《[C] Putera Kayangan》Bab 6 : OCD
Advertisement
Aku membetul-betul baju uniform baru yang tersarung dibadan aku. Sedang elok dengan badan aku, tak besar sangat dan tak kecil sangat.
Tudung bawal aku biarkan diluar, malas nak masuk dalam baju, panas.
Sejujurnya, pemikiran aku masih melayang memikirkan tentang Encik Aydan selama seminggu ni. Bila difikirkan semula, ada logiknya.
Dia tak ingat tentang kejadian bunya tayar. Tak lupa juga kejadian kedai bunga Encik Minghao dipecah masuk, tak mungkin seseorang boleh lupa kejadian yang berlaku pada hari yang sama secepat itu.
Mata aku merenung pintu pejabat Encik Aydan yang terletak dilorong laluan masuk ke dapur.
Dia tak masuk kerja selama sebulan sebab bukan dia yang kawal badan dia ke?
Apa yang dia dah lalui sampai boleh kena DID?
Kalaulah aku ada kuasa macam Amara dalam cerita Love Elsa tu, mesti mudah je kerja aku untuk siasatkan? Ermmm
"Nayra! Macam biasa ya." ujar Yana dengan senyuman yang terukir sebelum beredar menguruskan bahagian kek. Mesti Caramel Macchiato lagi ni.
Seminggu ni, tak pernahlah tak ada yang order Caramel Macchiato ni. Aku syak mesti orang yang sama datang. Tiba tiba aku risau pulak pasal kesihatan dia. Hari hari minum air ni, kena penyakit nanti baru tau.
Akibat risau, aku pun kurangkan jumlah Caramel yang selalu aku gunakan. Aku pass air tu kepada Yana. Diam diam aku intai Yana bawa air itu ke mana.
Tapi malangnya, pelanggan tu duduk dibalik dinding! Dahlah kena halang dengan dinding, membelakangi aku pula tu. Patutnya aku yang hantar air tu tadi.
Haish, salah step.
×××××
Fuh akhirnya waktu shift aku habis. Penat woo even just buat air. Nasiblah tangan aku tak tercabut.
Aip Nayra, mulut kau masin, tercabut sungguh nanti.
Aku melangkah ke bilik staff yang terletak tidak jauh dengan bahagian dapur. Dalam bilik ni, terdapat locker berwarna merah yang tersusun rapi.
Kedai ni dah 5 tahun beroperasi, tapi locker ni, macam baru di beli semalam. Memang staff yang bertugas bahagian kebersihan ni buat kerja dengan teliti.
"Eee! Aku dah kemas, kau sepah kan semula dah kenapa?!" aku memandang ke sudut cafe.
Kak Mira, 35 tahun, dia tu seorang yang perfectionist. Tapi ramai orang salah anggap dia ni menghidap Obsessive Compulsive Disorder a.k.a OCD.
Ada segelintir yang menganggap mereka yang perfectionist ni menghidap OCD. Tapi sebenarnya tidak. Perfectionist tak semestinya OCD. Tetapi OCD semestinya seorang perfectionist, tapi ke arah yang lebih tinggi.
Advertisement
Kak Mira normal. Tempat tu kemas pun dah cukup bagi dia walaupun masih ada sedikit kekurangan. Biasalah mak mak kan?
"Nayra! Ni, ada orang tinggalkan note untuk pembuat air Caramel Macchiato. Aku rasa dia maksudkan kau," Yana menghulurkankan sekeping note kepada aku.
"Untuk aku? Kenapa pula? Air tu tak sedap ke?"
"Bacalah dulu," Yana dah tersenyum kambing.
Dia ni kenapa? Pelik betul. Aku pun baca note tu.
Aku tercengang. Apakah?
"Uuuu.... Ada orang puji Caramel Macchiato dia sedap," Yana gelak dengan perlahan. Saja nak usik aku.
Aku memandangnya tajam, "jangan nak mula Yana."
"Yelah...." Yana beredar dengan senyuman mengejek dia tu.
Aku menggelengkan kepala lalu melangkah ke arah pintu keluar dan teka siapa yang aku nampak sedang turun dari kereta Camry Silver dia?
Yes, Encik Aydan!
Aku cuba untuk menghindari dia dengan berjalan laju melepasi dia. Tapi langkah aku terhenti apabila dia meraih lengan aku.
"Nayra," aku menoleh memandangnya. Dia tersenyum mesra memandang aku. Aku membalasnya dengan senyuman kekok kerana tangan dia masih menggenggam lengan aku.
"Maaf," lengan aku dilepasnya dan aku mula mencipta jarak antara kami.
"Dah habis shift ke?" Aku mengangguk dalam senyuman.
"Encik Aydan baru nak masuk kerja?" Soalku
"Taklah, tadi masuk dah. Awak tak perasan kut," jawabnya
Aku hanya mengangguk.
