《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 42 ~ Zen ~
Advertisement
aku melangkah ke ruangan sama yang aku lawati beberapa bulan yang lepas. Cemas. Suara berbaur kerisauan Will yang mengingatkan bahawa aku sedang sarat hamil, tidak aku endahkan. Ada orang yang lebih penting sedang menanti kehadiran aku di sana.
Sampai saja ke destinasi yang ingin aku tuju, langkah aku perlahankan selangkah demi selangkah. Tak mahu belahan jiwa aku itu khawatir.
"Ibu..." Dalam keadaan tercungap-cungap, panggilan itu terpacul dari bibirku.
Wanita itu dongakkan kepalanya. Senyuman tipis berbekalkan sisa rasa yang tersimpan, dia hadiahkan buat aku.
"Abah macam mana? Doktor cakap apa?"
"Didi..." Dalia dan Daniel memeluk tubuh aku sebelum ibu sempat menjawab pertanyaan itu. Kepala mereka aku usap penuh kasih. Cuba untuk berlagak tenang meskipun jantung aku sudah berkompang tanpa henti.
Perhatian kembali aku halakan ke wajah wanita yang telah melahirkan aku dua puluh tiga tahun yang lalu.
"Abah okey kan, bu?"
"Ibu pun tak faham sangat. Tapi doktor tu cakap ada pendarahan dekat otak abah, mungkin sebab accident dulu. Ya Allah... Ibu pun dah pening ni. Ibu ingatkan abah dah baik dah. Patutlah abah asyik pening kepala dengan muntah-muntah sejak bulan lepas. Patutnya ibu bawak abah ke hospital terus..." Ibu bercakap tak tentu hala. Anak matanya meliar. Disirami rasa bersalah.
Sejurus menenangkan kedua adikku itu, aku mendapatkan ibu. Belakang tubuh wanita itu aku tepuk perlahan. Meredakan kegusaran di hati rapuhnya. Pastinya wanita itu terkejut. Dia yang menjadi saksi abah jatuh dan tak sedarkan diri di bilik air.
Entah kenapa, dugaan datang seperti ribut lebat yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Pilihan yang aku ada sekarang ini hanyalah berusaha untuk menjadi kuat. Lebih kuat. Demi semua orang-orang yang aku sayang. Buat Elena, ibu dan ayah.
Sebaik sahaja doktor mengabarkan bahawa mereka berjaya menghentikan pendarahan tersebut, aku mengucap syukur yang tidak terhingga. Sungguh, hospital sudah banyak meninggalkan pengalaman buruk dalam hidup aku. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi, aku sudah tidak sanggup melihat sesiapa menderita.
"How's your father?" tanya daddy yang hadir bersama Mummy Aisha. Namun isterinya sudah lesap entah ke mana. Bukan hanya mereka berdua, hampir kesemua keluarga sebelah Khairul juga datang melawat.
Saudara sebelah ibu pun turut serta lebih awal dan kebanyakannya sudah pulang ke rumah masing-masing. Ada baiknya ramai yang datang melawat, tak adalah ibu bersedih sangat. Lagipula, menziarahi orang sakit sememangnya dituntut dalam Islam. Hukumnya adalah fardhu kifayah.
Tapi, yang anehnya, Khairul pula yang belum munculkan diri.
"Doktor cakap abah dah stable. Sekarang tengah tunggu diorang bawak abah ke ICU. Lepastu baru boleh masuk melawat," jelasku.
Daddy sekadar anggukkan kepala. Beberapa minit selepas itu, Mummy Aisha kembali bersama senyuman manis. Bahu aku ditepuk lembut.
"No worries, honey. Insya-Allah, he's gonna be fine within a few days. Mummy dah cakap dengan surgeon abah you tadi. Stay strong, okay? We got your back."
Aku hembuskan nafas lega.
"Terima kasih, mummy."
" sakit kepala lagi ke?" Aku bertanya lembut. Sedikit janggal kerana ibu dan adik-adik tak ada. Mereka berlalu ke kafe untuk mengalas perut masing-masing. Jadi, akulah yang bertanggungjawab untuk temankan abah.
Dia kedipkan mata kuyunya.
Aku bangun dari duduk. Tersentuh dengan renungan kebapaannya. Meskipun aku cuba menidakkan rasa di hati, namun ianya tetap terpancar di mata lelaki itu. Dek kesalahan bapa kandung yang tidak berhati perut, dia pernah menjadi tempat aku melafazkan rasa benci.
