《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 37 ~ Agama ~
Advertisement
"," panggil satu suara tak berapa nak lunak. Garau. Memang sah milik lelaki. Jari-jemari panjang si pemilik suara itu menjengah pada tangan yang terletak kemas di atas perut mengembang aku.
"Hey, wake up, amora... Your husband is the sick one, not you. Hence, stop acting like a patient already," bisiknya, lalu melabuhkan punggungnya pada ruangan lebih sofa di sisi aku.
Aku buka mata bersama senyum tipis. Terhibur mendengar bicara mencuit hatinya. Di saat aku mengalami kepayahan untuk membetulkan postur badan, Khairul membantu aku sandarkan tubuh ke hujung sofa. Biasalah, perut sudah mulai makan ruang. Bergerak pun serupa kangru terlepas dari Zoo Negara.
"Mesti tak selesa kan?" Dia bertanya dengan mata melekat pada perut aku.
"Kalau selesa, tiap-tiap tahun saya mengandung anak abang. Lepas tu, kita buat dua team futsal. Pergh, mesti meriah." Aku berangan-angan besar.
"Sanggup ke?" soalnya pendek.
Aku pandang dia. Dia pandang aku, menanti jawapan.
"Tak," jawab aku pula sepatah.
Kami berkongsi tawa. Bahagia rasanya melihat dia sudah kembali pulih. Ini barulah Khairul yang aku kenal. Tak stres. Tenang dan sentiasa menenangkan orang di sekelilingnya. Aura positif yang dia bawa, ianya sungguh berharga buat aku.
"I miss you..." Aku kucup kekura tangannya, sebelum tangan itu aku bawa ke pipi. Sungguh, aku rindukan masa berkualiti seperti ini. Hanya aku dan dia. Meskipun sekarang dah ada orang ketiga.
Khairul memandang aku dengan kerutan di dahi.
"You miss me? But I'm always here. We stuck together all the time."
Aku geleng.
"You're so close, yet so far, abang. Saya rasa abang macam jauh sangat lately ni. Abang jauh dari saya... Dari baby kita... Bila abang tak boleh temankan saya pergi hospital, lagilah saya rasa sunyi. Saya rasa macam saya tak ada suami..." Aku meluahkan apa yang terbuku di hati.
Khairul tundukkan pandangan. Riak kesal tertampal di wajah pucatnya.
"I'm sorry..."
Lengannya aku tarik, merapatkan jarak antara tubuh kami. Dagu tajamnya aku angkat sehingga mata kami bertaut.
"Don't simply apologise. Explain. I need your explanation, abang." Aku memaksanya. Tak sanggup lagi hendak membiarkan salah faham menggoyahkan mahligai kasih kami.
"Saya dah janji, Diana. Saya tak boleh mungkiri janji tu."
"Janji apa? Untuk rahsiakan semua ni?"
Khairul berdiam diri.
"Kalau saya dah tahu... Abang nak buat apa?"
Anak mata Khairul bergetar, memandang aku dengan riak tak percaya.
yang berdenyut, aku urut perlahan. Berat rasanya hati ini melihat Khairul terbaring dalam keadaan tak bermaya. Seharian dia tidur, langsung tak ada tanda-tanda nak bangun. Sampaikan ahli keluarga kami datang melawat pun dia tak sedar.
Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Aku bangun dari kerusi. Kedudukan selimut yang membaluti tubuh Khairul, aku rapikan. Pipi hangatnya aku kucup lama.
"Nanti saya datang balik ya...," bisikku.
Langkah kaki aku buka ke lif berhampiran. Punat tingkat atas sekali, aku tekan. Ada seseorang harus aku temui. Untuk merungkaikan segalanya. Kalau bukan dari mulut Khairul, mungkin Grandpa Khalid merupakan calon yang terbaik.
Sepanjang aku berjalan ke pejabat Grandpa Khalid, aku disapa secara terhormat oleh beberapa orang kakitangan yang pernah menghadiri majlis kahwin aku dan Khairul beberapa bulan yang lalu. Kaki aku terhenti di satu pintu yang terdampar bersebelahan pejabat Grandpa Khalid. Dr Khairul Zenith. Itulah nama yang tertera di situ.
