《Akad Kedua - Ana Eimaya》Akad Kedua - Bab 6
Advertisement
Khuz mengacau air Milo di dalam gelas menggunakan sudu. Selesai membancuh air, dia membawanya ke ruang tamu. Air Milo yang panas itu dihirup sedikit dan diletakkan di atas meja kaca yang terdapat di hadapannya.
Buku yang ditinggalkannya tadi diambil semula untuk sambung membaca. Buku hasil karya John Acuff itu sudah hampir separuh dibaca oleh Khuz. Televisyen yang dibuka tidak ditonton. Dibiarkan sahaja agar suasana tidak terasa terlalu sunyi. Beberapa minit kemudian, loceng rumah berbunyi.
Siapa pulak yang datang malam-malam ni? Fikir Khuz. Jam yang tergantung di dinding dilihat. Pukul 9 malam. Lantas buku diletakkan semula di atas meja.
Dengan rasa malas, pintu dibuka. Terpacul Rayna dengan senyuman dan satu beg kertas yang ditayangkan kepada Khuz. Khuz tersenyum lebar. "Makanan apa pulak kali ni You hantar pada I?" tanyanya setelah beg itu diambil.
"Kenapa? You tak suka ke I selalu datang bagi makanan kat You? Ke, I masak tak sedap?" soalan dibalas dengan soalan dari Rayna.
Sekali lagi Khuz tersenyum. "Bukan tu maksud I. I tak nak la menyusahkan You. Tua-tua macam ni bukannya I tak tahu nak cari makanan pulak kan?" jelasnya agar Rayna tidak terasa hati. "Urm... Sedar pun You tu dah tua. Ingatkan tak sedar diri." Ketawa Rayna setelah menyindir Khuz."Gembira nampak dapat menyindir?"Rayna hanya membalas dengan menjongketkan kedua keningnya."Owh ye, pasal hari tu di pejabat I..."
"You nak mintak maaf pada I kan?" teka Rayna biarpun belum sempat Khuz menghabiskan ayatnya. Khuz mengangguk perlahan.
"Tak payah la Khuz. I dah lali dengan perangai Daliya tu. I sendiri pun tak sangka dia akan jadi seteruk tu lepas bercerai. Bila diingatkan balik, menyesal I kenalkan dia dulu dengan You. Sepatutnya, I yang mintak maaf pada You. Bukan You yang minta maaf pada I atas kesalahan yang You sendiri tak pernah buat," ujar Rayna dengan rasa teramat bersalah pada lelaki yang berdiri di hadapannya ini.
"You pun tak salah, Rayna. Mungkin dah takdir terjadinya semua tu pada I," balas Khuz.
"Tak best pulak kan bila kita bercakap pasal Daliya? Automatik suasana jadi macam upacara kematian aje," kata Rayna membuatkan kedua mereka tertawa.
"Maaf la tak jemput You masuk. Maklumlah I ni kan duda kacak dan You pulak single and available,"
"Eleh... Kalau dah tahu tu. Cepat-cepat la kahwin, nanti boleh I datang makan-makan kat rumah You ni," cadang Rayna biarpun dia tahu Khuz sekarang sangat sensitif jika dibangkitkan soal kahwin.
"No comment about that," ujar Khuz.
"Tak habis-habis dengan no comment dia. Anyway, dalam beg tu bukan makanan, tapi jubah untuk You. Ibu I kan baru balik dari umrah, dia ingatkan You. So, dia belikanlah satu jubah untuk You kat sana," beritahu Rayna. Khuz membuka sedikit untuk melihat jubah yang dikatakan oleh Rayna itu.
"Yeke... nanti You kirimkan sejuta kali thank you and sayang I pada ibu You, okey?" pesan Khuz.
Advertisement
"Yelah." Balas Rayna. Jam ditangan dilihat seimbas. "Dah lewat ni, I nak ke airport. Flight I ke Kedah pukul 10. Manager I pun mesti dah lama tunggu kat bawah tu," ujar Rayna.
"You pergi Kedah buat apa? Shooting drama kat sana ke?" soal Khuz.
"Yup... Dua minggu I kat sana, sebab tu I datang waktu-waktu macam ni semata-mata nak bagi jubah tu pada You. Dah berminggu ibu suruh I bagi, tapi terlupa. Bukan You tak kenal dengan ibu I kalau dia dah mula bising kan?"
Khuz tersenyum mendengar cerita Rayna. Ibu Rayna memang rapat dengannya dan dia juga sudah menganggap ibu Rayna seperti ibunya sendiri.
"I pergi dulu," ujar Rayna meminta diri.
"Yelah, take care. Nanti jangan lupa belikan buah tangan dari Kedah untuk I," pesan Khuz kepada Rayna yang sudah berjalan pergi. Rayna menoleh dan membalas dengan mengangkat tangan tanda 'okey'.
