《[C] Putera Kayangan》Bab 15 : Perampas
Advertisement
Habis bercerita, Aydan mencapai air yang ada di beg biru tua yang terletak ditempat duduknya di sebelah kiri bas tadi. Air itu diteguk dengan rakus. Dahaga betul dia ni.
Mana taknya? Dah 30 minit straight dia bercerita tak berhenti. Aku nyaris tertidur tadi. Tengok aku dah mengantuk dia pun apa lagi?
Pwincess pwincess , kejut aku.
Botol yang air dah tinggal dalam 500ml habis ditangan Aydan dalam sekali teguk sahaja. Aku menggelengkan kepala melihat cara dia minum. Kalau tersedak, kenduri kesyukuran kami dalam bas ni.
Eh salah! Tahlil arwah!
"Minum elok elok lah sikit Aydan. Tersedak nanti macam mana?" ujar aku dengan rasa risau.
Aydan menutup botol minuman yang dah kosong itu lalu diletakkan semula ke tempat asalnya. Dia memandang aku dan tersenyum, "caring juga awak dekat saya kan?"
Aku berdecit lalu memandangnya atas bawah. Nama pun kawan, mestilah risau. Aku tak naklah dia mati sebab tersedak dekat sini. Nanti yang kena soalnya aku, kena tuduh pun aku.
"Nayra,"
"Ya,"
"If you see me in Red, just call me Ayan. Get it?"
Macam aku pernah dengar ayat ni. Tapi dekat mana eh?
"Kenapa kena panggil Ayan?"
Kami bertentang mata dalam masa yang agak lama. Mungkin dia sedang menyusun kata kata. Muka dia kelihatan serius.
"Buat masa ni, awak ikut je. Kalau Ayan muncul pun awak jangan tanya dia apa apa, tau?"
Aku memandangnya lama. Tapi kenapa? Apa lagi yang saya tak tahu tentang awak, Aydan?
"Pwincess?"
Aku menganggukkan kepala, "okay... saya tak akan tanya,"
"Good girl lah pwincess saya ni," Aydan pat kepala aku.
"Eee suka hati je," aku mengelak. Sejujurnya aku tak suka orang pegang kepala aku. Tak taulah kenapa. Cepat je rasa nak marah.
"Sorry..." ujar Aydan sambil tersengih.
×××××
Sekarang kami sudah selamat tiba di destinasi kedua kami, BOH Tea Center, Sungai Palas, Brinchang.
Untuk sampai ke sini, kami perlu menaiki Hilux oleh kerana jalannya yang berbukit dan jalan yang sempit. Mustahil untuk bas yang lebar dan panjang itu untuk melalui jalan seperti itu.
Advertisement
Tapi kalau kenderaan biasa aku rasa boleh saja lalu jalan ni.
Perjalanan untuk masuk ke sini agak jauh dan mencabar. Apatah lagi kami yang duduk di belakang tanpa atap ni. Aiman tadi nyaris terjatuh dari Hilux. Nasiblah dua ketul air batu kita sempat selamatkan Aiman.
Siapa lagi? Afiq dan Haikal lah.
Kami turun dari Hilux dan berkumpul. Sekarang kami berada di kawasan yang luas atau lebih tepatnya, parking lot.
Cuaca hari ini amat cerah dan mataharinya juga agak terik. Nasib baiklah aku bawa topi Adidas aku yang berwarna putih. Aku pakai topi itu dan memperbetulkan shawl hitam aku.
Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar. Sampai ke tandas, aku masukkan jersi putih hitam aku ke dalam seluar. Lebihan kiri dan kanan shawl itu aku ikat kebelakang.
Uuu... Cantiklah kau Nayra. Bukan selalu bergaya macam ni.
Aku menundukkan badan untuk check sama ada tali kasut aku terikat dengan baik atau tidak. Of course lah warna putih juga.
Barangan aku banyak warna putih tanpa sebab yang kukuh. Aku taklah suka putih, tapi aku rasa putih tu lagi menarik dari warna lain. Jadi aku sembat sajalah.
Selesai memperbetulkan diri aku ni, aku pun keluar. Nampaknya mereka sedang berkumpul dibawah pokok. Ada yang sedang bergambar.
Lighting padu kut! Siapa je tak nak bergambar?
"Korang! Tengok tu," Aiman menunding jari telunjuknya pada papan tanda yang di sebelahnya terdapat jalan kecil.
"Track 200 meter to BOH Tea Center,"
"Wah... Kalau macam tu kita jalan kakilah.. biar orang tua macam Kak Mira naik trak tu,"
Siapa lagi yang suka buat Kak Mira tu naik darah kalau bukan Ikmal?
Dada Kak Mira dah turun naik, turun naik menahan amarah. Ikmal pula joget joget depan Kak Mira, mengejek.