Aku tergelak kecil. Tak tahu apa yang lawak. Yang pastinya, tekaan aku tak meleset.
Selepas ketukan kali ketiga, suara Grandpa Khalid mengarah aku masuk ke dalam pejabatnya bergema. Usai menarik nafas sedalam-dalamnya, aku buka pintu itu dengan semangat membara. Kaki aku yang tadinya bergerak laju bertukar perlahan, sedikit terpegun menyaksikan pejabat seluas itu. Ini pejabat ke dewan makan?
"Thanks for coming, honey..."
Kehadiran aku disambut mesra oleh Grandpa Khalid. Seperti biasa, pipi kiri aku dikucup persis cucu kandungnya. Langsung tidak pernah membezakan aku dengan Enne mahupun Elena.
Advertisement
Sofa kulit yang ditempatkan di tengah-tengah pejabat itu, aku duduki. Mengambil tempat bersebelah Grandpa Khalid yang menghuni sofa perseorangan. Belum sempat kami memulakan bicara, setiausahanya masuk bersama dulang. Menghidangkan air teh panas berasap bersama makanan ringan, iaitu dua potong kek coklat.
"Terima kasih," ucap aku buat wanita tersebut.
Dia sekadar angguk dan hadiahkan senyuman ala kadar. Beberapa saat kemudian, dia lesap dari pandangan aku.
"Zen dah bangun ke?" soal Grandpa Khalid, sebelum air panas itu dihirup sedikit demi sedikit.
"Belum lagi, grandpa. Penat agaknya..." Aku bersuara sendu.
Grandpa Khalid hanya tersenyum. Memberikan sumber kekuatan.
"Jangan risau. Zen tu kuat orangnya. Demam tu benda kecik je bagi dia."
"Grandpa..."
"Yes, dear."
"Didi ada dengar grandpa cakap dengan Khairul dekat rumah grandpa haritu. Grandpa cakap grandpa nak...."
Melihat dia menganggukkan kepala, aku berhenti berkata-kata. Memberi dia ruang untuk menjelaskan segalanya.
"Ha'ah. Sebab tu grandpa suruh kamu datang sini. Ada benda yang grandpa nak cakap dekat kamu... Pasal Zenith." Dia membetulkan duduknya. Kaki disilangkan.
Aku mencantumkan kedua tangan. Menahan debar yang menggunung.
"Grandpa nak cakap apa?"
"Mulai bulan depan, Zenith akan mengetuai administration department hospital ni. Grandpa dah nak berhenti bekerja. Grandpa nak habiskan sisa hidup ni dengan Emma. Kami nak belajar balik ilmu agama yang dah lama kami abaikan. Dan mulai bulan depan juga, Zen takkan jadi pensyarah dekat universiti kamu lagi. Are you okay with that, honey?"
"Ta...tapi kenapa?"
"Because he is currently holding the majority shares of this hospital. BOD pun dah appoint dia waktu AGM baru-baru ni. This is not the first time actually. He was also appointed to the same position four years ago. But unfortunately, he rejected the offer."
Kali ini, aku berdiam diri. Masih tak faham sepenuhnya.
"Walaupun waktu tu peratus saham dia dah kukuh, dia masih tak ready lagi. Jadi, grandpa teruskan tanggungjawab ni demi dia. Tapi grandpa ada letak satu syarat. Dan sekarang, dah tiba masanya dia patuhi syarat tu."
Giliran Grandpa Khalid pula mendiamkan diri seketika. Merenung anak mata aku dengan pandangan redupnya.
"Syarat apa, grandpa?"
"Lepas dia kahwin, grandpa nak dia sambung legasi ni. And now, he's already married to you, Didi. This hospital may not be as helpful as government hospitals. But our mission is still the same. We want to save as many patients as we can. Not only people with physical pain, but also those who are struggling with mental health problems."
Aku angguk, sebelum memandang kosong cawan teh yang terhidang di atas meja. Tak pasti akan reaksi yang patut aku paparkan buat masa ini.
"Zen cakap, kamu suka sangat dia bekerja sebagai pensyarah. Sebab tu dia tak sampai hati nak kecewakan kamu. Dia juga salah seorang shareholder universiti. Semua ni bermula sejak Edwin kena strok dulu. Waktu genting ni, dia dengan Elena yang banyak tolong grandpa uruskan semua kerja-kerja dekat hospital dan universiti," beritahu Grandpa Khalid. Tenang.
