《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 43 ~ Elena ~
Advertisement
", kenapa susah sangat nak tutup laptop lepas guna ni?" bebelku. Sejak bergelar seorang ibu, itulah kerja terbaru aku. Membebel dan mencari kesalahan Khairul. Lagipula, perangai bapa budak itu pun juga sudah berjangkit seperti bayi kami. Manja benar.
"Awak tolong shutdown kejap, saya nak minum air dekat bawah."
"Okeylah. Nak coffee ke?"
"Kenapa? Tak nak tidur ke malam ni?" Khairul jongketkan keningnya.
Aku tersengih. Gelengan padu aku berikan.
"Oh, tak nak tidur?" Khairul tutup kembali pintu yang sudah dibuka.
Eh... Cepat-cepat aku mengangguk pula. Ah, bijak benar lelaki itu bermain kata.
"Nak, nak tidur... Abang pergilah minum air."
Tetikus yang berada di samping komputer riba Khairul, aku capai. Baru saja aku pasang niat untuk turuti permintaan Khairul, namun, apa yang terpapar di skrin itu menarik perhatianku.
The Life You Wanted to Know.
Ia merupakan satu blog persendirian. Blog itu sepertinya dibuat untuk tatapan mata orang-orang tertentu sahaja. Tanpa sedar, mata aku melintasi setiap satu gambar dan perkataan yang terpapar di situ. Headphone yang sentiasa dipakai Khairul, aku pasangkan ke telinga.
Aku mulai mengulum senyum tatkala terdengar melodi lagu kegemaran aku dimainkan. Bukan Cinta Biasa nyanyian penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza. Pasti dia pun sudah naik muak dengar aku berkaraoke sewaktu aktiviti melipat baju.
Kandungan blog tersebut dimulakan dengan latar belakangnya. Gambar Khairul saat bayi mencuit hatiku. Terdapat satu gambar dia didukung seorang kanak-kanak kecil. Aku yakin anak kecil perempuan itu merupakan Elena. Benar kata Khairul, menginjak umur seawal lima tahun, boleh dikatakan semua gambar mereka adik-beradik berada di hospital mula terlihat.
Selain itu, terdapat juga video-video pendek yang dirakamkan oleh daddy dan Mummy Anna di hospital. Pada waktu itu, segalanya terlihat sempurna. Tiada sesiapapun yang dapat menjangkakan bahawa pasangan itu akan membawa haluan masing-masing beberapa tahun kemudian.
"Elena, what do you want? I'll get it for you," ujar Khairul, seperti seorang abang yang hendak menceriakan adiknya. Pipi gebunya bertukar kemerahan dek musim dingin di Kanada.
Di dalam video itu, Elena berjalan ke katil pesakit sambil menundukkan wajahnya dengan riak mendung. Dia lantas menggelengkan kepalanya.
"No. You can't do that," jawabnya. Seolah-olah apa dia inginkan adalah mustahil.
"I can do everything. Come on, just tell me anything. I'll grant your wish. It's Christmast. I'll be your Santa." Khairul berkata ceria, membetulkan cermin mata Harry Potternya. Fasih benar dia berkata. Sekilas pandang saja nampak seperti budak cerdik.
"I wanna go to school like other kids. But mummy and daddy said no..."
"Why not? Let's go to my school." Khairul menarik tangan kakaknya. Winter jacket serta scarf setebal-tebal alam dipakaikan ke tubuh Elena.
"Will you be okay? Mummy and daddy will scold you again... Because of me...," tutur Elena takut-takut.
Khairul jongketkan bahu.
"I'm not scared at all," jawabnya bersahaja. Sejurus itu, dia mencabut sarung tangannya lalu dipakaikan ke tangan Elena. Tangan kakaknya digenggam, bersedia untuk keluar dari wad tempat Elena dirawat.
"Stop recording, Zhayan. You're coming with us. Let's go."
Video itu terpadam.
Haih, awal-awal lagi mata aku sudah berjogging. Bacaan aku pada blog itu, aku teruskan. Senyum aku melebar tatkala ternampak gambar tiga beradik itu di sekolah yang pernah aku lawati bersama Khairul sewaktu berbulan madu tahun lalu. Gambar Zhayan memeluk pengawal keselamatan sekolah membuatkan aku tertawa.
Kenangan itu sangat berharga. Tak ternilai harganya. Satu foto saja sudah cukup untuk menggambarkan seribu kata yang tidak terluah.
