《Akad Kedua - Ana Eimaya》Akad Kedua - Bab 7
Advertisement
SANDWICH telur yang siap dibuat disusun ke
dalam pinggan dan diletakkan di atas meja yang terdapat di
ruang makan. Dengan berpakaian lengkap untuk ke pejabat,
Dhia mengambil teko yang berisi air teh dan dituang sedikit
ke dalam cawan. Separuh sandwich diambil dan dimasukkan
ke dalam mulut. Cukuplah dijadikan sebagai alas perut untuk
memulakan hari yang dianggap begitu gemuruh buat dirinya.
Selesai bersarapan ala kadar, Dhia menuju ke ruang
tamu untuk mengambil beg kerja dan tas tangannya yang
diletakkan di atas sofa.
Fiqa menapak turun ke bawah. Mata terus melihat
jam di dinding. Setelah itu dia berjalan mendekati Dhia.
"Baru pukul 7 setengah. Awal betul kau nak pergi
kerja," tegur Fiqa yang masih sememeh. Mesti belum mandi
ni!
Dhia yang sibuk memeriksa barang-barang di dalam
beg tangannya menjawab.
"Hari ni kan, hari pertama aku kerja kat company
baru. Kenalah tunjuk attitude yang bagus sikit. Lagipun, kau
faham-faham ajelah. Inikan KL. Aku tak naklah terperangkap
dalam jam nanti. Tak pasal-pasal sampai lewat pulak aku kat
tempat kerja."
"Breakfast semua aku dah siapkan. Sandwich telur
kesukaan kau. Ada atas meja dan pastikan kau makan sampai
licin, okey?" pesan Dhia pula seolah-olah sedang memeras
ugut.
Fiqa tertawa kecil.
"Beres... terima kasih tolong buatkan sarapan untuk
aku. Saaa...yang kau!" balas Fiqa.
"Sayang kau jugak. Sudahlah, aku dah nak pergi ni,"
ujar Dhia lalu dipeluk tubuh dan dicium kedua belah pipi
Fiqa.
"Kau doakan aku supaya dimudahkan segala urusan
ya?" pinta Dhia.
"Kau jangan risau. Aku sentiasa doakan yang terbaik
untuk kau," kata Fiqa.
"Terima kasih, Fiqa."
"Kasih diterima. Now, kau hanya perlu pandu kereta
baik-baik aje. Janganlah nervous sangat. Macamlah kau tak
pernah kerja sebelum ni. Sambil drive nanti kau doalah
banyak-banyak. Zikir dan selawat, okey?" pesan Fiqa sambil
menghantar Dhia sampai ke pintu rumah.
SAMPAI SAHAJA di syarikat baru yang bakal dia menabur
bakti itu, terus sahaja Dhia menaiki lif ke tingkat lima.
Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke ruang pejabat itu.
Liar mata Dhia melihat segenap ruang. Hanya ada beberapa
pekerja sahaja di dalamnya. Bila dilihat pada meja kerja
macam banyak, mungkin ada yang belum sampai.
Seorang wanita yang berbaju kurung hijau itu
menarik perhatiannya. Tanpa membuang masa, Dhia
mengatur langkah menuju ke sebuah meja seolah-olah
seperti kaunter itu.
"Assalamualaikum." Dhia memberi salam.
"Waalaikumussalam. Cik ni siapa?" tanya wanita
yang berusia lingkungan 30-an itu.
"Nama penuh saya, Dhia Irdina Binti Rahman. Saya
pekerja baru kat syarikat ni. Hari ni baru nak mula," beritahu
Advertisement
Dhia. Di bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
"Owh, baru saya ingat. Jadi awaklah Dhia Irdina,
setiausaha baru Datin tu ya?" tanya wanita itu untuk
kepastian.
Dhia menganggukkan kepalanya. "Ya, sayalah tu."
Wanita itu mengukirkan senyuman lebar, lalu
memperkenalkan dirinya.
"Saya Haifa. Panggil aje Ifa. Umur tak sampai 30 lagi,
kan?"
"Tahun depan baru 30," beritahu Dhia dengan
bangganya. Bangga macam umur nak masuk 3 tahun aje.
Ceh!
"Ha, kalau macam tu panggil Kak Ifa aje. Sebenarnya,
akaklah yang call..."
"Panggil saya Dhia," ujar Dhia setelah sedar Haifa
tidak tahu memanggilnya dengan panggilan apa.
