《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 39 ~ Island ~
Advertisement
Ustaz Wazir berkata-kata, Elena dan Elliot banyak mendiamkan diri. Sekadar memerhati. Mungkin tak mahu mengganggu kami yang tengah tekun mengalunkan bacaan Yasin serta mendengar pencerahan mengenai tajuk Kemanisan Ujian, diketuai oleh Ustaz Wazir. Sengaja aku menjemputnya, salah satu ikhtiar untuk mendoakan kesembuhan Elena.
Sebelum menjemput keluarga kecil ustaz yang bertanggungjawab mengajar aku dan Khairul ilmu agama setiap minggu itu, aku sudah minta izin daripada Elena dan suaminya terlebih dulu. Risau kalau-kalau memandai, nanti aku pula yang diharamkan jejakkan kaki ke situ lagi. Namun, seperti aku jangkakan, mereka berbesar hati menerima kunjungan tersebut..
Selain itu, jamuan kecil turut diadakan. Bungkusan makanan serta cenderahati disediakan oleh orang-orang kepercayaan keluarga Khairul, khas buat semua kakitangan hospital. Aku cuma usulkan untuk orang-orang yang terlibat dalam merawat Elena saja, tapi Khairul yang berkeras hendak hadiahkan buat semua staf. Katanya, bukan selalu pun.
"I sukalah dengar korang baca ayat-ayat Arabic tu tadi. Nanti you jemputlah ustaz tu datang lagi. Tenang je rasa bila dengar suara dia . Lemah lembut sangat. Kan, sweety?" ujar Elena sambil memeluk lengan serta mengucup pipi Elliot yang sedang duduk di sisinya.
Elliot angguk perlahan, mengiakan kata sang isteri.
"Sebelum dengar dia cakap kan, I selalu ingat ujian ni macam... Erm... Something negative. Usually, it's about pain, hurt, losing things or someone we truly love and such. But surprisingly, he tells us otherwise. The beauty of a test, I could see it now. Sekarang, I rasa macam spesial pulak. Macam ustaz tu cakap, dalam ramai-ramai orang, Tuhan pilih I."
Sejurus melihat senyum manis Elena, aku dan Khairul saling berpandangan. Meskipun dia tersenyum nipis, riak sayu masih boleh aku baca dari sinar mata malapnya. Gerakan mulut tanpa suara Khairul, sempat aku baca dengan teliti.
Thanks for making her happy.
Aku sekadar angguk.
You're welcome, abang. Aku meneruskan perbualan tanpa suara kami.
I love you, sayang.
Bibirnya membentuk sepotong ayat yang tak aku sangka-sangka. Aku terkelu. Pipi mula terasa berbahang. Rasanya, sudah lama Khairul tak luahkan tiga perkataan keramat itu. Lelaki itu, dia lebih banyak mengungkapkan rasa cinta dengan cara yang pelbagai.
"Ehem..." Aku berdehem. Cuba sembunyikan debar yang menggoncang dada.
"I love you too, Zen..." Ethena yang duduk di atas riba si bapa bersama Ethan tiba-tiba menyampuk. Tersengih. Budak bijak itu seperti biasa, mata setajam bilah pisau yang baru siap diasah.
Tak berkedip aku dan Khairul memandang riak tak berdosa Ethena, sebelum tawa kami meletus. Pandai benar dia mengusik orang dewasa. Terkantoi sekejap di situ. Haih, tak kasi chance langsung.
"Both of you should visit the island sometimes. Didi tak pernah pergi lagi kan?" cadang Elena tiba-tiba.
Mata aku berkedip beberapa kali, sebelum gelengan perlahan aku berikan.
"I ada terfikir nak bawak Diana pergi sana. Tapi you okey ke kalau kitorang tak ada?" Khairul pula menyoal kakaknya.
Aku tolehkan kepala ke wajah Khairul. Tak berkedip memandangnya. Tengok tu! Dia buat lagi. Suka sangat buat keputusan tanpa berbincang.