Penceritaan blog itu diteruskan lagi, dan kini aku berada di fasa Enne sudah dilahirkan, melengkapi mereka empat beradik. Beberapa tahun selepas itu, Elena bertemu dengan cinta hatinya, Elliot. Rupanya, pertemuan pertama mereka adalah di hospital. Elliot merupakan intern yang ditugaskan untuk merawat Elena.
Advertisement
Majlis perkahwinan kakak iparku itu diraikan secara sederhana, namun cukup elegan dan mewah di mata aku. Yang penting, dilimpahi rasa cinta. Video pendek Khairul menangis di dalam pelukan kakaknya menyentuh hati aku. Sayang dia terhadap keluarganya bagaikan titisan air yang tiada hentinya.
Buat kesekian kalinya, gelak aku terlepas apabila Khairul turut melampirkan sekali gambar perkahwinan kami yang keras kejung. Dari gambar saja boleh nampak betapa canggungnya hubungan kami pada awal-awal perkahwinan. Iyalah, berkahwin dengan pensyarah sendiri kut. Mahunya tak kejung.
Melalui tulisan panjangnya juga, aku dapat tahu bahawa Ethan merupakan kanak-kanak autistik. Sejujurnya, aku sudah dapat mengesan ciri-ciri autisme dalam diri anak kecil itu sejak dulu lagi. Namun, aku tak pernah suarakan hal tersebut kerana risau akan menyinggung mana-mana hati. Lagipula, bagi aku, autistik ataupun tidak, semua anak merupakan insan yang mewarnai hidup orang-orang dewasa.
Blog itu diakhiri dengan isi hati sang suami.
Diana Eirina. Basically, this is my life that you always wanted to know. Tak tahulah apa yang saya dah buat dalam hidup ni, sampaikan Allah anugerahkan wanita seistimewa awak untuk saya. Kehadiran awak bukan saja membawa cinta manusia, tapi juga cinta Ilahi dan cinta manusia berpandukan Dia. Awak ajarkan saya cinta yang tak ada tarikh luput. Rupanya, 34 tahun penantian saya tak sia-sia. So sayang, please bear with me 'til the next 40 years. Let's stay healthy and grow old together.
Yang sentiasa kiss awak,
Khairul Zenith.
Aku tersenyum. Rasa terharu dan tergaru, semua ada. Bercampur-baur. Baru saja hendak menutup laman blog tersebut, mata aku melekat pada tulisan kecil di bawah ayat penutup tadi.
P.S. Elena once gave me such great advice that sounds like this, 'husband should never stop dating his wife and wife on the other hand should never stop flirting with her husband'. Therefore, I'll date you forever and you too, need to flirt with me endlessly. Every single day, without fail. Okay, amora?
Sejurus menghabiskan bacaan, aku matikan komputer riba tersebut. Lantas itu, aku memasang langkah ke dapur. Nampak sahaja tubuh lampai Khairul sedang mencuci botol susu anak dengan lagak kekoknya, aku merangkul tubuh itu dari belakang.
"Okay..." Soalan bertulis dia sebentar tadi, aku balas tanpa teragak-agak.
Pabila Khairul toleh ke belakang, aku jinjitkan kaki dan mengucup bibir basahnya.
Usai siap melakukan tugasan membasuh botol anak, Khairul palingkan tubuh. Tangan sasanya melingkari pinggang aku.
"Sayang...," panggilnya.
"Hmm..." Aku membetulkan kedudukan kolar pijamanya.
Jari telunjuk Khairul lantas menarik manja daguku, agar membalas renungannya,
"Look at me..."
"I'm looking at you, abang."
Khairul kemudian melekapkan tangan kanannya pada pipiku. Tak cukup dengan itu, ibu jari miliknya menguis manja lebihan rambut berhampiran telingaku.
"Saya izinkan awak sambung belajar," bisiknya.
Aku terkesima. Tak menyangkakan ayat penyata itu akan terpacul dari bibirnya.
"Saya... Anak kita..."
"Saya tahu awak tolak offer untuk sambung fast-track PhD. Kenapa tak cakap dengan saya dulu? Kita boleh bincang hal ni sama-sama."
Geleng.
"Saya dah ada segalanya. Saya ada abang, anak kita... Saya tak perlukan apa-apa dah. Abang sendiri tahu kan betapa susahnya nak habiskan postgraduate studies? Saya tak nak baby kita dengan suami saya terabai bila saya sambung belajar nanti."