"Erm... Abah nak apa-apa tak?" soalku lagi. Mencari kerja untuk sibukkan diri dari situasi canggung itu.
Abang menggeleng lemah.
"Duduk," arah abah dengan nada sayup-sayup kedengaran.
Sejurus melabuhkan punggung di kerusi, mata aku meliar ke merata tempat. Namun, tatkala tangan aku digenggam abah, tubuh aku membeku. Perlahan-lahan, mata aku menjenguk wajah pucatnya.
"Terima kasih..."
"Hah?"
Advertisement
"Terima kasih sebab dah jadi anak abah...," ujarnya lembut. Meski masih menanggung keperitan selepas pembedahan, senyuman nipis tetap terukir di bibirnya. Disertakan dengan mata yang sudah berkaca.
Aku terkelu. Kehilangan bicara. Dada aku mulai memberat. Seperti dihempap beban yang cukup besar.
"Buang semua kisah lama... Buka buku baru dengan Khairul... Dengan anak kamu... Hidup untuk esok, bukannya semalam, nak. Selagi abah hidup, abah akan jaga keluarga abah. Abah akan lindungi amanah Allah. Abah takkan benarkan sesiapa lukakan anak abah lagi."
Butir-butir jernih laju menuruni pipi aku. Faham akan makna 'semalam' yang abah maksudkan. Jari-jemari yang menatang aku bagai minyak yang penuh itu, aku kucup. Sekelip mata dia hadir dalam hidup aku belasan tahun lalu, lantas, dia menggalas tugas yang pernah diambil mudah oleh bapa kandungku.
"Maaf... Maafkan Didi, abah. Didi dah pernah kurang ajar dengan abah..." Tersedan-sedan aku menangis di tangannya.
"Macam ayah orang lain, berat sangat abah nak lepaskan kamu. Abah terima Khairul sebab abah yakin dia boleh jaga kamu lebih baik daripada abah. Dia boleh bantu kamu untuk capai apa yang kamu impikan."
Aku dongakkan kepala, kembali menatap wajahnya bersama juraian air mata.
"Impian Didi?"
Abah angguk.
"Ya, impian kamu."
hari berlalu sejak aku menerima panggilan cemas daripada ibu mengenai keadaan abah. Fathina juga sudah selamat melahirkan anak keduanya pagi tadi. Kesemuanya berlaku serentak. Bulan ini saja, jantung aku bersenam sakan dek kejutan yang tiada hentinya. Hidup oh hidup, penuh dengan kejutan yang tidak disangka-sangka. Terutama sekali hidup Diana Eirina.
Kemunculan tergempar Aiden tengah hari tadi juga mengejutkan aku. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia datang hendak melawat abah. Bila masa mereka kenal pun aku tak tahu. Sewaktu aku nak ikut dia masuk ke dalam wad, Aiden meminta izin untuk bercakap berdua saja dengan abah.
Saat dia keluar dari wad tempat abah dirawat, dia melepaskan keluhan besar di depan pintu. Tanpa dipelawa, dia duduk di kerusi kosong, selang satu daripada kerusi aku.
"Kenapa awak jumpa abah saya?" Aku mulakan bicara. Tak mahu berlama di situ. Nanti tak manis kalau dilihat orang.
"Kenapa dalam dunia ni ada orang baik dengan jahat? Kenapa Tuhan tak buat semua baik je?" gumamnya. Termangu sendiri.
Aku garu kepala.
"Awak tengah cakap dengan saya ke?"
Aiden julingkan mata.
"Habis tu?"
"Kalau dalam dunia ni semua orang baik, tak adalah drama dengan cerita yang best. Awak pernah tak tengok cerita semua watak baik?"
Aiden geleng.
"Apa yang Tuhan cipta, semuanya dah cukup baik, Aiden. Cuma, nak jadi baik atau jahat, semua tu pilihan manusia. Tuhan bagi kita akal untuk fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Kalau nak masak pun, mana ada orang letak gula saja, mesti kena ada garam jugak. Baru sodap!"
"Hidup pun cuma sekali, why not kita hidup sebaik-baiknya? Sayanglah kalau kita sia-siakan peluang untuk jalani hidup yang terbaik. Betul tak?" sambungku lagi.
Dia mengangguk bersahaja.
"Dr Khairul is so lucky to have you... I wish I were him," tuturnya perlahan. Merenung ke dasar mataku.
