《[C] Putera Kayangan》Bab 31 : Setia atau Pergi?
Advertisement
"kenapa dengan Najla?" Tanyaku. Nada suara aku agak tinggi kerana terkejut.
Lihat Yana yang mendiamkan diri tu membuatkan rasa geram aku membuak-buak. Aku goncang badan dia dengan kuat sampai lembik minah tu.
"Ya Allah, Anayra Zaara! Stop !" Marah Yana.
Aku pun berhenti dengan segera. Ditepisnya tangan aku yang berada di bahu dia. Yana memandang aku dengan renungan tajam.
Siapa suruh lambat sangat.
"Apa yang jadi pada Najla? Dia kemalangan ke?"
"Ini lagi teruk dari kemalangan tau! Ada orang meminang Najla! Aduh! Sakitlah!" Yana menyapu kawasan bahu yang baru saja dicubit aku tadi.
"Kau buat aku gelabah je! Aku fikir Najla mati ke apa tadi! Tapi baguslah ada orang merisik dia. Tak adalah dia sendu tengok kau dengan si Afiq tu,"
"Ya... Aku tau ni sepatutnya membahagiakan. Tapi, kau dah lupa dengan Encik Minghao, bekas bos kau dekat kedai bunga tu? Kau tahu kan yang Najla tu suka sangat dengan si sepet tu!"
"Ya, aku tahu tu. Tapi dorangkan lain agama. Nak buat macam mana?" jawab ku pasrah.
Ya, aku pun boleh nampak dari mata Najla yang dia menaruh harapan yang amat tinggi terhadap Encik Minghao. Dan aku yakin, Encik Minghao turut menaruh harapan yang sama pada Najla.
"Sebab tulah aku sedih. Agama menjadi pemisah antara mereka. Aku harap Encik Minghao dapat hidayah. Tapi, kalau dia dapat pun. Mungkin Najla dah jatuh ditangan orang lain," Yana memeluk lututnya rapat ke dada. Menahan sebak.
Aku tersenyum kelat. Mengingatkan memori Najla dan Minghao yang manis tu. Aku pun berharap benda yang sama. Tapi, tak kan nak paksa Encik Minghao masuk Islam hanya kerana untuk kawin dengan Najla? Tak elok tu.
"So, Najla macam mana? Dia terima atau tolak?"
"Dia dipaksa terima oleh ayah dia,"
"Eh main paksa-paksa pulak?!"
"Kau pun tahukan seorang ayah ada hak untuk kawin kan anak dia dengan siapa siapa dia nak?"
Aku mengeluh, "tapi tak adillah,"
"Itulah haih. Pulak tu, Najla pun tak sempat nak tengok muka lelaki tu. Keluarga lelaki tu datang waktu pagi, Najla pulak sampai masa Maghrib, memang tak sempatlah."
Mata aku terbeliak. Siot! Tak tahu wajah bakal suami ni nightmare tau! Buatnya encik suami tu takde hidung macam mana? Siapa nak bertanggungjawab kalau tujuh keturunan takde hidung?!
Advertisement
"Lelaki tu mintak setahun. Dia nak urus semua benda dulu sebelum bersemuka dengan Najla. Jadi, Najla kena tunggu setahunlah, baru boleh tahu wajah lelaki tu. Aku tak boleh bayang rasa kecewa Encik Minghao bila dapat tahu Najla dah di lamar orang,"
Aku hanya mendiamkan diri.
"Sekarang, Najla mesti tengah kesedihan, hiks. Aku dapat rasa perasaan sedih dia tu sekarang tau! Kuat sangat," Yana memukul dadanya berkali-kali.
"LAJU LAGI! LAJU LAGI!! HAHAHAHA PULAS MINYAK TU HABIS HABIS!" Teriak Najla. terlompat-lompat dia dekat belakang. Tubuh bahagian belakang sepupu perempuannya dipukul berkali-kali.
"HAHAHAHA!!"
"Caja... Matilah kita,"
"Ha? Asal?" Syaza, sepupu Najla itu masih menumpukan perhatiannya ke hadapan. Pedal minyak motor pink nya itu dipulas kuat.
"Benda apa yang berwarna biru?" Muka Najla dah pucat lesi. Mata dia memandang ke kirinya.
Syaza memperlahankan motornya. Dia turut toleh ke kiri.
"KERETA POLIS!" jerit mereka serentak.
"Hiks... Kenapa dunia ni tak adil? Kesian Najla!" Yana meraung perlahan di situ.
Aku pula hanya sekadar memandang wajah yana yang dibanjiri air mata itu. Aku juga turut berasa simpati pada Najla dan Encik Minghao.
Cinta mereka tidak kesampaian.
×××××
Tubuh aku dihempas ke sofa di hadapan televisyen. Penat betul hari ni. Staff ramai cuti. Lepas tu berpusu-pusu pelanggan datang tanpa putus-putus sampai kami yang ada ni tak cukup kaki tangan.
Nasib baik Aydan dan Aydin menghulurkan bantuan tadi. Lega sikit.
