《[C] Putera Kayangan》Bab 14 : Aiskrim Lavender
Advertisement
Akhirnya kami tiba di Lavender Cafe. Cafe ni tak lah besar macam cafe si Aydan tu. Tapi okaylah, ada kek, air dan tart. Boleh nampak permandangan, tapi taklah terlalu indah, uhuk.
Dari atas ni aku boleh nampak orang berpusu-pusu nak masuk. Parking tempat ni amatlah terhad. Jadi, siapa bernasib baik jelah dapat parking dulu.
"Anayra! Air kau dah sampai ni," laung Kak Mira.
Aku tersenyum dan melangkah mendekati Kak Mira yang duduk di meja berhampiran dengan tempat aku berdiri tadi. Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung aku ke atas permukaan kerusi besi tu.
Fuh, minum hot chocolate pada waktu sekarang ni memang best. Hot chocolate dia ni ada dicampurkan dengan strawberi. Sedap!
"Korang!! Aku dah dapat ais krim Lavender!" Ikmal berlari anak ke arah kami dengan ais krim berwarna ungu dalam cup bersaiz kecil. Oh ya, pada tangan dia pun ada tiga sudu.
Ikmal duduk di antara aku dengan Kak Mira. Disebabkan meja yang Kak Mira pilih ini berbentuk bulat dan kecil menjadikan jarak antara kami bertiga tidak terlalu jauh.
"Nah," Ikmal menghulurkan sudu kepada aku dan Kak Mira.
"Kau nak kongsi ke?"
Ikmal menganggukkan kepalanya.
"Jom kita rasa sama sama," cadang Kak Mira.
Aku dan Kak Mira kaut aiskrim itu sikit saja, hanya dihujung sudu. Ikmal pula macam nak kaut semua je.
"One, two, three!" kami pun menyuakan aiskrim tadi ke dalam mulut masing masing secara serentak.
Apa yang aku boleh cakap pasal aiskrim ni ialah....
Rasa macam minyak wangi!!
Ya Allah, aku rasa Lavender hanya sesuai untuk dijadikan pewangi, bukan makanan. Aku perhati muka Kak Mira yang dah berkerut dahi tu.
Kemudian, aku tengok Ikmal. Aku nampak cahaya cahaya kekesalan dekat muak dia sebab kaut banyak banyak tadi. Tak semena-mena air hot chocolate aku menjadi sasaran si Ikmal.
"Ikmal!! Aku punyaaa!" bentak aku. Eee... Suka hati atuk nenek dia je teguk air aku! Aku cemberut tengok Ikmal.
"Eee rasa macam makan minyak wangi," Kak Mira menyokong kata kata Ikmal itu. Jejaka yang mempunyai sepasang mata coklat itu memandang aku, "kau dah kenapa?".
Advertisement
"Air aku!"
"Ouhhh... Sorry.. aku order baru, okay?"
Aku tak membalas pelawaannya. Aku hanya cemberut dan melemparkan pandangan aku ke tempat lain. Saja nak tunjuk yang aku tengah protes.
"Alolo bucuk bucuk ni merajuk... Aku pergi beli kejap," ujar Ikmal lalu beredar ke kaunter untuk memesan air hot chocolate.
Kak Mira menggelengkan kepala, "pandai eh merajuk. Aku ingat kera sumbang macam kau tak pandai merajuk,"
Pandangan aku kini beralih kepada Kak Mira yang tersenyum kambing, "bukan senang tau Ikmal nak belikan orang air,"
"Ala Kak Mira ni. Memang tu apa yang dia patut buat. Siapa suruh minum air saya?" ujar aku. Memang Ikmal patut bertanggungjawab pun.
"Ikmal paling susah nak rapat dengan perempuan tau," Kak Mira menyedut straw minumannya, Strawberry Smoothie.
"Kak Mira bukan perempuan?" aku mengangkat kening sambil memandang Kak Mira atas bawah. Hampir tersembur orang tua tu.
"Engkau ni eee," Kak Mira merenung aku tajam sambil gigit gigit straw minuman dia. Marah betul dia ni. Aku gurau je. Ampun~
Pandangan kami kini beralih kepada Ikmal yang duduk ditempatnya tadi. Dia menelan air liur berkali kali melihat kami berdua.
