《[C] Putera Kayangan》Bab 17 : Rahsia Terbongkar !
Advertisement
Setelah 10 minit tayar bas yang dipandu oleh Pakcik Husin berpusing-pusing, kami tiba disebuah selekoh yang dibawahnya terbentang luas ladang teh.
Ladang teh Bharat adalah ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ia juga dikenali sebagai Cameron Valley.
Kalau nak tahu, jika nak dibandingkan dengan Ladang Teh Boh, ladang ini sangat mudah dilawati . Lokasi hanya terletak ditepi jalan.
Parking juga disediakan. Nak masuk ke ladang ni tak perlu bayar, percuma saja. Cuma masa kita je yang susah sangat nak free.
Kalau nak shopping teh pula, di sini ada kedai yang menjual pelbagai jenis teh keluaran Bharat.
Disebabkan aku duduk di tempat duduk belakang, aku lah penumpang terakhir sekali turun.
Jejak je kaki aku ke tanah, aku menoleh ke kiri dan kanan. Masing-masing ada pasangan untuk berjalan. Mungkin ada juga yang dating dalam senyap.
We never know. Dua hati yang terpaut sesama sendiri tetapi sengaja di rahsiakan kerana takut hubungan mereka menjadi buah mulut orang?
Di satu sudut, mata aku menangkap pasangan yang duduk berjauhan tapi mata mereka merenung satu sama lain. Kadang kala si perempuan menoleh ke arah lain lalu tersenyum malu. Si lelaki tak jenuh merenung perempuan itu dengan senyuman tipis.
Siapa? Come on!
Yana dengan Afiq semestinya. Aku dah mula ship mereka sejak peristiwa di pondok bas tempoh hari. Di mana Afiq menegur Yana yang bertindak menyinsingjan lengan baju.
Tak heran juga, Afiq dulu budak Tahfiz tau Tapi dia jarang tunjuk sisi ustaznya itu.
Aku masih ingat lagi saat aku terserempak dengan dia di perpustakaan. Jangan tanya kenapa aku pergi sana. Niat aku hanya mahu membaca novel secara free.
Aku bab bab duit ni memang kedekut sikit. Tapi kalau untuk makanan, aku sanggup gunakan sebanyak mana pun. Asalkan perut aku kenyang di isi dengan makanan.
Berbalik kepada cerita di perpustakaan. Aku terserempak dengan Afiq yang mengenakan hoodie hitam. Dia hanya mengalas sebelah tali beg di bahu kirinya. Tangannya memegang rapi Alquran bersaiz sederhana.
Vibe Bad Boy tapi tengok dia bawa Alquran... Haish, tak tahulah nak cakap apa. Muka dingin dia tu lagi.
Advertisement
Ya Allah, Nayra. Boleh pula kau bayang pasal anak teruna orang? Sudahlah Afiq tu dah berpunya.
Yana dan Afiq tak official pun. Tapi dalam imaginasi aku mereka dah pun berkahwin tau!
Aku mengorak langkah meneruni bukit untuk ke kawasan ladang tu. Daun kehijauan itu menarik minat aku.
Jalan bukit ni tidaklah terlalu curam ekoran jalan yang mereka buat ini berbentuk seperti huruf Z. Aku masih berada di atas.
Mata aku memerhati pasangan yang sudah pun di berada jalan bawah. Aku senyum, Najla dan Encik Minghao.
Encik Minghao mengekori bas yang dipandu oleh Pakcik Husin setelah diperlawa oleh Aydan untuk turut serta ke Cameron Valley ni.
Bukan main semangat si sepet tu.
Tiba-tiba saja aku teringatkan kenangan dahulu dimana aku, Najla dan Encik Minghao sering bergaduh tanpa sebab yang jelas. Kadang-kadang benda sekecil zarah pun kami nak buat gaduh.
Walaupun hanya kami bertiga, tapi suasana kedai bagaikan ada 30 orang pekerja. Punya riuh kami ni kalau dah mula bergaduh dan bergurau sesama sendiri.
Encik Minghao pun dah bahagia tinggal di Cameron ni. Kaya raya dah dia sekarang tau! Ladang entah berapa puluh ekar yang dia ada pun, aku tak tahu. Yang pasti, itu semua turun temurun keluarganya.
Untung Encik Minghao.
Sekarang aku dah sampai bawah, sikit lagi aku akan tiba laluan di celah celah pokok teh yang di semai cantik itu.
Namun, langkah aku terhenti apabila ternampak pasangan yang ketiga, suami isteri mungkin. Oh Tuhan, pasangan suami isteri tu boleh pula berciuman di tempat awam dan mengambil gambar. Walaupun dah tersorok. Tapi aku dapat lihat mereka.
Aku toleh kiri dan kanan aku, diri aku hanya di temani dua malaikat pencatat amalan baik dan buruk aku.
Cemburunya aku. Badan aku dipusingkan dan punggung aku dilabuhkan kaki bukit. Aku mengangkat kedua belah tangan aku seperti meminta sambil melihat ke arah langit yang membiru indah.
