《Pengganti Paling Setia ✔》Bab 44 ~ Plan ~
Advertisement
sisa makanan Darisa yang melekat pada kemeja Khairul, aku bersihkan menggunakan tisu basah. Asal pakai baju sedondon saja, mesti ada saja drama tumpah airlah, sembur susulah, bergusti anak beranaklah. Tak tahulah perangai siapa yang anak kecil itu ikut. Asyik buli suami aku saja kerjanya.
"Abang... Tunduklah sikit. Penat saya jinjit dari tadi...," sungutku. Sudahlah tinggi lampai, berlagak macam tinggi kami setara pula.
"Saya tukar baju jelah..." Khairul bukan sekadar menukar topik, sekali dengan subjek dia ubah.
Cerlungan tajam membawa ayat 'don't you dare' aku mulakan operasi kirim salam maut. Khairul angkat tangan dengan riak pasrah. Tahu yang aku tak ada mood nak bertengkar. Sejak kembali bergelar pelajar, tidur dan hormon aku kembali tak teratur. Sekejap pasang, sekejap surut. Tapi yang pasti, pasang lebih banyak berbanding surut.
Pandangan aku beralih ke jam dinding yang tergantung pada rumah agam Grandpa Khalid. Sejam saja tinggal sebelum majlis hari jadi Ethena akan bermula, tapi soto ayam aku masih tak menampakkan rupa. Mana taknya, asal aku pegang senduk, ada saja yang datang minta kena hempuk.
"Dah. Lepas ni, kalau abang nak pegang Darisa, make sure tangan dia tak ada makanan. Kalau ada, abang ambik..."
Khairul menggenggam tangan aku. Dahinya berkerut. Sentuhan itu seakan-akan menyedarkan otak serabut aku untuk bernafas seketika.
"I know that much, Diana," bisiknya.
"Okey, saya nak ke dapur kejap..."
Baru dua langkah aku buka, tangisan anak kecil membingiti rumah. Keluhan berat terpacul dari bibirku. Aura menangis serupa speaker edisi terhad itu sudah cukup untuk mendedahkan identitinya.
Fathina muncul bersama Aaira di dalam pelukan.
"Didi, tu kat depan tu..."
"Kenapa?"
Fathina tersengih. Serba salah.
"Aariz tertarik rambut Darisa. Mengamuk sakan dah anak kau. Aku cuba pujuk pun tak menjadi. Sekali dengan Uzzam kena pelempang dia tadi."
Aku merengus kepenatan. Dahi yang terasa berdenyut, aku picit perlahan. Berbelah bahagi sama ada hendak melangkah ke dapur atau ke ruang tamu. Kebanyakan ibu pastinya tahu, kalau anak sudah melalak, cara hendak menutup mulut mereka hanyalah dengan mengoperasikan kilang susu asli dari tubuh sendiri.
"Kenapa kau moody semacam ni?" tanya Fathina.
"Ehem... Sakit bulan...," balas Khairul perlahan.
Senyuman penuh makna Fathina mulai tercorak di bibirnya.
"Oh, faham..."
Kerutan di dahi aku menjengah kembali. Bahagian bawah perut aku pegang, Ingatkan bila dah beranak, masalah period pain takkan mengganggu hidup lagi. Ternyata, semua itu berita palsu semata-mata. Sakit tetap aku rasakan sehingga ke hari ini.
"Ala, kau janganlah moody sangat waktu period. Kalau tak nak sangat hadap period pain, mengandunglah lagi. Dapat cuti free sembilan bulan."
Tak berkedip mata aku mengamati wajah rakan karibku itu.
"Ha'ah kan, bijak jugak idea kau. Kenapa aku tak terfikir eh?"
Gelak Fathina terlepas.
"Diana..."
Khairul pantas gelengkan kepala. Tidak bersetuju sama sekali. Selepas menjadi saksi proses bersalin aku tempoh hari, dia nampaknya seperti enggan hendak menambah jumlah ahli keluarga kami. Gayanya seperti orang trauma. Padahal, aku yang separuh mati meneran anak. Tapi dia pula yang terkena kesan sampingan.
Tatkala terdengar tangisan Darisa yang semakin merunsingkan, serupa Doraemon kehilangan poketnya, aku semakin tak senang hati.
"Awak pergilah tengok Darisa, saya tolong tengokkan dapur," ujar Khairul. Tenang.