"Eh eh laahhh... Nenek Mira!" sampuk Aydan pula.
Kak Mira dah menggenggam buku lima dia. Mesti dia nak luku sekor sekor tu.
"Eee korang ni jahatlah.. sian Kak Mira," ujar Yana.
Yana menenangkan Kak Mira dengan cara mengusap belakang kawan tertua kami tu. Taklah tua sangat pun. Dalam 30-an lagi.
Kedua tertua antara kami ialah Fahmi, 28 tahun. Cakap pasal dia kan. Aku tak dengar lagi dia bersuara sepanjang kami bersiar-siar di Cameron ni.
Advertisement
Dia tak seronok ke?
Dari kejauhan, aku nampak figura Fahmi yang sibuk dengan dunia dia sendiri. Mereka yang lain semua dah main kejar kejar. Si pengejarnya semestinya Kak Mira dan Yana.
Najla? Gelak je kerja dia.
Haikal dan Afiq pula bergambar. Aku tak sangka air batu macam mereka pun suka bergambar. Handsome je masing masing senyum.
Sedari yang aku memerhatikan mereka, terus aku toleh ke arah lain. Jejaka berdua tu pandang aku macam nak cabut nyawa aku wey! Kecut aku tengok.
"Dah dah! Baik aku jalan ikut track tu dari layan beruk macam korang ni," ujar Kak Mira sambil mengatur langkah ke track tersebut.
Mata aku tertumpu kepada Aydan. Senyuman aku mula melebar melihat dia jalan seorang diri.
"Aydan!" laung Laila. Langkah dia mendahului langkah aku yang turut sama menuju ke arah Aydan.
Aydan menoleh lalu menghadiahkan senyuman kepada Laila sementara aku terpinga-pinga melihat Laila yang bertindak memeluk lengan Aydan.
What the...
Aku rasa bagai diperhatikan lalu aku mengalih pandangan aku kepada Aydan. Ya, Aydan pandang aku dengan wajah yang tiada perasaan. Dia bertindak dengan memberikan aku jelingan sebelum meneruskan perjalanannya dengan Laila.
Aku terkedu. Apa salah aku sampai nak jeling jeling? Dalam bas tadi elok je.
Laila sempat menoleh ke arah aku sekilas. Walaupun tak sampai 5 saat dia menoleh, tapi jelas aku nampak. Muka dia seakan mengejek aku.
Apa masalah Laila ni?!
Aku report tunang kau tu nanti. Baru kau tau langit tinggi ke rendah!
Aydan pun satu. Mustahil dia tak tau haram lelaki dan perempuan berpegangan tangan macam tu.
Ada juga aku sekolahkan dua dua ni.
×××××
Sampai dekat atas, aku pun terus serbu bahagian cafe. Perut aku dari tadi berbunyi minta diisi. Dahlah aku miss aku punya breakfast pagi tadi. Nasib baiklah aku tak ada gastrik.
Selesai membeli beberapa jenis roti bakar, aku pun duduk di bahagian tingkap. Pemandangan dekat luar amat cantik. Semua hijau! Tenang saja rasa diri ni.
Tapi tak lama.
Kenapa Laila dan Aydan mesti nak duduk dekat selang satu meja dari meja yang aku duduk sekarang?! Aku perhati saja mereka berdua tu.
Main suap suap eh?
"Kau tengoklah Laila, tercekik kau kejap lagi," ujar aku selamba. Dah lama aku tak gunakan kebolehan mulut masin aku ni. Straw minuman aku disedut perlahan, tak naklah air ni cepat habis.
"Apalah awak ni Nayra, doakan orang bukan bukan," terhinjut bahu aku akibat terkejut. Kifarahnya, aku pula yang tersedak air Strawberi.
Lelaki tu menepuk-nepuk belakang aku beberapa kali. Alhamdulillah, aku dah tak tersedak. Risau je aku mati pada usia muda nak pula didepan si Laila. Mesti dia gelak besar nanti.
Oh ya! Orang tu.
Aku menoleh, terbeliak anak mata aku bila tengok lelaki yang tegur aku tadi.
"Encik Minghao!" Encik Minghao tersenyum, kerusi disebelah aku di tarik dan dia melabuhkan punggungnya si situ.
"Tak sangka jumpa Encik Minghao dekat sini!" ujar aku dengan nada yang sedikit kuat. Aku teruja sangat tapi aku cuba untuk control nada suara aku.
Encik Minghao tersenyum. Kepala dia menoleh ke kiri dan kanan. Aku tau dia cari siapa.
"Cari Najla ke tu..." aku sengaja membuat kata kata aku sedikit meleret. Nak sakat si apek ni.
"Hehe.. tau tau je. Mana dia eh?" aku mengangkat bahu.