"Ya Allah, kasihanlah kepada hamba-Mu yang single ini, turunkanlah Putera Kayangan dari SyurgaMu Ya Allah,"
Aku memejamkan mata seketika sebelum tangan aku di suap ke muka dan mengaminkan doa aku tadi.
Advertisement
Sedang aku memejamkan mata, aku terdengar daun-daun kering yang seakan di pijak dengan laju seiring dengan teriakan yang kedengaran halus.
"Encik!... Cik!..."
Cik? Aku ke?
Aku membuka mata aku dan
Pap!
Aku jatuh terduduk akibat ada sesuatu yang besar melanggar tubuh aku yang kecil ni. Kami sama-sama mengaduh.
Ya Allah sakitnya punggung aku. Sudahlah jalan dekat sini tak rata!
"Sayang, are you okay?"
Macam kenal je suara ni.
Terus aku buka mata. Terpampang muka Aydan. Mata aku turun untuk melihat warna baju dia.
Merah
So dia ni,
"Ayan!"
Aku dan lelaki di hadapan aku ini menoleh ke kanan. Dan aku terkejut besar.
Aydan?!
Lelaki dihadapan aku dan yang sedang menuju ke sini aku pandang bersilih ganti. Seorang berbaju merah, seorang lagi berbaju biru.
Jangan cakap yang mereka berdua ni kembar !
Si biru tu berlari anak datang menghampiri aku dan si merah. Asal tak kuning? Boleh aku panggil mereka ni Upin Ipin.
"Pwincess, are you okay?" tanya si biru kepada aku. Muka dia memang kelihatan risau sekarang.
Aku masih kaku tengok mereka berdua. Si biru membantu aku untuk berdiri semula. Mesti aku nampak macam orang bodoh kan sekarang?
"Pwincess? Tak bertamadun betul," sindir si Merah perlahan tapi masih dapat didengari oleh aku dan si biru.
"Suka hati aku lah nak panggil dia pwincess pun!" Bentak si biru sambil menghentak-hentak kaki dia.
"Tsk, macam budak. Sedar sikit umur kau tu dah 25 tahun!"
Mereka mula bergaduh kecil. Aku di hadapan mereka ni dah macam tengok perlawanan badminton. Kejap pandang kiri, kejap pandang kanan pada setiap kali mereka berlawan lidah.
"Kau tanya Nayra je. Abang kau ni langsung kau tak kisah!"
Abang?
"Relax lah abang. Bontot kau retak ke? Nak aku tengok kan? Meh sini,"
"Kejap! Korang ni siapa?"
"Saya Aydan, ini abang saya Ayan," si biru atau lebih tepat Aydan tersengih sambil peace disebelah abang, si merah atau lebih tepat Ayan.
"Korang kembar?" muka aku jangan katalah sekarang. Memang terkejut besar. Mulut aku dah ternganga luas ni.
Aydan menganggukkan kepala sambil tersenyum.
"T... Tapi Laila kata..."
"Aydan ada DID? Tsk, dia ni ada penyakit gila je," anak mata hazel di Ayan menjeling adik kembar yang berdiri disebelahnya. Aydan tak hanya diam, disikunya perut Ayan. Berkerut muka di abang tu menahan sakit.
"Jangan percaya sangat si Laila tu. Dia penipu," jelas Ayan sambil sapu sapu perut dia yang kena siku tadi.
"Penipu?"
Mata aku terpandang ke atas dan mata aku menangkap figura seorang perempuan yang sedang tersenyum mengejek ke arah aku.
Laila semestinya!
Aku speechless gila sekarang ni. Dalam hati aku juga dah menyumpah-nyumpah si Laila muka kuali tu.
Aku benci kau Laila!
"Sayang, are you okay?"
"Sayang, are you okay?" ulang Aydan dalam nada mengejek dan beredar.
Akibat geram, Ayan mencapai seketul batu bersaiz kecil lalu membaling batu itu tepat ke kepala di adik kembarnya, Aydan.
Aydan menyapu kepalanya dan menghadiahkan jelingan maut dan menyambung langkahnya.
"Sayang?"
Mata aku yang tapi melihat Aydan beredar pergi kini dikerlingkan ke Ayan yang berada di hadapan aku.
"Apa sayang sayang?!" buku lima aku digenggam kuat. Kau dah tipu aku, boleh lagi nak panggil aku sayang? Memang nak kena!
Ayan tergelak perlahan, "sorry tak jujur dengan kau. Aku bukan orang yang suka membuka cerita. Aku lebih suka orang tanya dan aku jawab," dia tersenyum.
"Suka lah kan? Sukalah! Saya macam orang bodoh fikir Aydan ada DID betul-betul!"
"Mestilah... Comel betul kau dengan keyakinan kau masa kata yang aku ni 'alter' si Aydan," ujar Ayan diiringi dengan gelakan.
Muka aku dah merona merah mengingat peristiwa tu. Ya Allah, malunya aku.
