《[C] Putera Kayangan》Bab 38 : Abang
Advertisement
Aku terjaga dari mimpi yang panjang. Siling bilik aku pandang. Rasanya ni bukan bilik aku. Rumah aku bukannya ada aircond. Macam mana aku boleh ada dekat sini?
Oh, Ada lima lelaki kacau aku! Jadi, aku dekat rumah tuan yang dia cakap tu ke?
Aku menggaru kepala aku yang terasa gatal.
Ya Allah! Tudung aku mana? Jangan kata penculik tu dah buat benda bukan bukan pada aku!
Pantas aku bangun dari pembaringan. Terus mata aku jatuh pada badan aku. Nasib baik hoodie merah Aydin ni masih tersarung pada badan aku. Maknanya aku tak di sentuh lebih lebihlah kan? Errk.
Mata aku kini meneroka setiap ruangan dalam bilik yang dihiasi warna coklat gelap dan hitam ni. Mata aku terhenti pada frame gambar yang sederhana besar tergantung elok pada dinding bilik berwarna putih tu. Aku terpempan, kaku, terkedu, semualah ada!
Penculik ni ada gambar aku?!
Gambar aku masa jaga kaunter. Ada senyuman manis yang terukir pada bibir mungil aku. Bukan tu je, banyak lagi!
Comforter aku gunakan untuk menutup kepala aku. Aku turun dari katil dan comfortable tu pun terheret mengikut jejak aku.
Besar-besar tulisan itu tertampal bawah frame gambar aku.
Ya Allah. Penculik aku ni psycho ke? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Selamatkan lah aku!
Mata aku melilau ke sekeliling mencari handbag aku. Nasib baik ada. Laju aku melangkah ke meja yang menempatkan beg tangan aku. Telefon Samsung aku di bawa keluar. Aku cuba buka tapi habis bateri pula!
"Oi... Kau dah kenapa selubung dengan selimut? Ada cita cita nak jadi hantu bungkus ke?"
Aku berpaling ke arah lelaki tu. Muka beku dia tu buat aku takut. Tapi rasa takut aku hilang lepas tengok pakaian dia. Apron Hello Kitty dia tibai?
"Apa kau pandang apron aku huh? Tak pernah tengok lelaki suka Hello Kitty ke?"
Dulang yang berisi makanan dan minuman diletakkan dia atas meja di tepi katil. Seterusnya dia melangkah ke aku dengan laju. Tak sempat aku nak lari lengan aku terlebih dahulu disambar tangan dia yang besar tu.
Advertisement
"Eee... Lepas lah! Orang jahat tak guna! Kenapa kau culik aku!" aku meronta-ronta. Tapi langsung tak memberi kesan pada lelaki yang tinggi nak mampus ni. Badan sasa dia kalah Aydin!
Sasa Aydin tu macam hidup segan mati tak mahu. Haa...
Dahlah sasa, pastu pakai apron Hello Kitty warna pink putih yang bersaiz kecil. Kau rasa?
"Eh elok sikit mulut tu. Aku yang tolong kau tau! Inilah manusia. Tak reti nak bersyukur!" marahnya. Dia menjegil mata.
Aku pandang dia lama. Hidung dia cantik. Nak kata mancung macam tak tapi macam mancung. Bibir dia nipis. Lepas tu ada misai nipis. Mata dia warna coklat gelap persis anak mata aku.
"Kau dah kenapa, tak ingat abang sendiri??"
Tersentak aku.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Dah macam nak terkeluar dah biji mata tu!"
"A.. abang siapa?"
"Kau lah. Siapa lagi? Urgh... Kau tak cam aku lagi ke? Aku abang kau lah, Nayra! Sampai hati kau lupa aku," kedua-dua bahu aku yang berlapik comforter dipegang erat. Dia merenung tajam ke dalam anak mata aku.
Aku terdiam sejenak. Kenangan aku sewaktu kecil dulu muncul satu per satu ke dalam otak aku. Dah macam filem yang ditayangkan semula.
"Kalau betul awak abang saya. Mana buktinya?" soalku berani. Walaupun aku dah nampak tanda-tanda dia abang aku. Tapi aku masih ragu.
"Rara si gendut cukup tak sebagai bukti?" soalnya sambil tersenyum sinis.
Sah, dia abang aku! Dia je manusia yang panggil aku gendut dalam dunia ni! Mendidih terus darah aku dengar perkataan 'gendut' tu.
