《[C] Putera Kayangan》Bab 36 : Flower Boy
Advertisement
Hari ni dah masuk hari ketiga Aydin berada di Melaka dan hari ke empat aku jadi tunang Aydin. Rasa rindu nak tengok muka tampan jejaka tu makin menjadi-jadi. Dia selalu hantar gambar dia sebelum pergi kerja dan sebelum tidur. Tapi tulah, mimik muka hodoh!
Even dia pakai kemas kemas pun. Muka dia tu tak pernah ikut kemas macam pakaian dia.
Bangga sangat dengan muka hodoh dia tu.
Aku pulak memang jaranglah hantar gambar. Tak nak aku tangkap gambar masa tengah serabai. Maluuu...
"Oi... Mengelamun nampak. Teringat dekat tunang ke?"
Tersentak aku dibuatnya. Aku menoleh ke arah punca suara itu. Ceh, Aydan rupanya. Haih, tengok muka Aydan jelah mampu dua minggu ni. Tapi risau juga. Aku tak nak kena tikam dengan Lily.
"Ish... Mana ada," aku menyambung tugas aku membuat minuman untuk pelanggan.
Aydan masih lagi dengan muka mengejeknya. Tapi aku buat buat tak nampak je.
"Ada lelaki nak jumpa kau dekat depan tu. Katanya mustahak sangat. Pergilah," ujar Aydan. Tangan Aydan bertindak mengambil salah satu cawan kaca yang elok tersusun di rak khas tu.
"Eh... Tak pe ke? Siapa yang nak buat kerja saya ni?" Aku hanya memerhati Aydan yang dah mula ambil alih tempat aku.
"Aku cover. Takpa... Kau pergilah," halau Aydan. Dia hanya menumpukan perhatian pada pembuatan air.
Aku agak terpegun dengan gaya tangan dia bekerja. Macam profesional wey! Serius betul muka dia. Ni memang tumpukan perhatian betul ni.
"Lah... Tercongok lagi dekat sini kenapa? Pergilah cepat,"
Aku termalu sendiri. Boleh pulak aku tengok suami orang lama lama. Haih, Nayra.
×××××
"Bila Encik Minghao sampai KL?"
Aku memecah kesunyian antara kami yang dari tadi mendiamkan diri. Encik Minghao ni macam fikirkan sesuatu je dari tadi.
"Pukul 6 tadi," jawabnya sepatah.
Aku mengangguk kepala. Terasa kekok pula sekarang ni. Yelah, dah lama tak jumpa. Kali terakhir jumpa pun di Cameron tempoh hari. Tangan kiri aku naik ke atas untuk membela tudung.
"Uish... Ade orang tu dah berpunya lah... Bila tunang ni?" usik Encik Minghao. Nada suaranya sedikit meleret.
Advertisement
Aku tersenyum malu, "baru lagi. Hari ni, hari ke empat saya bergelar tunang orang,"
Encik Minghao mengangguk. Muka dia masuk sama. Muka mengejek!
"Saya sebenarnya jumpa awak ni sebab saya nak dapatkan kepastian," gelas air ditolak ke tepi, tangan dia dua dua naik ke atas meja. Serius betul muka Encik Minghao sekarang.
"Kepastian apa tu?" soalku ingin tahu.
"Pasal Najla. Yana ada mesej saya hari tu. Dia cerita yang ada orang masuk ape tu? Meminang eh? Tapi dari tadi saya tak nampak Yana. Boss awak kata dia cuti pula. So, saya jumpa awak jelah," berkerut dahi Encik Minghao semasa mencuba mengingat perkataan 'meminang' tu.
"Ouh... Pasal tu. Yup, ada orang masuk meminang Najla. Sekarang ni Najla tak ada sebab ikut Yana balik Sabah sekali dengan Laila. Encik kenal kan Laila?"
"Kenal... Selalu nampak Najla post gambar dorang bertiga tu. Tak boleh pisah langsung," kata Encik Minghao. Ada nada cemburu yang dia selitkan.
"Jadi, Najla terima ke pinangan tu?" soal Encik Minghao separuh berbisik. Tak berkelip mata dia memandang muka aku ni.
"Terima. Dia terpaksa terima sebab ayah dia suruh. Tapi dia tak sempat tengok muka tunang dia tu sebab orang tu datang melamar pagi, Najla pulak sampai Perlis malam. Najla memberontak tak nak tau. Cincin tu pun dia tak pakai sebab tak suka dengan orang yang bagi cincin tu." panjang lebar aku cerita.
Encik Minghao mengangguk. Riak wajah dia seakan kecewa.
"Encik Minghao okay?" tanyaku prihatin.
