《Akad Kedua - Ana Eimaya》Akad Kedua - Bab 8
Advertisement
"SAYA sebenarnya dah tanya waris yang
lain pasal tanah tu dan dia pun setuju untuk jualkan,
memandangkan tanah tu pun dah lama terbiar. Daripada
takde siapa yang uruskan, lebih baik jualkan aje. Jual pada
bangsa kita sendiri pulak tu. Insya-Allah selamat ya, Tan Sri?"
ujar Haji Rahman kepada Tan Sri Junaidi yang baru sahaja
melabuhkan punggungnya di atas kusyen.
Tan Sri Junaidi mengangguk tanda setuju dengan
apa yang dikatakan oleh Haji Rahman itu.
"Betul tu Haji... kalau dijual kepada bangsa atau orang
dari negara lain, lambat-laun habis negara kita ni tergadai
tanpa sedar. Saya beli tanah tu bukan apa... memandangkan
bersebelahan dengan rumah saya, boleh jugak saya jadikan
kebun ke apa kat situ, kan? Orang kata... berbakti pada tanah,"
beritahu Tan Sri Junaidi tentang rancangannya.
"Elok jugaklah tu. Patutlah Tan Sri ni bergelar
jutawan, kan? Sentiasa memandang jauh ke hadapan." Haji
Rahman meluahkan rasa kagumnya.
"Alhamdulillah, rezeki. Bila banyak, sama-samalah
kita kongsi. Soal bayaran dan pertukaran hak milik, nanti
peguam saya yang akan uruskan. Haji tak payahlah bersusah
payah," kata Tan Sri Junaidi.
Haji Rahman tersenyum lega mendengarnya.
"Kalau macam tu, saya ikut aje yang mana baik, Tan
Sri."
Beberapa seketika mereka terdiam. Tan Sri Junaidi
seolah-olah tidak senang duduk. Seperti ada sesuatu yang
berlegar di kepalanya.
"Sebenarnya, saya ada hajat lain lagi ni. Hajat yang
lebih besar. Tapi, tak tahulah pulak Haji setuju atau tidak."
Akhirnya, Tan Sri Junaidi bersuara.
Hajah Sakinah datang bersama dulang, lalu
menghidangkan air dan kuih untuk suami dan tetamu
mereka. Setelah itu, dia mengambil tempat di sebelah
suaminya.
Haji Rahman memandang Tan Sri Junaidi penuh
persoalan. Memikirkan tentang hajat yang dikatakan oleh
Tan Sri Junaidi.
"Tan Sri nak beli tanah lagi ke?" teka Haji Rahman.
"Bukan. Kali ni takde kaitan dengan jual beli tanah,"
nafi Tan Sri Junaidi. Wajahnya juga kelihatan begitu serius.
"Dengar macam serius aje Tan Sri. Hajat apa tu?"
soal Haji Rahman. Hajah Sakinah yang duduk di sebelah juga
tidak sabar untuk tahu.
"Hajat???" Wana menutup mulutnya dengan pantas.
Terkejut dengan apa yang dia dengar. Tersandar dia di dinding
yang memisahkan antara ruang tamu dan laluan untuk ke
dapur.
Tan Sri Junaidi membetulkan duduk cermin
mata yang dipakai. Nampaknya dia sudah bersedia untuk
memberitahu hajatnya yang besar itu.
"Macam inilah Haji... terus terang saya cakap, saya
sebenarnya dah jatuh suka dengan anak gadis Haji Rahman
Advertisement
dengan Hajah Sakinah," ujarnya.
Tergamam seketika Haji Rahman dan Hajah Sakinah.
"Urm, saya ni Tan Sri ada dua orang anak dara. Yang
mana satu Tan Sri jatuh suka tu?"
"Ha, yang ini... siapa nama dia?" tanya Tan Sri
Junaidi sambil menunjukkan bingkai gambar di dinding.
Gambar Dhia pada hari konvokesyennya.
Haji Rahman masih mampu mengukirkan senyum,
biarpun hatinya kini gusar memikirkan apa yang dimahukan
oleh tetamu terhormatnya ini.