"Thank you, abang. Semua dah siap, tinggal tutup api kuah soto dengan carik-carikkan isi ayam je." Aku berpesan sambil membersihkan tangan.
"Okey, nanti saya buatkan."
Mataku membundar. Sedikit terpegun.
"Betul ni? Abang reti ke?"
Dia mengangguk yakin.
"Piece of cake."
"All right then."
Aku berlalu bersama Fathina. Melihat bayang Khairul lesap ke dapur, senyum manis aku terbentuk sendiri. Setiap hari, tanpa gagal, ada saja kelakuan bersahaja Encik Suami yang berjaya menggeletek hatiku.
"You love him so much, aren't you?" usik sang kawan, menjongket-jongketkan keningnya.
Advertisement
"Nope. I love him too much... And you too!" Tubuh genit Darisa aku bawa ke dalam dakapan hangatku. Selepas dilambung manja beberapa kali, tangisan si kecil itu diganti dengan tawa panjangnya. Tawa yang banyak mengingatkan aku kepada Khairul.
Sejurus itu, aku dan Fathina membawa anak-anak kami ke bilik tetamu. Masing-masing mata sudah kuyu. Sekali dengan mak budak pun menguap sakan. Jangkitan tanpa sempadan.
"Ina..."
"Hmm..."
"Thank you...," ucapku perlahan.
Keningnya terangkat. Bertanyakan makna di sebalik ucapan tersebut.
"Thanks sebab selalu ada waktu susah dengan senang aku..."
"Thanks to you too, Di. Sorry sebab bagi kau banyak nangis waktu aku sakit dulu."
Geleng. Bersyukur rasanya dikurniakan seorang sahabat yang sentiasa ada di kala hidup menghempap aku dengan pelbagai dugaan. Sahabat yang mengingatkan bahawa ujian itu datang daripada Tuhan, dan dengan bergantung pada-Nya, setiap masalah pasti mampu diatasi dengan mudah.
Perhatian aku beralih kepada Aaira yang sedang tidur nyenyak, memeluk erat pinggang abangnya, Aariz. Hati aku mulai terdetik, alangkah bahagianya jikalau Darisa juga ada teman main di rumah. Meskipun Elias merupakan abang susuannya, namun Darisa pasti dambakan saudara kandung yang sentiasa ada di sisinya.
Aku tak mahu dia membesar macam aku. Sendirian tanpa teman, sehinggalah kemunculan Daniel dan Dalia yang memakan masa yang agak panjang. Iaitu selepas ibu mendirikan perkahwinan dengan abah. Saat itu, aku juga sudah menginjak remaja.
Lainlah Khairul, lahir-lahir sahaja sudah ada kakak. Dan beberapa tahun kemudian Zhayan dan Enne turut mewarnai hidup mereka. Meski tidak mudah untuk dia saksikan liku yang dihadapi Elena, namun aku yakin, kasih adik-beradik itu jauh lebih berharga berbanding segala hal. Sekurang-kurangnya, mereka boleh berkongsi rasa suka dan duka.
"Kenapa? Kau nak anak lagi ke?"
Soalan tak terduga Fathina itu membuatkan aku terkelu. Satu persoalan menjengah minda. Adakah aku terlalu tamak? Bukankah orang yang tamak itu selalu rugi?
yang tadinya aman damai dan tenteram bertukar menjadi dewan sarkus apabila Khairul buat hal yang tak terjangkau akal manusia.
"Abang!" Aku cengkam pergelangan tangannya. Terkejut melihat jemarinya sudah bertukar merah. Bukan setakat itu saja, dahinya juga sudah menampakkan butir-butir jenih.
"Ya Allah, kenapa abang carik isi ayam ni guna tangan? Garfu kan ada. Kenapa tak tunggu sejuk dulu? Kalau tangan melecur macam mana?" Aku memarahinya di luar sedar. Pantas aku menarik tubuh lampainya ke sinki.
Kedua tangannya aku periksa sebelum membiarkan air sejuk membasahi jari-jemarinya.
"Saya tak pernah carik-carik isi ayam. Saya ingatkan kena carik dengan tangan..."
Kening aku terangkat. Sedikit aneh melihat respons bernada rajuknya.
"Abang merajuk ke?" Dagunya aku sentuh. Tapi Khairul lebih cepat melarikan wajahnya.
"Taklah. Awak ingat saya Darisa ke apa?"