Aku tersentak. Air liur aku sepertinya sudah tersekat di kerongkong. Kurang selesa mendengar pengakuan itu. Laju saja aku larikan pandangan ke arah lain.
"Orang yang pernah cuba nak serang you dekat lecture hall dulu, tu plan I dengan Hazel... She wanted Dr Khairul and I wanted you. Tapi, tak sangka dia pulak hero yang datang selamatkan you. Kalau I datang cepat sikit, mesti..."
"Kalau awak datang cepat sikit atau banyak sekalipun... Keputusannya tetap sama. Saya kenal suami saya sebelum tu lagi. Saya memang dah sukakan dia waktu tu. Dan hanya dia sampai bila-bila." Aku berkata tegas. Geram akan tindakan pentingkan diri Hazel dan Aiden.
Advertisement
Dia bentukkan senyuman tipis buat pertama kalinya.
"I know... How come both of you gave a similar answer?"
"You told him?"
Aiden angguk.
"Dia cakap, walaupun I yang datang selamatkan you dulu, dia tetap akan kejar you sampai dapat. Because you're worth more than that."
"Tapi kan... Kenapa awak tiba-tiba..."
Bicara aku tak sempat dihabiskan dek kehadiran beberapa orang lelaki yang mengenakan uniform polis. Aku mula tak sedap hati.
Aiden bangun dari duduknya. Masih tersenyum seperti tadi.
"Aiden... Kenapa ni? Kenapa ada polis dekat sini?"
Lelaki yang pernah menjadi teman sekelas aku itu kemudiannya menyerahkan tangannya kepada polis, bersedia untuk digari.
"Have a good life, Didi. It was nice to know you."
Aku perhati dia dibawa polis dengan pandangan kosong. Tanpa mampu berkata apa-apa.
pejabat Khairul, aku kuak seluas mungkin. Kelibat si pemilik ruangan luas itu aku cari. Melihat ketiadaannya, aku tutup pintu itu secara berhati-hati. Bau wangian yang sering dia pakai memenuhi segenap ruang itu. Sungguh, pada saat ini, aku benar-benar rindukan kehadirannya.
Aku sandarkan tubuh di pintu. Masih terpukul dengan kejadian sebentar tadi. Rupanya, orang yang bertanggungjawab atas kemalangan abah ialah Aiden. Dia bukan saja memandu dalam pengaruh alkohol, tapi dia juga melakukan kesalahan langgar lari. Ya Allah... Kenapa segalanya harus jadi serumit ini?
Wajah aku tekup sekejap mungkin. Cuba menahan emosi daripada mengambil alih kewarasan akal.
Belakang kepala yang terasa teramat sarat, aku hempuk pada pintu. Bunyi gema kuat yang terhasil tidak aku pedulikan. Yang aku mahukan hanyalah mengosongkan kepala ini daripada segala masalah yang menjerat aku ke dalam penjara sengsara. Rakan sekelas aku sendiri yang hampir meragut nyawa abah. Allah...
Pintu itu tiba-tiba terbuka, mematikan tindakan bodoh aku. Khairul masuk dengan wajah berang. Marah barangkali kerana aku mendera 'isterinya'.
"Why are you hurting my wife again, huh?"
Khairul melangkah rapat, lalu menggosok lembut bahagian belakang kepalaku.
"Abang..."
"Hmm..."
"Abang..."
"Ya, sayang. Abang ada dekat sini."
Air mata yang aku tahan sepanjang abah dirawat di hospital, demi mempamerkan imej wanita kuat, akhirnya tumpas jua di hadapan lelaki bergelar suami. Setitis demi setitis mengalir deras umpama tsunami yang membadai tanpa amaran.
"Abang... Abang... Abang..." Dalam keadaan berdiri tegak di hadapan pintu pejabat Khairul, aku mulai menangis teresak-esak. Lengan aku bawa ke wajah, menahan air mata daripada membanjiri lantai.
"Come here..."
Di saat Khairul mendepakan tangan, aku terus mendaratkan wajah pada dada bidangnya. Dalam sekelip mata, kemeja kering dipakai Khairul bertukar lencun. Mudah benar emosi menunjukkan taringnya tika mata kami bertaut.
Sepuluh minit berlalu, titisan jernih di mata aku masih tak putus-putus. Khairul mulai bersuara.
"Saya dah lenguh ni, duduk dulu jom. Nanti sambung nangis balik."
Dadanya pantas aku tolak. Kelajuan air mata aku yang tadinya sudah surut kembali deras.
