《[C] Putera Kayangan》Bab 1 : Tayar
Advertisement
"Hey~
beautiful beautiful beautiful
beautiful An-"
Alarm yang berbunyi segera aku tutup. Tak tahulah kenapa, dengar 'hey' tu je aku dah boleh terkejut. Belum lagi bahagian Butiful butiful. Annoyinglah aku! Haish.
By the way guys, aku suka lagu ni. Don't get me wrong. Just annoying, pagi pagi dah puji aku cantik si Bazzi ni.
Apa? Biarlah aku nak puji diri sendiri. Self love is everything !
Haish, dah pagi. Aku rasa baru je aku lelapkan mata tadi. Nak tak nak, aku kena bangun jugak dari katil ni.
Tapi sebelum tu, aku check telefon pintarku. Manalah tahu, ada pesanan penting ke kan?
Kut kut Queen Elizabeth berkenan kat aku untuk cucu dia. Ha sapa tau?
Dari aku bebel sorang, baik aku mandi! Nanti flower boy marah aku lambat.
×××××
Sebaik sahaja lepas aku punch card, aku pun mula kemas kemas kedai bunga tempat aku bekerja ni.
Kalau diikutkan, hari ni dah cukup lima bulan aku bekerja. Ini satu kejayaan untuk aku sebab sebelum ni aku kalau kerja kat satu tempat tu tak pernah lebih dari dua bulan.
Ting
Aku menoleh ke arah pintu masuk dengan segera. Eh ada pelanggan! Tak tahulah. Tapi aku happy sangat sebab mood aku hari ni agak baik.
Mana taknya? Hari ni gaji aku untuk bulan ni akan diberikan. Haish macam macam aku nak beli nanti.
Aku segera menuju ke kaunter. Pandangan aku mula beralih kepada lelaki yang sedang terkial kial memilih bunga.
Sesekali kepala dia menoleh ke arah aku. Paling tak pun, anak matanya yang memandang aku. Fikir aku tak perasan anak mata hazel kau tu?
Aku melihat jam aku, dah 15 minit dan dia masih mencari bunga.
Aku mula mencekak pinggang, penat dah aku tunggu ni. Aku bagi isyarat kat rakan sekerja aku, Najla untuk pergi ke lelaki pelik tu. Tapi dia palau je aku.
Eeee, dah lama tak kene gigit dengan aku dia ni. Tak apa, sabarr Nayra~
Aku melangkah ke arah lelaki itu dengan senyuman yang dibuat buat.
"Encik, cari bunga apa?" Tegurku dengan nada yang ramah.
Advertisement
Lelaki itu mengetuk-ngetuk dagu dengan jari terlunjuknya. Dan ya, langsung tak pandang aku. Mata hazel dia melilau tengok atas.
Aku mengikut anak matanya ke arah yang dia pandang. Tak ada apa-apa pun.
OH WAIT ! Jangan kata dia nampak hantu dalam kedai ni! Patut tak aku panggil ustaz?
"Bunga tayar ade tak?"
"Kejap ye.. Bunga ta-"
Jap, aku salah dengar ke? Dia sebut bunga tayarkan?
Hotak dia!
"Kalau encik cari bunga tayar, bukan dekat kedai ni"
Aku cuba kawal suara aku dari meninggi. But kau faham tak? Dia nak bunga tayar.
Sah lelaki ni mereng.
"Tapi kawan saya kata bunga tayar ada jual dekat sini"
"Aik? Yeke?"
"Haah.. awaklah bunga tayar tu" ujarnya lalu tersengih sengih malu.
Dia try nak ngorat aku atau dia try nak rasa tapak kasut aku? Bunga tayar dia kata aku?
Takpe, kita husnuzon.
"Apa maksud encik dengan bunga tayar?"
"Sebab muka awak cantik macam bunga tayar kereta saya, licin!"
Aku speechless. Dia nak puji muka aku licin aku boleh terima, tapi tak ada benda lain ke haa selain tayar?!
"Lepas tu awak...." Dia mengembungkan pipi lalu mengempalkan tangan dan alaa faham fahamlah dia nak kata aku gemok.
Wait, gemok?! Eh ade yang jadi tayar kat sini karang. Aku kuruslah!
"Encik keluar sekarang!!" Jerit aku sambil menunding jari ke pintu keluar.
Kelam kabut lelaki tu melarikan diri keluar dari kedai bunga apabila tangan aku lagi sebelah mula mencapai penyapu yang tersandar di dinding.