Aku tersenyum. Mungkin aku sudah terlalu mengenali sikapnya. Perubahan lelaki itu, meskipun sedikit, dapat aku baca dengan mudah. Semudah buku cerita kanak-kanak. Aku teruskan drama buat-buat bodoh, seakan-akan tidak mengerti. Kain bersih yang terlipat kemas di dalam laci kabinet, aku dapatkan lalu tangan basah Khairul aku kesat perlahan.
"Saya marah sebab sayang. Just like you wanna protect me and Darisa all the time, I also wanna protect my husband. Saya tak suka tengok suami saya sakit. Don't get yourself hurt again, okay?"
Setelah beberapa kali cubaan aku hendak mengunci anak matanya gagal, akhirnya, dia sendiri yang mengambil tugas mengikat erat anak mata kami agar saling bertatapan. Meski tiada jawapan meniti bibirnya. Namun, panahan hangat itu sudah menjawab pertanyaanku.
"Sudah-sudahlah tu bercinta dekat dapur rumah orang. Nanti sambung dekat dapur rumah korang pulak...," sindir Zhayan yang sedang meneguk jus oren di meja makan.
Aku sembunyi senyum. Sejak pemergian Elena, lelaki itu sudah berubah secara berperingkat. Dia tampak lebih tenang berbanding dulu. Sepertinya Khairul tidak salah apabila mengatakan bahawa Elena akan sentiasa hidup dalam hati kami. Wanita hebat itu sememangnya masih menggenggam erat hati kami, meskipun dia sudah tiada.
Advertisement
Salah satu momen akhir aku bersama Elena kembali menghuni minda. Dalam sehari dua selepas dia memeluk agama Islam.
"Kenapa Kak Elena cakap macam tu? Kalau family kita dengar, mesti diorang tak suka." Aku menangkis pantas kata-katanya.
"Macam you cakap, mati tu satu realiti yang semakin hampir dengan kita setiap hari. I cuma nak pergi dalam keadaan bersedia. Dan I pun nak diorang bersedia untuk kehilangan I. Allah has given me more time than I expected, Didi. I tak nak tamak dah dengan hidup ni. Lagipun, kematian tu bukan sesuatu yang kita boleh tangguh..."
Laju aku gelengkan kepala. Tamak? Itulah perkataan yang langsung tidak melambangkan peribadinya.
"Kak Elena janganlah cakap macam tu lagi. Saya tak boleh bayang keluarga ni tanpa Kak Elena," tuturku sayu. Jangan dikatakan bayang, mimpi pun belum tentu aku boleh terima.
Bibir kering tidak berdarah itu melebarkan senyumnya.
"Kenapa pulak? I dah boleh bayang yang family kita akan jadi lebih baik bila I tak ada nanti..."
Kerutan di dahi aku menebal. Kurang faham akan apa yang cuba dia sampaikan.
"Hah?"
"Salah satu cara nak bagi Zhayan dan mummy berubah, I kena pergi, Didi. Dengan cara ni, family kita akan bersatu dan jadi lebih kuat. Kalau diorang hilang I, diorang akan belajar untuk lebih sayangkan orang-orang yang masih ada."
Aku geleng lagi.
"Kenapa Kak Elena cakap macam orang yang dah menyerah? Kitorang semua percaya yang Kak Elena boleh sembuh."
Dia menggenggam erat tangan aku.
"I'm not giving up on my life, Didi. I'm just being real. Because I know my body better than anyone else. It's currently rejecting all treatments and no longer working like it used to. So, instead of desperately asking to live on the next day, I just want to stick to our hope. Our hope to meet again in paradise."
tidurkan si cilik, aku berlalu ke bilik utama, ingin mendapatkan bapa cilik pula. Dari siang lagi, dia yang bertanggungjawab menjaga Darisa. Aku harus ke universiti pada hari minggu untuk selesaikan beberapa perkara berkaitan disertasi. Alang-alang itu, aku bertemu dengan supervisor sekali untuk dapatkan beberapa kerat nasihat.
Tapi, satu hal yang buatkan aku tersenyum kagum adalah, apa yang penyelia aku katakan hampir serupa dengan teguran Khairul terhadap kerja aku minggu lalu. Lelaki itu nampaknya masih belum lupakan tugasnya sewaktu bergelar pensyarah. Pensyarah yang digelar Terminator!
Namun, perasaan hampa menyelinap ke dalam diri tatkala mendapati Khairul sudah hanyut dibuai lena. Rancangan aku untuk luangkan sisa malam ini bersamanya terus lenyap. Keluhan kecil terlepas dari bibirku. Kesal. Baru pukul sepuluh, asal dia tidur awal sangat? Sudah muak dengan aku agaknya.