Bayangan Khairul bersama ahli-ahli korporat yang pernah aku temui di bangunan pengurusan universiti kembali menjelma. Rupanya, Khairul sudah tinggalkan banyak petunjuk. Aku saja yang terlalu buta untuk menilai segalanya.
"Daddy kena strok?"
"Ha'ah. That's why Anna chose another guy and Edwin ended up marrying Aisha, the doctor who treated him."
"Ya Allah..." Memang sudah tiada kata yang mampu aku luahkan tika ini. Sejarah keluarga mereka, terlalu sukar untuk diterjemahkan. Jadi, Mummy Aisha pun doktorlah kiranya?
"Ada apa-apa lagi tak yang kamu nak tahu?" tanyanya. Seakan dapat membaca fikiran aku.
"Pasal tatu tu... Macam mana Khairul boleh ada tatu? Macam semua orang cakap... He's not like that, right?"
"Ini pun dia tak cerita?" Grandpa Khalid nampak sedikit terkejut.
Advertisement
Aku menggeleng hampa.
"Bila melibatkan orang lain, memang Zen susah nak buka mulut. Tak silap grandpa, dia boleh ada tatu tu sebab Zhayan. Erm... Ha'ah betul... Rasanya sebulan lepas Edwin dengan Anna bercerai kut," beritahu Grandpa Khalid. Tampak bersungguh-sungguh mengerah kotak memori berhabuknya.
Debar di dada aku semakin mengganas.
"Apa kena mengena dengan Zhayan?"
"Oh, waktu tu Zhayan nak berhenti belajar, tapi Zen tak bagi. So, dia pun ikutlah Si Zhayan tu ke mana-mana. Dia takut adik dia buat kerja gila. Waktu tu pun ada dua orang kawan Zhayan kena tindakan disiplin sebab penyalahgunaan dadah."
Air liur aku mengering.
"Da...dadah?"
Grandpa Khalid angguk bersahaja. Tersenyum melihat reaksi cuak aku.
"It's not something uncommon, Didi. He grew up in Canada. Illegal drugs are literally everywhere. Cannabis, cocaine, ecstacy... You name it. Kalau kamu baca research paper pun bersepah pasal penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja di Kanada. Hampir empat juta Canadians umur 15 tahun dan ke atas pernah guna dadah sekali seumur hidup," ujarnya panjang lebar. Menunjukkan sisi berilmunya.
"Tapi Zhayan tak ambik kan?"
Tatkala Grandpa Khalid gelengkan kepala, aku lepaskan nafas lega. Huh, hampir sesak nafas.
"Bila Zhayan masuk ke satu tempat buat tatu tu, Zen ikut sekali. Awal-awal tu, Zen tak bagi, tapi Zhayan ni licik orangnya. Dia pandai ambil kesempatan atas kebaikan abang dia. Senang cerita, dia cakap dekat Zen yang dia akan sambung belajar... Tapi dengan dua syarat."
Aku tekun memasangkan telinga. Berkobar-kobar hendak mengetahui kedua syarat itu.
"Syarat pertama, Zen kena bagi dia buat tatu dekat pinggang. Kedua, Zen pun kena buat tatu jugak dekat belakang bahu. Katanya, baru fair and square."
"So, Khairul buat je? Dia tak tahu ke yang buat tatu tu hukumnya haram?" Aku bertanya lagi. Masih tak boleh dihadam akal. Kalau fikir logik, masakan dia menurut saja tanpa bantahan. Habis, kalau aku suruh terjun bangunan. Dia pun terjunlah. Macam tu?
Lagipula, baru-baru ni, aku terdengar satu ceramah. Kata penceramah itu, jikalau tatu itu dipakai oleh orang Islam dan dia telah bertaubat, hukumnya wajib untuk orang tersebut menghapuskan tatu itu daripada tubuhnya agar tidak dilaknat Allah. Dengan syarat, ia tidak memudaratkan. Jikalau memudaratkan, maka gugurlah hukum wajib tersebut.
Lain pula hukumnya buat orang yang dahulunya bukan Islam ataupun mualaf. Tidak wajib, malah sunat untuk mereka menanggalkan tatu yang telah mereka buat tika masih belum menerima hidayah Allah.