"Dia masuk kilang teh dengan Yana rasanya," dia mengangguk lalu berdiri.
"Eh, nak pergi mana?" tanya aku dengan dahi yang berkerut. Nak bersambung dah kedua dua kening aku ni agaknya.
Encik Minghao tersengih, "cari Najla." dia lambai dan meminta maaf sebelum beredar mencari buah hati dia tu.
Macamlah aku tak tau Encik Minghao ada hati dekat Najla tu. Cis, nasib kaulah single, Nayra. Ada sorang, tapi kena kebas dengan buaya betina.
Aku kebas tunang kau nanti baru tau!
Tapi, kenapa dia tak tercekik ni Halah!!! Grr... Mulut aku dah tak masin ke?
Ha suap lah lagi... Telan sekali tu sudu sudu pinggan tu semua.
Urgh!!
bersambung
hii... Yaa baru tadi kata nak update hari Sabtu je.. bile saya pertimbangkan, hari sabtu masih belum berakhir dan ada yang menggoda saya 😭
Nah.. enjoyyy
Advertisement
- In Serial29 Chapters
Protettore.
"P-please. I'll be good. Please don't hurt me." I begged him, wrapping my arms around myself, as though that would keep me from completely falling apart. "I'm not going to hurt you princess." He told me comfortingly. His hand raised to my face and his fingers ghosted over the cut from uncle's ring. "I'm not going to let anyone hurt you ever again. My name is Lorenzo Conti. Will you tell me your name?" Nora Phillips didn't think she would ever escape her uncle's grasp. Little did she know knights in shining armor could come in the form of mafia bosses. As soon as Lorenzo saw her, he knew he had to save her, but can he protect her from everything? Can he be her protettore?Rated M for language and violence.REVISIONS AND EPILOGUE HAVE BEEN POSTED!
8 142 - In Serial68 Chapters
Stop That Hacker!
The Devil's den; a notorious hangout for high school seniors, computer geniuses and competitive gamers. And a home to the most feared hacker between the students. Not the place for an innocent young highschooler to find themselves in. Francy's oldest brother is one to be a regular and he made her swear neither she nor his other siblings would ever under any circumstances come near that place. But when Francy's cat gets into a painting accident, she rushes to her nearest brother for help, straight into the Devil's den. Only instead of her brother, she meets the Devil himself. And just so it happens he has a soft spot for cats.
8 271 - In Serial164 Chapters
The Billionaire's Rebellious Bride
Elena will do anything to save her terminally ill mother from dying. She has no choice but to plead for help from her wealthy ruthless grandfather, who brutally disowned her mother for marrying a poor man.Her grandfather agreed to help. In one cruel condition - she has to marry the powerful Greek tycoon, Adonis Stavrakos.Adonis is breathtaking in every way - gorgeous as sin and has a devastating effect on women.BUT Elena hates him. He's as cruel and ruthless as her grandfather. His rules are the laws, and must be obeyed.His strict order. The bride must wear white...Driven with contempt, she rebelled and walked down the aisle in all BLACK - like attending her own funeral. *****Another redhead beauty that will give many headaches to our sexy billionaire hero.Let's have fun together, as we witness Adonis and Elena's journey in finding true love.
8 414 - In Serial64 Chapters
Pronto Para Ser Esposa? Soon to be Wife?
This book is teacherxstudent love story and of course it is girl x girlSira is a teenage girl who suffers from anger issues and has a tiny crush on her teacher who also happens to be married. What happens when Sira finds out something about her teacher's past life and helps her out. What if helping her teacher out makes Sira to put her life in danger, what would Sira do help her crush out or not put her life in danger and avoid.I upload 2 chapters every week
8 134 - In Serial10 Chapters
All About Him
(COMPLETE VER.)A heartbreak is an inferno eating you alive, and one of the many ways i deal with the excruciating pain is thru the play of words where i can construct trauma into unimaginable things, and this is one of my creations that wouldn't have been possible with him, so thanks to him, because it is both a blessing and curse for leaving me. -SarahFor anyone who's interested in a poetry collection, this is the book for you:) ©All Rights Reserved
8 222 - In Serial18 Chapters
I Want You
Do you believe in love at first sight? What about connection at first sight? Lennon felt a strong connection to Jax when she slipped in a puddle and fell on her back right in front of him freshman year of college. Fast forward to Junior year and she's still crushing on him but Jax is constantly in a relationship and he can't even remember her name. His best friend Xan however makes it his mission to tease and taunt Lennon. She finds herself tangled up with Xan in a way she never expected when suddenly Jax notices her. Will she pursue the guy she's pined after for three years now or continue her fun with Xan? Messing with your crushes best friend shouldn't turn out too bad, right?-This is a stand-alone novella- COMPLETE
8 124