"Abang ni kan... Saya yang mengandung anak abang ni lagilah lenguh. Lepas ni, abang mengandung sendiri!" raungku.
"Okey, okey. I'm sorry."
"Pergilah naik lori! Jangan sentuh saya." Aku menepis tangannya yang mulai merayap ke lenganku.
"Okey, saya tak sentuh..." Khairul angkat tangan. Tanda mengalah.
"Hah?!"
Khairul mengeluh. Penat barangkali melayan perangai serba tak kena mak boyot.
"Cuba cakap betul-betul. Nak saya sentuh ke tak?"
Aku angguk perlahan.
Khairul tersenyum. Meraikan kemenangannya. Kedua ibu jarinya mengesat sisa air mata di pipiku. Jari-jemari aku kemudian ditarik manja, mengarah aku agar mengikut langkahnya. Sampai saja di sofa, dia labuhkan punggung di situ, manakala pingang aku pula ditarik perlahan sebelum aku didudukkan di atas ribanya.
"Kenapa nangis ni, hmm? Talk to me."
Aku pandang sekeliling. Kertas kerjanya yang bertaburkan di atas meja membuatkan aku serba-salah.
"Tak apa ke? Abang kan tengah kerja."
"Tak apa. Kerja tu tak kuat merajuk."
Jelingan maut aku lemparkan buatnya.
"When you're here, especially sitting on my lap, you've become my very first priority, amora. Lepas tengok awak nangis kuat macam tadi, ingat saya boleh fokus kerja ke? Now, tell me. What's on your mind?"
Aku termenung seketika. Berkira-kira hendak memberitahunya.
"Aiden kan... Dia... Abah..."
Menunggu perkataan yang cuba aku muntahkan tak kunjung tiba, Khairul terlebih dulu mengeluarkan apa yang terbuku di mindanya.
"Saya tahu. Saya yang suruh dia serah diri dekat polis."
Mata aku membundar pesat.
"Macam mana abang tahu?"
"Orang-orang daddy dengan grandpa yang tolong. Waktu saya tanya Aiden hal sebenar, dia nampak lost. Tapi macam mana pun, dia tetap kena terima hukuman yang setimpal. Dia tak boleh lari sampai bila-bila. Tu satu-satunya cara dia boleh tebus balik kesalahan dia. Lagi lama dia lari, lagi tak tenang dia akan rasa. Because doing bad things is actually against our nature. Human nature," jelasnya.
Aku terdiam. Sebenci manapun aku akan kesalahan dia terhadap abah, aku tetap dirundung belas kasihan. Dia mungkin akan meringkuk di dalam penjara. Bagaimana dengan pengajian peringkat ijazah yang baru saja dia tamatkan serta majlis konvokesyen yang bakal diadakan tak lama lagi? Masa depan dia? Harapan mak ayahnya pula?
"He'll do just fine, Diana. Kita doakan semoga benda ni jadi pengajaran untuk dia. Lagi satu, lepas kejadian tu, dia yang telefon ambulans. Walaupun salah tetap salah, tapi mungkin Allah yang detikkan hati dia untuk selamatkan abah. So, you shouldn't hate him so much. Let's forgive, forget and show our gratitude. Okay, sayang?"
"Okey... Thank you, abang." Senyuman termanis sekali, aku hadiahkan buatnya.
Sesaat kemudian, perut aku terasa seperti disapa sesuatu.
"Abang! Tendang!" Aku menjerit. Teruja.
"Hah? Bila masa saya tendang?"
Gelak aku terlepas. Aduh, waktu-waktu genting macam inilah nak pamerkan 'kebijaksanaannya'.
"Bukan abanglah! Baby tendang..." Tanpa membuang masa, aku menampalkan kedua tangan besar Khairul pada perutku. Bukan selalu cinta hati kami ni nak munculkan diri depan daddynya. Malu-malu kucing senantiasa.
Tangan Khairul bergerak persis ombak yang menenangkan, seiring dengan rentak sang anak yang seronok bermandi-manda di dalam perut aku.
"Diana...," panggil Khairul. Masih dengan lagak terkejut beruknya.
"Kenapa?"
"Awak lapar ke?"
Kali ini, tawa aku membingiti segenap ruang pejabatnya.
mengikat longgar tali hiasan maternity dress aku dari belakang. Ia merupakan hadiah pemberian Elena sebulan yang lalu. Alang-alang mengandung bersama, kami banyak bertukar hadiah untuk bayi sekali serta mak bayi. Kadang-kadang, Fathina juga tumpang dua kaki. Seronok rupanya mengandung secara berjemaah ni. Bolehlah cuba lagi nanti.