*****
kertas diletakkan di atas sofa, lalu Khuz melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan beg tersebut. Kepalanya disandarkan di sofa. Entah kenapa bila dia terpandangkan beg kertas yang berisi jubah itu, kenangan pahit itu menjelma kembali. Kisah dia bergaduh dengan Daliya buat pertama kalinya di awal perkahwinan mereka.
"Sebenarnya kan, abang dah berazam untuk menunaikan ibadah haji sama-sama dengan wanita yang bergelar isteri abang. Jadi, memandangkan Liya dah jadi isteri abang, apa kata kita ke Mekah?" soal Khuz kepada Daliya yang sedang menyikat rambut di birai katil.
"Mekah?!" Membulat mata Daliya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.
Khuz duduk di sebelah Daliya. "Yelah, Mekah. Tapi, memandangkan musim haji lambat lagi kita pergi la buat umrah dulu sama-sama dengan abi," jelasnya agar Daliya mengerti.
Daliya bangun dari duduknya dan mengetap bibir. Gayanya seolah tidak senang dengan cadangan suaminya itu. "Abi yang nak pergi buat umrah, yang kita nak ikut buat apa? You kan dah janji dengan I nak pusing satu Europe untuk honeymoon kita. Sekarang ni kenapa berubah pulak?"
Khuz mendekati Daliya. Tubuh kecil itu dipusingkan supaya berdepan dengannya. Masam sahaja wajah Daliya memandangnya. "Pasal tu abang akan tunaikan. Tapi, selepas kita balik dari buat umrah dengan abi, boleh? Kesian, abi tu kan tak berapa sihat," pujuknya pula dengan harapan Daliya akan bersetuju.
Kedua belah tangan Khuz yang memegang bahunya ditolak. Membuatkan Khuz sedikit terkejut dengan tindakan Daliya.
"Tak boleh, tak boleh dan tak boleh! Sikit-sikit abi You. Dua minggu kita tanggu nak pergi sana sebab abi You tiba-tiba aje tekanan darah tinggi dia naik. Sekarang dah baik, You ajak I pergi buat umrah pulak? You kan banyak duit. You bayar la siapa-siapa untuk tolong usung abi You kat sana. Tak pun, You tangguh untuk ke Mekah tu selepas kita balik dari honeymoon."
Pelbagai cadangan yang diberikan oleh Daliya bagi membolehkan plan mereka untuk bercuti akan berjalan seperti yang dirancangkan.
"Ye... abang mintak maaf pasal tu. Tapi, abi kan dah cadang nak pergi bulan ni jugak. Dua minggu aje kita kat sana," pujuk Khuz lagi.
Advertisement
"I tak ready lagi la nak pergi buat umrah. You sendiri tahu I ni macam mana kan?" ujar Daliya seraya menghempaskan punggungnya di kerusi berhadapan dengan meja solek.
"Tak bererti Liya tak boleh berubah. Nanti kita pergi sana, buat amal ibadat, mohon ampun dan bertaubat pada Allah. InsyaAllah semuanya akan okey," balas Khuz, lembut.
"Ini yang I tak suka ni. I ingat You kahwin dengan I sebab You terima I seadanya. Tapi, ni... You macam nak ubah I. I ni pelakon dan model. You sendiri tahu betapa I cintakan karier I ni kan?" ujar Daliya yang masih dengan keras hatinya.
"Tapi sampai bila, Liya? Abang nak ubah Liya ke arah kebaikan. Salah ke? Abang sayang Liya sangat-sangat dan abang ni kan suami Liya. Tak elok la orang lain yang tengok tubuh Liya yang terdedah tu selain abang," tegur Khuz.
Memang dia tahu bagaimana hidup dan karier Daliya sebelum mereka berkahwin. Tapi, Khuz tidak kisah kerana percaya, secara perlahan dia dapat membimbing Daliya ke arah kebaikan. Ini janji Khuz, kerana dia sangat cintakan gadis itu.
Daliya tersenyum sinis mendengar kata-kata suaminya. "Owh... sekarang baru You nampak semuanya tak elok? Sebelum You lamar I, You tak nampak pulak? Hidup I memang macam ni dan akan sentiasa macam ni! Takde yang akan berubah dan takde siapa yang boleh ubah, termasuk You!" ujarnya kasar. Entah di mana hilangnya kelembutan dia dalam bertutur. Adakah selama ini dia berpura saja?
"I tahu... Abi yang menghasut You supaya ubah I kan? Memang dari awal lagi I dapat rasakan, abi You tak suka pada I. Dia ajak You pergi buat umrah mesti ini rancangan kedua selepas dia pura-pura sakit tempoh hari. Sengaja la tu nak gagalkan plan kita pergi berbulan madu. You tak sedar ke?!"