Melihat dia yang masih dalam gelak tawa, aku mengatur langkah dan beredar. Lantaklah si Ayan yang melaung nama aku dari belakang tu. Kesah apa aku?
Dan Laila. Kenapa dia tipu aku kata Aydan ada DID?
Apa dosa aku dekat dia, huh?
bersambung
Hello... I'm backk
Macam hambar hiks TT
Enjoy
MUAAHH
Advertisement
- End2166 Chapters
Full Marks Hidden Marriage: Pick Up a Son, Get a Free Husband
“You saved me, I’ll let my daddy repay you with his body!” Ning Xi accidentally saved a little bun, and ended up being given a big bun. After marriage, Lu Tingxiao spoiled his wife to high heaven, agreeing to her every wish. When it came to piercing the eyes of bachelor dogs with sweet displays of affection, even his own son wasn’t spared. “Boss, you’re really giving the company to Madam to play with? You won’t bother even if Madam wants to sell the company?” “Is it your family’s company being sold?” “Eldest young master, this isn’t good! Madam wants to tear the roof down!” “Well, why aren’t you going to get a ladder for Madam?” “Daddy, thank you for the big bear you gave to Xiao Bao!” “I bought that for your mother.” “Husband, I really like this script, but there may be a few bed scenes, can I take this?” Lu Tingxiao looked calm: “Sure.” That evening, Ning Xi clutched her aching waist as she climbed out of bed. Lu Tingxiao!! Sure your uncle!!
8 9080 - In Serial48 Chapters
The Claim ✔️ *Editing*
Brinn has known Alpha Titus as a close family friend since she was ten years old. He was like a big brother to her. Right before her first shift, her parents decide to ship her off to live with Alpha Titus and his pack due to her reckless behavior. Brinn soon finds out the secrets that have been kept from her since she was a little girl. Causing her life to go spiraling out of control. As we all know, fate has a funny way of doing things. Cover by: icedcoffe The spinoff is "His Alpha Female"**If you do not like the book, don't read it. There's no need to leave a negative comment.**Started 11/12/2016Completed 3/8/18
8 255 - In Serial22 Chapters
Thicker Than Water
Leo, a hunter living on his own in the woods happens upon a strange scene, with a noblemen casting out a young woman in rags and leaving her alone in the woods. Seeking to help the damsel, he invites her to his home to see if he can help get her back on her feet, but little does he know of the dangers ahead. Senna, the last vampire of her bloodline is looking for revenge. The last great house in the area has rejected her pleas, but the fire in her heart refuses to go as cold as her undead body. After getting a final warning to stop bothering them, a hapless human helps her out. Rather than killing him outright, she starts thinking of a new plan... ---------------------- This is a tale told from two perspectives, starting with Leo and switching each chapter change!
8 205 - In Serial39 Chapters
You Belong To My World (Completed!)
Arthit is in 2017. Kongpob is in 2020. They live in the same apartment, but in two totally different worlds. Can they find their way back to each other? ✓parallel universe/ time travel✓ whirlwind romance✓ smutty ✓ romance✓fast paced and thrilling✓ happy ending PS - Some chapters will be rated 18+. Proceed with caution 🔥This is a KongpopArthit fanfic, partly based on SOTUS and partly in an AUStarted - 27th June 2020Finished - 10th AugustRankings 🥇#1 - sotusstheseries 15.06.20#1- kongart 21.06.20#1 - kongpobxarthut 21.06.20
8 160 - In Serial31 Chapters
My Love Story 1 || [✔️]
Урангоо гэх охин Солонгос хөвгүүдийн хамтлаг болох Astro-ын фэн ба 12р ангиа төгсөөд солонгост их сургуульд орсноор үйл явдал эхэлнэ. Тэрээр fantagio энтертайментэд стилист буюу загвар зохион бүтээгчээр дадлагийн ажил хийхээр болж өөрийн хамгаас хайрт хамтлагийн Ча Инүтэй танилцах болно♥️♥️Энэхүү бичвэрт дурьдагдсан үйл явдал бүр бичээч миний санаанаас гарсан болно.
8 197 - In Serial29 Chapters
The Attic
"No one is looking for you. No one cares you're gone. You're better off here. With me. I love you, Raiden. And I won't let anyone take you from me. You belong here... You'll understand soon..." Raiden lives a pretty quiet life. Adam is the only real friend he can find himself relating to, other than his online boyfriend. He's been stalked for the past couple months, but the stalker seems to keep his distance...for the most part.***CW: abuse, blood, torture, pain, the works. Mentions of rape.Check the tags. Stockholm Syndrome is one of them. This story contains abuse. This is not a depiction of a healthy relationship, nor am I claiming it to be. Keep that in mind while reading***Discord: https://discord.gg/4zaEXsKct9Best Rankings:#1 bxb - March 13, 2019#1 captivity - February 16, 2020#1 mlm - March 11, 2020#1 confinement - October 15, 2020#3 stockholmsyndrome - April 23, 2020#27 lgbtq - March 13, 2019
8 215

