《[C] Putera Kayangan》Bab 11 : Cameron
Advertisement
"korang! Jom nyanyi lagu Love Scenario, nak?" cadang Haikal.
Aku pandang Haikal. Aku agak terkejut sebab dia ni paling susah nak bersuara. Lagi susah dari Afiq tu! Kadang orang ingat dia tak wujud.
Tapi kali ni dia bersuara. Siap ajak nyanyi lagu KPOP pula tu. Aku ingat dia ni sama macam orang lain yang anti-kpop sebab katanya bapok and plastic.
Mereka tak bapok, but mereka gentleman.
Plastic? Bukan salah mereka. Tapi dah memang standard kecantikkan dekat Korea tu tinggi nak buat macam mana?
Nanti kau juga yang kutuk muka tak lawa menari-nari atas pentas.
Haish, dunia kita dipenuhi dengan judgemental people. Dengki.
"Love Scenario? Lagu kumpulan KPOP nama iKON tu?" soal Najla. Aku dapat tengok muka dia seakan tidak percaya dengan ajakan Haikal tu.
Lelaki minat lagu KPOP. Susah nak cari tau!
Haikal mengangguk, "tapi part mana eh?"
"Mana mana je," jawab Aydan
"Kaulah mula dulu kalau macam tu, Aydan," cadang Aiman.
Aydan bersetuju dengan cadangan Aiman. Dia siap merenggangkan badan sasa dia tu. Dia nak menari dalam bas ke apa?
Mata dia sempat dikerlingkan ke arah aku dengan senyuman nakal. Eeeeeeee... Fikir aku tergoda dengan badan dia tu? Memang aku tergoda pun! Hiks, ibu~ nak balik.
"Pergh body dia," sampuk Aiman
"Kau jangan nak mengunyit dekat sini, Man." Afiq memberikan pandangan maut kepada Aiman. Aiman pula tersengih menampakkan lesung pipit di pipi sebelah kirinya. Comel~
Setelah itu, kami semua mendiamkan diri menunggu artis jemputan kami yang tak dialu-alukan ni untuk menyanyi. Lama betul
"One two three
Sarangeul haetta uriga manna
Jiuji mothal chueogi dwaetda,"
"Bolmanhan mellodeurama
Gwaenchaneun gyeolmal
Geugeomyeon dwaetda
Neol saranghaetta," Haikal yang tiba tiba masuk menyanyi bersama Aydan menambahkan merdu dan aura dalam bas. Tak sangka suara Haikal sesedap ni.
"Ramai ramai!" jerit Aiman bersemangat.
"Uriga mandeun love scenario
Advertisement
Ijen jomyeongi kkeojigo
Majimak peijireul neomgimyeon
Joyonghi mageul naerijyo."
Dapat kawan yang baik pun salah satu rezeki dari Allah. Hargai mereka.
×××××
Setelah 3 jam lebih, kami pun tiba di Cameron Highlands. Aku tengok kiri kanan, semua orang tidur. Aku je yang berjaga. Ada yang baring, ada yang duduk. Macam Haikal, dia duduk di bahagian depan.
Bas ni banyak sangat tempat kosongnya, jadi semua orang duduk merata. Kami ni berapa orang je pun, tak sampai 15 orang. Tiba-tiba aku rasa membazir, bukan murah nak sewa bas. But tak apalah, bukan aku yang keluar duit.
Aku duduk sorang di tepi tingkap sebelah kanan. Sekarang kami kena naik bukit dulu untuk sampai ke bandar. Aku toleh ke kiri, terus nampak muka Aydan yang tengah tidur lena tu. Alahai, comel je dia tidur. Dia pun duduk sorang. Tadi ada Aiman sebelah dia. Bosan dah agaknya asyik kena pukul dengan Aydan.
"Saya tau yang saya handsome. Malulah kena tenung lama lama,"
Alamak dia dah bangun!
Aku tengok kiri kanan risau orang lain dengar. Tapi nasib baik mereka masih tidur dan ada yang pakai earphone.
"Takut betul kalau orang dengar eh," katanya sambil membetulkan duduknya. Rambut hitam berkilatnya diserabaikan. Selesai serabaikan rambutnya, Aydan memandang aku sambil tersenyum. Mata dia masih tertutup. Tak sedar sepenuhnya lagi dia ni.