"But you always wanted to be a clinical psychologist, aren't you?"
Aku genggam jari-jemarinya. Geleng lagi. Menidakkan fakta tersebut.
"No. Not anymore."
Khairul rungkaikan genggaman aku dengan raut wajah kecewa.
"You're not being honest with me."
Aku mengunci kembali anak matanya yang baru saja dilarikan.
"Saya sayang rumah tangga kita, abang. Sekarang ni, impian saya cuma nak jadi isteri dan ibu yang terbaik je. Untuk abang, untuk anak kita," ujarku lembut.
"Ever since we're married, you've become my dream, Diana Eirina. Look sayang, you can always be the best mum and wife without shattering your dreams. Because your dreams are mine as well. Saya nak jadi suami yang sokong setiap langkah isteri saya, bukannya jadi batu penghalang untuk awak capai cita-cita awak..."
Advertisement
Aku tundukkan wajah dengan empangan mata yang semakin memberat. Ketulusan butir kata Khairul akhirnya berjaya menembusi tembok-tembok rapuh yang aku bina. Sungguh, aku berada dalam dilema. Banyak hati yang ingin aku jaga serta impian yang ingin aku capai.
"Saya tak nak jadi selfish..." Suaraku pecah.
"Chasing your dream doesn't make you selfish, amora. Awak kan ada saya. Saya boleh tolong jaga anak kita."
Tubuh Khairul aku dakap seerat mungkin. Saban hari aku mensyukuri pemberian Allah yang satu ini. Dia telah mengurniakan aku seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa menyokong impian aku. Sekarang, aku sudah faham akan apa yang abah maksudkan enam bulan yang lalu.
"Thank you, abang."
"Terbanglah setinggi mana yang awak mampu. Tapi ingat, kebebasan ni ada hadnya. Walaupun nanti awak dah jadi student balik, saya tetap nak awak jalankan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri dan ibu. I may give you the freedom to fly, but I also can break your wings. You won't disappoint me, would you?" pesan Khairul. Ada tegas dalam kelembutan bicaranya.
Aku mengeratkan lagi pelukan kami.
"Trust me. I won't, abang."
saja menyusukan anak pertama yang banyak mencorakkan warna-warna indah dalam hidup aku dan Khairul, dia tertidur lena di dalam pangkuanku. Enam bulan berlalu pantas. Tempoh yang boleh dikatakan pendek ataupun panjang ini telah meninggalkan pelbagai cerita yang mematangkan aku serta keluarga kecil kami.
Kemunculan Khairul di muka bilik menempatkan puteri cilik kami, aku sambut dengan senyuman lebar. Sejak puteri kami memasuki enam bulan, kami buat keputusan untuk asingkan tidur dengan anak. Meskipun tampak kejam, tapi itulah yang selayaknya dilakukan. Suami dan isteri juga perlukan privasi. Alhamdulillah, berkat bantuan teknologi baby monitor, segalanya lebih mudah.
"Daddy's girl dah tidur ke?"
Angguk. Aku bangun, tempatkan si kecil di mahligai beradunya.
"Good night, sugarplum. I love you." Khairul mengamati wajah sang anak seketika sebelum mengucup pipi montel puterinya.
Kami meninggalkan kamar itu bersama senyuman keibubapaan.
"Gosh, I love her... She's simply another version of you, Diana," ujar Khairul. Mula melemparkan kata-kata diabetesnya.
Lengan kanannya, aku tarik. Memberhentikan langkah sang suami.
"Minggu depan daddy dengan Mummy Aisha nak buat kenduri tahlil dekat rumah... Erm... Abang tahu kan?"
Khairul tersenyum nipis. Mengangguk lemah.
"Abang..."
"I'm okay, Diana. Dah, jom tidur. Saya ngantuk."
Aku mengeluh hampa. Nampaknya, sekeping hati itu belum pulih sepenuhnya. Teringatkan apa yang terjadi hampir separa tahun yang lalu, aku takut Khairul ulangi perbuatan yang sama. Satu perbuatan yang meremukkan hati aku hingga ke hari ini. Detik-detik akhir kehilangan orang tersayang, ianya masih segar di dalam ingatan aku.