Baru saja aku nak lelapkan mata untuk beberapa minit. Bunyi suara serak basah seseorang menyapa deria pendengaran aku.
"ANAYRA ZAARA, AYAN CALL! AYAN CALL! ANGKAT CEPAT!"
Bibir aku mula mengukir senyuman. Mata aku yang tadi terasa berat tu terus berbuka luas. Rasa mengantuk dan penat tadi hilang serta merta.
Encik abang call!
Saja aku tak mahu tukar ringtone tu. Entahlah kenapa. Mungkin aku dah tersuka dengan suara serak basah lelaki bermata hazel tu.
Namun, senyuman aku mula kendur. Sticky note yang elok tertampal di atas telefon aku telah membatalkan niat aku untuk mengangkat panggilan dari Aydin.
"Take care. Jangan terlalu percayakan orang. Kita tak tahu siapa musuh dalam selimut yang kita ada.
Btw, hati hati dengan hazel."
"Hati-hati dengan hazel," gumamku sendiri.
Advertisement
Sticky note itu aku cabut dari teru melekat di atas skrin telefon aku. Nama 'My Din' yang tertera itu dipandang sayu. Hati aku berbelah bagi antara jawab atau biarkan. Otak aku pula tidak berhenti dari mengulang kata kata Kak Mira.
"Aydin tu playboy, setiap hari dia tukar-tukar perempuan. Perempuan ni macam tisu je bagi dia. Ambil untuk lepaskan apa yang dia nak. Bila dah kotor, buang. Client dia pun pernah jadi mangsa tau. Senang cerita, dia selalu 'main' dengan perempuan."
Aku terus merebahkan diri aku di atas sofa. Telefon aku yang tidak berhenti berbunyi dari tadi aku abaikan.
"Saya difitnah Nayra. Saya selalu dibuli waktu kecil dulu. Bila dah masuk sekolah menengah, saya di permainkan oleh crush sendiri. Dia buat saya macam kuli batak dia. Dia kikis saya. Bukan sekali Nayra. Masa universiti pun, berkali-kali saya kena. Saya pun manusia biasa. Kesabaran saya ada limit. Haih. Mujur saja dia tak mati. Lepas tu, ada kawan pun. Tikam belakang!"
Aku memejam mata rapat. Kisah sejarah hitam milik Aydin itu berlegar-legar dalam kotak fikiran aku.
×××××
Aku bangun dari pembaringan aku. Jam dinding dikerling. Pukul 3:45 pagi. Mata aku ditenyeh beberapa kali. Aku tak sedar bila masa aku tertidur. Tahu tahu dah 3:45 pagi.
Alang alang dah terjaga ni. Aku pun melaksanakan solat tahajjud.
Usai melaksanakan amalan sunat itu. Aku duduk di birai katil. Sekarang baru 4 pagi. Banyak lagi masa untuk masuknya waktu Subuh.
Telefon yang sedang bersambung dengan wayar pengecas di capai. Bukak saja terus keluar notification panggilan terlepas dari Aydin.
Nak dekat 100! Chat pun banyak dia spam.
Boleh pula aku lena tidur tak sedar dia masih telefon aku. Mesti semalam suara dia ni jadi lullaby aku. Susah juga ada boyfriend suara sedap.
Patut tak aku call dia semula?
Call lah!
Nombor itu di dail dan telefon tu aku tekap ke telinga. Perasaan aku teruja sangat untuk dengar suara dia yang mamai mamai baru bangun tidur tu. Mesti comel.
"Hello?"
Badan aku keras macam baru lepas kena kejutan elektrik. Otak aku cuba untuk memproses dengan betul. Telinga aku ni tipu aku ke?
"Hello.. Assalamualaikum..."
Berkerut dahi aku mendengar suara yang keluar dari gegendang telefon aku. Suara seorang perempuan!
Suara Aydin bila bangun pagi pagi memang jadi suara perempuan ke?
Belum sempat aku ingin menjawab salam. Satu lagi suara mula kedengaran sayup sayup. Terbutang mata aku sebaik saja suara itu menyapa deria pendengaran aku. Suara Aydin!
"Siapa call tu sayang?"
"Tak tau,"
Telinga aku menangkap bunyi sesuatu yang keras diletakkan di atas meja. Mungkin pemilik suara wanita ini meletakkan telefon di atas meja tanpa mematikan talian, mungkin
"Simpan lah phone tu, jom sambung apa yang tergendala tadi,"
"Eee nakal eh!"
Tanpa berlengah, aku mematikan panggilan tersebut. Tak sanggup aku nak pasang telinga lebih lebih. Aku risau telinga aku akan pekak saja lepas ni.
Lutut aku bawa rapat ke dada. Air mata aku jatuh setitik atas lutut aku yang masih bersarung telekung tu.
"Senang cerita, dia selalu 'main' dengan perempuan."
Aku menutup kedua-dua telinga aku dengan tapak tangan aku. Mata aku dipejam rapat. Cecair jernih mula turun laju membasahi muka aku.
Awak permainkan saya ke Aydin?
Awak curang dengan saya?
