《[C] Putera Kayangan》Bab 32 : PROJEK ?!
Advertisement
Aku melangkah ke dalam cafe dengan rasa malas sekali. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa malas sangat hari ni. Mungkin, mengenangkan yang aku akan berhadapan dengan lelaki yang aku call pagi tadi.
Suara perempuan tu asyik bermain dalam kepala otak aku. Siapa dia tu?
Haih. Baik aku busy kan diri dengan kerja.
Aydan melangkah masuk ke dalam cafe dengan baju t-shirt pink cair. Muka dia macam tak puas hati dengan sesuatu je. Masam betul muka.
"Selamat pagi Encik Aydan,", aku menunduk sebagai tanda hormat.
Aydan memandang aku dengan muka cemberut dan menganggukkan kepala sebagai balasan untuk ucapan aku tadi. Setelah itu, dia beredar pergi.
Mata aku tertumpu pada lehernya.
"Akak!"
Aku tersentak dengan automatik kepala aku dipusingkan ke arah depan. Bibir aku segera menguntumkan senyuman manis.
"Aima,"
Aima tersengih-sengih macam kerang busuk kepada aku.
"Aima datang dengan Aiman ke? Tadi tak nampak pun," tangan aku ligat bermain dengan alatan yang berada di dapur ini.
"Aima datang sorang. Abang tak tahu Aima datang ni," Aima duduk di kerusi plastik yang ada di ruangan aku ni. Biasanya kalau tiada pesanan yang perlu dibuat, aku akan duduk di situ.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Takut juga nak cakap banyak. Buatnya air liur aku merecik. Ha... Naya!
Selesai buat Caramel Macchiato aku letak di atas dulang. Tak sempat Yana nak ambik, Aima dah menghalang. Dia tawarkan diri untuk hantarkan. Katanya nak merasa juga buat kerja dekat sini.
Aima ni rajin tau. Kelmarin, dia pergi cuci tandas. Siap hias lagi! Hias tu sudah semestinya dengan bantuan Ikmal selaku AJK kebersihan dan keceriaan cafe ni.
Dua beruk tu asyik gaduh je. Aku ingat lagi, dorang dua tu basuh tandas sama-sama ditemani Hessa sekali. Yelah, nanti kalau berdua je, ada syaitan pula tengah tengah. Dahlah memang dekat tempat banyak syaitan. Ghisau.
Sambung, dorang bergaduh dalam tandas tu. Hessa tak meleraikan tapi membatu apikan lagi dua beruk tu. Teruk tak teruk, banjir tandas tu sebab pili paip air tercabut!
Memang masing-masing kena bebel dengan Aydan. Nasib baik Fahmi pandai baiki benda macam ni. Jadi, dia yang handle. Ikmal dah tunjuk bendera putih awal-awal.
"So, macam mana plan kau nak pindah rumah tu? Aku dah jumpa rumah sewa yang murah macam kau mintak tu," Afiq berdiri disebelah aku yang sedang ralit membancuh air.
Mujur gula yang ada di atas sudu ni tak jatuh ke atas lantai akibat terkejut dengan kehadiran hantu Afiq ni.Hantu? Ya! Afiq hantu! Dia boleh muncul bila bila masa je tanpa kau jangka.
Paling seram, dia pernah sambut aku masa aku nak terjatuh dalam tandas perempuan. Boleh bayang tak? Tandas perempuan wey! Dia buat ape dalam tandas perempuan?
Adakah Afiq ni sebenarnya Afiqah? Geng Sajat ke?
"Kau ni Afiq, nasib baik aku tak ada penyakit jantung. Pasal rumah tu, aku tak jadi pindah kut. Aku pergi rumah tuan rumah tu semalam. Lepas tu tuan rumah kata dia dah dapat bayaran rumah sewa tu atas nama aku. Di sebabkan tu atas nama aku, so tuan rumah tu fikir aku lah bayar. Tapi yang masalahnya. aku tak bayar dah dekat tiga bulan tau! Satu lagi, orang tu bayar siap siap untuk tiga bulan ke depan,"
Advertisement
Berkerut dahi Afiq mendengar cerita aku. "Pelik." Perkataan itu saja yang keluar dari mulutnya sebelum berlalu pergi menyambung tugasnya dibahagian memasak bersama Aiman.