Perginya salah seorang insan yang Allah rindukan, ia telah meninggalkan impak yang cukup besar dalam hidup aku. Begitu mengejut, sehinggakan terkelu dan terkaku tanpa bicara. Namun, ianya juga pemergian yang didambakan setiap umat yang masih bernyawa. Dia pergi membawa cinta selamanya, menemui Tuhan Yang Maha Esa.
Tenanglah dikau di sana, Kak Elena. Insya-Allah, syurga pasti menantimu.
seorang manusia yang berada di situ, semua membisu. Berdoa semoga masih ada sinar harapan dan berita baik akan dikhabarkan oleh doktor yang merawat Elena. Aku meraup wajah dengan tangan terketar-ketar. Bacaan Yasin aku alunkan buat kali kelima. Khairul juga melakukan hal yang sama, namun, fokusnya sering terganggu dek doktor dan jururawat yang masuk dan keluar membawa bekalan darah dan sebagainya.
Tiga jam berlalu, doktor yang bertanggungjawab dalam urusan bedah Elena melangkah keluar. Setiap seorang ahli keluarga Khairul datang menghampiri. Masih dengan secebis harapan yang tersisa di dalam hati masing-masing.
"Alhamdulillah, bayi lelaki selamat dilahirkan..."
Kami tersenyum bahagia. Mengucap syukur.
"Elena? How's my wife, doctor? Is she okay? Isteri saya..." Elliot bertanya dengan nada lemah.
Raut wajah doktor wanita itu tiba-tiba bertukar duka. Tatkala dia gelengkan kepala, ianya seolah-olah sudah menjawab pertanyaan Elliot dengan jelas.
"I'm sorry, Elliot. We've tried our best... But she passed away five minutes after giving birth to her son. We're so sorry for your loss. Takziah."
Pada saat itu, kedengaran guruh berdentum kasar dan hujan yang sudah reda kembali menghujani bumi ciptaan Allah. Suasana hening mulai menguasai ruang menunggu berhampiran bilik bedah. Apa yang diungkapkan oleh doktor itu telah menghancurkan sisa harapan yang ada.
"I'm sorry, Anna," ucap doktor itu kepada ibu yang melahirkan Elena pula. Bahu Mummy Anna ditepuk beberapa kali sebelum meninggalkan kami terpinga-pinga di situ.
Zhayan muncul tiba-tiba dengan seragam bedah warna biru, sama persis dengan dipakai doktor tadi.
"Sorry, I'm late. I baru check phone lepas surgery tadi. Elena dengan baby macam mana? Doktor cakap apa?" soalnya.
Diam. Senyap sunyi. Tidak seorangpun ada kekuatan untuk menjawab soalan perit itu.
"Hello? Are you guys here?" Zhayan bertanya lagi sambil memetik jarinya.
Pintu bedah terbuka buat kesekian kalinya. Kali ini, ruang mengerikan itu memaparkan kelibat Inaya. Orang yang bertanggungjawab menjaga Elena di hospital. Air matanya menitis satu per satu. Cukup untuk mengabarkan berita buruk buat kami sekeluarga,
Dek tidak menerima sebarang respons, Zhayan melangkah laju untuk mendapatkan Inaya. Bahu gadis itu dicengkam kasar.
"Why are you crying, Jamie? Elena... She's fine, right? Could somebody please tell me that my sister is okay?!" amuk Zhayan, hilang sabar.
Tangisan Inaya bergema.
"Kak... Kak... Kak Elena dah tak ada...," beritahu Inaya. Tersedu-sedan.
"You... You're kidding, right?" Suara Zhayan mengendur. Dia tak lagi nampak seperti seorang doktor pakar onkologi. Yang tinggal hanyalah sisi seorang adik kehilangan kakak yang amat dia cintai.
"Daddy... Mummy mana? Mummy dah tinggalkan kita ke?" Ethena bertanya dengan titisan jernih memenuhi tubir matanya. Anak pintar itu pastinya sudah mampu memahami makna disebalik kata-kata doktor sebentar tadi. Mungkin dia juga seperti yang lain, masih cuba menidakkan kenyataan itu.
"Mi... Mi..." Ethan mengeluarkan suaranya buat pertama kalinya. Turut mencari ibunya yang sudah menghilang selama berjam lamanya. Dan mungkin, sudah hilang buat selama-lamanya.
