《[C] Putera Kayangan》Bab 19 : Dark History
Advertisement
"Mana Nayra ni? Lama betul masuk tandas," rungut Aiman. Hujung kakinya dihentak-hentakkan ke lantai. Jam Fossil hitam yang terlilit cantik ditangannya sudah 5 kali dikerling.
Budak ni jatuh dalam jamban ke? Bisik hati Aiman.
"Itulah, nak masuk 10 minit dah tunggu ni. Makin ramai orang naik, nanti susah kita nak keluar simpang," sambung Pak cik Husin. Mata dia tak lepas dari memandang jalan raya yang dah mula sesak.
Tak lama lagi mesti kereta-kereta tu tak bergerak akibat kesesakan jalanraya yang teruk. Sudahlah bas tu panjang, mesti akan lebih menyusahkan nanti.
"Ayan, kau datang sini naik keretakan?" tanya Kak Mira dalam nada yang sopan. Semua terkejut melihat Kak Mira yang berubah seratus lapan puluh darjah itu.
"Taklah, basikal," teh didalam cawan yang tersisa dihirup sehingga habis. Kak Mira dah menyumpah-nyumpah dalam hati dia.
"Menyumpah akulah tu. Kau yang tanya soalan bodoh siapa suruh?" belakang badan tegap Ayan disandarkan kebelakang. Dia memandang Kak Mira dengan riak selamba.
Tercabar Kak Mira apabila si muda tidak pandai menghormatinya sebagai yang tertua. Buku limanya digempal kuat.
"Asal tanya?" kening Ayan terangkat.
"Bawak Nayra balik. Kiteorang nak berambus dulu," cadang Yana.
"Bagi aku naik sekali, tak elok mereka berdua saja dalam kereta tu," sampuk Kak Mira. Tapi yang lain membantah. Kononnya mahu hubungan Ayan dan Nayra semakin rapat.
Sial betul.
Setelah selesai berbincang. Mereka sebulat suara akan meninggalkan Nayra. Yang lain semua sudah menuju ke bas tetapi Kak Mira pula masih berlengah-lengah. Niatnya mahu bertikam lidah lagi dengan Ayan.
"Kau jangan nak apa-apakan anak dara orang, aku sayang Nayra tu macam adik aku sendiri," beg tangan kuning terang Kak Mira diambil dengan kasar.
Ayan tersenyum sinis, "kau ni tahu saja kan plan aku?" Kak Mira yang baru berjalan beberapa langkah justeru terhenti. Tatapan mata tajam dihadiahkan buat lelaki yang berbaju merah itu.
"Mesti kau letak something dalam air Nayrakan?". Ayan tergelak sambil menepuk tangannya berkali-kali, "tak sangka otak tua kau tu masih boleh berfungsi dengan baik. Impressive Mira Adriana,"
Advertisement
"Jangan buat kerja gila, Aydin."
"Aku benci nama tu!" bentak Ayan sedikit kuat. Dia benci sangat dengan nama 'Aydin' tu. Banyak kenangan gelap disebalik nama itu.
Kak Mira tersenyum sinis, "listen, kau mesti tak mahu Nayra tau nama penuh kau kan? Dan kau pun mesti tak mahu dia tau sejarah gelap kau. Jadi aku warning, jangan buat hal,".
"Aku akan buat Nayra fall in love dengan aku dan percayakan aku seratus peratus," jawab Ayan. Ya, dia tekad untuk memiliki hati Anayra Zaaya. Apa pun jadi, dia akan pastikan gadis itu tunduk padanya.
No matter what happens.
"Kita tengok, siapa yang akan menang. Dia tak akan jadi milik kau, Aydin. Never, but it's okay. I will let you to imagine have a nice life with Nayra. But remember, it will never happen. Your dark history always follow you behind." sinis Kak Mira.
Bergerak-gerak rahang Ayan setelah mendengar ayat Kak Mira. Sedaya upaya dia menahan sabar yang semakin lama semakin menipis.
Wanita yang berusia 30-an itu menyambung langkahnya tadi menuju ke arah bas.
Ayan melemparkan pandangannya ke koridor, melihat ciptaan Allah yang berbentang luas didepan matanya.
Ingatkan boleh memenangkan fikiran, rupanya tidak. Mujur saja dia tak menyertai mereka dari hari pertama. Silap silap boleh keluar sisi baran dia.