×××××
"Break his leg.
No no! I mean, break a leg girl!
See you next time, Love you"
Aku tertawa kecil. Macam tahu je aku ada curiga dengan seseorang sekarang ni. Macam best je kalau dapat patahkan kaki Aydin tu. Ehek.
No, Nayra. Astagfirullahaladzim.
But, see you next time konon. Jumpa pun tak! Teringin juga nak jumpa.
"Dia tulis apa kak?" Aima sibuk telek aku dari belakang. Gigih aku nak sorok dia dari baca apa yang ada pasal sticky note aku.
"Eh eh, seboklah Aima ni," ujar ku bergurau. Note itu aku letak ke dalam handbag dan aku gayut di bahu. Shift aku dah habis. Jadi dah boleh pulang sekarang.
"Akak, lelaki yang bagi note ni kan. Handsome sangat tau! Cair Aima tengok dia. Ya Allah, dia pakai suit serba hitam. Gaya CEO tau! Tak silap dia CEO syarikat mana entah,"
"CEO? Are you kidding me?"
"No! I'm not."
"Ada gambar dia? Akak nak tengok," aku pandang Aima dengan penuh harapan. Tapi harapan aku musnah tatkala dia menggelengkan kepala.
"Dia tu garang! Garang sangat. Macam singa! Nama je Althaf yang membawa maksud lemah lembut. Tapi tak langsung!"
Althaf?
"Mat saleh ke?"
"Taklah, melayu lah kak, haih. But kalau abang Ayan tahu mesti dia cemburu kan?" Aima tersenyum penuh makna. Apalah agaknya ada dalam otak dia tu.
"Don't tell him!" Aku menunding jari ke arah muka Aima sekali dengan pandangan tajam. Memberi amaran.
"Okay, but ada syarat! Akak dengan abang Ayan kena teman Aima kat cafe ni sampai abang Aima habis kerja,"
"Eh kenapa pulak? Bukan ke Aiman pun habis kerja sama dengan akak ke?"
Aima mengeluh perlahan. Dia mencebik, "Hessa mintak abang ajar dia masak masakan baru. Baru baru ni kan abang Aiman ada keluarkan resepi baru. So dia kena ajar Hessa sebab sekarang menu tu digilai ramai,"
Aku menganggukkan kepala beberapa kali. Banyak juga alasan aku beri kepada Aima. Tapi Aima ni bukan boleh dibawa bincang. Kepala dia je haih. Jadi nak tak nak aku kena teman. Aku dahlah takde mood nak jumpa si Aydin tu.
Sekarang kami di meja yang Aydin duduk dari pagi tadi. Aima duduk berhadapan dengan Aydin. Aku pula di sebelah Aima. Pandangan Aydin kepada aku sedaya upaya aku abaikan.
Bukan tak tahu, mata hazel dia tu boleh buat aku terpaku, terpukau, tergamam, cair apa semua tu lah! Geram aku.
"Abang Ayan buat apa? Dari tadi asyik tenung laptop tu je," soal Aima ingin tahu.
Aydin senyum segaris, "kerja ni ha... Haish, abang Ayan sebenarnya mengantuk sekarang ni. Minum coffee pun tak dapat nak lawan katuk ni," Aydin mencebik.
Advertisement
"Lah, mesti tidur lewat ni kan?"
"Haah, malam tadi buat projek sampai pukul 4, 5 pagi. Tidur tadi pun berapa minit je,"
Tak semena-mena kejadian pagi 4 tadi muncul dalam otak aku. projek ? Tumpuan aku sekarang beralih kepada Aydin yang sedang memandang wajah polos Aima.