"Sekejap, pulau apa ni?"
Elena dan Elliot tersenyum. Pasti geli hati melihat perangai tetamu baru dalam keluarga mereka yang serba-serbi tak tahu. Tapi bukan salah aku. Orang sebelah ini yang banyak sangat sorokkan hal-hal dirasakan tak penting untuk aku tahu.
"Don't worry Zen, I'm not a kid, okay. In fact, I'm a mother of two kids and one unborn baby! By the way, it's our family's private island, Didi. You're gonna love it," beritahu Elena dengan riak teruja menghujani tampang pucatnya. Jikalau dia tak sakit, aku yakin, itulah tempat yang ingin dia lawati. Kecintaannya terhadap tempat yang dikatakan indah itu terpampang jelas.
Aku mengangguk lemah. Agak tak selesa hendak bercuti di waktu-waktu begini. Mata aku jatuh pada wajah Khairul. Berharap dia faham akan rasa gusar yang menghuni tangkai hati aku.
Advertisement
"Don't look at me like that, amora. It's okay to take a rest once in a while. From now on, I'm gonna pamper you a bit more," ucap Khairul. Menjalinkan jari-jemari kami.
Kerutan di dahi aku mengendur. Wajahnya tak cukup rehatnya, aku tatap penuh sayang. Sedaya upaya aku cuba berfikir positif. Mungkin ini salah satu peluang diberi oleh-Nya, buat aku berbakti untuk sang suami yang sentiasa setia di sisi. Yang tak pernah kenal erti mengalah.
", alang-alang kita dah bercuti ni, nak tak cari barang baby sekali? Saya tak sempat lagi nak beli apa-apa. Dekat rumah tu semua hadiah daripada Fathina dengan family kita... Barang-barang yang lain kita tak cari lagi." Aku mengajaknya. Sebenarnya, bukan nak beli barang anak sangat pun. Aku yang rindu nak luangkan masa bersama Khairul.
Dia tersenyum, lalu mengangguk bersahaja.
"Sure. Cakap je awak nak buat apa dan pergi mana. Nanti Will boleh cari location siap-siap. Saya pun tak tahu banyak tempat dekat area sini. Kitorang selalu datang sini untuk staycation dekat chalet je."
Hati aku berbunga mekar. Bukan selalu nak dimanja sebegini rupa.
"Oyeah! Will, nanti kita singgah dekat mana-mana mall, boleh? Khairul baik sangat harini. Abang cakap dia nak belanja awak makan macam-macam. Awak cakap je nak makan apa. Kepala gajah pun boleh!" ujarku. Sangat teruja.
Bulatan bebola mata Khairul mulai terlihat jelas. Menyerlahkan keunikan warna iris matanya.
"Yes! All right, Queen Diana. Patutnya I suruh Zenith kahwin awal-awal dengan you. Baru dia selalu sweet macam ni." Sengihan menganjing Will terpampang jelas dari cermin pandang belakang. Nasib baik mata ditutupi kaca mata hitam. Nanti, tak pasal-pasal kena korek dengan Khairul.
"Bila masa saya cakap?" bantah Khairul.
Aku tayang riak terkejut.
"Dalam mimpi saya semalam. Abang tak ingat ke?"
Khairul pejamkan mata sambil gelengkan kepala, lalu menyandarkan tubuhnya. Sudah tahu bahawa dia takkan menang berlawan cakap dengan wanita yang mengandungkan zuriatnya.
"Ala... Merajuk ke?" Aku memeluk pinggangnya.
Niat aku hendak mengucup pipinya terbantut.
"Diana..." Pelukan aku, dia rungkaikan. Geleng. Lirik mata dihalakan pada Will. Terlihat tidak selesa. Kedudukan tudung aku kemudian dibetulkan sedikit, agar kembali menutupi dada.
"Okay, sorry..."
Aku angkat tangan, sebelum menjarakkan tubuh kami. Tipulah jikalau tak terasa hati. Kena tolak depan Will kut. Macam aku sahaja yang beria hendak bermanja dengannya.