"Ewah ewahh~ dia dah dapat uniform kerja dialah," dia memandang aku atas bawah sambil memuji muji aku.
Aku apa lagi? Malu malu kucing aku depan dia. Haish dia ni.
"Biasa jelah, awak ni!" aku cubit kawasan lengan dia yang berlapit dengan t-shirt berkolar dia pakai tu.
Dia mengaduh sambil mengusap-usap tempat aku cubit tu. Muka dia dah mula cemberut memandang aku. Ala comel!
Eh eh jeling aku pula, tau lah mata kau tu cantik dari aku. Aku cukil kang mata hazel tu baru tau!
"Puji pun kene cubit, dahlah sebulan tak jumpa. Bila jumpa, kena cubit pula. Benci lah!" dia berpaling dari melihat wajah aku. Tangan dia memeluk tubuh. Yang paling penting, muka dia yang cemberut tu. Dah macam budak budak merajuk tak dapat chocolate.
Eeee! Kalaulah aku ni halal untuk pegang kau, memang aku gomol gomol pipi kau tu!
Tapi hakikatnya Aydan, kita baru je jumpa minggu lepas tau? Tapi mungkin bukan awak yang kawal diri awak.
Advertisement
Haaa.. aku dah lupa nak panggil dia Encik. Biarlah, habis waktu kerja aku dah pun.
Tiba tiba aku terdengar bunyi orang berdehem. Aku mula sedar dari lamunan aku. Aydan ke yang berdehem? Aku melihat wajahnya dari sisi. Yelah, dia kan berpaling dari aku.
"Tekak awak kering ke? Nak air?" tanyaku.
Aku tahu apa yang dia nak sebenarnya, tapi aku saja nak sakat dia. Merajuk macam budak budak!
Aydan hanya diam kaku tak menjawab soalan aku. Jadi aku pun meminta diri untuk mengambil air di dalam cafe.
Tapi pergerakan aku sekali lagi terhenti apabila dia menarik lengan aku. Aku pandang dia dengan wajah polos aku.
"Kenapa Encik Aydan?"
"Janganlah panggil saya encik! Waktu kerja dah habis kan?"
Eh eh, dia hentak hentak kaki pula.
"Yelah, awak nak apa ni?"
Aydan tersengih, "attention."
×××××
Tombol pintu aku pulas dan melangkah masuk ke dalam rumah. Penat betul layan si Aydan tu. Dia boleh ajak aku shopping? Aku ni bukan jenis yang minat nak beli belah ni.
Tapi tak bermakna aku tak beli apa apa, hehe. Aku sempat masuk ke dalam kedai buku tadi. Pastu aku nampak novel yang amat aku tertunggu tunggu.
!!
Aku apa lagi? Terus sembatlah. Yang menambahkan happy aku lagi ialah Aydan bayarkan novel ni. Selamat duit aku ehek.
Rezeki jangan ditolak.
Lepas mandi apa semua tu, aku pun memulakan bacaan novel aku.
Sedar tak sedar, aku dah terlelap.
×××××
Hari ni aku shift petang, so aku taktau nak buat ape sekarang ni.
Oh ya!! Aku dah lama tak tengok Going Seventy. Marathonlah alang alang cuti ni.
Group Seventy ni ada 13 orang.
Jangan tanya kenapa nama dorang Seventy sedangkan ahli dorang hanya 13 orang. Kalau korang persoalkan, Hushi akan mengamuk nanti. So diam diam je.
Tapi aku syak yang dorang nak bekerja sampai umur 70 tahun kut. Sebab tu nama kumpulan tu Seventy. Maybelah.
Habis tengok dalam 5 episode Going Seventy, aku pun menyediakan baju kerja aku. Senang sikit nanti, sarung je terus.
Siap tu, aku scroll Instagram aku. Penuh dengan couple. Instagram aku kena sumpah ke apa? Aku check kalendar yang tergantung cantik di dinding rumah aku ni.
Patutlah! Valentine. Tapi, muslim pun nak sambut ke hari ni? Waduhlah~ tak patut.
Sian aku single.
Aku mengangkat tangan aku untuk berdoa sambil memandang ke luar tingkap. Langit yang membiru indah itu aku lihat.
"Ya Allah, kau berikanlah lelaki yang baik baik untuk aku, yang akan pimpin aku ke Syurga.. aamiin." tangan aku diusapkan ke muka selepas siap berdoa.
×××××
Aku melangkah masuk ke dalam cafe dan bergegas ke bilik staff. Aku dah lambat 15 minit. Haish, boleh pulak aku terlajak tido tadi.
Aku capai apron separuh dan ikat ke pinggang aku. Petang ni aku kena jaga kaunter dan hantar pesanan.