"Yang itu namanya Dhia Irdina. Sekarang, dia bekerja
di Kuala Lumpur," beritahu Haji Rahman. "Tan Sri kenal ke
dengan anak saya yang tu?" tanya Haji Rahman, kehairanan.
"Saya memang tak kenal. Tapi, entah kenapa pertama
kali saya tengok dia bulan lepas, wajah dia seakan-akan iras
wajah arwah isteri saya masa muda-muda dulu. Sikapnya pun
sama. Ceria, suka senyum, dan hormat pada orang tua," luah
Tan Sri Junaidi. Masih terbayang lagi wajah arwah isterinya
dalam ingatan.
Hajah Sakinah menelan liur lalu berpandangan
dengan suaminya. Ketawa yang dicetuskan oleh Tan
Sri Junaidi membuatkan mereka berdua mengalihkan
pandangan.
"Saya minta maaf. Saya rasa Haji dah Hajah nampak
macam dah salah faham dengan saya," kata Tan Sri Junaidi.
"Errr... salah faham? Apa maksud Tan Sri?" Haji
Rahman masih tidak mengerti.
"Beginilah, biar saya cakap dengan lebih jelas lagi.
Saya sebenarnya bertanyakan soal Dhia untuk anak lelaki
tunggal saya, Hasbi Khuzairy." Cerah lagi terang kali ini
kata-kata Tan Sri Junaidi.
Kini giliran Haji Rahman pula ketawa. Hajah
Sakinah sudah tersenyum lebar mendengarnya. Hapus semua
prasangka mereka sebentar tadi terhadap Tan Sri Junaidi.
"Ya ke? Kami sebenarnya ni dah mati-matian tadi
ingat Tan Sri nak ambil Dhia tu untuk dijadikan isteri," luah
Hajah Sakinah.
"Kalau saya masih muda, kuat dan gagah perkasa,
memang untuk sayalah Hajah. Tapi, apakan daya. Tua-tua
macam ni dengan tak larat jalan, asyik usung ke sana ke sini
tongkat, siapa yang nak. Ya tak?" kata Tan Sri Junaidi sekadar
bergurau. Ketiga-tiga mereka ketawa. Suasana di ruang tamu
itu menjadi gamat seketika dengan suara mereka.
"Eh, boleh lagi saya tengok ni. Tan Sri pun bukannya
tua sangat. Lebih kurang sebaya saya aje," ujar Haji Rahman
juga bergurau. Gila, nak kasi anak dia kahwin dengan orang
tua!
"Tak apalah Haji. Saya ni sayangkan lagi arwah
isteri saya tu. Hati ni tak pernah terlintas nak menggantikan
dia. Susah nak lupakan orang yang kita sayang, kan Haji?
Tambahan pula, saya ni menghitung hari saja nak hidup.
Advertisement
Jadi, biarlah saya cari isteri untuk anak saya aje," luah Tan
Sri Junaidi. "Saya ni betul-betul berhajat nak jadikan anak
dara Haji tu sebagai menantu saya. Lagipun, kita dah rapat
macam saudara. Selalu saya datang rumah Haji ni. Dua tiga
bulan ni, saya rasa selesa. Jadi, apa pendapat Haji dan Hajah?"
sambungnya lagi. Keadaan pula kembali menjadi serius.
"Jujur, kami berdua ni tak kisah Tan Sri," balas Haji
Rahman setelah memandang isterinya. "Tapi, apa-apa pun
kami kena tanya dulu pada tuan empunya diri."
Tan Sri Junaidi mengangguk faham. Dia juga bukan
tergesa-gesa mahukan jawapan. Dia akan memberi waktu
untuk keluarga Haji Rahman berbincang.
"Anak Tan Sri tu macam mana? Dia mahu ke
dijodohkan dengan anak kami? Maklumlah, Tan Sri kan
orang berada, berpangkat pulak tu. Manalah tahu anak Tan
Sri tu dah ada calon isteri yang lebih baik." Hajah Sakinah
sekadar mahu mengambil tahu.
"Tak ada yang baiknya, Hajah. Jenis kaki kikis.