"Sayang...," panggil Khairul
Kelopak mata aku tutup rapat. Pura-pura tidur. Bukan aku bencikan Khairul, tapi emosi ketika hamil ini, pasang surutnya teramat membebankan jiwa dan raga. Terlalu sensitif. Sekecil-kecil luka pun rasa seperti ditoreh-toreh. Kesian pula Khairul yang harus menjadi mangsa drama rekaan aku, Tiada Maaf Bagimu.
Namun, tatkala terdengar bunyi berdesing hasil brek mengejut, tubuh aku yang hampir kehilangan imbangan ditampan dengan keberadaan tangan Khairul di dada aku. Nadi aku memecut laju, sehingga telinga aku dapat menangkap bunyi degup jantung sendiri.
"Are you okay?" soal Khairul dengan tampang risau. Tangannya mendarat pada perut aku. Memastikan aku dan bayi kami baik-baik saja.
"O...okay..." Aku menjawab dengan tubuh menggigil. Takut.
"What's the matter with you, Will?!" soal Khairul dengan wajah merah padam.
"Accident... There... My daddy..." Will menundingkan jarinya ke arah dua buah kereta yang berada dalam keadaan teramat teruk.
"Ya Allah..." Aku terlopong, menutup mulut yang sedikit terbuka. Pandangan aku beralih arah. Tak sanggup menyaksikan musibah yang menimpa pemandu serta penumpang kedua kereta itu. Salah satu daripada kereta tersebut berada dalam keadaan terbalik manakala satu lagi sebahagiannya sudah hancur.
"No, that's not your daddy, Will." Khairul mengendurkan suaranya.
Tak sempat kami berbuat apa-apa, Will meloloskan diri dari kereta bersama gelengan di kepala. Dia sepertinya bukan seperti Will yang aku kenal. Matanya kosong. Umpama anak kecil yang baru kehilangan orang tersayang.
Advertisement
"You stay here. Jangan pergi mana-mana. I'll be coming back in a minute, okay?"
Tangan Khairul yang ingin membuka pintu kereta, aku genggam erat.
"No. Jangan. Kereta tu dah teruk, abang. Ada asap dengan api. Kalau meletup nanti macam mana? Please, jangan pergi. Nanti mesti bomba datang..." Aku merayu dengan air mata yang sudah bergenang.
I'll be coming back. Itulah kata-kata sama yang pernah meluncur di mulut Zack suatu ketika dulu. Tapi akhirnya, dia tak balik. Malah, dia pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan orang-orang yang sayangkan dia.
"Will tu dah macam adik saya, Diana. I can't just stay here doing nothing. We'll be fine. Saya pergi sekejap je. I promise," ujarnya perlahan. Mengucup kekura tangan aku.
Sejurus Khairul membuka pintu dan berlari mendapatkan Will, aku hanya mampu berdoa pada yang Maha Esa. Berharap Khairul sempat menghentikan langkah Will sebelum lelaki itu mendekati mana-mana kereta yang mampu membahayakan nyawa mereka.
Sebelum ini, memang Khairul pernah cerita tentang kisah silam Will. Dia tak boleh melihat mangsa kemalangan tanpa membantu. Kerana bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dan punca kematian ayahnya adalah kerana lewat dibawa ke hospital. Atau dalam pengertian yang Will cipta, sebab 'tiada sesiapa peduli'.
Bahu aku terhenjut apabila terdengar bunyi letupan kuat dari arah lesapnya Khairul dan Will sebentar tadi.
"Abang... Abang..." Aku tinggalkan kereta dengan tangan di perut. Mata aku meliar, mencari kelibat Khairul dan Will. Orang ramai mulai mengerumuni kawasan terjadinya kemalangan itu. Sesak. Bunyi siren juga sudah bergema. Membingiti jalan raya.
"Abang! Abang?"