Aku turut tersenyum. Comel macam budak budak bila rambut dia serabai macam tu. Nak pegang boleh tak? Please please !!
"Kita dah sampai?" aku toleh ke belakang. Yana sedang membetulkan tudungnya yang sedikit senget akibat tidur tadi.
Aku mengangguk dalam senyuman.
Akhirnya kami sampai ke Hotel De' La Ferns yang terletak di Tanah Rata. Setahu aku hotel ni boleh tahan mahalnya. Ya Allah, kaya manalah agaknya si Interior Designer tu?
Kami melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Hiasan dalaman hotel ni sangat cantik! Memang nampak kemewahan dia tu. Warna hitam putih yang menghiasi setiap sudut dan sedikit lampu kekuningan.
Advertisement
Kak Mira dan Ikmal sedang sibuk menilik setiap perhiasan yang tersusun rapi. Mesti nak ambik idea untuk hias cafe. Taulah diri tu team keceriaan dan kebersihan. Tapi tengah cuti ni, rehatlah betul betul.
Najla, Yana dan Hessa pula sedang tangkap gambar bersama. Kadang kala aku menyelit juga. Lepas tu si Aiman tu sibuk nak masuk. Tapi si Hessa layankan saja.
Laila pula tengah on call dengan tunang dia. Mesti bagitahu yang dia dah selamat tiba tu.
Haikal dan Afiq pula hanya duduk. Si Haikal gaya duduk dia dah macam CEO dekat sofa tu sambil mata dia meliar tengok ke sekeliling hotel ni. Afiq pula sibuk dengan telefon bimbit dia. Serius betul muka dia.
"Okay beruk beruk sekalian, ini kunci bilik korang.. ada satu bilik tu ada 2 katil king. Aku rasa nak bagi dekat gugirl lah. So nah, awak pegang kunci okay?" Aydan memberikan kunci kepada aku. Elok tadi suara dia kedengaran tegas. Tapi bila cakap dengan aku lembut pula.
Yang lain semua dah tersenyum kambing. Ya Allah, janganlah nak ejek aku.
Selesai edarkan kunci. Kami pun ke bilik masing masing. Memandangkan aku dapat bilik yang kena share empat orang, jadi aku ajak Najla, Yana dan Laila untuk sebilik dengan aku.
Macamlah aku tak tahu mereka tu tak boleh berpisah.
Sampai kat bilik, aku pun menempelkan card khas pada pemegang pintu. Ala ala touch & go tu. Sebaik sahaja pintu terbuka, kami semua ternganga.
Luasnya!
Kami pun melangkah masuk dan meninjau. Beg kami diletakkan berhampiran almari baju. Yana sempat merasmikan dahulu katil dengan menghempas diri ke atas katil tu. Sian, mesti penat.
"Eh... Guys! Omg! Tak ada air conditioner ! Macam mana ni?!" ujar Laila. Nampak yang dia sekarang sedang panic.
"Itulah! Ada kipas dinding je! Kena report ni, apalah hotel mewah tak ada aircond," Najla lantas mengambil telefon pintarnya dari dalam beg tangan berwarna kuning cair milik dia.
Dengan pantas aku merampas telefon dia tu.
"Eh Nayra! Kau dah kenapa?" Najla pandnag aku dengan muka tak puas hati.
"Najla, Laila. It's normal kalau hotel dekat Cameron ni tak ada aircond and silap silap kipas ni pun korang tak akan buka nanti,"
"Why?" tanya Laila dan Najla serentak.
"Cameron bukan sesejuk dulu dah. Banyak penebangan pokok untuk buat bangunan konkrit. Sekarang pun tak terasa sangat sejuknya. Malam nanti mesti lebih panas," terang Laila panjang lebar.
"Memang betul Cameron tak sesejuk dulu. But trust me, malam nanti, satu katil king tu boleh muat empat orang,"
Kami mula berbalah pasal aircond dan kipas dinding. Masing masing nak menang. Aku dengan jawapan aku, mereka dengan jawapan mereka.