Sebaik saja memproses soalan aku, Grandpa Khalid tersenyum sendiri. Senyum yang terlihat hambar.
"Let me tell you another fact, honey. Cucu-cucu grandpa, diorang tak dibesarkan dengan agama Islam. Sebelum Edwin kahwin dengan Anna, dia keluar dari Islam dan peluk agama Kristian," tutur Grandpa Khalid dengan mata berkaca. Raut penyesalan memenuhi segenap wajah berumurnya.
Aku ternganga. Tak... Tak mungkin. Aku gelengkan kepala di luar sedar. Dalam banyak-banyak berita, inilah berita yang tidak aku sangka sama sekali. Walaupun satu peratus.
Khairul sewaktu kecil itu, aku tatap dengan rasa hiba di hati. Bagi aku, itulah pemberian terindah yang aku peroleh dalam masa terdekat ini. Sungguh, perbualan aku dengan Grandpa Khalid dan hadiah istimewa ini telah menjawab segala persoalan aku selama ini. Kini, segalanya telah terjawab dengan sempurna.
Sekeping gambar keluarga Khairul yang dahulunya bahagia, aku amati lama. Waktu itu, Khairul serta adik-beradiknya masih boleh digelar si cilik. Semuanya masih kecil-kecil belaka. Di dalam dakapan Khairul, ada seekor anjing bertelinga labuh berwarna putih dan coklat keperangan. Jelas grandpa, anjing betina jenis toller itu ialah haiwan kesayangan Khairul. Namanya Amber. Sangat comel, persis anak patung
Namun, setelah dia memeluk Islam atas permintaan daddy serta Grandpa Khalid yang ingin membetulkan segala kesilapan mereka, anjing itu dibesarkan oleh ibu Will di Kanada. Katanya, Khairul tak keluar bilik selama seminggu apabila mengetahui bahawa dia tidak lagi boleh memelihara anjing di dalam rumah.
Titisan jernih yang cuba aku tahan dari tadi, akhirnya, tumpah jua. Pengorbanan lelaki bergelar suami aku itu begitu besar sekali. Sungguh mulia hati budinya. Hanya kerana tidak mahu kecewakan aku yang mengharapkan seorang lelaki yang mampu mengimamkan solat aku saban hari, dia sanggup menelan kepayahan sendirian. Merangkak tabah agar dia mampu menjadi lelaki yang aku idamkan.
"I'm not a pious man, Diana. Saya tak macam Zack...." Terngiang-ngiang kata-kata tidak berkeyakinannya sebelum kami mendirikan rumah tangga.
Abang dah cukup sempurna di mata saya. I don't need another man except you, Khairul Zenith. No matter how imperfect you are. You will always be my perfect guy. Aku meluahkan rasa di dalam hati. Berharap dia sedar bahawa sayang ini bukan sekadar untuk melihat kesempurnaannya.
Aku bangun dari duduk, menghapuskan air mata yang bersisa. Langkah kaki ingin aku ayun ke bilik Khairul, namun terhenti seketika apabila ternampak seorang jururawat yang aku kenali.
"Cik Inaya?"
Semakin aku panggil, semakin laju pula dia berjalan, seperti sedang mengejar masa. Aku tetap mengikut jejaknya. Sudah lama aku memasang niat untuk hadiahkan buah tangan untuk jururawat lemah-lembut itu. Tapi tidak kesampaian kerana tak tahu dia bekerja di tingkat berapa.
Fokus aku berpaling sejurus terlihat anak kecil berambut tocang satu. Ethena? Bukankah dia dah balik dengan Elliot tadi? Asal boleh ada di sini pula?
"Ena?" Aku menegur kanak-kanak yang sedang duduk sendirian di kerusi santai. Dia sepertinya sedang termenung.
"Didi..."
"Buat apa dekat sini sorang-sorang? Bahaya tau. Daddy awak mana?"
Dia mengunci rapat mulutnya. Mengabaikan soalan yang aku lontarkan. Tak sempat aku bertanya lanjut, jari-jemari aku digenggam erat, sebelum ditarik manja. Tanpa sebarang bicara, aku membuntutinya dari belakang. Anak itu, ada sesuatu yang dia hendak katakan. Tapi tak terkeluar dari bibir kecilnya.