Kaki tetap aku gagahi untuk melangkah ke tempat kejadian yang menakutkan itu. Abang cakap sekejap saja? Mana ni? Aku terus-menerus mencari. Terdesak untuk melihat raut tenangnya yang mampu merawat ketakutan aku.
Aku berhenti melangkah. Kepulan asap memedihkan mata serta mengaburi pandangan aku.
"Teruk ke orang-orang dalam kereta tu? Boleh diselamatkan tak?" tanya seorang wanita terhadap lelaki di sisinya.
"Kereta dah rentung. Rasa macam mustahil je boleh selamat. Saya dengar orang cakap tadi, ada dua lelaki cuba nak tolong mangsa dalam kereta tu. Tapi tak sempat sebab kereta tu dah meletup. Badan diorang terpelanting dekat tepi jalan," jelas lelaki yang tak aku kenali itu. Beberapa saat kemudian, mereka tinggalkan kawasan itu beriringan.
Tubuh aku membeku. Tak berganjak jadi situ. Oksigen sepertinya sudah terhalang untuk memasuki saluran pernafasan. Dada terasa sesak dan senak. Aku terduduk di atas tar jalan seperti orang kehilangan punca. Titisan jernih tumpah, mencurah-curah membasahi pipi. Apa yang aku takutkan, kini menjadi nyata.
"Tak... Abang... Abang!" laung aku sekuat hati.
aku hentak kuat, mahu sahaja aku gegarkan chalet mewah milik keluarga Khairul yang terletak di satu pulau persendirian nan indah. Ciptaan Allah, segalanya menakjubkan jika dilihat dengan hati yang terbuka dan mata yang tahu mensyukuri nikmat-Nya. Namun, keindahan itu tak mampu aku nikmati sepenuhnya dek insiden ngeri siang tadi.
"Diana! Sayang!" Khairul membuntuti aku dari belakang.
Aku buat tak heran. Tetap memanjat tangga, seperti tidak dapat rasakan kewujudannya. Namun, dalam sekelip mata saja dia sudah terpacak di anak tangga terakhir. Tak beri peluang untuk aku melepasi tubuhnya.
"Kenapa awak selalu buat-buat lupa yang awak ni pregnant? Jalan elok-elok kan boleh? Kenapa nak hentak-hentak kaki macam tu?" tegurnya bernada lembut.
"Oh, ya? Abang tu boleh pulak selalu buat-buat lupa yang saya ni risaukan abang. Suka sangat buat saya risau. Saya ingatkan..."
Cup!
Mata aku membundar sejurus bibir kemerahan itu menyambar pipi kanan aku. Tak mahu dianggap mudah dilenturkan, aku kekalkan riak serius.
"Selagi abang tak mengaku salah, saya tak nak tidur dengan abang. Pergilah tidur sambil peluk Si Will tu. Ish, tangga ni pun, asal banyak sangat?" Aku salahkan tangga pula. Semuanya tak kena di mata aku. Dada bidangnya kemudian aku tolak ke sisi. Enggan ingin memberi dia peluang selagi dia belum melakukan refleksi terhadap kesalahannya.
Usai memasuki chalet yang dinamakan sempena surname keluarga mereka iaitu Chalet King, aku disapa sepasang suami isteri yang sudah berumur. Senyuman keibubapaan mereka nampaknya sungguh mujarab. Berjaya memanaskan kebekuan hati aku. Pandai betul Khairul cari watak tambahan untuk menutupi silapnya.
Uncle Razman mendapatkan Khairul manakala Aunty Zanifa pula membawa aku menerokai segenap rumah inap yang bertemakan suasana yang nyaman serta menenangkan. Berbeza dengan rumah-rumah keluarga Khairul yang pernah aku lawati sebelum ini, chalet itu terasa lebih homey. Seakan rumah moden yang bertopengkan keamanan kampung halaman.
Yang lebih mengagumkan, tiada bunyi hiruk-pikuk dari bandar. Desiran ombak di sisir pantai pula berlagu manja, seakan memujuk setiap pendengarnya agar mengagumi kekuasaan Tuhan yang mampu mendamaikan minda yang tadinya bercelaru.
