《[C] Putera Kayangan》Bab 41 : Poor You
Advertisement
"Aku nak pergi Dubai lusa. Kau nak ikut?" soal Zafran. Matanya fokus pada nasi goreng Pattaya di hadapannya itu.
"Berapa lama?"
"Tak pasti. Maybe setahun,"
Hampir tersedak Anayra dibuatnya.
"Setahun?! Lamanya! Nak ikut, tapi Rarakan kerja," Anayra mencebik. Lama betul abang dia bakal tinggalkan dia untuk kali yang ke dua.
"Berhentilah. Aku ni dah mampu nak tanggung makan minum kau. Setakat makanan anjing tu, apalah sangat," kata Zafran selamba.
"Eee... Abang!"
Pecah tawa si Zafran bila tengok wajah adik perempuan kesayangannya tu mula cemberut. Comel.
×××××
"Din. Kau dah balik?" Aydan tersenyum menyambut kepulangan abang kembar kesayangannya yang baru masuk ke pekarangan rumah.
Rindu kepada lelaki itu memang tak boleh dibendung dah rasanya. Laju saja dia berlari ke arah lelaki yang mempunyai wajah yang sama dengan dirinya tu. Tubuh itu dirangkul erat.
"Eee... Tepilah. Kau ni Dan! Aku pergi dua minggu je pun," kata Aydin dalam kepenatan. Tapi hatinya berbunga-bunga dengan tindakan adiknya tu. Terharu ?
"Alah... Biarlah aku nak lepas rindu kejap," mata dia tertutup rapat. Kepala dia direhatkan pada bahu luas Aydin itu.
"Eleh kau. Kalau aku ada kat sini. Kau buat aku macam tak wujud je,"
"Hehehe... Janganlah marah. Jom masuk,"
Pasangan kembar itu melangkah masuk ke dalam rumah banglo milik Encik Zahrain, bapa mereka. Senyuman tak lekang dari bibir mereka. Masing masing bertukar cerita.
"Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk ke dalam rumah aku?" lantang suara Encik Zahrain kedengaran keseluruhan ruang. Suara dia yang dalam tu mampu membuat semua orang kecut perut.
Aydan dan Aydin tergamam. Papa mereka yang lembut dan sopan santun bak kucing parsi kini berubah menjadi singa jantan yang kelaparan. Kenapa?
"Aku tanya. Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk ke dalam rumah aku?!" nada Encik Zahrain semakin tinggi. Sepasang mata hazelnya merenung tajam ke dalam anak mata hazel anak sulungnya, Aydin.
Aydin kaku ditempat dia berdiri. Seumur hidupnya. Ini kali kedua dia direnung sebegitu. Kali pertama masa dia sekolah menengah, malas nak pergi solat Jumaat.
"Kau mungkir janji Aydin. Kau janji dengan aku kau akan berubah. Kau janji dengan aku yang kau tak buat lagi. Aku fikir kau dah insaf. Tapi tak! Kau memang tak akan pernah berubah Aydin. Kau permainkan Anayra yang cintakan kau seikhlas hati dia. Kau malukan aku. Aku tak ada anak macam kau!"
Advertisement
Kata kata Encik Zahrain bagaikan peluru yang ditembak berkali-kali pada hati Aydin.
Aku tak ada anak macam kau.
Aydin kaku.
Mesti sebab video yang aku hantar di ig tu dah tersebar. Tch, netizen. Kata Aydin di dalam lubuk hatinya.
"Pergi dari rumah aku!"
"Papa!"
"Aydan," bahu Aydan disentuhnya. Lelaki itu segera menoleh ke arah abangnya dengan mata yang berkaca.
Aydin hanya senyum. Tangannya di bawa masuk ke dalam poket seluar slack hitamnya.
"Tak sangka cepat Encik Zahrain tahu tentang ni. Lega sikit hati saya ni. Tak perlu dah saya nak berpura-pura dan ikut janji tu. Encik tak tahu betapa sakitnya saya nak tahan diri sebelum ni. Jadi lepas ni, saya dah boleh buat sesuka hatilah kan?" Aydin tersenyum sinis. Lega hatinya. Lepas ni, dia akan bebas.