"Korang kenapa? Pandang aku macam nak makan,"
Aku dan Kak Mira hanya diam. Pandangan kami masih tertumpu pada Ikmal. Lelaki itu bertindak dengan memusingkan kerusinya ke arah lain. Tak lupa juga makanan dia juga turut dia ambik.
Aiskrim Lavender? Dia biar je, dah nak cair aku tengok aiskrim tu. Aku hot sangat kut sebab tu dia cair. Ohok.
Aku dengan Kak Mira sempat berpandangan sesama sendiri dan tersenyum. Kami pun mula menghabiskan makanan masing masing.
×××××
Selepas 1 jam setengah kami luangkan masa di Ladang Lavender ni, kami pun membuat keputusan untuk pulang, bagi peluang orang lain pula meneroka ladang ni.
Aku happy sangat sebab Yana belanja aku dark chocolate keluaran Beryl's iaitu chocolate kegemaran aku. Ramai kata dark chocolate pahit. Tapi bagi aku tak pun. Aku suka rasa dark chocolate ni.
Advertisement
Dulu masa aku tak tahu pasal kewujudan dark chocolate ni, aku banyak makan chocolate biasa saja. Tapi lepas aku dah mula makan dark chocolate ni, bila nak makan chocolate biasa tu jadi muak pula.
"Uuuu chocolate... Nak satu,"
Tangan aku yang sedang memegang chocolate yang ingin disuapkan ke mulut terhenti bergerak serta merta. Kepala aku ditolehkan ke sebelah kiri.
Aydan dah tersengih macam kerang busuk memandang aku. Kepala dia sedikit disengetkan. Kedua tapak tangannya pula menadah seperti meminta sesuatu.
Ya Allah, comelnya.
Cepat cepat aku mengalihkan pandangan aku kepada balang chocolate yang berada di atas riba aku. Tangan aku mengambil satu butir chocolate dan memberikannya kepada Aydan.
"Thankyou pwincess Nayra..."
Aku pandang Aydan yang tengah mengunyah chocolate tu. Boleh pula dia buat buat pelat. Princess jadi pwincess.
Kalau Aydan kena kunyah macam chocolate, jangan salahkan aku.
Memandangkan mood dia baik. Apa kata aku mintak maaf? Bagus juga kan?
"Erm... Aydan,"
Aydan memalingkan mukanya kepada aku. Dia sibuk jilat sisa chocolate yang ada pada jari dia tapi anak mata hazel dia tertumpu pada anak mata coklat aku.
"Maaf sebab lambat tadi," ujarku dengan rasa bersabar.
Aku dapat kesan wajah Aydan berubah dari happy kepada wajah yang tiada perasaan. Aku segera menunduk. Penutup bekas chocolate aku capai dan aku menutup bekas chocolate yang dari tadi terbuka.
Tiba-tiba ada tangan yang menghentikan aku dari menyimpan bekas chocolate ke dalam beg.
Ya, Aydan.
Aku tengok tangan dia tu. Tangan dia memegang bahagian atas bekas chocolate manakala aku bahagian bawah. Entah bila masa dia tukar seat duduk sebelah aku pun, aku tak pasti. Tadi dia duduk dekat belah kiri bas.
"It's okay Nayra. Semua orang and semua manusia buat kesilapan. Termasuklah lelaki kacak depan awak ni," jawab Aydan sambil membetul betulkan rambut dia menggunakan tangan dia lagi satu. Hari ni dia biarkan rambut dia menutupi dahi.
Aku dah mempamirkan muka menyampah. Dia cemberut apabila menyedari yang aku tak bersetuju dengan kata kata dia yang memuji diri tu.
"Pwincess ni, support lah," rengek Aydan dalam cemberutnya tu.
Kau jangan Aydan. Kau dahlah sebelah aku je. Berlubang kepala kau kena gigit nanti.
"Aydan kacak pun nak mintak maaf sebab hampir marah pwincess Nayra pagi tadi,"
Nak juga 'kacak' dia tu.
"Tak apa, memang salah Nayra bangun lambat,"
"Cokay~" ujar Aydan dengan sebutan pelat lagi.
