《SOLAR INSTAFAMOUS !》001 | follow
Advertisement
Seperti biasa, aku akan terus tekan butang aplikasi 'instagram' dan terpampanglah isi perut app tu yang penuh dengan usus besar dan usus kecil. Buat pengetahuan korang, usus besar merupakan bahagian hujung dari saluran pencernaan. Kerana itulah, usus besar berperanan penting dalam sistem pencernaan kerana ia mengeluarkan zat sisa dari makanan yang dicerna. Fungsinya juga adalah mencakup penyerapan air dan vitamin sehingga memproduksi antibodi dan mencegah infeksi.
Wei jap. Bila masa aku pandai biologi ni-
Waktu aku tengah bingung maca mana usus besar tiba-tiba lekat kat screen phone, aku terjumpa satu simbol ni. Lain maceam simbol tu. So aku tekanlah.
Oh rupanya aku tertekan explorer. Ingat Dora the Explorer ke?
Maka terpampang besarlah banyak gambar yang pelik-pelik dan minta kaki. Ada muka minah saleh celup air milo dengan rambut karatnya mengerbang-ngerbang. Sekali tengok macam baru berendam dalam tangki milo.
Pastu aku nampak ada seorang lelaki yang memakai kacamata hitam sambil tersenyum penuh tawaduk. Aku rasa waktu dia tengah bergambar dia tahan berak.
Penat aku scroll ke bawah, mata aku terus jadi sedakkk sting aku yahoo. Sebab aku terjumpa seekor gambar yang bagi aku macam pernah kenal.
Bukan ke muka tu yang selalu kena lempang Gempa?
Gambar tu terpampang muka siapa? Muka siapa eh? Orang tu pakai topi ke depan, baju warna merah hitam, muka cemberut macam asam jeruk...cer korang teka, siapa dia ni?
Bi...
Bi...
Bila masa si Hali ni dah ada instagram?! Panday betul! Kenapa tak pernah kenalkan app ni kat aku?
Cis, ini semua mesti teori konspirasi!
Well, alang-alang aku dah jumpa akaun si Hali ni, apa salah kalau kita jadi stalker kejap. Mana tahu muka buruk dia boleh dibuat stiker whatsapp.
Aku terus tekan account dia. Wah... wah... wah... hodohnya username awak.
@hali_com_ill
Hali com ill? Hali comel? Wtf.
Aku tak mencarut okeh, aku kata 'what the Fasihah'.
Advertisement
Posts 3 Followers 14 m Following 5
~pika! (>°^°Eh tibe. Ko pahal.
Hehe, terasa ke?
Kalau terasa, tekan
link ni.
See Translation
www.adakukesah.com.my
Following ^ Message ^
Wow... post hanya ada 3, lepastu following pulak just ada 5, jadi.....
AMENDA FOLLOWERS DIA JADI 14 MILLION PULAK? SIKITNYA!
Sebenarnya aku jelly tapi takpe la.
Semua benda kat akaun ni semua macam sampah. Takde apa yang menarik. Tau tak, post dia ada tiga je? Satu gambar ada meme pikachu yang diedit kepala Hali menggantikan kepala pikachu sambil buat gaya peace. Gambar satu ni pulak gambar dia tengah terapung kat Laut Mati sambil main telefon. Yang last tu pun hanya ada sepasang hidung tengah mengembang dan mengempis.
Jadi... apalah yang istimewanya sangat kat sini?
Hmm..tak berguna aku berteriak tak jelas kat sini. Dari aku buang masa jeles tengok popularity dia, baik aku check akaun siapalah yang malang sangat kena follow dia.
Hmmm... bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Dalam insta ni muka dia cam Jungkook, in real life macam tenuk.
Okey, sekarang kita kena check akaun siapalah yang malang sangat kena follow dia. ( Sebenarnya aku nak minta Followback tapi hm... )
Eh ha ha ha. Kenapa username mereka try hard sangat ni?
Sian...
Tapi lagi kesian kat aku, diorang awal-awal lagi dah kenal app ni. Tapi kedekut tahi hidung manis tak kenalkan kat aku. Bak kata pepatah, kalau kucing boleh bertelur, kenapa ayam tidak?
Aku pun tanpa lengah, tekan user yang nama dia 'gempabuburayam' sebab aku yakin yang akaun itu milik Gempa.
Kalau milik fans dia, tak mungkinlah si Hali Comill gi follow dia kan? Tak gitu?
Aku terus messegelah si bubur ni.
'Gempaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!'
Gempa is typing baybayh. Maknanya dia masih active akaun ni.
'G: Wa'alaikumussalam. Kau siapa? Anak Mak Yah ke? Kenapa tak hantar bubur pagi tadi? Dah tengah malam ni. Aku nak tido pun kau kacau. Dah la tak hantar bubur.'
Advertisement
Tengah malam buta apa? Baru je lepas Asar.
'Since when Solar the swaggest ni anak Mak Yah yang jual bubur dekat parit tu? No class okayh!'
Aww gediknya aku.
'G: Oh camtu. Oh.'
'Apa kau kata?'
'G: Lah, aku tak kata pun. Kan aku taip ni?'
'Weh dah la. Btw, nak tanya ni hihiw :3'
'G: Sebelum kau tanya, boleh aku tanya dahulu? Kau dah jadi pondan ya bila masuk instagram?'
'Bengkang ah kau. Transgender kan berdosa?'
'G: Tau pun dosa. Semalam kau seluk saku Hali, tak dosa?'