Sejurus dengan itu, Elliot memeluk erat anak-anaknya. Dalam masa yang sama, tangisan seorang suami kehilangan isteri tercinta serta anak-anak kehilangan ibunya mulai bergema. Membuatkan mana-mana mata yang memandang pasti turut berkongsi rasa pedih.
Air mata yang cuba aku tahan demi menyalurkan kekuatan buat ahli keluarga yang lain, akhirnya melimpah jua. Setahun sudah cukup untuk menggambarkan kemuliaan hati dan budi Elena. Seorang wanita yang cukup tabah, sangat pemurah dengan senyuman meskipun sakit yang ditanggung bukan kepalang.
Grandpa Khalid menenangkan Grandma Emma yang sudah terduduk sayu, manakala daddy pula dipeluk Mummy Aisha. Masing-masing mencari tempat bergantung harap. Tempat menghamburkan rasa perit yang mencucuk-cucuk dada.
"Elena... Elena... Elena... I nak Elena, Zen. I nak Elena! Elena nak I jadi doktor untuk tolong orang lain. I dah jadi doktor untuk dia... Tapi, mana dia? Mana dia... I want my sister..."
Tanpa sebarang ekspresi di wajah, Khairul menarik adik bongsunya ke dalam pelukan. Rambut si adik dibelai manja.
"Shh... Elena kan pernah cakap, dia akan sentiasa hidup dalam hati kita. She's just having a rest, honey. A long rest...," pujuk Khairul.
Usai tangisan Enne kian reda, Khairul pergi mendapatkan Mummy Anna dan Zhayan pula. Setiap seorang di situ, dia dekati. Menyalurkan kekuatannya, memberitahu mereka bahawa semuanya akan baik-baik saja. Tak cukup dengan itu, dia tidurkan Ethan pula di dalam pelukan hangatnya.
Tapi, tak tahu kenapa, hati aku pula yang terasa dirobek-robek menyaksikan momen itu. Orang lain mungkin tak nampak, namun, aku dapat mengesan seribu satu titis air mata sedang ditahan di dalam empangan mata kosongnya. Jika dibiarkan, bila-bila saja empangan itu akan runtuh. Dan yang aku risaukan, bila masa itu tiba, mungkin aku juga akan tewas.
Elena dan keluarga kecilnya memeluk Islam menggemparkan keluarga besar Khairul. Selepas beberapa kali menerima serta mendengar ceramah pendek daripada Ustaz Wazir, Elena dan suaminya mulai terbuka hati untuk memeluk agama Allah pada minggu lalu.
Yang memilukan, seminggu saja Allah pinjamkan dia sebagai saudara seagama aku. Namun, tak ada yang lebih membahagiakan melainkan dia sempat melafazkan syahadah dan menerima hidayah Allah. Itu sudah memadai.
Meskipun jasad Elena tidak bernyawa lagi, ketenangan yang terpalit di wajahnya telah menyejukkan banyak mata. Dia menjadi bukti ketabahan pesakit kanser dan pengorbanan wanita bergelar ibu. Jasanya akan aku kenang sampai bila-bila.
Walau pada awalnya, Mummy Anna sedikit terkilan. Namun, dia tetap berlapang dada dan menghormati keputusan anak dan menantu sulungnya. Oleh itu, proses pemakaman Elena dilakukan di perkuburan orang Islam dan setiap perkara berjalan dengan lancar. Segalanya telah dipermudahkan oleh-Nya.
Oleh kerana keluarga Khairul tidak terlalu terbiasa dengan hal-hal menguruskan jenazah serta mengendalikan tahlil, ibu dan abah hadir menghulurkan bantuan. Aku dan Khairul turut mendapatkan nasihat orang masjid serta menghubungi Ustaz Wazir. Berkat bantuan pelbagai pihak, kenduri tahlil Elena selama tiga malam berturut-turut berlalu pantas.
"Terima kasih banyak-banyak sebab banyak tolong kami uruskan itu dan ini. Kami jarang-jarang balik ke Malaysia, jadi tak pandai sangat bab-bab kenduri tahlil apa semua ni. Ni hadiah daripada kami," tutur daddy, lalu menyerahkan satu sampul buat abah.
"Eh, tak perlu..."
"Tak banyak pun. Kalau bagi dekat Enne, sehari pun boleh habis. Bolehlah guna untuk sekolah anak-anak nanti." Daddy berseloroh dengan raut lelah. Matanya masih merah. Tak cukup tidur barangkali.