Macam budak budak. Comel!
"Best tak jalan jalan dalam Ladang Lavender tadi?" aku cuba untuk menukar topik.
Dalam masa yang sama tangan aku cuba menarik bekas chocolate dari tangan Aydan. Tapi tulah, dia tak nak lepas. Mulut dia sibuk bercerita tentang keseronokan dia dalam Ladang Lavender tu.
Aku dengar dengan teliti setiap bait perceritaannya. Tangan dia yang lagi satu tak duduk diam. Ada saja gaya gaya yang dia nak buat sambil bercerita.
Bila dia macam dah leka, aku cuba tarik semula bekas chocolate tu tapi tak boleh! Kemas betul mamat ni pegang. Dia nak pegang sampai bila?
"Pwincess !"
Mata aku yang tadi fokus pada bekas chocolate dikerlingkan memandang Aydan pula. Dia cemberut lagi.
"Pwincess dengar tak Aydan bercerita ni?"
Aku senyum, "dengar sayang,"
Aydan tersengih dan menyambung cerita dia. Aku pula hanya redha memandang bekas chocolate aku. Bilalah agaknya dia nak lepas.
Aku nak makan ni!
Macam mana aku nak buka kalau tangan dia pegang dekat bahagian penutup.
Nak nangis.
"Pwincesss..." Aydan memandang aku tajam tapi dalam gaya budak budak.
"Yee saya dengar Aydan."
Aku mengalah dan fokus mendengar dia cerita. Aku rasa berjalan 1 jam setengah je. Tapi dia punya bercerita tu macam tidur berak dekat situ.
Sabar jelah Nayra.
bersambung
Hiiii... Ehek lepas ni dah update hari Sabtu je T^T.. seminggu sekali hiks. Enjoy!
Thanks baca, vote dan komen
Muah!!
Advertisement
- In Serial90 Chapters
My Secret Marriage : Meet With The Best One
Liu Qiao Xin has been in a toxic relationship with her boyfriend Chen Jia Min, a temperamental man who constantly asks her for money.
8 771 - In Serial33 Chapters
Hire an Incubus
Tired of human men? Need something better in your life? Call Hire an Incubus! Welcome to Lisa Farrow's world where the normal and paranormal are very well acquainted, if you know what I mean. Sick of being alone, Lisa decides to try out 'Hire an Incubus', a very professional establishment run by demons for humans, however, she doesn't plan on after an administrative error, she will have a rogue, blacklisted, very dangerous incubus looking for her.She also doesn't plan for how incredibly hard it is to shake off one. Or uncover that he's maybe he's not who everyone says he is....[ this story has mature themes but nothing overtly graphic. ]
8 107 - In Serial6 Chapters
SEX!!
A compilation of sex poems, and or poems filled with intimacy.
8 134 - In Serial11 Chapters
Arranged True Love
Riley O'Day is an actress that has ran into a bit of a scandal. So, in order to save her career, she has to agree to an arranged marriage. Now Riley has thirty days to decide whether she wants to marry the complete stranger or not. But it seems that the more that she uncovers about her fiancé, the more secrets she finds. It appears that there is more to Dr. Zaden Keaton than that meets the eye.
8 74 - In Serial27 Chapters
SINS
sinnounplural noun: sinsan immoral act considered to be a transgression against divine law.-Even the demons in her mind are afraid of her thoughts.** THIS SHORT STORY CONTAINS TRIGGERS. READ AT YOUR OWN WILL. **Copyrighted. ©feb2015-mar2015
8 296 - In Serial33 Chapters
HIS PRINCESS | K.TH
In the city of Kaz, the people are divided into three classes: the elite, the worker, and the scum of the underground. Aeri is part of the working class. Her parents, even though they must struggle to make ends meet, treat her and her brother with love and teach her to stand by the right things. Always.V is a shadow who crosses between the elite and the underground. He carries many identities: the heir, the street fighter, the ruthless dealer. He is all of these things. But even then, he still doesn't know how to quite deal with a little girl who offers to trade him his cigarette for a lemon lollipop.And when something happens to Aeri that devastates her entire family, V loses her for over six years in the claws of the Underground.What happens when they meet each other again, with Aeri nothing like who she was before?
8 120