Apa yang dikatakan oleh Kak Mira tu benar belaka?
Tangan yang tadi berada di sisi kepala aku alih ke wajah. Meraup kasar wajah bersih aku.
No, Nayra. Kau dah janji dengan diri kau akan percayakan dia lebih dari percayakan orang lain.
Tapi, tak kan phone aku menipu aku?
Aku tertawa sinis.
Haih... Bodohnya kau Nayra. Kau bodohkan diri sendiri semata-mata untuk Aydin. Tapi dia? Dia permainkan kau. Kau fikir dia nak sangat dengan kau yang muka petai ni?
Tapi, aku tak rasa tu suara Aydin lah! Dan aku kenal Aydin. Dia tak akan sentuh perempuan yang bukan muhrim dia. Jangan kata sentuh, pandang pun tidak! Solat pun dia tak tinggal.
Fikiran aku mengiyakan dan hati pula menafikan. Perasaan cinta aku pada Aydin pula tak pernah pudar. Patut ke aku teruskan berlakon macam orang bodoh untuk Aydin?
Tinggalkan dia atau setia dengan dia?
Haih,
Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Aku benci perasaan ni.
Tapi, pukul 4 pagi pun buat projek eh? Tak mengantuk ke?
bersambung
:3
Advertisement
- In Serial42 Chapters
With You
In which they seek comfort through each otherJennie and Aaron's pasts was both terrible, they never had anyone to comfort or care for them, growing up in abusive households they both stopped seeking comfort and care from others, that is until they both bumped into each other at school, and for some reason they became attached to each other right away*Warning: Contains SA, mentions of abuse, & sexual content*
8 216 - In Serial41 Chapters
Curse of Blades (Blades #1)
Coulta was born with a curse, one that forces him to obey the commands of those who hold authority over him. For many years he has been the unwilling assassin of the cruel and rebellious Lord Varin. His only hope has been a letter left for him by his father, assuring him that he will one day find someone who will free him. Little does he know that person is the Crown Prince of Phelin and that in order to gain this promised freedom he must first endure war and magic - and risk his life to save the man he loves. This book is being cross-posted on multiple platforms.
8 215 - In Serial9 Chapters
Magpie People
a not-quite-book about not-quite-kids seeing not-quite-real things, sometimes. i hope it makes you think about birds.
8 105 - In Serial28 Chapters
Lydia | ✔️
"Did you punch him in the face?""No!" She laughed. "That's not the Lydia I know," Carter shook his head, staring up at the grey clouds with a reminiscent expression. "The Lydia I know punched me in the face the first time we interacted.""We were five." She deadpanned but felt a little enthralled that he remembered. "Yeah, so you should be able to hit harder now." Copyright ©️Cover and graphics made by the one and only @Ashely_Mariex
8 242 - In Serial38 Chapters
I Amuse Him ✔️
Started in 2018Hardcopy available on NotionPress and Amazon*Rank* 1 * in #boynextdoor *Rank* 1 * in #badboylovestoryWhen shy yet sarcastic Daniella Jones met cocky playboy Hunter Donnavan. She is nothing but, horrified when she learnt that the guy she dreaded the most is now her next door neighbor. Hunter on the other hand thinks completely different and is amused by every movement our little Danny made. The moment their eyes met, sparks flew all over the place but soon they both realized what they truly desired. One side was a nerdy girl who just wants to be left alone and on the other is an outgoing green-eyed hunk that somehow become Daniella's ride or die.He changed her for the better and she brought back the old Hunter who was locked away somewhere trying to fight his demons. Drama, love, friendship and lots of sarcasm. Warning~ Extremely cheeky, Romantic and Sarcastic. Strong words are used on a minimal in between chapters. Cute kisses and makeout sessions will come at some point too.**********************And now a part of the story-I mean this guy is fudging hot. Perfectly tanned. Raven black hair. Beautiful twinkling green eyes. I have already said so much about his abs and I really hate to say this but that smirk really suits his lips.And he has slept with every girl in the school.Yup. Whushsh. Everything I just said flew right out the window.***********************And another small part if you are still not convinced to read-I am going to shit my pan-Hunter slowly grabbed my face with both of his hands and kissed my lips softly. And then kissed me again, just seconds longer then before.And then again and sucked my bottom lip really slowly and softly.
8 107 - In Serial42 Chapters
Her Boyfriend's Girlfriend (GirlXGirl)
Adam Bennett - insensitive, player extraordinaire, shamelessly flirts with any girl he pleases any time or place. He has been cheating on his girlfriend of two years with a girl from another school for the past year.Peyton Saunders - athletic, punky, rebel, has been dating Adam for the past two years halfheartedly. She wants more, she wants different and she knows exactly what that is and it's definitely not Adam but she must bide her time.Sadie Wells - sweet, naive, fashionista, has been wholeheartedly dating Adam for the past year. She is in heaven. Or so she thinks.What happens when Peyton finds out that Adam has been cheating on her? What happens when she tracks down Sadie and eventually confronts her? Will they join forces against Adam? Will they become archenemies and fight for their man? Only time will tell.
8 98