Kaca-kaca yang mempamerkan alam semula jadi di luar mengingatkan aku pada Kanada. Mungkin keluarga Khairul memang sukakan rumah berkonsepkan kaca. Habis semua pembekal kaca di dunia ni kaya-raya angkara mereka.
"Waktu Zen hantar gambar kahwin kamu dengan dia, aunty dengan Uncle Man kamu tu terkejut sangat. Bukan apa, aunty ingat dia akan cari isteri orang Kanada jugak. Rupa-rupanya, gadis Melayu. Bertudung pulak tu. Hanya Allah saja tahu betapa seronoknya aunty dengan Uncle Man," cerita Aunty Zanifa bersama senyuman mekar di bibir.
"Saya pun tak sangka nak bersuamikan lelaki berdarah omputeh yang sesat dekat Malaysia ni, aunty." Aku berseloroh. Langkah tetap aku panjangkan ke tempat terakhir, iaitu kamar aku dan Khairul. Tapi, disebabkan Khairul didenda, jadinya ini bilik aku sahaja buat malam ini.
Aku sedar bahawa aku sepatutnya bersyukur, kedua lelaki yang dimaksudkan tadi bukanlah Khairul mahupun Will, tetapi orang lain. Salah seorangnya terkorban manakala seorang lagi pula berada dalam keadaan kritikal. Namun, aku tetap ingin menghukumnya. Aku nak dia tahu betapa bermaknanya dia dalam hidup aku. Sungguh, aku tak mahu dia bahayakan nyawanya lagi.
"Keluarga King ni baik. Tak sombong langsung. Walaupun Zen dengan adik-beradik dia dibesarkan dengan limpahan kemewahan, tapi diorang tak pernah pandang rendah dekat orang lain. Nelayan-nelayan yang tinggal dekat kawasan perkampungan yang kamu nampak waktu naik bot tadi tu pun, semua sukakan keluarga ni. Tapi itulah, agama diorang letak tepi."
Aku sekadar angguk. Sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Meskipun mereka tidak sempurna, namun akhlak terpuji yang ada dalam diri setiap seorang daripada mereka sangat terserlah.
Pintu bilik bercorakkan kayu itu, Aunty Zanifa kuak seluas mungkin. Tak berkedip aku mengamati ruangan yang sepatutnya menjadi tempat rehat aku itu. Ingatkan bilik aku dan Khairul di Kanada sudah cukup seksi, ternyata, level bilik ini jauh lebih membimbangkan. Ini bukan bilik air saja yang berbogel. Seisi bilik dibiarkan bogel! Argh, meluatnya aku!
"Ehem... Semua rumah keluarga Khairul ni memang tak reti nak letak pintu bilik air eh, aunty? Saya ingatkan dekat Kanada saja. Rupanya, dekat Malaysia lagi dahsyat." Senyuman cuak terukir di bibir aku.
Jujur, aku tak faham. Kata banyak duit, asal nak beli pintu dengan letak dinding pun tak boleh? Ada ke patut cantum sekali bilik dengan bilik air? Tak ada kegilaan yang logik sikitkah? Siapa yang cipta bilik sebegini rupa memang selayaknya disaman kerana mencabul hak privasi setiap isteri di dunia ini.
Aunty Zanifa tergelak melihat reaksi badak air bertemu badak sumbu aku.
"Ha'ah, semua bilik dalam chalet ni sama macam bilik ni. Tak ada pilihan lain dah. Lagipun, kan dah kahwin. Nak malu apanya."
Aku tayang muka kartun menangis.
"Aduh, aunty. Walaupun saya ni kadang-kadang macam termasuk air laut sikit, tapi bab-bab malu ni memang tak boleh buang. Nanti kalau saya terberanak sebab malu yang keterlaluan macam mana? Ah, risau...," keluh aku, gelabah tahap gaban.
"Sekarang, baru aunty faham kenapa Zen cakap kamu ni spesial sangat..."