"Eeeeeey!! tengoklah kejap lagi selipar jepun kau terputus pastu kau terpeleot jatuh longkang!"
Aku pun tak pasti dia dengar atau tidak. Tapi kesah apa aku kalau dia dengar? Lagi baguss!
Tak semena-mena, lelaki tu terpeleot saat ingin melangkah longkang dan
PAP!
Dia jatuh ke dalam longkang besar dekat hujung jalan tu.
Erk, sebab mulut aku ke? Tak kan? Memang suaratan takdir dia dah tertulis dia akan jatuh longkang sebab terpeleotkan?
Deria pendengaran aku menangkap bunyi tawa seseorang. Aku menoleh. Suara itu datangnya dari, Najla. Rakan sekerja aku tadi.
Advertisement
Sedap dia gelakkan orang ya?
Aku kembali lihat ke arah longkang tadi, ada dalam 6 orang lelaki sedang membantu lelaki bunga tayar tadi untuk keluar. Syukurlah, dia tak parah. Rasa bersalah pulak aku.
"Apa riuh riuh tu?"
Ha sudah! Ni tak lain tak bukan mesti flower boy . Encik Minghao.
Najla yang gelak tak ingat dunia tadi tersedak liurnya sendiri. Padan muka, gelak ke orang lagi. Kami berdua berdiri dihadapan Encik Minghao tanpa disuruh.
Aku dan Najla menundukkan kepala.
"Saya dengar awak marah dia tadi Nayra"
Diam
"Kenapa awak marah dia Nayra?"
Diam
"Anayra Zaara"
Aku mengangkatkan kepala memandangnya. Aku sedikit mencebikkan bibir meminta simpati.
Dapat aku dengar keluhan dari Encik Minghao. Aku kembali menunduk.
Siapa je tak marah kalau disamakan dengan bunga tayar?
"Maaf encik...."
Sekali lagi dia mengeluh.
"Disebabkan awak, pelanggan tak datang kedai ni nak dekat dua bulan tau?"
Ermm, memang betul pun. Tak dinafikan.
Tapi! Dah pakcik tu mengada nak ngorat aku.. fikir aku nak terima? Memang makan penyapulah jawabnya.
Gigi pun dah tak cukup ada hati nak ngorat aku.
"Ni awak marah sebab apa pulak?"
"Lelaki tu tadi samakan dia dengan bunga tayar HAHAHAH!" Najla gelak lagi. Haish kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.
Tengoklah, balik ni nanti, kau tercekik biji durian. Padan muka!
Encik Minghao berdehem dan menjeling Najla. Sedar akan itu, Najla turut berdehem dan meminta maaf.
"Jangan ulang lagi lepas ni Anayra. Kalau tak, saya terpaksa berhentikan awak kerja"
Terbutang mata aku memandang Encik Minghao. Berhentikan aku kerja?! No !! Mana boleh.
"Saya tahu mata awak besar, tapi tak payah nak menunjuk sangat! Hormat sikit yang mata sepet ni.. dah bersurai"
Najla menahan gelak.
"Ha gelak gelak ! Gelak je tau" kata Encik Minghao geram sebelum melangkah ke officenya dibelakang.
Najla hanya tersengih dan beralih ke tempat dia mengemas tadi.
Satu jelah aku nak puji. Encik Minghao tu walaupun berbangsa Cina, dia fasih sangat berbahasa Melayu. Kadang kadang terpegun aku bila dia dah mula berkata kata.
Dahlah Nayra, baik kau mula kerja sebelum dia keluar dari office dia dan mula membebel.
Lelaki kalau membebel lain macam!
×××××
Yeahh!! Sebelum balik tadi, Encik Minghao bagi aku dan Najla gaji untuk bulan ni. Dah lame aku tunggu. Sebulan RM 250 kira oklah tu kan?
So aku dah kerja lima bulan jadinya aku dah ada duit lebih kurang RM 1250. Wah, banyak jugak aku kumpul!
Seketika aku terhenti apabila deria bau aku menangkap bau yang amat harum. Aku menoleh kiri dan kanan.
Oh, patutlah. Ada kedai kek dekat kanan aku. Erm, apa kata aku belanja diri aku? Dah lama aku tak makan manisan macam kek ni.
Sampai kat pintu kaca kedai tu, aku terhenti. Aku patut tolak atau tarik?