"Liya?! Liya boleh kata apa aje pada abang, tapi bukan pada abi. Abang tak suka Liya tuduh abi yang bukan-bukan. Abi juga sayang Liya, sebab tu dia ajak kita sama-sama buat umrah. Liya satu-satunya menantu dia. Abi tak pernah menghasut atau merancang yang tak baik untuk kita."
Khuz cuba menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Daliya. Mana mungkin abinya seperti itu. Dia kenal siapa abinya. Segala kehendak dia selama ni semua diberikan oleh abinya termasuklah untuk berkahwin dengan Daliya.
"You memang selalu menangkan abi. I ni semuanya salah. Ingatkan bila dah kahwin dengan You, hidup I akan jadi senang. Nampak gayanya, selagi orang tua tu ada dengan kita takkan senang la hidup I!" bentak Daliya.
"Liya! Cukup!" Kali ini Khuz benar-benar terkejut mendengar ucapan daripada mulut isterinya. Sungguh tak sangka, sampai begitu teruk sekali ayat yang keluar. Adakah itu yang Daliya mahukan? Sedangkan hanya abi sahaja yang dia miliki di dunia ini.
"Kenapa? You nak marah I? You ingat bila I dah jadi isteri You, suka-suka hati aje nak I ikut segala perintah You? Never!" ujar Daliya, lalu bangun dari duduknya setelah mengambil tas tangan yang diletakkan di atas meja solek.
"I bagi masa pada You sampai esok. You pilih antara I dengan abi. Kalau You pilih nak ke Mekah dengan abi. You memang dah tak sayangkan I, dan I akan rasa ter... amat menyesal sebab kahwin dengan You!" sambung Daliya lagi.
Khuz terus bangun dan melangkah mendapatkan Daliya yang sudah bersedia mahu keluar. "Abang mintak maaf, Liya?" pohon Khuz sambil mengambil tangan Daliya dan menggenggamya kejap. Biarlah dia saja yang mengalah. Dia tidak mahu kehilangan wanita yang dicintainya ini.
"Lepaslah!" bentak Daliya. Seolah jijik dipegang oleh Khuz. "I akan maafkan kalau jawapan yang You akan bagi esok memuaskan hati I. Lagi satu, I tak balik malam ni," beritahu Daliya tanpa sedikit pun memandang wajah Khuz.
"Liya nak pergi mana?" soal Khuz. Hampir tiga minggu usia perkahwinan mereka, inilah kali pertama Daliya tidak mahu balik rumah. Marah sangat ke dia dengan aku? Fikir Khuz sejenak.
"Ikut suka hati I la nak ke mana pun. Yang pasti tempat yang I pergi ni dapat hiburkan hati daripada menghadap muka You yang macam sekarang ni memang menyakitkan hati. You tahu tak I bosan duduk dalam rumah ni?!" ujar Daliya.
"Abang harap Liya tak ke disko tu lagi," ujar Khuz penuh pengharapan.
Daliya membalas dengan jelingan tajam sebelum keluar dari kamar beradu mereka. Dia betul-betul panas dengan Khuz sekarang ni.
Sampai di pintu lif. Daliya bertembung dengan bapa mertuanya yang berada di dalam lif. Tiada teguran mahupun sebaris senyuman, melulu sahaja dia melangkah masuk, manakala Tan Sri Junaidi perlahan-lahan melangkah keluar dari perut lif.
Tan Sri Junaidi dapat rasanya ada sesuatu yang dingin telah berlaku antara menantu dan anaknya. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri pintu bilik Khuz yang tidak tertutup. Dari situ dia dapat melihat anak lelakinya sedang duduk menunduk di hujung katil. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Khuz mengangkat wajah. Dilihat abinya sedang merenung dirinya dari luar bilik. Pandangan mereka bersatu. Masing-masing tidak bersuara. Tan Sri Junaidi hanya melepaskan nafas yang terasa berat sebelum melangkah pergi.
Melalui pandangan itu, Khuz sudah dapat tangkap apa yang sedang abinya itu fikirkan. Kini, terbit rasa bersalah di sudut hatinya.
Deringan telefon bimbit menghalau kenangan buruk yang diingat kembali. Cepat Khuz tersedar lalu mengambil telefon dan terus menjawab, setelah panggilan itu daripada abinya.
"Waalaikumussalam, abi." Khuz menjawab salam yang diberikan.
Biar apa pun yang terjadi. Hanya abinya sahajalah yang sering ada di sisi dan dia juga tidak dapat menerima sesiapa yang tidak dapat terima dan sayang kepada abinya sepertimana dirinya.
