living in her household had humbled himself because of his love for her. The reincarnated Chi Jiao's main mission this lifetime is to woo Quan Jue, and become the Little Jiajiao in his heart.
8 241 - In Serial37 Chapters
A miracle for demons .
A strange disease appears in the world of demons, impossible you will say. the miracle comes from their old enemies.
8 148 - In Serial18 Chapters
Falling in love with my bully....
Lydia (You) is a junior in high school and she recently moved schools. She had 2 classes with a boy named Colby, her bully. Although he bullied Lydia a lot, something about him made her fall for him. He was known to be the popular kid around school and cared about his reputation a lot. Will Lydia get her chance with Colby? Or will Colby push her away because of his reputation?#4 in JakeWebber
8 124