"AAAA!!!! APA GENDUT GENDUT NI! TAK SUKA!" tangan aku melepaskan comforter dari tutup kepala aku. Tangan aku memukul-mukul dada bidang dia.
"I hate you, Zafran Althaf!"
"Eh, nak benci benci aku pulak!" Sebelah tangannya memegang dua tangan aku yang memukul dada dia dari tadi. Sebelah lagi mencekak pinggang.
Aku mencebik. Mata aku dah berkaca. Terus cemas abang aku ni atau lebih tepat Zafran Althaf ni.
"Aww... Kenapa kau nangis? Janganlah nangis! Sorry sorry," kalau tadi nada kasar. Sekarang nada lembut yang dikeluarkan oleh Zafran.
Advertisement
Tubuh kecil aku di tarik ke dalam pelukannya. Tangan dia mengusap lebih belakang badan aku. Cuba untuk tenangkan aku. Aku tak menolak sebaliknya membalas pelukan itu. 10 tahun tak jumpa. Rindu wey!
"Aku kata apa dulu? Jangan menangiskan? Hodoh tau muka kau bila nangis. Macam jebon,"
"Abang! Hiks," tersedu sedan aku dalam pelukan dia.
Tubuh aku ditolak perlahan. Aku mencebik pandang dia. Zafran tersenyum manis kepada aku. Ibu jarinya mengusap air mata aku yang dari dari turun.
"Mesti Rara lapar kan? Jom makan. Aku masak tomyam dengan telur dadar kesukaan kau," tangan aku di tarik lembut ke arah katil.
Aku melabuhkan punggung di birai katil berdekatan dengan meja kecil yang Zafran letak makanan tadi. Bau tomyam tu betul betul menusuk masuk ke rongga hidung aku. Rindunya aku masakan abang aku sorang ni.
Zafran menawarkan diri untuk menyuapkan makanan kepada aku. Bukan dia tawarkan diri sebenarnya, tapi dia paksa aku untuk biarkan dia suap aku. Then aku pun ikut sajalah. Tak apa, seronok makan bila ada orang suapkan ni.
Teringat waktu dulu. Kalau waktu makan, memang Zafran akan suapkan aku makanan. Tak pernahlah dia nak bagi aku suap sendiri kalau dia ada di samping aku. Kalau dia tak ada, baru aku boleh guna dua tangan cantik aku ni untuk makan. Kalau tak, jangan harap!
"Makan banyak banyak tau. Aku rindu Rara gendut aku yang dulu," kata Zafran tanpa memandang aku. Tangan dia sibuk mencubit telur goreng yang berada di atas meja. Kali ni, dia menyuap dirinya sendiri.
"Rara sekarang lagi cantik dari Rara gendut tu," jawab ku selamba. Mata aku lebih tertarik untuk melihat polaroid Aydin yang aku letak pada belakang phone aku. Rindu.
"Eee... Rara sekarang ni cengkung nak mati tau? Tak lawa langsung! Apa si Judin tu tak bagi kau makan ke? Dia larang kau makan?"
Judin? Siapa Judin ni?
Aku pandang Zafran dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Masih tak dapat tangkap siapa pemilik nama Judin yang dimaksudkan orang abang aku tadi.
"Alah... Pakwe kau tu!"
"Ouh... Aydin! Nama dia Aydinlah! Bukan Judin. Cakap pasal dia kan. Dia bukan pakwe Rara dah. Sekarang kiteorang dah bertunang!" ujar ku. Mengingatkan hal pertunangan kami membuatkan aku rasa nak melompat-lompat atas katil empuk ni.
"Uhuk... Air air!" Terbatuk-batuk Zafran lepas dengar kata kata aku tadi. Tangan dia memegang dadanya. Dengan rasa gelabah aku hulurkan gelas air yang berada dalam genggaman aku kepada dia.
Dengan sekali teguk, habis air dalam gelas aku tu. Zafran menghulurkan kembali gelas itu kepada aku dan aku pula hanya menyambut huluran itu.
"Abang okay?" soalku prihatin. Risau tengok dia yang separuh mati tadi.
"Kau tunang dengan dia? Bila?" berkerut dahi Zafran. Tangan dia sibuk mengurut dada bidang dia tu.
"Dah seminggu," aku menguntum senyuman. Tapi riak abang aku macam tak berpuas hati.
"Kau dah fikir masak masak? Bidin tu...".