Tak mahu mengalah, aku duduk di sisinya. Lengan sasanya aku goncang beberapa kali.
"Abang... Abang dah ngantuk ke?"
"Hmm...," balasnya mamai.
"Abang cakap nak tengok movie dengan saya malam ni. Jomlah, jangan tidur lagi. Esok kan abang dah nak kerja." Aku memujuknya.
"Awak kan busy... Kita tidur jelah malam ni, saya dah ngantuk."
Mendengar bicara jujur Khairul, hati aku retak tak berlagu. Namun, cepat-cepat aku pujuk kembali. Tak mahu termakan bisikan syaitan yang pastinya berkobar-kobar mahu mengeruhkan hubungan suami isteri.
"Tapi kita dah janji kan...," sambungku lagi.
"Saya rasa macam menyesal bagi awak sambung belajar..."
Aku tersentak. Terkesan dengan bicara separa sedar Khairul. Menyesalkah dia?
Dengan berat hati, aku melangkah ke meja kerja Khairul yang telah aku takhluki sejak bergelar pelajar semula. Wajah aku raup. Hati aku cekalkan. Fokus pula aku alihkan ke komputer riba, meneruskan kerja tertangguh.
Pejam celik saja, sejam berlalu. Aku masih menghadap komputer riba, langsung tidak berjaya siapkan apa-apa. Yang aku lakukan hanyalah tekan dan padam new tab berkali-kali. Seperti orang kehilangan arah.
Beberapa minit kemudian, air mata mulai mengaburi mata. Tak tahulah kenapa, masalah hormon barangkali, malam ini aku rasa sunyi. Sunyi sangat. Bagaikan insan yang tak ada tempat bergantung. Sedangkan aku tahu bahawa aku tidak keseorangan. Aku ada Dia yang tidak pernah lena.
orang sedang menaip meragut keheningan malam, menyedarkan aku dari tidur nyenyak. Selimut yang membaluti badan, aku betulkan agar menutupi segenap tubuhku. Mata aku tiba-tiba terbuka luas. Wait a minute. Macam ada yang tak kena. Selimut? Bunyi orang menaip? Sejak bila aku tidur dekat katil semalam? Patutnya aku yang menaip.
Aku sleepwalking ke? Ah sudah...
Badan aku kalihkan tubuh ke sisi. Kosong. Aku kemudian bangun dari pembaringan. Terbeliak bebola mataku tatkala mendapati tempat aku dan Khairul sudah bertukar. Bukan dia yang tidur ke tadi? Asal berubah plot pula?
Lagi lima belas minit, masuklah pukul lima pagi. Aku terlupa akan sikap si dia yang satu ini. Kalau tidur awal, memang terlebih awallah dia terpacak. Katanya, dia tak biasa tidur lama-lama sejak zaman belajar lagi.
Khairul tidak lagi mengenakan pijama tidur semalam. Wajahnya segar, tuala kecil pun masih tersidai di atas kepalanya. Kini, dia sekadar berpakaian kasual, t-shirt hitam bersama sweat pant Adidas. Bersiap sedia nak hentam mesin lari tanpa henti lepas subuh nantilah tu. Apa lagi jikalau bukan treadmill. Produktif sangat.
"Haih... Handsomelah pulak suami aku pagi ni...," gumamku sendiri. Langsung tidak sedar bila kata-kata itu terkeluar tanpa dirancang.
Buat kesekian kalinya, mata aku terbeliak lagi. Kenapa aku cakap macam ni?
"Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim..." Aku mengurut dada. Gelengkan kepala. Cuba memadamkan api nafsu serakah. Makin tak keruan jadinya apabila minda meliar ke luar kotak pemikiran. Waktu cemas macam inilah nak aplikasikan KBAT pun.
Selimut tebal aku tolak ke sisi. Khairul nampaknya masih fokus dengan komputer riba aku. Dia buat apa pun aku tak tahu. Tengok video Youtube cara mencarik isi ayam kut.
"Asal abang bangun awal sangat?" Aku ketuk dahi sendiri. Tak tahu kenapa tiba-tiba suara boleh bertukar lunak. Tuala di kepala Khairul aku capai, meneruskan kerja mengeringkan rambutnya.