Mata aku berkedip beberapa kali. Kurang mengerti.
"Hah?"
Aunty Zanifa geleng.
"Tak ada apa. Rehatlah puas-puas. Sabun apa semua aunty dah sediakan sebelah jacuzzi tu. Bathrobe dengan tuala ada dalam almari. Beg-beg kamu dengan Zen pun Uncle Man dah masukkan tadi. Makanan dah siap terhidang atas meja makan dekat bawah. Nanti makan dengan Zen ya. Oh, Will tinggal dekat chalet sebelah. Kamu boleh je nak keluar tak pakai tudung," terangnya pantas. Seperti sedang membacakan skrip di kepala.
"Baik, aunty. Terima kasih. Tapi kan... Jakuji tu benda apa? Macam nama samurai je." Aku garu kepala yang tak gatal. Menunjukkan kebodohan sendiri.
Sekali lagi, Aunty Zanifa tersenyum lebar.
"Jacuzzi tu macam hot tub. Nampak tak tub dekat hujung bilik tu?" Jari telunjuknya dihalakan ke arah tub mandi yang boleh memuatkan lebih dari seorang manusia itu. Ia terletak di hujung bilik, dikelilingi cermin yang memperlihatkan keindahan pemandangan chalet itu.
"Yeah, hot... Very... Very hot...," gumam aku sendiri. Hanya mampu tersenyum kelat.
"Kalau kamu tak selesa nak mandi, nanti suruhlah Zen tunggu dekat luar bilik. Susah-susah sangat, kunci je pintu. Nanti dia fahamlah tu," katanya, mudah.
Positif benar pemikiran Aunty Zanifa. Analogi itu boleh disamaertikan dengan menyuruh buaya tunggu sekejap sebelum menerkam mangsanya. Lebih menyedihkan, kesudahan cerita itu tetap sama. Buaya itu tetap tidak akan menolak rezeki yang terhidang lazat di depan matanya. Apatah lagi rezeki yang nyata sudah halal.
Tapi kan, bila fikir-fikir balik, bukan inikah yang aku nanti-nantikan selama ini? Meluangkan masa berkualiti hanya berdua dengannya. Tapi masalahnya, situasi sekarang ni terlalu extreme bagi aku. Bilik itu sememangnya dicipta untuk orang yang betul-betul tak dahagakan secebis privasi.
"Oh ya..." Dari luar bilik, Aunty Zanifa alihkan tubuhnya menghadap aku.
"Terima kasih sebab kembalikan apa yang keluarga ni perlukan..."
Berkerut lagi. Cuba memikirkan sumbangan aku terhadap keluarga sebelah Khairul. Apa eh? Kalau selalu buat masalah tu, sesuailah dengan aku. Kalau berkhidmat untuk keluarga besar mereka, rasanya tak adalah apa sangat yang harus dibanggakan pun.
"Maksud aunty?"
Advertisement
-
In Serial27 Chapters
Her New Doll (Completed)
(( Updates Weekly on Mondays!)) (( +18 Chapters Will Be Marked))The life of Donna Beneviento has been one of tragedy and fear. Even when gifted power she remained locked in a fantasy prison of her own making, spending her days creating and treasuring her dolls. An unfortunate soldier left behind after a paramilitary sweep of the area falls into mother Miranda's hands. With more than a few pieces missing she's useless to the priestess, but not to her Donna.