Dekat pintu tu ada tulis 'push' means tarik atau tolak? Ya Allah kenapa aku bodoh dengan benda simple ni?!
Tiba tiba ada tangan yang menolak pintu itu. Pintu pun terbuka dan dia melangkah masuk, tapi dia memegang pintu agar tidak tertutup.
Omg! Lelakilah!! Dia pakai mask hitam dan kemeja putih yang dilipat sampai ke situ dan vest berwarna hitam. Segaknya!! Aku nak telek muka dia lebih lebih boleh tak?
Ok Nayra stop. Kau jangan buat malu tolong tolong !
Aku masuk dan dia pun menutup pintu dan beredar ke tempat lain dalam kedai itu.
Ish, tak sempat aku nak cakap terima kasih.
"Hi, selamat datang~" aku tersedar dari lamunan setelah mendengar suara perempuan menyapaku. Aku menoleh ke arah sumber suara itu.
Aku membalas senyumannya dan mendekati kaunter. Nametagnya aku lihat sekilas lalu.
Yana.
"Cik nak order apa?"
"Ermm saya nak kek chocolate ni" jari aku menunjuk gambar yang berada di menu di atas kaunter.
Jari Yana pun menekan-nekan skrin komputer dihadapannya
"Itu sahaja?"
Aku mengangguk dengan senyuman segaris.
Selesai urusan di kaunter, aku membawa kek chocolate aku ke meja di tepi tingkap dan menikmati manisan dihadapan aku. Sesekali mata aku meliar mencari jejaka tadi.
Mana dia duduk eh?
Ermm biarlah! Makan lagi penting.
bersambung
Hi, ini cerita pertama saya. Enjoy!
thanks support saya.
Vote dan komen korang amat bermakna 😭
Advertisement
- In Serial87 Chapters
Integration
Lan, forced on his own to a world he can't comprehend is confronted with Saya, his loud, brash neighbor. He wants nothing more than to be left alone, and she sees him as a project to be solved - to start.. But his wounds may run deeper than she's ready to deal with. -- Tues/Thurs - According to one review this is bad, you probably shouldn't read it.
8 301 - In Serial28 Chapters
If We Cannot Grow Old Together
Qiaosheng, you are the one who saves me, yet you are also the one who gives me hell. If we cannot grow old together, I'd rather we've never met before.
8 111 - In Serial6 Chapters
Gummy Bear
Misha Collins x ReaderIt was your first time going to a Supernatural convention but before you could even enter the building there was a change of plans.
8 62 - In Serial63 Chapters
✔️Ambrosia (Edward Cullen) BOOK ONE
Ambrosia Hatton knew she was shy, sitting in the corner of the library alone during many lunches. But that was how she liked it, Ambrosia had been alone for a very long time and she appreciated the solace and peace that only silence could bring her, away from the busy setting of the foster home she lived in. He was an addition to her quiet life, Edward Cullen didn't test her limits, he secretly coaxed her away from her isolation and she loved him for it...
8 220 - In Serial77 Chapters
Substitute Bride Phoenix, The Tyrant's Pampered Demon Empress
I DO NOT OWN THIS STORY. FOR OFFLINE PURPOSES ONLY.(Translations is not my work.)Despite being the ruler of a nation, nobody was willing to marry the vicious man with a bloodlust.An imperial decree forced an infamous fool, Minister Liu's Third Young Miss, to stand-in for a noble princess in the political marriage.Behind her seemingly plain looks and average existence, she actually turned out to be a rare beauty and the clan leader of assassins.From there on out, she was harassed by the tyrannical lord, as she embarked upon a dangerous path.Her: Become a demon and fight the heavens! Him: Spare some time to spoil her!This story has 600+ chapters only and its completed online. If you want to read ahead you can just search its title on google or safari.
8 491 - In Serial38 Chapters
Friends with the Frat
Book 2 in the "Friends with the" seriesAfter a summer of fun with Will, Cora has to go back to her small town in Texas. She is bummed about her new long distance relationship with Will. The couple is willing to make it work. Come football practice, Cora meets the new guy, Logan Bailey. Logan has wedged himself into her friend group while she's be away and now she's back and open to meeting new friends. Meanwhile back in South Bend, Indiana, Eleanor "Ellie" West sneaks her way into Will's sights. Will and her immediately click and become friends. Will the couple make it long distance? Or will their relationship crumble apart?Started- 06/01/22Completed- 10/14/22
8 204