Encik Minghao tersenyum kelat. Lambat lambat dia mengangguk. Air coffee miliknya disisip perlahan.
×××××
Habis kerja, aku pun melangkah keluar dari cafe. Penat betul. Nak nak pula terserempak dengan Kak Mira. Ada saja yang dia nak cakap buruk tentang Aydin. Entah apa salah jejaka bermata hazel tu pada mata dia pun aku tak pasti.
Lagi satu, kak Mira suka berkias. Tak pernah nak berlaku jujur. Bukan aku tak tahu. Dia buat begitu supaya memudahkan dia untuk bela diri nanti.
Advertisement
"Eh mana ada aku cakap macam tu. Kau yang salah faham dengan maksud dari kata-kata aku,"
Kenal sangat dah Kak Mira tu. Semakin hari, aku semakin menyampah dengan dia. Huh!
Seminggu ni, aku akan berjalan kaki pergi dan balik dari kerja. Sebab Aydin kan tak ada. Biasanya dia yang akan hantar dan jemput aku. Rajin sangat dia tu. Pernah sekali tu, dia takut boss dia marah. Tapi, boss dia tak marah pun. Siap ingatkan dia lagi.
"eh Bidin, kau bukan sepatutnya kena pergi jemput makwe kau ke?"
Mesti tertanya-tanya kan kenapa boss dia panggil Aydin tu Bidin. Aydin kata, Boss dia tu jenis tak ingat nama orang. Dia main sebut je nama yang terlintas dalam otak dia masa bercakap dengan seseorang tu. Memang nampak tak sopan. Tapi itulah, boss dia ni terkena Baker Effect.
Apa baker effect tu? Bila kita cakap pasal 'baker' mesti otak kita ada bayang seseorang yang buat roti dan masak roti tu. Dalam kata lain, Baker Effect ni kau rasa macam kau pernah nampak dia, kau pernah jumpa dia. Tapi otak kau lupa nama dia. Kau kenal muka tapi tak ingat nama. Macam tu lah lebih kurang.
Normal je benda ni. Tapi boss tu macam abnormal. Tak pernah nak ingat nama orang. Kalau Aydin buka cerita tentang boss dia pada aku. Mesti aku akan tertawa besar. Tan Sri Yusof ayah si Amir tu dia boleh panggil Hasan. Jauh sangat Yusof dengan Hasan tu masalahnya.
Sedang aku sedap berjalan-jalan ni. Tiba-tiba aku rasa macam ada orang ikut aku. Tapi, bila aku toleh tak ada siapa yang mencurigakan. Ke perasan aku je?
Dah pastikan tiada sesiapa yang mengikuti aku. Kaki aku kembali melangkah.
Setapak
Dua tapak
Tiga tapak
Dengan pantas aku menoleh. Dan ya!
Ada seorang lelaki berhoodie hitam ikut aku. Langkah dia berhenti mengejut selepas aku pusing mengejut tadi. Aku tak nampak wajah dia sebab dia pakai mask dan kepala hoodie tu menutup kepalanya.
Dengan pantas aku belari meninggalkan lelaki itu di belakang. Langsung aku tak toleh ke belakang. Oleh kerana aku dah biasa jalan ni, jadi memudahkan aku untuk cari jalan tikus yang tembus terus ke area kondominium yang aku diami.
Dah pastikan yang dia dah hilang jejak aku. Kaki aku melangkah masuk ke dalam kondominium sembunyi-sembunyi. Risau juga kalau lelaki tu dapat tahu aku tinggal di mana.
Pintu rumah dibuka dan ditutup setelah aku selamat melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci kemas.
Aku melangkah lemah ke sofa dan terus merebahkan diri di situ. Dah macam lari pecut 100 meter dah aku punya lari tadi. Penat!
Menyesal pula rasa tak terima tawaran Aydin untuk carikan driver khas untuk aku sepanjang dua minggu ketiadaan dia di Kuala Lumpur ni.
Telefon aku dikeluarkan dari handbag. Pelik aku kenapa senyap je telefon aku ni. Biasanya Aydin akan tangkap gambar atau rakam video dia buat kerja. Tiap kali aku tengok video tu mesti aku terliur. Macam seronok je.
"Lah... Aku tertutup data rupanya. Patut senyap," laju jari aku tekan butang data tu.
Selang beberapa saat. Terus berduyun-duyun mesej masuk. Dari pukul 8 pagi hinggalah petang ni. Majoritinya dari Aydin. Eh, bukan majoriti. Tapi kesemuanya!
Semua benda dia update pada aku. Nasib lah kencing berak dia tak rakam pastu bagi dekat aku sekali. Risau!