"Ha, yang call Dhia bulan lepas. Maaflah... akak
hampir-hampir terlupa. Kalau nak jumpa Datin, pukul 10
nanti baru dia masuk pejabat. Dia ada meeting kat luar pagi
ni. Apa kata akak tunjukkan meja kerja Dhia dulu. Jom." Ajak
Haifa yang sudah sedia berdiri.
"Erm, boleh jugak." Dhia hanya mengikuti Haifa
dari belakang. Beberapa saat sahaja mereka sudah sampai di
meja kerja yang dimaksudkan.
Dhia meletakkan beg kerjanya di atas meja yang
tersusun kemas itu sambil memerhatikan ruang tempat
kerjanya.
"Ha, macam mana? Agak-agak selesa tak nak
buat kerja?" Haifa yang bersandar di meja itu mengajukan
pertanyaan. Ruang kerja itu memang disediakan khas untuk
setiausaha Datin Azizah.
"Alhamdulillah, dah cukup selesa ni kak. Apa yang
penting, dapat officemate baik macam akak yang paling best,"
ujar Dhia yang sudah duduk di kerusi sambil tersenyum suka
memandang wanita di hadapannya.
"Pandai betul dia mengambil hati kita, kan?" Haifa
berseloroh.
Dhia mengulum senyum. Senang hati jika semua
staf di pejabat ini baik dan ramah seperti Haifa biarpun
mereka baru sahaja kenal.
"Urm, akak... kalau Dhia nak tanya sikit, boleh tak?"
pinta Dhia tiba-tiba.
"Banyak pun takpe. Insya-Allah, akak jawab. Tapi,
jangan tanya akak pasal sejarah dunia sudahlah. Serius,
ingatan akak dah tumpul," kata Haifa sambil diselitkan
sedikit gurauan di situ.
"Apa pulak sejarah dunia akak. Sejarah negara
sendiri pun Dhia dah banyak lupa. Erm... setiausaha Datin
sebelum ni berhenti sebab apa ya?"
"Sebab dia kahwin dengan orang jauh. Jadi,
terpaksalah dia ikut suami dia. Kenapa Dhia tanya? Dhia risau
ada sebab lain ek?" Haifa menduga.
Pantas Dhia menggelengkan kepalanya. Tidak
terlintas pun di kepalanya jika pekerja yang berhenti itu
disebabkan tidak tahan bekerja dengan Datin Azizah. Rasanya
ramai yang suka bekerja di syarikat ini.
"Isy. takdelah. Saya tahu Datin Azizah memang
seorang majikan yang baik dan prihatin terhadap semua
pekerjanya," balas Dhia.
"Jadi, Dhia memang dah kenal dengan Datin Azizah
Advertisement
la ya?" soal Haifa sedikit terkejut.
"Tak, cuma dengar cerita daripada orang-orang yang
pernah kerja kat syarikat ni aje," jelas Dhia.
"Owh..." Haifa mengangguk faham dan mengakui
semua yang dikatakan oleh Dhia.
"Dhia takde buat apa-apa lagi, kan? Jom ikut akak.
Akak nak kenalkan Dhia dengan semua staf yang ada dalam
department ni. Sambil-sambil tu, boleh akak bercerita sikit
pasal syarikat ni pada Dhia," ajak Haifa lagi.
Dengan senang hati Dhia bersetuju. Harap semuanya
mempunyai sikap ramah seperti Kak Ifa. Mohonnya dalam
hati.
SAMBIL MERENUNG ke luar tingkap di pantri, Dhia
menghirup sedikit air Nescafe yang dibancuhnya tadi. Bosan
juga dia duduk di meja kerja tanpa membuat apa-apa. Melihat
Haifa yang sibuk dengan tugas membuatkan dia segan untuk
mengganggu. Mahu menolong, tapi dihalang oleh Haifa.
Katanya, kerja dia biar dia saja yang buat. Amanah yang
diberikan mesti dipikul dengan baik.
"Dhia..." panggil Haifa dari luar bilik pantri.
Spontan Dhia menoleh memandang Haifa yang
sedang mendakap beberapa fail di dadanya.
"Ya, ada apa Kak Ifa?" soal Dhia.
"Datin Azizah dah sampai. Ada dalam bilik. Datin
nak jumpa dengan Dhia," beritahu Haifa.
"Sekarang ke akak?" soal Dhia lagi. Entah kenapa
tiba-tiba datang darah gemuruh. Bukan dia takut, cuma
inilah kali pertama dia akan bersemuka dengan salah seorang
wanita yang sangat dikagumi akan kejayaannya.