Ayan atau nama penuhnya Aydin Zayaan memang tidak boleh dan tidak akan cucuk dengan Kak Mira. Ibarat api dengan api.
Tambah pula Kak Mira sering menggunakan nama sebenarnya iaitu 'Aydin' setiap kali berbual, menambahkan rasa amarahnya. Apa salah dengan nama Aydin tu pun, entahlah, tiada siapa tahu melainkan Ayan sendiri.
Cawan yang Nayra guna tadi ditatapnya. Bibirnya tersenyum nipis.
"Ayan, mana yang lain?" tersentak Ayan dari lamunannya mendengar suara Nayra yang menegurnya tadi. Ayan tersenyum, "dorang dah gerak dulu tadi," jawabnya jujur.
"Dorang tinggal saya? Dah tu, saya nak balik dengan siapa?" Nayra mula gelabah. "Semua salah kau eee" Nayra membebel kepada perutnya yang tadi tiba-tiba saja memulas. Geram betul.
Advertisement
Tersenyum lebar si Ayan melihat Nayra yang sedang ralit bercakap seorang diri tu. Entah apa yang dikatanya pun tak tahulah. Apa yang dia tau, Nayra comel.
Tapi tak lama, Nayra mula mencebik. Mata dah mula memerah. Otka dia pula tak berhenti berfikir apa yang dia perlu laukan di Cameron ni seorang diri.
"Astagfirullahaladzim, dah kenapa kau ni?"
"Hiks... D... Dorang Nayra, macam mana Nayra nak balik?" ujarnya dalam esakkan. Air mata yang baru saja ingin tumpah disekanya dengan cepat. Kepalanya juga sedikit menunduk, tak mahu Ayan nampak. Tapi hakikatnya Ayan nampak semua.
Podah.
Ayan menggelengkan kepala. Pecah tawa dia melihat aksi Nayra yang macam budak-budak sesat dekat Mall.
"Sampai hati gelakkan Nayra!" Nayra cemberut. Merah merah muka dia tahan nangis dan malu. Tapi lebih kepada malu.
"Benda kecik pun nak nangis," makin bertambah masam wajah gadis dihadapannya itu.
"Maaflah," jari Ayan menyeka air mata ditubir matanya dengan saki baki tawanya. Beria betul dia gelak sampai keluar air mata. "Balik dengan aku, jom," Ayan mula berdiri dan beredar.
Nayra masih terkebil-kebil. Dia ajak aku balik dengan dia?
"awak tak nak balik ke sayang? Nak tinggal dekat sini?"
Pantas Nayra menggelengkan kepala. Dia bangun dan terus membuntuti Ayan. Tipulah kalau hati Nayra tak berbunga-bunga sekarang ni. Dapat naik kereta idaman sendiri siapa je tak suka?
Plus lagi dengan lelaki idaman. Mantap!
×××××
Suasana di dalam kereta sekarang sunyi sepi. Hanya lagu yang memecah kesunyian antara Anayra dan Ayan.
"Ermm... Nayra, apa kata kita mula dari awal semula?" soal Ayan tiba-tiba. Cuba membuka topik antara mereka yang dari tadi membisu.
"Mula dari awal?" Ayan tersenyum nipis dan menganggukkan kepala. "Perkenalkan diri masing-masing," mata Ayan masih fokus kepada pemanduannya.
Nayra meminta izin untuk memulakan sesi perkenalan mereka. Tidak membantah, Ayan menganggukkan kepala saja.
"Nama saya Anayra Zaara binti Mohd Aiden," tersentak Ayan yang sedang memandu. Kepalanya ditoleh ke kiri sekilas.
"Cara eja nama ayah kau macam mana?" Nayra mempamerkan muka pelik. Dah kenapa nak tau cara eja nama ayah aku pula ni?
"A. I. D. E. N. Aiden" eja Nayra sekali dengan sebutan.
Ayan menganggukkan kepala dengan mulutnya seakan menyebut 'ooo'.
"Kenapa awak tanya cara eja?" Ayan menggelengkan kepala sambil tersenyum, "tak ada apa,"
Malas banyak tanya, Nayra pun abaikan saja tentang soalan itu. Seterusnya, Nayra meminta Ayan memperkenalkan namanya.
"Zayaan," ringkas.
"Zayaan je?" soal Nayra tidak percaya.
"Haah, Zayaan je,"
Nayra memandang Ayan lama. Tak logiklah Zayaan saja. Kalau kembar dia Aydan, sepatutnya dia Aydun, Aydon atau Aydin. Dia tipu aku ke eh?