"Terima kasih, Edwin."
"Sama-sama. Oh lupa, tidurlah sini. Bilik tetamu ada banyak. Daniel dengan Dalia pun dah ngantuk tu," pelawa daddy.
"Rumah dekat je. Tak apa, kami balik tidur rumah kejap lagi," tolak ibu sopan.
Advertisement
- In Serial183 Chapters
Confessions of the Magpie Wizard
In a dark future, the demonic Grim Horde rules most of the Earth, and Britain has just fallen. The last survivor of the island is the young wizard Soren Marlowe, the newest student at the Nagoya Academy of Magic. To all appearances, he is a normal enough young man, if a little girl crazy. Little do they know that he's an exiled devil, one of the very same demons who helped destroy the fallen island! Now thrust into the middle of someone else's romantic comedy, Soren will need to think fast to keep his secret and, just maybe, find a little romance. Note: I used to have the Mature tag on this story, until I realized that I was never going to go past about a PG-13 or light R rating.
8 159 - In Serial36 Chapters
Twisted Love
Alizeh- Hate is an extreme form of obsession.The boy in my dreams also haunted my worst nightmares. They say he is a beautiful angry god. But to me?He was my childhood tormentor, my destruction and my biggest addiction.Our story wasn't a fairy tale, it was a witch tale.Wicked, Real and Painful. Zohravar-Ten years ago, she barged into my life unannounced, turning everything upside down.I hated her. I craved her.Like a tornado, shocking, violent and so powerful it could rip my soul out of my mouth.She was mine.Always. Whenever. Forever.The problem was, she didn't know it.This story has dark themes that will make you make you shiver with discomfort, so viewer discretion is advised.
8 199 - In Serial8 Chapters
Mated To The Alpha King (Editing)
Allison is the runt of her pack, how will she react when she finds out that her mate is the Alpha King?William is not your typical Alpha King that sits in an office and does work all day. He is an outgoing King but protects his pack with his lifeWhat happens when they cross paths? Will they crack under pressure or come out conquers?Join them in their adventure called love.
8 214 - In Serial39 Chapters
Blood Walkers (A Once In A Bluemoon Novel Series #1) COMPLETED
Rejection isn't a choice.Death is an option.. we choose to die because of the choices we make.We make mistakes. isn't that what life is all about?...The time you know you love someone.... Is when it's too late....The deed was already done...Emily finds herself tied between two strong men who don't seem to get along very well. All she could ever hope for was to meet her one mate and instead, she got to meet two different men that marked on her.The choice is yours to make.Will you hold the hand of a hotheaded man who has no shame in taking his pride too seriously? Or a man who's willing to devote all his life to you and his only flaw his his mental health state.Who's hand will you take?Chose either one or leave them both.
8 100 - In Serial35 Chapters
Win You Over (Kuroo x Reader)
It's your first day on the job and your troublesome boss isn't make it easy...I do not own the characters. All characters belong to Haruichi Furudate. Artwork in cover does not belong to me.
8 146 - In Serial37 Chapters
Young master Damien's pet
"Who touched you?" he asked, his eyes brooding down at her and when she didn't answer, his voice thundered in the room, "WHO?" The butler who stood near the wall spoke shakily, "Sir it was Mr. Reverale," Damien's face turned sour, his jaw ticking in anger he turned his face to the side where the butler stood behind."Bring the man here.""N-now?" stuttered the butler. It was the time of night.Damien who hadn't broken his eyes contact with the girl in front of him pushed his hand against the wall which previously rested beside his beautiful girl's head. Turning his body, he first looked at his butler who had his head bowed. With great courage, the butler came to meet his master's eyes, "Do you have any other better time? Or should it be after I wring your neck?" Damien asked calmly tilting his head. Not a second later, the butler ran out of the room to return back with Mr. Reverale after twenty minutes. "Damien, are we having a late tea party?" Mr. Reverale came to greet but the master of the house had other plans. Spotting the knife that was stuck to the apple on the table, he reached for it to pull it out. Just as Mr. Reverale went to exchange a handshake with him, Damien took hold of his hand to place it on the table. In one swift movement as if he were chopping onions, he chopped the four fingers of the man off his hand making him yelp and cry in pain."No one touches what is mine. I am sure this will remind you the next time you even think about touching her," sighed Damien as if he were tired of telling people to keep their dirty hands off his belongings.
8 87