"Ya, sekarang. Pergilah cepat," ujar Haifa.
Dhia segera meletakkan gelasnya di atas meja.
Bajunya ditarik-tarik sedikit dan tudungnya pula cuba
dikemaskan biarpun semuanya kelihatan sudah kemas.
"Okey tak, Kak Ifa? Tudung ni ada senget-senget
tak?" tanya Dhia meminta pandangan.
Haifa menaikkan ibu jarinya.
"Semua okey. Tiptop dari atas sampai bawah.
Cun-melecun," beritahu Haifa, jujur.
Dhia mengukir senyum setelah mendengar pujian
tinggi melangit itu.
"Akak pun pandai ambil hati kita, kan?" Dhia
mengulangi semula kata-kata Haifa pagi tadi.
"Haah. Baru aje belajar dengan Dhia tadi, dah pandai
pun." Haifa tertawa sendiri.
"Yalah tu..." balas Dhia, lalu tersenyum. Namun,
tidak dapat meredakan rasa nervous dalam dirinya tatkala ini.
SETELAH MENGETUK pintu bilik berkali-kali, Dhia
melangkah masuk setelah disuruh oleh Datin Azizah. Dengan
buku nota dan pen di tangan menunjukkan Dhia begitu
bersedia memulakan tugasnya sebagai seorang setiausaha
seorang CEO wanita yang hebat seperti Datin Azizah.
"Duduklah Dhia," pelawa Datin Azizah yang tidak
lekang dengan senyuman sebaik sahaja melihatnya.
"Terima kasih Datin," ucap Dhia, lalu duduk di
kerusi berhadapan dengan Datin Azizah.
"Macam mana beberapa jam kat pejabat ni, okey?"
Soalan pertama terbit dari mulut seorang wanita yang
dikagumi akan sikap prihatinnya.
"Syukur, Datin. Okey sangat-sangat. Semua baik.
Cuma... itulah, saya bosan sikit sebab takde kerja nak buat,"
beritahu Dhia, terus terang.
"Saya minta maaf. Ifa cakap, dia dah beritahu awak
yang saya ada mesyuarat di luar awal pagi tadi," ujar Datin
Azizah.
Dhia tersenyum. Kagum mendengar majikan sendiri
meminta maaf kepada dirinya yang hanya seorang setiausaha.
"Haah, ada. Kak Ifa awal-awal lagi dah beritahu saya
yang Datin masuk lewat sikit ke pejabat hari ni," balasnya.
"Erm, lepas ni awak kenalah selalu ikut saya ke hulu
ke hilir," beritahu Datin Azizah, seolah-olah menyuruh Dhia
untuk bersiap sedia menjalankan tugasnya.
"Dah jadi tugas saya, Datin. Saya sedia." Tenang
sahaja Dhia menuturkan kata.
"Bagus, saya suka sikap awak yang nampak
bersemangat. Saya harap bukan sehari dua ni aje awak
bersemangat, esok lusa hilang semua tu."
"Insya-Allah, tak Datin." Dhia cuba meyakinkan
Datin Azizah.
"Owh ya, Ifa ada cerita serba sedikit tak pada awak
pasal company ni dan companies yang berurusan dengan
syarikat kita?" tanya Datin Azizah. Sememangnya, dia sudah
mengarahkan Haifa agar memberitahu apa-apa sahaja yang
perlu setiausaha barunya itu tahu.
"Ada, Datin. Banyak jugak yang saya tahu. Tambahan
lagi sebelum saya mula kerja kat sini, saya ada jugak search
serba sedikit," ujar Dhia.
Datin Azizah seperti kagum mendengarnya. Dia suka
seseorang yang membuat persediaan awal. Barulah kerja itu
berkualiti.
"Really? Erm, nampaknya tak sia-sia saya ambil
awak jadi secretary saya."
"Jumlah gaji permulaan, harap awak takde apa-apa
masalah dengan tu," kata Datin Azizah lagi sambil membelek
fail yang mengandungi profil lengkap tentang setiausaha
barunya itu.
"Itu lebih daripada cukup, Datin. Saya betul-betul
takde masalah dengan gaji yang Datin tawarkan," balas Dhia.
Bersyukur dengan rezeki yang diterimanya.
Fail ditutup dan diletakkan di atas meja.
"Baiklah kalau macam tu. Untuk hari ni, jadual saya
semua diuruskan oleh Ifa. Esok dan hari-hari yang seterusnya,
awak yang akan ambil alih pulak."