'Shhhh Hali tak tau.'
'G: :p tak tau apa? Pagi tadi dia pecah masuk bilik kau sebab nak curi hospot kau tau. Kaffarah, katanya.'
'Astaghfirullah :D patutlah telefon aku tiba-tiba hilang.'
'G: Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mencuri, haaa masakan.'
'G: Btw kau nak tanya apa?'
'Kenapa followers Hali 14 m?'
'G: Entah. Followers aku pun tak kurang banyaknya jugak UwU'
Haaa.... followers si Gempa pun banyak ke? Terus aku tekan akaun dia dan sekali lagi aku ternganga besar and alamatnya, lalat masuk mulut aku.
Tuih! Masin!
Eh aku tertelan lalat tu la.
Posts 89 Followers 11 m Following 5
-Gempasurirumahversilelaki-
Aku suka makan bubur
ayam kat kedai yang
berdekatan dengan
rumah Mak Yah.
See Translation
www.whythisbubursoyummy.com.my
Following ^ Message ^
Ini beneran karut. Nama dahlah macam bubur, tapi followers dia... tak sanggup aku katakan. Terlalu sakit bagiku ;-;.
Hmm..mungkin aku patut follow semua orang dulu, baru diorang follow aku balik.
Okay! Jum follow user IG ni banyak banyak!
Setelah berabad-abad menunggu dan menekan butang 'follow'...
'Following 999k'
Okay, stoplah follow orang balik. Nanti aku check berapa banyak orang akan follow aku
Esok paginya....
Krokk krokk krokkkk..! ( bunyi ayam Blaze kena sembelih )
Aku pun teruslah check akaun aku semula. Semalam, aku nak check pada malamnya tapi telefon aku sekali lagi dicuri oleh satu spesies babun ni. That's why waktu pukul 12 malam baru aku jumpa semula telefon tu dalam freezer dan tak sempat check noti sebab Gempa terus arahkan untuk semua masuk tidur. Dengan berbumbungkan atap yang rongak separuh, hujan akhirnya memenuhi bilik kami dan terjadilah telefon ini dibawa arus dan sekali lagi menghilangkan diri.
Pukul empat pagi, Alhamdulillah jumpa semula walaupun screen handphone dah retak seribu.
Usai check akaun aku, air mata terasa bergelen mengalir di pipi. Tanpa ku sedar, aku terpijak tahi kucing jiran sebelah.
'Followers 999k'
Akhirnya...! Aku dah femes gais! Kau ada? Kau takde!
Tapi tak bestlahh... aku pun nak jadi Hali dan Gempa yang following mereka sedikit, tapi followers mereka dah cecah berjuta-juta!
Jadi, apa lagi? Unfollowlah~
Selesai unfollow semua orang....
'Following 0'
Uuuu sekarang aku dah jadi orang paling femes di dunia! Followers 999k, tapi following kosong saja! Aku memang femes! Aku memang bagus!
Ya Allah, gembiranya aku...!
Tapi kegembiraan itu tidak bertahan lama.
Ia hanya kekal selama 20 minit saja.
'Follower 0'
Aik.
Mereka perasan ke aku unfollow mereka?
Haih, nampaknya rancangan 'followorang lepastu unfollow balik' tak berjaya.
Lain kali tak nak aku buat camtu lagi. Bagi malu keturunan aku je.
Rancangan pertama nampaknya sah lagi sahih... GAGAL WEH! GAGAL!
____________________
Advertisement
- In Serial15 Chapters
Joker's way of life
What will happen if an avid gambler wakes up to see that his world had a massive change. Jack awakens to see a blue screen telling him to prepare for a great change. "Screw this lets go gambling. Gambling is the way of life."
8 197 - In Serial8 Chapters
Wistful Eternity
everything worth having comes at a price
8 136 - In Serial9 Chapters
Black Tears
Senza is an assassin who is mentoring a young girl to become his successor by the time he dies. Khali is a teenage girl who is raised since birth to become worthy to inherit her master’s name.
8 87 - In Serial194 Chapters
A Suspicious Lack of Horses
World: The framework of reality. The rules which govern interaction. The dimensions within which existence takes place. Soul: Mind. The source of thought, of consciousness. The means by which reality is observed. Body: Form. The means by which one interacts with the World. The substance from which reality is formed. Spirit: Life. The connection between Soul and Body. The anchor to the World. What happens when these foundational forces are given human form? When they're confronted with the truths of human nature, of human frailty? When the evils of reality are thrown in their face and the question is asked: What are you going to do about it? Why did anyone ever think they'd need horses? I upload ~30k word chunks at the beginning of every month, rotating through each character in order. I have at least four extra chunks on my Patreon. I suggest setting your reading preferences to indent and 30 pt paragraph spacing for the best reading experience.
8 255 - In Serial28 Chapters
Catching Fire (Katniss loves Peeta)
What if Katniss loved Peeta in The Hunger Games and wasn't acting? What if Gale liked Katniss and the feeling wasn't mutual? Starting with Catching Fire, this is my version.
8 142 - In Serial36 Chapters
Dreamnotfound Fluff
So just random bits of Dreamnotfound fluff. This isn't really scripted or outlined or anything, just me practicing my fluff writing skills. No smut, although there are a few implications oopsie. Requests and feedback are greatly appreciated! Thanks! :)Cover: https://twitter.com/ATiredMasa/status/1276579662248865793If you can draw better than me (so like pretty much everyone), feel free to send me covers!!!! :)
8 137