"Awak sakit tekak ke? Saya ingatkan suara siapa tadi. Erm... Saya terjaga sebab sugarplum menangis. Lepas habiskan susu sebotol, dia dah tidur balik," ujar Khairul tenang. Dia tuliskan sesuatu di atas sticky note, sebelum dilekatkan pada permukaan kosong laptop.
"Ooo... Erm.. Ha'ah, suara saya terseliuh sikit tadi."
"Terseliuh? Are you okay, Diana?" soalnya sambil memandang sekilas wajah aku, sebelum matanya melekat semula pada skrin.
Malas hendak berteka-teki akan apa yang ada di kepalanya, aku campakkan tuala itu ke laundry basket berdekatan. Sesaat kemudian, lengan aku mengelilingi leher panjangnya, manakala wajah pula aku sembamkan ke pangkal lehernya. Lelaki 'baik' macam Khairul, kalau dibiarkan, boleh gigit jari aku dibuatnya.
Lengan aku dipegang Khairul. Seperti selalunya, dia cuba uraikan pelukan aku. Namun, dek tak mahu kalah, aku eratkan lingkaran tangan aku pada lehernya.
"Next week, Diana. Awak baru lepas period. Kalau pregnant nanti macam mana? We have a plan, aren't we? Let's stick to it." Khairul berbicara tegas.
"That's your plan, not mine."
"Awak kan tengah belajar..."
"Abang bukannya suka saya sambung belajar pun."
Khairul menghela nafasnya.
"Siapa cakap? You used to be my student, amora. Mestilah saya bangga bila awak boleh sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. By the way, saya dah check outline dissertation awak. Ada yang kena betulkan sikit. Lepas tu, dekat sticky note ni saya dah listkan journal article yang awak boleh refer untuk support study awak."
Aku mengetap bibir. Sampai sekarang, dia masih menganggap aku seperti pelajarnya.
"Abang yang cakap semalam... Yang abang menyesal bagi saya sambung belajar. Satu lagi... Saya berterima kasih sangat sebab abang tolong buat semua ni. Saya tak kisah, tapi tolonglah, jangan layan saya macam student abang. 'Cause I'm your wife. Treat me like a wife should be treated, not like a student."
Khairul gelengkan kepala. Menidakkan kenyataan tersebut.
"Pasal menyesal tu, mungkin saya mengigau sebab penat kut. Saya tak ingat dan tak terfikir pun nak cakap macam tu. Tapi, yang saya tak betul-betul tak faham, sejak bila pulak saya layan awak macam pelajar?"
Tanpa mempedulikan jawapan panjang Khairul, leher harumnya aku kucup manja. Sejurus itu, bibirku menempel pada telinganya pula. Tubuh Khairul sedikit bergetar. Menandakan dia sedang menahan gelojak hatinya.
Dia bangun dari duduk, sebelum menjarakkan tubuh kami.
"See? I'll always be your student."
"No! Ni bukan pasal student ke apa. We have a plan...," ulangnya lagi.
"You do your plan, and I'll do mine."
Aku mendapatkan Khairul yang tercegat di tepi meja kerja. Lehernya aku tarik sebelum bibirnya aku tawan sepenuhnya. Apa saja aku akan lakukan sehingga dia tak mampu menolak kemahuan aku. Kerana aku yakin, kami berkongsi rasa yang sama. Cuma kerana dia Khairul Zenith, dia lebih bijak menyembunyikan kemahuannya.
Dua minit kemudian, sedar-sedar saja, tubuh kami sudah mendarat di atas katil.
"Let's cancel the plan," bisikku ke telinga merahnya. Tersenyum menggoda.
"Okay...," balasnya samar-samar, sudah kehilangan fokus dalam tutur kata, lalu meneruskan hajatnya yang sudah lama tertangguh.
3 Februari 2022, 1:18 p.m.
😭😭😭
"Don't ever stop dating your wife and don't ever stop flirting with your husband." – Unknown
"Dan dia tidak pula termasuk orang-orang yang beriman dan mereka saling berpesan untuk saling bersabar dan saling berpesan untuk saling berkasih sayang." - Surat Al-Balad: 17
Advertisement
- In Serial56 Chapters
My Pet Mate
"I'm your dog!" The guy yelled. I froze and looked at the man with disbelief. Did he really just suggest he was my dog? "What?" "I-I'm your... d-dog." He mumbled this time. ---When 23 year old Annabelle feels like she's getting lonely in her apartment, her sister's advises her to get a dog. After a week of thinking she heads to the shelter to buy one and she returns home with a massive and very interesting wolf-dog. What Anna didn't expect was for the dog to turn into a very handsome and very naked man the next day.---Amazing cover by: -lustwritesThis book will contain swearing, violence and some sexual content.