"Baju ni pun macam nampak bentuk perutlah, amora. Kita try yang lain nak tak?"
Aura ikan paus aku datang kembali. Perangai cerewet Khairul sejak dua menjak ini memang benar-benar menguji keimanan aku. Nama pun mengandung. Habis dia nak sembunyi perut aku dekat mana? Dalam perut dia?
"Tak nak. Dahlah, abang. Baju ketiga dah ni. Semua tak kena dekat mata abang. Saya tak pakai baju terus nanti baru tahu," rungutku.
"Tak payah pakailah. Kita duduk rumah je. Main-main..."
"Main apa?" Pantas aku memotong bicaranya yang semakin melalut.
"Main mata... Main mulut... Main telinga... Free of charge. Tax excluded."
Aku jegilkan mata. Ulat bulu dah naik tanduk!
"Janganlah buat perangai, abang. Saya dah janji dengan Elena nak tolong dia packing barang baby sebelum balik hospital malam nanti. Hadiah beli semalam pun kita tak bagi lagi. Lain kali, kita main puas-puas ya?" Sekali dengan aku terjebak dalam permainannya.
"Jom!" Dia terus berlagak semangat.
Aku mencubit manja perutnya. Biar hilang sikit perangai ulat tercabut bulu dia.
Ngauman nada dering telefon Khairul menyekat perbualan kurang bermanfaat kami. Baru saja aku ingin mengorak langkah terlebih dahulu, namun, melihat riak terpapar di raut wajah Khairul, aku mematikan niat tersebut. Entah kenapa, terasa seperti ada sesuatu yang tak kena.
Sejurus matikan talian, Khairul menarik tangan aku secara mengejut sehingga tanpa sedar, hadiah yang aku belikan buat bayi Elena yang akan dilahirkan dalam tempoh sebulan lagi terjatuh ke lantai. Habis bersepah barang-barang yang tadinya tersusun cantik di dalam hamper.
Belum sempat aku tundukkan badan untuk mengutip kembali barang-barang bayi itu, Khairul lebih pantas mencapai tangan aku. Dia melangkah cemas, sampaikan terlupa bahawa aku sedang hamil. Jejak aku sangat terbatas jika hendak dibandingkan dengannya.
"Abang kalut-kalut ni nak pergi mana?" tanyaku.
Tiada jawapan.
"Abang, janganlah jalan cepat sangat..." Tercungap-cungap aku berkata. Mengejar kelajuan kakinya saat menuruni tangga.
"Allah, I'm sorry..." Khairul seakan tersedar.
Tak berkata banyak, dia terus bertindak mencempung tubuh aku ke kereta. Sesudah memakaikan tali pinggang keledar untukku, dia berlalu ke tempat duduk pemandu. Punat di sisi stereng ditekan dan sepantas kilat mencakar langit, kereta sudah meluncur ke jalan.
Langit tidak lagi dihiasi mentari. Suasana bertukar warna. Cerah menjadi gelap. Langit terbentang luas itu hanya ditemani bunyi guruh berdentum-dentam. Menandakan rahmat Allah akan menghujani bumi tak lama lagi.
"Abang, kenapa ni? Ni bukan jalan ke rumah Elena. Kita nak ke mana ni?" Aku mendesaknya. Selagi Khairul masih tak nyatakan hal sebenar, selagi itulah aku tak rasa tenang.
"Hospital," jawabnya sepatah.
Jantung aku turut berdentum kencang, menyambut turunnya hujan lebat yang menggelora sakan.
"Kenapa hospital?"
"Air ketuban Elena pecah. Dia dah tak sedarkan diri."
Mata aku pejamkan serapat-rapatnya. Yang aku harapkan imaginasi semata-mata telah menjadi nyata. Ikutkan perasaan, mahu saja aku pekakkan telinga dan kembali lena. Kerana aku belum sanggup kehilangan insan seistimewa Elena. Apatah lagi si dia, Khairul Zenith.
"My baby, I wanna name him Zen. He will be the living proof of your husband's sacrifices, Didi. I want him to be a great man, just like Zenith." Bisikannya hidup semula.