Kahwin dengan anak saya pun sebab harta. Tapi, itulah anak
saya tak nampak semua tu kerana dah dibutakan oleh cinta.
Dia aje yang bersungguh-sungguh menjaga rumah tangga,
tapi isteri dia..." cerita Tan Sri Junaidi tanpa berselindung
lagi.
"Isteri? Maksud Tan Sri..."
Belum sempat Haji Rahman menghabiskan ayatnya,
Tan Sri Junaidi mengiakannya. Dia tahu apa yang mahu
dikatakan kepadanya. Sudah tiba masanya dia menceritakan
serba sedikit tentang keluarga dan status anak tunggalnya itu
kepada keluarga Haji Rahman yang besar kemungkinan akan
menjadi sebahagian daripada keluarganya juga.
SELEPAS MENGHANTAR Tan Sri Junaidi sampai ke halaman,
Haji Rahman masuk semula ke dalam rumah. Kopiah yang
dipakai ditanggalkan dan diletakkan ke atas meja kopi, lalu
dia duduk menyandar di kusyen.
"Kinah macam mana?" tanya Haji Rahman kepada
isterinya.
"Macam mana apa, abang?" soalan dibalas soalan.
"Apa yang diceritakan oleh Tan Sri tu, Kinah tak
kisah ke?" tanya Haji Rahman lagi agar lebih jelas.
"Jujur Kinah cakap, Kinah betul-betul tak kisah.
Malah Kinah bersyukur, ada jugak orang yang berkenan nak
jadikan Dhia tu menantu. Nak harapkan Dhia tu ada calon
suami? Boleh jadi, kucing kita si Tompok tu naik tanduk kut.
Boyfriend pun takde. Kita nak meminang anak teruna orang
pun, kita ni sebelah anak dara. Tak ke pelik? Ha, sekarang ni
dah ada yang suka, Kinah terima ajelah," ujar Hajah Sakinah
panjang lebar. Mungkin jodoh anaknya itu sudah sampai.
"Abang pun sama. Lagipun, Tan Sri tu baik orangnya.
Merendah diri. Sedangkan boleh aje kalau dia nak sombong
dan bongkak dengan pangkat dan harta yang dia ada. Tapi, ini
tidak. Susah nak jumpa orang macam tu zaman sekarang ni."
Haji Rahman memuji sikap Tan Sri Junaidi. Dia juga akan
merasa senang hati jika anaknya menjadi menantu kepada
lelaki itu.
"Harap-harap anak Tan Sri pun macam tu la, kan
abang?" Hajah Sakinah menaruh harapan.
Haji Rahman sekadar mengangguk.
"Insya-Allah, abang pun harap macam tu. Apa-apa
keputusan pun, kita kena tanya Dhia dulu."
Wana datang ke ruang tamu. Sambil melutut, dia
mengambil cawan-cawan yang dihidangkan ibunya tadi dan
diletakkan ke dalam dulang.
"Betul ke orang yang datang rumah kita tadi tu nak
ambil Kak Dhia jadi menantu?" soal Wana tiba-tiba.
Membulat mata Hajah Sakinah memandang
anaknya.
"Astaghfirullahal'azim... kamu dengar ke? Tak baik
tau curi dengar perbualan orang-orang tua," nasihatnya.
Wana menunduk wajah. Bibirnya dimuncungkan.
Bukan dia sengaja mahu mencuri dengar. Kebetulan semasa
dia berjalan mahu ke bilik, dia terdengar kata-kata Tan Sri
Junaidi tentang itu.
"Ala... Wana bukannya budak-budak lagi. Dah
21 tahun pun," balas Wana perlahan. Dia masih takut
memandang wajah ibunya yang garang itu.
"Tengok tu? Menjawab aje dia." Hajah Sakinah
menggelengkan kepalanya. Letih dengan sikap degil anaknya
ini.
"Betul ke tidak ni, ayah? Mak?" soal Wana sekali lagi
sambil memandang wajah ayah dan maknya silih berganti,
meminta kepastian atas apa yang dia dengar sebentar tadi.
"Ya, betul. Tapi tak tahu lagi Kak Dhia kamu tu
setuju atau tidak," jawab Haji Rahman.