8 76 - In Serial32 Chapters
Worth The Risk
Part 2**DO NOT read if you're not interested in or don't like the Caregiver/little dynamic**
8 145 - In Serial71 Chapters
Reign: The Diary of A Princess
[ON HOLD BUT I'LL POST AS SOON AS I HAVE FINISHED A CHAPTER]A fan fiction about the series Reign.This is about the only heir of King Francis II of France and Queen Mary I of Scotland.She is Alexandra,Alexandra Katherina Stuart de Valois Mostly known as Princess Alexandra I of Scotland and FranceBorn in France Raised in ScotlandThis story is about her life inside and outside the court. The experiences she encountered. The mistakes she made. The decisions she did. The love she gave. The changes that happened throughout her life.------------I don't own the show and other characters used in this book. This is only a fanfiction about the CW show, Reign. PLEASE VOTE AND SHAREThank you & enjoy readingStarted: August 2017
8 147 - In Serial13 Chapters
At His Command
I'm Sienna Amato, the author of exactly one erotic novel. It hit the bestseller lists and I made millions. Too bad my publishing company screwed me over.Now I'm destitute. To make matters worse, I'm suffering from writer's block and my mom's in an expensive nursing home. I need money, fast. When I apply for a position at a publishing company as a secretary, I'm hoping for a simple nine-to-five job.But the publishing company's CEO has other plans. Tristan Black wants me to write a book that he's sure will be a bestseller. It involves sexual games. Between the two of us.Did I mention that I'm a virgin?
8 203 - In Serial45 Chapters
Death of Me
''I'm the leader of this gang,'' he informed me.''Is that supposed to intimidate me or something?'' I asked with raised eyebrows.''It should.''____________________________Juliette Gracen has gone through a fair amount in her life, but she's always made the most of it. It may not be picture perfect, but it's steady. Comfortable. But one night, one thing she shouldn't have seen, is about to change everything. Vincent Monroe - he's as bad as they come. His reputation as the most notorious gang leader in all of Valarian City proceeds him. After how he ascended to power, no one would dare cross him. No one would dare challenge him. Until he meets a whirlwind of a woman with next to no brain-to-mouth filter who is about to tilt the axis of his world. So, what happens when these two headstrong people meet? You'll have to crack this one open in order to find out.____________________________Highest Rankings:#1 in #gangs#1 in #bartender #1 in #gangleader#1 in #deathofme#1 in #perfect #1 in #tensions#2 in #lovestory#2 in #pg13#3 in #mafia#6 in #drama#7 in #newadult#19 in #romance
8 180 - In Serial97 Chapters
A Broken Alpha Series 1 (BxB)
An alpha in a wheelchair, and a mate beaten and sexually abused. BxB Omegaverse. Very detailed sex scenes. Thaddeus is one of the strongest and most powerful alphas. He is both fearless and one of the most feared alpha's, no one dares to cross him.While helping a neighboring pack that was being attacked by rogues he was stabbed in the back with a silver knife dipped in wolfsbane. It left him unable to walk and confine to a wheelchair. Although no one can explain it his wolf side was completely unaffected and has full use of all four legs. His wolf is the largest and strongest wolf around. His strength is unmatched and he is ruthless to anyone who crosses him. While out of town one year at an alpha convention he met his mate. But his mate was angered and disgusted to find out that he was mated to a male and he was in a wheelchair. After taking his anger out on him he rejected him.Thaddeus was heartbroken. He always believed a mate was a gift from the moon goddess and to be loved and cherished. It was the other half of your soul made specially for you my the moon goddess so gender was irrelevant. Six years later he has not found his second chance mate and believed he wasn't going to get one. That no one would want him anyways the way he was.What happens when he finds his second Chance mate unconscious and severely beaten.*** This book is complete, 107 chapters. But only 21 chapters are available here. My book got signed by GoodNovel so I had to take down most of the chapters. The link to finish reading the rest of the book is at the end of chapter 21. ****** Also trigger warning ⚠️ this book contains bad language, abuse, sexual assault and smut. This is also a bxb/male on male book. *****Pictures below are not my pictures. They're what I've imagined the characters to look like.
8 218