Tangan runcing aku dah mula bertindak mencapai bantal. Bersedia nak baling dekat si Laila yang tak berhenti nak menjawab tu. Najla? Dia tak banyak pun berbalah. Dia banyak gelak je dengar perbalahan aku dengan si Laila ni.
"Jubo Pak Jabit betullah!"
"Tak baik body shaming Pak Jabit!!"
"Astagfirullahaladzim, korang gaduh apa ni? Aku tengah seronok dating dengan Hushi aku tiba-tiba Pak Jabit potong line! Eee korang ni!" tegur Yana. Nampaknya perbalahan kami dah buat dia terjaga. Dia mencerlung pandang aku dengan Laila yang dah ready nak berperang bantal ni.
"Pergi mandi! Kejap lagi kita nak bersiar-siar pulak." kata Yana dengan tegas.
Aku dan Laila sempat bertentang mata antara satu sama lain sebelum mula melakukan hal masing masing. Memandangkan mereka bertiga tu tak ada gaya nak gunakan tandas, baik aku masuk dulu.
Tapi aku yakin, aku yang akan menang. Tengoklah, sejuk beku si Laila malam ni nanti!
Aku akan conquer comfortable tu nanti.
Huh!
bersambung
Advertisement
- In Serial312 Chapters
My Evil Genius Wife
She barged into his office ignoring the secretary who was trying to stop her.
8 6500 - In Serial31 Chapters
Sleeping with my Bestfriend
*Best Friends with complicated benefits*.........."Why don't you?" I asked, my voice was breathless, husky. "Just f*ck me?" I felt the heat of his hands leaving my body."Kyle?" He shook his head."Why not? Why stop now after all we've done?" "I don't want to hurt you, Key," He admitted his reluctance."Hurt me? Hurt me how?" A silent moment passed before he spoke again."Physically." ...........Being the last virgin amongst your peers is embrrassing, especially to Keya Reynolds. She will do anything to break this so called virginity even if it means asking her best friend of eight years, Kyle Reyes. WARNING: You see that R sign? Yup, that's a symbol for you to be aware that this *WILL* -emphasis on "will"- contain R-rated scenes. So, read at your discretion.Copyrights © 2013. By A. L. Nkobi. All rights Reserved.
8 105 - In Serial27 Chapters
My Best Mistake
Natalia comes home to find her husband and sister in bed together after her husband tell her they have been sleeping together for 1 year .what is she to do but pack up and leave what she doesn't realize is that she's pregnant and after 3 years away she comes back to all the drama.
8 311 - In Serial12 Chapters
SAINT VALS 2021 [Closed]
Welcome to the 4th edition of the Saint Vals Contest!2021 is here and we are bringing all the love! Can you feel it? So can we! That's why we're bringing to you a contest that has everything the community has grown to know and love, with a little extra... It's all about you, and what loves means to you. Express it as only writers, poets and graphic artists can! Write about love, for love, with love in the language you adore. Be it English, Spanish , Italian, Arabic, French, Portuguese, Mandarin, Danish, Turkish, Romanian or Sinhala!
8 95 - In Serial57 Chapters
I AM YOURS....ALWAYS❤ (completed)
UNDER VERY SLOW EDITING!READ THIS BOOK AT YOUR OWN RISK!!NOT EDITED!♡♡♡♡Two Souls... Poles Apart .. United by the game of Destiny.. Come and join their journey together ❤❤This story is full of fun, love , heartbreaks..join Dishaan in their wonderful love story ❤❤❤♡♡♡He hated being goody two shoes..he hated clumsiness..but she was an exception..She didn't enter in his life in a bollywood style..she didn't catch his attention first..she was not his first love..but she was the last which is forever..He was the Mr.arrogent for her at first but the journey is from being her Mr.arrogent to her Mr.husband..In this ploy of destiny..she was his and he was her forever and they didn't even knew it ..♡♡♡This story will be in Hinglish and its not a Fan-Fiction..THANK YOU FOR CHOOSING IT AS YOUR READ.. This is my first story and English is not my first language so this book is bound to have a lot of mistakes.. first few chapters are not so good but gradually the story becomes good..don't skip it reading first few chapters..read till last..❤💙
8 90 - In Serial3 Chapters
Danny Phantom Oneshot
Just a one shot about my old otp.Dash x Danny
8 152