"Umur kau?"
"23 tahun,"
"Uish.. aku 25 tahun,"
"Uuuu... Hi pakcik Ayan," selamba Nayra dengan sengihan.
"Pakcik kau panggil aku? Beza dua tahun je pun!" bentak Ayan. Aku yang handsome ni dia panggil pakcik? Panggillah abang ke, sayang ke barulah best.
"Haah. Dahlah kuat marah, tak reti nak senyum, pendiam, tak handsome," ujar Nayra dengan memek muka dia.
"Kau bernasib baik aku tengah drive tau!" geram lelaki tu bila digelar begitu. Ya dia mengaku dia kuat marah, tak reti senyum dan pendiam. Tapi bab tak handsome tu dia tak boleh nak terima.
"Eleh macam lah berani nak buat apa-apa dekat Nayra,"
"Kau cabar aku ke?"
"Eh mana ada. Kenapa? Tercabar ke?" Nayra tersenyum sinis.
Ayan memberikan jelingan maut. Nayra pula tak habis habis mencabar si Ayan. Sekali Ayan ugut nak tinggalkan dia ditepi jalan. Senyap terus Nayra, tapi tak lama.
Sabar Ayan, kau kena sabar. Fuhh. Bisik hati lelaki itu
bersambung
Lupe nak update 🤣🤣
Corryy ehek...
Enjoy!!!!!
Advertisement
- In Serial74 Chapters
Crown Of Thorns
The person who was locked away inside the thorn-covered tower was not a princess, but a witch who employed the powers of Darkness.
8 378 - In Serial6 Chapters
Yuuenchi no Koi
2nd Year student Tadaki Kazunori tries to build up the courage to confess toand classmate his crush Himewari Rumiko during an impromptu date at an amusement park. (1st RR ed.) Also published on Fictionpress
8 144 - In Serial118 Chapters
Reborn into The Beast World
Ever heard of the woman who suddenly appeared in a world filled with beastmen? You know, the place of walking hunky men showing off their bodies, ears, tails, blood, and ooops, yeahh, um, blood.In fact it's blood and fur everywhere. You gotta hunt for your food and fight for your territory. No, I'm not talking about a simple yap and spray of urine. There you gotta show you're strong or you'll end up someone else's food. So, if you're not strong, then the quickest (if not easiest) survival guide is to belong to a strong family. My story begins with me snot crying into this beast world. Meaning you got a bonafide bred and born female showing you the ends and outs of this overpopulated male world. Follow my story as I search for beastmen to join my family while on the way receiving a surprise... She's HERE?!* MC starts out as a cub...© 2021 Leyendoyamar. All rights reserved.** Cover updated due to respecting copyrights. Great place to look for free images are canvas and pixels *** COMPLETE. Undergoing editing.
8 183 - In Serial26 Chapters
Bad things- BILLIE EILISH SMUT
Luna's love life is inexistent at the moment but that slowly changes as her life begins to fall apart. Meanwhile the famous billionaire Billie Eilish indulges into new fantasies.smut/g!p⚠️ HEAVY CONTENT! viewer discretion is advised! this story may contain trigegering scenes including: rape, sexual abuse, death, self harm and substance abuse. SMUT scenes will have an asterix (*) incase you want to skip.⚠️Read at your own risk...
8 200 - In Serial23 Chapters
One shots; Blackpink x Reader
"Or maybe you like me.." "No, you're a girl.." "Girls can like girls."
8 123 - In Serial62 Chapters
RUTHLESS DECEPTION
Previously known as 'Ruthless'❁❁❁❁He was the most ruthless to ever walk earth until he met her.She didn't know what was heartbreak until she met him.Rieka Knight had a perfect life for a werewolf. She lived in a castle with the king and queen because her parents were the royal betas, she was the most successful pack doctor throughout the packs and she had her crazy brother to share her life with. Her mate wasn't something important to her, she believed when it happened, it happened. Imagine her shock when the most ruthless alpha needs her help saving his life then to find out he is her mate.Evander Rowan was known for being the most ruthless and merciless alpha of all. He made people cower just by staring at them. Everyone knew better than to cross him, only if they wanted to be killed. After he saved the most powerful pack from one of the worst rogue attacks it sent him into a coma. The last thing he was expecting to see when he woke up is that the doctor that saved his life was his unwanted mate.
8 170