Aku sebenarnya tak suka sangat nak berhadapan dengan orang. Tapi nak tak nak aku kena biasa kan diri. Senyum untuk 5 jam saja. InsyaAllah kau boleh Nayra!
"Eh sayang jaga kaunter hari ni?" aku memandang lelaki itu, berhoodie merah, dan mengikat rambutnya kebelakang, Apple hairstyle.
Ya, lelaki yang selamatkan aku di kedai bunga tempoh hari, Aydan. Tapi, mungkin bukan dia yang sedang bercakap dengan aku sekarang ni.
Mungkin, alter dia?
Encik Aydan tak mungkin akan panggil aku 'sayang' macam ni.
Aku hanya tersenyum memandangnya dan menganggukkan kepala. "Encik nak order apa?"
"Saya nak.. ermmm... Kek oreo dan Caramel Macchiato," bibirnya terukir senyuman yang lebar. Kami bertentang mata dan jantung aku berdebar. Segera aku mengalihkan pandangan.
Pelik. Kenapa aku rasa berdebar ni? Aku takut ke? Alaaa, Encik Aydan je pun! Maybe sebab aku tau yang ni bukan dia? Kut...
Selesai proses membayar, Encik Aydan beredar ke meja yang terletak disebalik dinding.
Caramel Macchiato.
Selama ni Encik Aydan ke yang hari hari order air tu? Maksudnya dia datang ke cafe setiap hari? Just aku yang tak nampak?
Tapi kenapa orang lain macam tak peduli kan Encik Aydan? Dia kan bos? Mungkin dorang tau tu bukan Encik Aydan kut.
Atau aku je nampak Encik Aydan tadi? Entah entah dia hantu! Dahlah pakai baju merah, ada kemungkinan juga.
Haish! Mengarutlah kau, Nayra.
Kalau betul. Jadinya, dia lah yang bagi aku note tu? Tapi kenapa?
Otak aku dikerumuni dengan 1001 soalan. Setiap soalan juga mempunyai 1001 jawapan. Ahh dahlah, baik aku sambung kerja.
bersambung
Advertisement
- In Serial51 Chapters
Transmigrated As Princess
Lin Xiao transmigrate from the modern world into the ancient era as a princess.
8 617 - In Serial53 Chapters
Going For The Goal
Savannah White. The amazing soccer girl with the dead mom. Or at least that's what people think of her what you don't see is the constant bruises and cuts and scars from her dad. Her life was going smoothly until the death of her mother and that's when her dad became her worst nightmare. Nathaniel Court. The rich hot soccer player with a slight players streak. What you don't see is that behind his cool rude play boy type attitude he actually cares for those around him. When Savannah's dad is put in jail she is sent to live with her mom's best friend's family, the Courts. When Savannah and Nate meet things don't go as planned when they end up hating each other. Ever heard of love at first sight? For these two the saying is a little backwards with hate at first sight. But can their love for soccer bring them together?
8 92 - In Serial53 Chapters
Under the Radar
Mia Summers was average. She wasn't popular, but she wasn't a nobody. She wasn't a straight A' student, but she didn't have failing grades either. Sure, she had a past. A horrifying past. But she was normal, and completely under the radar. Daniel Storm was well known. Teachers hated him, some students feared him, others hated him, and a few adored him. He was known for disrupting class, school fights, and other stupid reasons. Daniel was the classic "bad boy". He looked the part, and acted the part. Daniel was an egotistical, arrogant, cocky, jerk; but he was also protective of the ones he cared for. To say he was on the radar was an understatement. In his mind, he owned the radar.
8 185 - In Serial6 Chapters
Dracula: London Calling
Transylvania, Oct 31, 1895. Maria is in love with Dimitru, but her parents want her to marry some rich bully that she hates. She and Dimitru, contemptuous of her family's superstitions on this unholy night, run off together, into the woods, to be alone. That's when the night seems to turn against them, mysterious events scare them, and something starts hunting them.
8 79 - In Serial48 Chapters
Rise Like The Sun
When new boy, Nick Hawthorne, roars up to school with a motorbike and an attitude to boot, ruling queen of Redwood Academy, Madison Sutton, is not pleased. Both loathe each other on sight, can't stop arguing every time they actually do see each other, and what's more, they have this terrible tendency to end up kissing the living daylights out of each other. Will Madison ever get over her stupid ass? Will Nick ever see past his own big head?[RISE LIKE THE SUN, by kaaterinapetrova]
8 425 - In Serial16 Chapters
Can We Keep Him
Liam never planned to become a vampire, if fact he didn't even know they existed. And he certainly never planned to end up in a completely different town being hunted for multiple murders that he may be responsible for. It is only by luck that those sent to take him down are far more interested in keeping him as their own.
8 200