"Sian abang... Abang Ayan buat projek dekat mana?"
Aydin tersenyum sinis, "dekat rumah... Dalam bilik... Atas katil," ujar Aydin satu persatu.
Terbutang mata aku dengar apa yang dia kata. Mata Aydin dikerling ke arah aku yang tengah terkedu dengar ayat dia. Kenapa dia senyum sinis ni?!
"Sebab tu hari ni penat sikit. Tak cukup tidur." Tambah Aydin lagi.
"Sibuk buat projek lah? Tak rasa menyampah ke kena hadap kerja banyak banyak ni?"
Aydin menutup laptopnya dan meletakkan tangannya di atas meja.
"Menyampah juga. Tapi fun tau buat projek ni semalam. tapi tulah... Tak puas hati dengan projek tu.. rasa tak cukup.. sepatutnya tak siap lagi tapi abang penat. So, sambung malam ni pulak,"
Ya Allah, otak aku travel!
Sampai hati dia cakap benda benda macam tu dekat Aima yang innocent tak faham apa apa tu. Tambah pula lagi, aku! Aku yang girlfriend dia ni. Maybe dia tak tau aku yang call dia semalam. Ah, mampus kau lah!
Aku dengan pantas bangun dari kerusi. Akibat kekasaran aku, kerusi kayu itu tertolak ke belakang dan menghasilkan bunyi bising. Nasib baik kerusi tu tak tumbang. Aku pandang Aydin sekilas. Jelas muka dia yang tengah terpinga-pinga tu.
Aku endahkan panggilan Aima dan berlalu pergi meninggalkan cafe. Namun, lengan aku ditarik dari belakang. Terus terpusing kebelakang badan aku ni. Wajah Aydin pun tersembul di depan aku. Aku palingkan muka ke arah lain, tak mampu nak pandang wajah bersih dia sekarang ni.
"Nayra, awak kenapa?"
Awak kenapa dia tanya aku? Seriously?
Aku merentap lengan aku dari dipegang dia dan berpeluk tubuh. Sedaya upaya aku tahan air mata aku dari melimpah.
"Are you okay? Kenapa awak marah saya ni? Patutnya saya marah awak tau. Saya call awak semalam, satu pun tak angkat. Mesej saya awak seen je," Aydin mula cemberut. Walaupun aku menghadap ke arah lain, tapi aku masih boleh lihat dia dari ekor mata.
"Awak dengan siapa pagi tadi, huh? Girlfriend awak yang ke berapa? Ke 19?"
"Ha?"
"Tak payah nak 'ha' sangat lah! Dahlah, saya tak nak kawan dengan awak!" Aku melangkah pergi tapi lagi sekali Aydin menarik lengan aku.
"Tak nak kawan, kita kawin," ujar Aydin dengan riak wajah serius.
Aku tergelak sinis, "cliche,"
Belum sempat Aydin mahu berkata-kata. Suara Aydan menyapa deria pendengaran kami.
"Tunggu!" Tercungap-cungap Aydan berlari ke arah kami. "Fuh, nasib tak balik lagi. Ha, Nayra. Kenapa call aku pukul 4 pagi?"
Aku terpempan.
Aku call dia pagi tadi?
×××××
"Aydin... I'm sorry pasal tadi, kita kawan balik eh?" aku membuat muka comel di sebelah Aydin. Sekarang kami sedang jalan di bandar.
"Aydin tak nak kawan dengan Nayra. Huh!" Aydin memeluk tubuh. Dia membuat muka masam dan mencebikkan bibir kemerahan dia tu.
"Kalau macam tu, kita kawin?"
"Eee... Suka hati je ambik ayat Aydin,"
"Alah biarlah! Ramai je guna ayat tu! Bukan Aydin sorang yang punya," giliran aku pula yang cemberut.
"Nak menang je tau! Aydin nak Nayra belanja Aydin chocolate, tak kira!"