Ethena melepaskan tangan aku di hadapan satu bilik. Aku pandang dia dengan kening terangkat. Dia nak suruh aku ziarah orang sakitkah? Jari halusnya kemudian ditundingkan ke pintu bilik. Ada nama yang tak asing lagi bagi aku terpapar di situ. Jantung aku tiba-tiba dipalu kuat sehingga menzahirkan rasa senak.
Elena King.
"Mummy... Mummy sakit?" Aku bertanya dengan hati yang sudah retak.
Ethena mengangguk lemah. Air mata milik kanak-kanak tidak berdosa itu menitis laju, membasahi pipi. Seakan faham akan makna semua ini. Menyaksikan dia menangis sedih, aku turut kehilangan kata. Aku sedar, tiada bicara manis yang mampu memujuk hatinya. Kerana hati aku juga hancur. Sehancur-hancurnya.
Pintu itu aku tarik perlahan-lahan. Kelibat Elena, Elliot dan Khairul yang berada di katil pesakit terpantul di mataku. Khairul yang masih mengenakan baju pesakit, menggenggam erat tangan kakaknya.
"You akan selamat. Baby pun akan selamat. Believe me, we can do this together. I'll do anything to save you, Elena. So please, stop mentioning something stupid. You dah lalui fasa ni dulu dan you berjaya. I percaya, you can get through this again."
"Tapi I dah tak sanggup nak lalui fasa tu lagi. Sakit. Sakit sangat. Please save me, Zen. I don't wanna die. Not yet. I nak tengok anak I membesar. I nak tengok diorang kejar cita-cita diorang. I don't wanna leave my family behind. Kenapa Tuhan duga I macam ni, Zen? Apa salah I? Kenapa I?!" amuk Elena. Mencabut IV drip di tangannya dan menolak tiang penyangkut drip itu sehingga menghempap lantai.
Elliot memegang kejap bahu Elena agar dia bisa ditenangkan manakala Khairul pula menarik tubuh kakaknya ke dalam dakapan.
"I nak hidup macam orang lain.... I dah penat hidup dalam hospital, Zen... I dah penat susahkan you... I benci bau ubat... I benci bau hospital... I benci jarum... I cuma nak bahagia... Besar sangat ke permintaan I?" luah Elena di dalam pelukan Khairul.
Pintu itu, aku tutup kembali. Tubuh Ethena aku angkat dengan kudrat yang ada. Membiarkan dia menangis di bahu aku. Kini, baru aku faham akan apa yang Khairul sampaikan di Kanada tempoh hari. Orang sakit yang dia maksudkan selama ini ialah Elena. Kakaknya sendiri. Orang yang ingin dia lindungi sampai bila-bila.
"Years back then, someone was sick. Very sick. Saya banyak habiskan masa dekat hospital berbanding rumah."
Cecair jernih turut membanjiri pipi aku. Membayangkan kepayahan yang Khairul tanggung sepanjang menjadi saksi kesakitan yang ditanggung si kakak. Teringatkan kebaikan dan raut ceria yang sentiasa Elena pamerkan. Hati aku semakin sayu.
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan... Untuk harungi dugaan ini dengan hati yang cekal dan kental...
"To the outside world, we all grow old. But not to brothers and sisters. We know each other as we always were, we know each other's hearts, we share private family jokes. We remember family feuds and secrets, family griefs and joys." – Clara Ortega
Rasulullah (SAW) bersabda: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). [Riwayat al-Tirmidhi (3895)]
Advertisement
- In Serial39 Chapters
The Lonely King
He began walking over to me. This is it. I'm dead. I saw his shoes come into my view as I was looking down, hair covering my face. "Look at me." He growled out. I started to cry, too afraid to look. He grasped my chin and lifted my face to meet his. I mentally gasped. It's the guy from last night. His eyes held surprise too, before anger erupted in them. I cowered back in fear of what he might do."Who did this to your face?" He growled. I started to cry again and shake."Him." I whispered and gave a small nod toward the guy who hit me.