14 Jan 2022, 4:41 p.m.
🎈
💖💖💖
Advertisement
- In Serial44 Chapters
Contract To Your Heart
THIS STORY IS COMPLETED And EDITED.It is every girls dream to have a prince in their life who will treat them like a princess.Nadia is the same. She always dreamed of marrying someone who will love her but what happens when she is forced to marry a Ceo of a big trading company but even worse, she has to sign a contract which says that they will only be married for 4 months. A love hate relationship araise as they both struggle to find out how they feel about each other. Read to find out more, I promise you won't regret.
8 151 - In Serial55 Chapters
Enamoured
[[No Longer a Paid Stories, you can read it for FREE]] BOOK TWO. After discovering she's a descendant of Hades, Avery must find a way to escape those hunting her and ultimately choose between her two opposing soulmates. *****Once Avery Stavros kissed her best friend's older brother Vladimir, she knew there was no turning back. But as the only living Stavros left, she needs to make a careful decision between him and Adrian despite being able to read both of their minds - something that should only be possible between her and her one soulmate. Love or life? Which one is more important? Loving someone or saving your own life? When the Greek gods and goddesses start meddling with the life of humans, everything's doomed to crash and burn. What will Avery do to protect the one - or ones - she loves?[[word count: 70,000-80,000 words]][[ Wattpad Picks: Saturn Needs Sequels]]
8 123 - In Serial16 Chapters
Life is Beautiful✔️
Ranked #11 in #neilkhanna in JanuaryRanked #11 in #avniayesha on March 08, 2019Ranked #11 in #livingtogether on 08 May 2019Ranked 30th in #adiza on 23 March 2019😊😊😊😊😊Hmm well, ever imagined AvNeil having a live-in relationship ? 😃 Absolutely AvNeilicious story with a blend of romance, drama, emotions, love, family and everything under the sun ! 😄 Hop on the ride as our AvNeil are all set with great zeal in this cutesy story of their close to reality live-in relationship saga...!PS : posted the incomplete story on India forums probably an year back.. I shall continue the story further here 😊
8 163 - In Serial47 Chapters
My Princess
"Do you realize this is what you do to me." He says wrapping his arms around me. One of his hands slid up into my shirt, sitting right under my breast. His breath gave my goosebumps as I felt my skin ignite. I could see Grayson behind me in the mirror. His nose skimmed my neck as his breathing deepened. "You don't understand...how much control you have of my body and soul Isabella. I would do...be anything for you. All you have to do is snap your little fingers and it's done. Anything princess." Graysons says darkly pulling at my panty line. --------------------------This story isn't finished and I'm not sure if it will ever be finished Mature Scenes and bad language. Cliche and definitely not real.THIS STORY IS RATED R AND IS VERY SEXUAL.This story is not for everyone so if you don't like it, stop reading it.----------------June 3, 2021 #1: Wolf #10: Mate #8: Powerful #9: Beast #21: Alpha
8 155 - In Serial32 Chapters
Lab Partners (Wattpad Books Edition)
WATTPAD BOOKS EDITION. Love is a chemical reaction.When Jordan Hughes arrives at Pinecrest High School, Elliot Goldman's graduating year suddenly gets a lot more interesting. Smart, good looking and charming, Jordan isn't exactly the kind of person Elliot's used to having as a lab partner. But when they start acing their assignments, life is suddenly about more than boring lectures, bad cafeteria nachos, or relentless bullying, and for the first time ever, Elliot can't wait to get to chemistry class. As they start spending more time together outside of school, Elliot realizes he's never met anyone quite like Jordan. And then everything changes one night when Jordan kisses him, making Elliot question everything about their relationship and about himself. The butterflies start to make sense-the trouble is, right now, nothing else does. Love was the last thing on Elliot's mind. But as he begins to figure out how he really feels about Jordan, he realizes that sometimes the last thing you are looking for is the one thing you need the most.
8 108 - In Serial46 Chapters
Fifty Million Followers [BOYXBOY]
British band Purple Envy are heading for the States, and Scott Connors, Oliver Godfrey, Luke Cartwright, and Demitri Fitzpatrick are quickly becoming the most famous people in the world. They have the world at their feet and their roles to play: Luke; the lead, Oliver; the eye candy, Demitri; the mystery, and Scott; the talent.But across the pond, lust, greed, envy and lies await each member. For some, it's drugs, for others, the pressure of fame. But for Scott Connors, it's falling in love with best friend and band mate, Oliver Godfrey.Playlist: https://open.spotify.com/user/holliepop4/playlist/1NDwGDV1BxhWEiHD0xqVjI
8 181