"Nayra mana ada duit..." jawab ku sedikit meleret sambil melaga-lagakan jari telunjuk kiri dan kanan aku.
"Eleh tak ada duit konon. Patutnya banyak lah kan sebab awak dah tak bayar sewa rumah 3 bulan," ujar Aydin selamba.
Eh, macam mana dia tau? Aku ada bagitahu ke eh?
Kami melangkah masuk ke dalam kedai chocolate. Kedai ni memang jual chocolate je. Macaron pun ada. Sedap!
Aydin ambik bakul dan pergi ke rak yang dipenuhi chocolate yang bermacam-macam jenis, warna dan rasa tu.
Aku ikut je langkah dia. Semua chocolate dekat sini atas dari RM 10. Kalau aku beli 3 jenis chocolate pokai terus aku aku gini.
"Ambiklah dua, tiga. Tak payah nak malu malu," ujar Aydin tanpa memandang ke arah aku.
Aku yang dari tadi angkat letak, angkat letak chocolate terus pandang Aydin.
"are you serious?!" mata aku bersinar-sinar pandang Aydin. Dia senyum kan menganggukkan kepala.
"Okay! Saya ambik dua puluh tiga!"
"Ha?!" spontan Aydin. Jelas muka terkejut di muka dia. "Hotak kau dua puluh tiga!"
Aku menayangkan barisan gigi putih milik aku yang cantik ni. "Awak cakap dua tiga,"
"Bukan itu yang saya maksudkan, Nayra. Ya Allah, Ya Tuhan ku. Kenapa jodoh aku bingai sangat?" Aydin memicit bahagian kosong diantara telinga dan mata.
Aku mula cemberut dan ingin berlalu pergi. Tapi macam yang aku dah agak. Aydin tahan aku dari berlalu pergi. Ahak! Saya suka, saya suka!
Aku cuba kawal muka aku dari tersenyum saat berpaling memandang wajah Aydin.
"Sorry... Saya gurau je. Maafkan saya," Aydin memandang ke dalam anak mata aku. Aku pun menguntumkan senyuman dan menganggukkan kepala.
"Saya maafkan awak. So, boleh saya ambik dua puluh tiga jenis chocolate?"
"Baik beli je satu kedai ni,"
"Beli kedai ni? Boleh ke? Nak!!"
"Tak tak. Astagfirullahaladzim! Gurau!" Gelabah Aydin menafikan kata-katanya tadi. Rambut yang terjuntai di raup kebelakang
Aku tersengih. Tau gelabah. Saja je aku nak jadi lurus, ahak.
"Nayra ayang Aydin!"
Aydin yang tadi cemberut kini tersenyum.
"Aydin sayang Nayra jugak,"
bersambung
>.
Advertisement
- In Serial72 Chapters
The Wanted Wife: Daddy, Mommy Escapes Again!
The whole life of Li Jingzhi could be concluded with one sentence: His ups and downs in life is all due to Si Luoming. When he was young, he dreamed to be a person like him…Till the end she finds that he hated her, especially when she "murdered" the one in his heart indirectly. Since then, he has never hidden his hatred for her. And then she knows her life has already been messed up all these years… Read all of the latest chapters The Wanted Wife: Daddy, Mommy Escapes Again! on Flying Lines.