Video dan gambar serta pesanan yang dihantar oleh Aydin dibaca satu per satu oleh aku. Bibir aku menguntumkan senyuman. Comel je dia dengan kawan kawan dia buat kerja.
"Miss cuuuu darling! Muaahh"
Gediklah dia ni.
Haih,
Miss you too, Aydin.
Senyuman aku semakin melebar bila muncul nama Aydin di skrin phone aku.
Aku pun apa lagi? Semestinya angkat. Telefon aku bawa ke telinga. Kami bertanya khabar antara satu sama lain. Kami saling bertukar cerita. Ada juga yang hanya berbual kosong.
Masing-masing melepaskan rindu dari panggilan saja mampu. Nak jumpa depan-depan lambat lagi.
Sabar jelah.
bersambung
Advertisement
- In Serial91 Chapters
He Saved Me
'Whats that from?' Mason says lifting up my sleeve a little more to reveal the obvious bruise.Shįt I forgot about that one, 'I bumped into my counter last night. You know me, clumsy'.Mason looks at me knowingly. 'I have to get to class but I'll meet you at lunch. My treat.' I say running off to class.That was a close one------------Warning: Contains some graphic scenes that may be triggering or uncomfortable.
8 214 - In Serial25 Chapters
Instafamous || Fan Chengcheng【✓】
Fan Chengcheng, is an Instafamous boy who literally has 500k followers on Instagram.He is used to get tons of DMs daily. One day as he was deleting all the unknown DMs, he opened one which was sent by a girl. Only to find a pick up line.
8 122 - In Serial41 Chapters
Call it Love
EmiliaI was so sure I'd never see him again. Not that I didn't want to. But not that I did.After all, he was the one that bailed on me. The one who threw away all those years we had for his own future. I shouldn't have been the one left feeling hurt. Yet somehow, I was.Seeing my best friend now, five years later, at my sister's wedding was the last thing I expected. But I never imagined I'd relive the heartache he left in his wake. And I never imagined falling for Adam Blackwell.AdamI wasn't supposed to see her again. Not that I didn't want to. A part of me did. A part of me always will.Emilia Feye was my best friend. Until I left her in my past and threw our friendship away.It was a mistake that haunts me every single day. It was between my best friend and my career. But I'm not the only one guilty. She did the same thing as me.Seeing her now, five years later, at my brother's wedding was unexpected. I never thought I'd have to suffer the consequences for the mess I made and the friendship I shattered.But I never imagined falling in love with her this time. I never imagined falling in love with Emilia Feye....Emilia and Adam meet again, five years after parting and going separate ways for college.They're not eighteen anymore. They're not so selfish anymore. And they're not best friends anymore.They caused each other heartache and now it's time to right their wrongs and make up for those mistakes. Now, in Marbella, Spain. Now, at her sister and his brother's wedding, the two meet again.Except this time, things are different. This time there's anger, frustration, pain, and regret.This time, they're not friends, they're a complicated mess.They call it friendship. We all call it love. ...ALL RIGHTS RESERVED
8 141 - In Serial64 Chapters
ALL MINE |VKOOK|
Kim taehyung, the definition of arrogant, never thought that the dumb country boy a.k.a his bestfriend's brother will change his life forever. ~VKOOK~DO NOT PLAGIARISE🚫
8 95 - In Serial80 Chapters
The Mouse and The Wolf
Oliver's life turns upside down when he learns that werewolves exist and one of them is his mate, but things get dangerous when he starts to learn more about himself. *****"It's a gift, and it's a curse."He never knew his father, and he was abandoned by his mother. Without a family to take care of him, Oliver was placed in a group home, unable of being fostered after one peculiar incident with his last foster parents. A happy child with a wild imagination turned into a timid shell of the boy he once was - a mouse who no one even noticed. On his sixteenth birthday, everything changes when he suddenly feels an odd connection with a guy he has never even spoken with. His name is Jaden, and everything about him spells trouble, but Oliver can't stop thinking about him - he is drawn to him.It is the start of his journey. Friends and enemies are made, secrets are unfolding, and the past comes back to haunt him as he learns more about himself, his family, and the fantastic world he has stepped right into.This is the path that was chosen for him.This is his legacy.
8 199 - In Serial21 Chapters
For Life
Austin Silver is an underworld crime boss with a secret past who is laying low in Prison.With a secret prison phone and a wrong number, the last thing Austin expected was to feel something other than hate.***Rose Clark is selfless, She doesn't drink or swear.Rose is working multiple jobs while looking after her little brother, she never asks for anything and would do anything for anyone.When Rose gets a text from a mysterious man, she never expected to begin to feel something she has not felt in a long time.Hope.
8 118