"Aydin bang, Aydin," potongku.
Zafran menjulingkan mata.
"Aku sebut hazel jelah. Si hazel tu playboy tahu tak? Aku ni majikan dia. Kenal sangat dah sikap dia yang kaki perempuan tu,"
"Abang majikan dia? Seriously?! Kecilnya dunia! Tapi abang. Rara percayakan dia. Rara yakin yang Rara dan dia ni jodoh," ujar ku yakin.
Pfttt...
Tersembur tawa Zafran. Aku mencebik. Kepala dia yang berambut lebat tu menjadi sasaran aku.
"Aduh! Sakitlah! Eee... Suka hati kau lah. Aku dah pesan. Nanti jangan kata aku tak pernah pesan eh! Tengoklah nanti, kau akan menyesal. Setiap malam menangis je kerja kau. Masa tu kau dah tak akan terima lelaki lagi," balas Zafran dengan jelingan maut. Makanan yang berada di dalam pinggan kembali disua ke mulut.
Aku hanya memandang jejaka itu dengan riak wajah yang tidak berpuas hati. Berani dia kutuk Aydin kesayangan aku tu? Tempah maut sungguh!
Cakaplah apa pun. Kepercayaan dan cinta aku kepada lelaki yang mempunyai sepasang mata berwarna hazel indah itu tak akan luntur.
Haih, kenapa buruk sangat pandangan orang kepada awak ni Aydin?
bersambung
Advertisement
- In Serial31 Chapters
Childcare Diaries
When I opened my eyes, I became the nanny from a book I once read.
8 299 - In Serial326 Chapters
Married to his secret crush
She was a princess; rich, spoiled, and beautiful, she had a life that one could only dream of.
8 4350 - In Serial107 Chapters
Runaway
Followed by her past Alex is a shapeshifter, a panther in a world of werewolf's. she has never met another of her kind. running all day everyday for years across pack lands gets tiring so what happens when she tries to settle down on her mates territory.Will her uncle let that happen?
8 283 - In Serial51 Chapters
Elias
𝙄𝙣𝙛𝙖𝙩𝙪𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 could begin from a single touch.---After the death of Ambrosia Hill's grandmother, Josephine Hill, Ambrosia joins her family and relatives at the deceased woman's house to mourn their loss, accompanied by a lawyer and her son. Ambrosia and her sister question the cause of their grandmother's death and come to the conclusion that she was in fact murdered.Now she must uncover the dark secrets of her grandmother, but what will happen when Ambrosia falls in love with the young man whose mind is so very ill?---WARNING: Themes and chapters in this book may be unsuitable and disturbing for some readers. Such as murder, suggestive words, and descriptive events.Please read at your own risk. :)
8 182 - In Serial37 Chapters
His Possession✔ [BWWM+Completed] (Wattys2018)
BOOK 1C O M P L E T E DU N D E R E D I T I N GI quickly ran into a random room and locked the door behind me. Breathing heavySweatingScared"Jasmine........ Where are you?......" Damon said out in the open. I quietly whimpered as he passed by the door. "When I first saw you at school.....you were so breath taking, I had to make you mine. We were meant to be. "He walked back to the door I was hiding behind."YOU. ARE. MINE."****Jasmine's life was great. Things were great at school, she had the best of friend. She couldn't complain, not until Damon comes crashing into her life, metaphorically. Jasmine thinks he's a person you shouldn't mess with, a person with secrets, but at the same time, wanting to figure him out. Damon sees her in a different light than he would to anyone else, but still looks at her as if she's hiding something.Why is Damon so secretive? Most importantly...What is Jasmine hiding?Join Jasmine through this crazy, mysterious adventure she calls her life and see what's to come..#417 in Teen Romance 9/22/18#462 in Wattpad 10/16/18#80 in highschool 11/16/18#57 in highschool 11/17/18#639 in Romance 11/22/18*read at your own risk pls.*
8 120 - In Serial24 Chapters
in my dreams - han seojun
Bae Yeeun, who quietly sits in the back of the classroom, randomly befriends one of the toughest guys at school, Han Seojun. She begins to dream about him every night after they spend more and more time together. 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨 𝙝𝙚 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙨 𝙝𝙚𝙧 𝙗𝙖𝙘𝙠.#1 - koreandrama [9/27/2022]#1 - koreanfanfic [10/4/2022]#1 - suho [11/9/2022]
8 286