8 229 - In Serial41 Chapters
Johnny Depp Smut
Here is some dirty smut stories about Johnny Depp. Enjoy my lovelies ;)) wink wink
8 287 - In Serial80 Chapters
NEVER LET ME GO ✔️ (COMPLETED)
This is a story of Aashi Verma and Rishabh Khurana. The two of them were bffs since kindergarten. But their strong friendship is tested with time.Join the tale of friendship, heartbreak, and love.....Highest Rank in Chicklit ❤️ #2 - 9th Feb #4 - 7th Feb #5 - 24th Jan
8 171 - In Serial41 Chapters
mcyt smutshots
my first ever book. i'll try not to do anyone who isn't comfortable with being sexualized (what ⟟ mean by that is if ⟟ do one where there is someone who doesn't wanna be sexualized then ill delete it if someone tells me)NO MINORS!! THATS ILLEGAL!! IDC IF UR A MINOR OR THAT IM A MINOR!! DONT SHIP THE MINORS!!!⟟ may do fluff? idk. it depends on my mood. if it gets requested then i'll do it. NO ANGST!! ⟟ DONT LIKE ANGST CAUSE IT MAKES ME CRY AND IDK HOW TO WRITE ITsome of these ships may repeat. it's mainly because quite a few people in the Dream SMP aren't comfortable with being shipped. it upsets me but ⟟ choose to follow it cause that rude if ⟟ just don't give a shit. but like ⟟ said before, i'll try my best to make sure that ⟟ only ship people who ARE comfortable with being so.other than all that ⟟ hope you guys enjoy this book! ⟟ wrote like 9 of these stories in one day.
8 161 - In Serial34 Chapters
My Brother's Best Friend✔️
You're going to pay for that." I whispered to her, making sure to graze my mouth across the spot that makes her breath hitch.When I saw her remain unfazed, I leant behind her and switched on the shower... causing a small gasp from her beneath the chilling water.Placing both hands either side of her head, I leant into her and hovered my lips above hers.Neither of us moved until she finally breathed the words that made my knees weak."Oh, just fuck me already."~~~A plane journey was all that stood between Rebecca Brooke and Ashton Miles.One hour and 20 minutes in the sky was all that it took for her to arrive at her perfectly planned summer in France.However, falling for her 'Bestfriend's Brother' and 'Brother's Best Friend' certainly wasn't on that plan.Suddenly her whole month away, that she spent caught up in steamy romances with Ashton, began to feel so right. Yet somehow, so surreal...~~~{RE-WRITTEN VERSION BEING RELEASED THIS AUGUST} ••🦋MATURE SCENES🦋- she a bit smutty ;)••⚠️WARNING⚠️ ~this starts off as you average romance but nothing is as it seems~~~~~BEST TAGS~#1 in brothersbestfriend#1 in childhood#1 in bliss#1 in holidayromance#1 in jealousy#1 in hotness#2 in boyfriend#4 in badboy#4 in player#6 in handsome#11 in badboylovestory#12 in mature#20 in brothers#28 in crush#34 in steamy#35 in teenfiction •Started 22nd December 2020••1k Reads 28th December 2020••10k Reads 7th January 2021••100k Reads 20th May 2021•
8 246 - In Serial34 Chapters
My Unexpected Mate (GxG)*EDITING*
"What's a mate?" *************** Eclipse is what you would call an innocent girl. Ever since her parents both died in a rogue attack when she was younger she has never had anyone to teach her about the world. Her pack blamed her for her parents death and made her slave around for them. She wasn't allowed to have an education and was kept indoors for most of her life. Luckily though her pack never abused her sexually because they either had a mate or were too disgusted to, since she was the packs mutt because she hadn't shifted yet. Also, quick but very important fact (to Eclipse), She's in love with cookies. When she was finally banished from her pack at the age of 18 and declared rogue she stumbles into a packs territory, not any normal territory but the most feared pack in the world, the Black moon pack. Where she meets their mysterious Alpha, Alpha Sam. Her mate. He always wears a hood and rarely goes to visit any other packs. There is more to Alpha Sam than meets the eye. like maybe for starters that he's not a he. Highest Ranks: #1 in LESBIAN 02/07/20 #16 in MYSTERIOUS 20/08/2020 #34 in WEREWOLF 21/12/19 #280 in ROMANCE 16/02/20 This story has an intersex character, just a heads up.ALSO, I'm looking for someone to help with grammar checking. I'll shout you out for the help. Thank you so much @MarciaKing for the awesome cover
8 164