Datin Azizah bangun dan menghulurkan tangan.
"Saya nak ucapkan selamat datang ke Citra Holdings
dan harap awak gembira dapat bekerja dengan saya," ucapnya.
Dengan senyuman. Dhia bangun dan menyambut
salam yang diberikan.
"Dah tentu saya gembira, Datin. Terima kasih," balas
Dhia. Dalam hati pula memanjatkan syukur kerana diberikan
seorang majikan yang baik seperti Datin Azizah. Kerja baru,
syarikat baru, suasana baru dan tempat baru. Insya-Allah,
semangat berkobar-kobarnya baru sahaja bermula.
Advertisement
- In Serial44 Chapters
Effervescent
adjective. effervescing; bubbling. vivacious; merry; lively; sparkling.Alva had always been different.Tsu'tey x OC
8 79 - In Serial31 Chapters
Something Precious {H.S.}
Sequel to: Something Special {H.S} YOU MUST READ THE FIRST BOOK TO UNDERSTAND THIS STORY OR YOU WILL BE LOST SIS. .*Not Edited*there WILL be grammar mistakes* Please vote! ♡.......................................................After finding out a unexpected secret on the day of her husband's funeral, Ellie Styles is beyond lost. With the help of her remaining friends and family, she believes that she'll eventually overcome and accept these hard times.But just as Ellie thinks that she's doing a little bit better, someone randomly pops into her life and flips things upside down. Everything is not as it seems.There is something precious at the end of the tunnel but will Ellie be able to survive long enough to find it?
8 106 - In Serial51 Chapters
Killed by My Stalker (Complete)
After being killed by my stalker, I found myself being reincarnated in a murder mystery novel I was reading right before I died.Instead of the heroine, I was reincarnated as the heroine's best friend Lilian Lemaire who dies early in the story from a serial killer who likes stalking and killing pretty young girls at night. Her death sets the beginning of a chain of murders.Victorian murder mystery!#1 - shortstory#1 - reincarnation#1 - josei#1 - obsession#2 - murder#2 - torment#4 - drama#20 - tragedy#20 - adultfiction⚠️ SMUT WARNING ⚠️TRIGGER WARNING: Torture and sexual abuse!Author note: Story is definitely not for children and includes explicit scenes >.Short chapters for easy reading 📖 Each chapter takes about 1 minute to read. Short story that you can finish in a day! Please remember to vote!Status Updated: CompletedMy first original short story! Thank you for reading.
8 278 - In Serial31 Chapters
Beautiful Addiction
"𝐈'𝐦 𝐚𝐝𝐝𝐢𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐟𝐞𝐞𝐥 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐲𝐨𝐮."[𝐁𝐱𝐁]▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎After his parents' sudden death, Chester Covington leaves everything behind and moves in with his aunt. But nobody knows what is going on behind the facadé of a traumatized boy who has watched his parents die that he puts up ever single day of his life. They only know one side of him, never the other.He shuts everyone off and isolates himself, trying to protect what is left of his fragile heart.But when he stumbles upon Riku Hamming, the school's very own 'psychopath', indescribable feelings are set free within him and the pull he feels is almost impossible to ignore.With reunited friends, a friend's love struck brother, a psychotic bad boy and a haunting past, Chester is in for the time of his life.But will his scars and memories allow him to move on?-𝙉𝙊 𝙎𝙀𝙓𝙐𝘼𝙇 𝘾𝙊𝙉𝙏𝙀𝙉𝙏!𝙏𝙍𝙄𝙂𝙂𝙀𝙍𝙒𝘼𝙍𝙉𝙄𝙉𝙂: 𝘥𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯; 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘢𝘣𝘶𝘴𝘦, 𝘣𝘶𝘭𝘭𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘦𝘭𝘧-𝘩𝘢𝘳𝘮.
8 192 - In Serial43 Chapters
Harry Potter One Shots
hello potterheads! in this fanfiction I will be writing about the Harry Potter characters x reader! i apologize, but i cannot take requests right now, but they should be open soon! xoxohighest ranking: #266 in fanfiction #219 in books
8 234 - In Serial40 Chapters
His Favored Empress
Shaugn is a history professor with an adventurous spirit. One day he wakes up and finds himself in a world similar yet different from his own. His thoughts on passing through this world quietly are shattered when he finds out he is married to the emperor himself.See how this 21st-century man navigates his way through a world similar to the feudal era.*NONE of this is historically correct so do not point out any errors in the timeline or historical inaccuracy of things.
8 143