8 375 - In Serial65 Chapters
ɪ ꜱᴛɪʟʟ ᴡᴀɴᴛ ʏᴏᴜ
Falling In love was never in their plan. For him she was like the Moon, a part of her always Hidden.Life isn't about waiting for the storm to pass. Its about learning to dance in rain, and that's what he did he danced with her through the storm...............Mia came into my life at my lowest time, bringing her darkness but it was enough light in my own world. I loved her even then, I loved her even I didn't knew it was love. -Jeon Jungkook.She is mine forever and I am hers forever. Whatever happens we will face it together, if love is a choice then I would choose her every time. -Jeon Jungkook.I am confident whatever choice I would make, he will stand by my side not in front of protecting me but fighting alongside me. -Mia Thorne
8 468 - In Serial47 Chapters
Hellbound with you
[WARNING: THIS NOVEL IS R-18]"I love you, despite the danger signs."Abigail is a beautiful oh-so-innocent lady. She is kind and well mannered but she is terminally ill. She knows she will die soon so before she dies, she wants to fulfill her one and only wish - to fall in love. She wants to experience loving someone romantically. But under one strange condition- she wants a man who will not fall in love with her because she doesn't want him to suffer when she's gone. She met Alexander Qinn, the coldhearted and mysterious man. He warns her from the start that he doesn't do love and that he is dangerous. But that made him the perfect man for Abigail. He was exactly the kind of man she was looking for.Their completely different worlds collide, Alexander will start to teach the innocent Abigail about sexual pleasure while Abigail will teach him the joy of doing simple things in life....He handed her an egg-shaped, pink vibrator and then returned to his spot.The girl blinked again as she examined, with deep curiosity, the pink egg-shaped thing in her hand."Don't make me wait. Put it inside," the man ordered and Abi swallowed.Abi had no idea whatsoever as to what this thing was. She had never seen anything like this before. She wanted to ask him what this thing was and what he meant by 'put it inside' but the man was so serious, she was afraid she'd fail the test if she showed him that she didn't even know what this was."Is this clean?" was what she asked instead and the man half-smiled."It. Is. Very. Clean." He stressed out every word.Still unsure about what to do, Abi hesitantly looked at him and then in the next second, she put it inside her mouth.*******●the cover is not mine. all credit belongs to the artist/owner*******follow me on instagram @author_kazzenlx
8 241 - In Serial16 Chapters
Pigs call it "Taboo".
" The king had once been all-powerful but in the end all he had left was one woman and one horse." -Farewell My Concubine (1993)This story is settled in the 17th Century in Siam, Thailand. Where a king and an opera performer find love? Or is it really love? This story dissects the taboo idolatry of Vegas Theerapanyakul and Pete Phongsakorn Saengtham."My intestines were heating up like the sun, and my brain was spilling in half like a cum coconut filled with intrusive thoughts, labyrinth of libido. In this heat I was riding my sex-drive like the waves captured in the skies, and the horses over the horizon line. It was my malnutrition of sex. I needed Pete to milk my rainbow, while I milked his dried. Slurping. I needed all of him, as he needed all of I. So we worked together, like Bonnie and Clyde, two jokers dancing alike underneath Gotham city lights. Smirk." - Vegas Theerapanyakul
8 204 - In Serial33 Chapters
Her second Chance✔
When Cari can no longer contain the pain of her mate being with someone else her pack falls apart.For ten years Carissa Mason has had to endure the pain of feeling her mate making love to another each night. Her soul is broken but an alpha command keeps her from leaving the pack and another from telling anyone who her mate is. Her mate is none other than the second alpha, the current Alpha's grandson and someday pack Alpha. No one knows but her mate, his grandfather and her own grandparents who all made sure she wouldn't Be the second luna. Or so she thought.
8 342 - In Serial24 Chapters
Toothless. YOU'RE A GIRL?!
Drago Bludvist has obtained an item called a dragon stone. With this stone he can transform humans into dragons and vice versa. While trying to stop Drago from building his army of dragons toothless gets hit with its power and what he turns into no one expected. Now with the new turn of events will all toothless secrets be reviled? Will Hiccup abandon toothless or will their relationship grow? Will toothless ever get back to normal or will something happen to Hiccup? You will just have to wait and see.(this takes place during the events of the 2nd movie and contains info from dreamworks dragons may contain spoilers you have been warned)COMPLETED
8 87