"Tapi Wana kena janji dengan ayah dan mak, takkan
cerita apa-apa pada Kak Dhia tentang hal ni. Kita tunggu Kak
Dhia balik sini dulu, baru kita berbincang. Boleh?" pinta Haji
Rahman pula.
Wana menarik muka. Hairan mendengar permintaan
ayahnya itu.
"Tapi, ni kan perkara baik. Baru aje plan nak telefon
Kak Dhia malam ni," ujar Wana kehampaan.
"Jadi, lupakan plan tu. Ingat, janji jangan cerita
apa-apa pun." Hajah Sakinah memberi peringatan.
"Sikit pun tak boleh?" tanya Wana.
"Langsung tak boleh," balas Haji Rahman.
"Sikit aje," pinta Wana sambil mengangkat tangan
dan dikecilkan jarinya.
"Wana!"
Terdiam Wana setelah mendengar suara maknya
yang umpama halilintar itu. Perlahan-lahan dia tersenyum
lebar sehingga menampakkan barisan gigi. Hairan pula Hajah
Sakinah melihatnya. Memang tak makan saman anak bertuah
ni!
Advertisement
- In Serial38 Chapters
The Nash Brothers (Completed)
Step-brother bully enemies to lovers romance.I met them once before, many years ago at our parents wedding, they had made it very clear then we would never be family and I was happy with that, I didn't want three brothers, especially not sanctimonious jocks like them. and anyway I would never see them, they lived across the others side of the county with my dad and their mum and I lived with my mom. Any time I had seen my dad since then, had been at my grandparents house when they had gone to see their dad.But now everything had changed and I would have to live with them...
8 352 - In Serial9 Chapters
The Thing (Because its basically only the draft)
I want to write a story, have zero confidence. So I'll write a draft which I can constantly improve with the possible help I get here, not really interested in fame or something. But I guess want to share the story. Its a story about a guy who got transportet into another world for (atm) unknown reasons. This game-like yet fantasy world seems to be one of those worlds. He read about many of those in the japanese Web/Light Novels of the "isekai" genre. So he intends to use that knowledge.
8 228 - In Serial40 Chapters
Where's Waldo x Reader
You and Waldo have a complicated relationship, you're always looking for him and he's always hiding from you. When you enter a crowd with him it's as if he disappears and you have to follow your heart to find him. Sometimes you wonder though, what if, in an alternate universe, Waldo was looking for you~?This story takes place in an alternate universe where Waldo never met his girlfriend Wendy, and therefore having the Waldo books never exist.(Complete and now under revisions)
8 90 - In Serial11 Chapters
Sweet Wipeout
Two best friends, Mark and Tony, have a passion for surfing. During their summer break, they like to go to the beach, grab their surfboards, and catch some sweet waves. One day, Tony confided his biggest secret to Mark, to which Mark doesn't have a problem with it, but his friends does, which creates tension between the two best friends. Read to find out more!~Credits to @ThursdayEnds for the cover ♡~~Story is Complete, plot wise. But still fixing grammar mistakes~~Written in 2016~
8 146 - In Serial20 Chapters
Her Boss
Have you ever lusted over your boss?Addison Chase is a package full of temptation. She's ahead of her game at only thirty-five years old, and that's not the only thing she's got going for her. When Samantha finds herself in the spotlight of Miss Chase's attention, it's difficult not to reciprocate those intense, hungry eyes. They're women, lawyers and mothers. What can go wrong?
8 246 - In Serial67 Chapters
Married to the Heartless Billionaire
"Stay away from me I'm not the man for you understand" how did this change to this "I can't live without her", read to figure out this one of a kind love story. 1ST BOOK SECOND "Loving The Heartless Billionaire" Natalie Lawrence has been ordered to marry a man she's never met, and if she disobeys her so called father and step-mother she will have grave consequences that will harm the one person that she loves in the world. Nolan Clementé is a billionaire who has his very own company, he's the typical bad boy and gets away with most everything, but what happens when Natalie starts calling him out on his bullshit, will he change for the better or for the worst?#1- romance#2- teenfiction #2- dramaromance
8 230