Advertisement
- In Serial7 Chapters
The Ordinary Me And Unordinary Her
An ordinary high school guy was heavily run over by a truck when he crossed the street and died. Or so he thought, but he woke up only to find his body perfectly healthy on a hospital bed next to a paled nurse as if she had witnessed a dead person coming to life. The next day, he was met with many unfortunate events that almost took away his life once again. Yet he prevails each time by a hairbreadth. This is a slice of life of a perfectly normal high school guy. ... The book cover was drawn by me since I still can't draw a portrait, it is what it is. *** Schedule update: 1 Chapter a day until Chapter 15
8 95 - In Serial11 Chapters
Diamond In The Rough (Complete)
A reverse type of ‘Aladdin’ Story.(Book 2 of TLCsDestiny Fairy tale books) Rangcew, the capital of Commorda, might be flustering about with the upcoming marriage of Cid and Princess Bethany but that doesn’t mean everything is going according to plan for Prince Elton.Prince Elton, the next in line for the throne, has serious plans to disrupt and force his own father to abandon the title of ‘King’. With this, Prince Elton finds what he needs to make this goal to finally happen!…The ‘Little Pillager’ knows and has evidence that he needs! He must obtain it without fail!But to woo the woman, he is in the unknown and feels like he’s the one being wooed instead! Alison, a thief with a cause, ends up in trouble, only to be caught in a web from the very same person that had brought her family down. Suddenly, she’s become a daughter to another family, with nice dresses and yummy food…This was all to ‘tame’ someone…It is all to woo the Prince…With reason to ‘play along’, Alison finally finds evidence to reclaim her family’s innocence but…Never thought that she’d ‘stupidly’ fall for the son of that man!It all just seems so impossible and wrong to go down a certain path, it’s a romance that can’t even be thought of, yet alone acted upon! Then…Why is she so easily lying and pretending like she does want this? Sometimes she even forgets who’s she’s supposed to be entirely and gets swept away by the idiot who claims himself to be a Prince! Without knowing, they help the other. Without knowing they both become greedy for a certain person’s presence and affection…Can a thief strive for the position of Queen? Can the Prince speak the words that need to be said?
8 165 - In Serial69 Chapters
For His Pleasure
"How much for an hour?" He dug through his wallet, fiercely dark gaze avoiding mine like the plague. I backed away from him, panic rising, "I'm not a prostitute." "Yes, you are. Screw the hour. How much for the whole night?"--Sofia had felt safe working as a seducer for the most powerful family of organised crime until a new leader took over, replacing the man she held as a saviour and father figure. The new boss is smug and an utter asshole, but it doesn't take long until Sofia no longer seduces competitors for the advantage of the family she had vowed herself to, and instead seduces the man tormenting every aspect of her existence. --✘ Contains sexual content and content unsuitable for people under the age of 18 (prostitution, drugs, violence).✘ This is an unedited first draft of this story, there are a lot of mistakes and it's pretty cringe.✘ Both MCs are incredibly toxic. You have been warned.
8 361 - In Serial100 Chapters
The Father of my Sister's Kid; DILF (Adult Perspective) #Wattys2015
Her sister is an excuse of a mother, and after her sister's death, in comes a mystery man who claims to be the father of the oldest child Kyle. Clearly Laila has no respect for a man who has refused to take care of his child for over five years. Why does he want to start now? Who cares if he's rich, and sexy and -damn so damn beautiful? He better not try to take Kyle away from her, because Kyle and Khloe are all that she has!
8 433 - In Serial29 Chapters
Historically Inaccurate (Wattpad Books Edition)
WATTPAD BOOKS EDITION.It only takes one moment to change your life forever . . .After her mother's deportation last year, all Soledad "Sol" Gutierrez wants is for her life to go back to normal. Everything's changed-new apartment, new school, new family dynamic-and Sol desperately wants to fit in. When she joins her community college's history club, it comes with an odd initiation process: break into Westray's oldest house and steal . . . a fork? There's just one problem: while the owners of the house aren't home, their grandson Ethan is, and when he catches Sol with her hand in the kitchen drawer, she barely escapes with the fork intact. This one chance encounter irrevocably alters her life, and Sol soon learns that sometimes fitting in isn't as important as being yourself-even if that's the hardest thing she's ever had to do.
8 157 - In Serial24 Chapters
His Dragon King
Baine is a normal vampire. He works at his sire's club The Vampire's Kiss as a bartender and does not wish for anything more in life. That all changes when the eyes that have been following him have decided to make an appearance. In the form of a temperamental soon to be dragon king. As if that wasn't bad enough, now he has to deal with a whole horde of dragons that won't leave him alone. This story is rated R. Second book in the Supernatural Lovers series by @Ocean_Eyes831.Part of a series that can be read as a stand alone.
8 144