8 119 -
In Serial54 Chapters
Stranger To Kind ✔
[NA Featured] He could move, talk and feel. Something said impossible. Yet she couldn't help but love him._"Turn around slowly," said the intruder with significant command."P-Please don't-" I stuttered.My breath hitched when a hand gripped my shoulder. The dire state had no chance to recede when I was jerked around for a face to face encounter. Fear demanded all of me, yet I had a moment of anticipation of whom I reckoned to see."Alfie?"Once I set my eyes on the person who just forced authority, I was struck with bewilderment.A male, similar to those I thought only exist on a poster, now stood before me. His face was strong and defined. His hazel eyes were prominently alluring. As I stood at a 5'7, my head barely level his shoulder. A slight glow shimmered in his gaze, and it earned him more of my stupefaction. What I didn't expect next was the sight of his lips quirking upward. The knife in his hand fell with a silent thud as it hit the floor. The sound howled me back to reality in a haphazard manner.Before I could react, he pulled me into a firm embrace. Although still confused about what was happening, my body protested against my brain's command to pull away. _In the future, women step up to govern the earth, a new ruling to heal the aftermath of a devastating war. HEROIN, a constitution with authority, claims the reappearance of men as a mere vessel, retained by nature to seed population.When Charis falls in love with her pod, her view of men changes. Little does she know that her attempt to protect him will be the beginning of unravelling the dark truth about what she thought of as Utopia. A test of judgment awaits; her believes against the world soon become the key to save humanity.Word count: <>Top rank:1• #future #men #newworld #genetics #dystopian-future #extinction #science #scifi-romance2• #environment #newadult3• #nature #hope6• #scifi-fantasy #dystopian #dystopian-fiction #alien9• #different #earth
8 301 -
In Serial43 Chapters
The One She Loved
Katelyn Gonzalez a 16-year-old girl that has suffered from the young age at the hands of her family. The reason her mom was pregnant she was expecting twins but due to complications her twin was born weak and was barely able to survive. From that day her family started hating her. She was named after her old nanny. When she turned 10 her dad and mom started verbally abusing her, her brothers started physically and verbally abusing her and most importantly her brothers best friend and her first love Alessandro Moretti also started joining her brothers in hurting her. Finally having enough Katelyn ran away on her 16th birthday. What will happen when her family and Alessandro realize their mistake but she is already gone What if they are not willing to let her go? What happens when they finally meet her again? Will she forgive them or not? Read to find out.Start - 9th November 2020End-Warning: This book contains mature themes like violence, abuse etc. Please don't read if any of these themes trigger you. Here is the first and last warning. Read at your own risk. Also English is not my first language so there will be grammar mistakes.Cover by @emilyawesome383Word Count till Now 32,859
8 322 -
In Serial26 Chapters
The Tyrant's Enchantress
Catherine Bel Swan, the only daughter of the king and the most beautiful enchantress is sent to another kingdom to fulfill her grandfather's dying wish. All she ever wanted was to live with her brother after his coronation and explore the vast lands and mountains on the southern islands, and to become a powerful enchantress. Now, Catherine's life turned for the worse when she least expects it. Hi! I update every Wednesdays and Fridays! [Photo is not mine. Credits to the owner.]
8 186 -
In Serial60 Chapters
If You Let Me
"Cause if you let me, here's what I'll doI'll take care of you"Allaya is just a girl from the Caribbean trying to make it in NYC. She's too busy going after everything she's ever wanted to be bothered with the drama that comes with love and relationships. She's so used to being alone that she doesn't know how to let someone in. So, what happens when she falls in love with her boss, rapper, and mogul Dave East?I do not own any of the images used in this book or on the cover. All fictional characters do not reflect the names and face claims in reality.
8 129 -
In Serial7 Chapters
EN | Chilumi Week 2022
[Genshin Impact - Childe x Lumine] 7 days, 7 prompts, 7 one-shots. April 3rd to 9th, 2022𝙳𝚊𝚢 | 𝙿𝚛𝚘𝚖𝚙𝚝 | 𝙽𝚞𝚖𝚋𝚎𝚛 𝚘𝚏 𝚠𝚘𝚛𝚍𝚜1. Rivalry [2300]2. Jealousy [1600]3. Assassins [1900]4. Fake dating [3800]5. Childhood friends [2200]6. Dreams/Nightmares [2100]7. Fairytales [2100]Prompts: https://twitter.com/chilumi2022/status/1493399983265091585?s=20&t=UvVXVUALrSxq2XI29Wd96ACross-posted on Ao3© All rights reserved by HoYoverse. This work contains only fanfictions written for non-commercial personal use.
8 130