"Kau memang anak yang tak guna," Encik Zahrain menggenggam buku limanya. Ikutkan hati. Nak saja dia lepaskan tumbukan pada anak lelaki dia itu. Tapi di tahan.
Anak mata Aydin mengerling sesaat ke arah wanita yang melahirkannya. Wanita itu bersembunyi disebalik dinding dapur. Mengendap mereka bertiga.
Bagasi yang berada di tangan Aydan di rampas. Dia bergegas ke kereta Range Rover hitamnya.
"A-aydin!"
Aydin menoleh. Kelihatan Puan Aysha sedang berlari ke arahnya.
"Maafkan mama. Mama tak dapat nak tolong Aydin. Taubat ye sayang? Mama sayang Aydin. Papa tu, jangan terasa dengan ayat dia. Dia marah je tu, tak lama," tubuh sasa anaknya dipeluk kemas.
Aydin tersenyum lemah. Tubuh ibu kandungnya di peluk erat. Rindu sangat dengan ibunya tu. Niatnya hari ni nak bermanja dengan wanita itu. Tapi tak kesampaian. Semua sebab kesalahan dirinya sendiri.
"Aysha Hanani, masuk!"
"Bye ma... Aydan, jaga mama, papa dan keluarga kecil kau. Jangan jadi macam aku. Aku teruk. Aku jahat. Aku bodoh. Aku playboy. Oh, satu lagi. Bagitau Aira, daddy Ayan sayang dia." ujar Aydin. Senyuman lemah tak lekang dari bibir pucatnya sebelum berlalu pergi.
Aydan menggenggam buku limanya. Baru ingat nak meluangkan masa dengan abang kembarnya. Tapi nampaknya tak kesampaian. Hatinya tak habis habis berdoa agar abangnya itu dibawah perlindungan Allah.
Tak lama setelah itu. Dia sedar akan sesuatu.
Mungkin,
Mungkin dia dah tahu punca semua ni.
"Mira," gumam Aydan dengan perasaan marah.
×××××
Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut hitam berkilat milik Aydin seakan menari-nari. Lelaki itu duduk di salah satu bangku yang ada di Taman Tasik Titiwangsa.
Advertisement
Tasik yang terbentang dihadapan dia dipandang lama. Kelihatan pasangan suami-isteri mungkin, sedang berkayak di situ.
Bibir lelaki itu mula melakar senyuman. Teringat saat dia dan Anayra meluangkan masa dengan berkayak. Mulut riuh si budak kecil tu tak boleh ditutup langsung. Ada ke patut dia kata dekat tasik ni ada buaya?
••
"Aydin, saya takutlah! Macam mana kalau ada buaya munculkan diri? Saya tak nak mati hari ni Aydin! Kita pergi darat balik eh?" pujuk Anayra.
Anayra yang duduk dihadapan menoleh ke arah Aydin yang duduk di belakang. Tangan lelaki tu gigih mendayung.
"Apa awak mengarut ni Nayra? Ini tasik! Bukan sungai," bentak Aydin sambil pandang ke kiri dan kanan. Risau juga dia. Dahlah perempuan pujaan hati dia ni mulut masin.
"Tapi... Tapi..." Anayra mencebik. Cuba meraih simpati.
"No tapi tapi," potong Aydin.
"Dayunglah jugak! Lenguh dah lengan Aydin ni!"
"Nayra tak retilah. Jom balik darat. Tak baik tau kita lupa daratan, kita balik ke pangkal jalan semula jom!"
"Apa kaitan?" berkerut dahi Aydin. Kekasih hati dia tu mesti ada je jawapan. Pening kepala dia kadang-kadang.
"Jomlah balik!!" Anayra merengek dan goyang-goyangkan kayak.
Aydin dah cemas. Budak ni nak mati ke?!
"Eh kau nak kite jatuh ke?! Kau nak kayak ni terbalik?!"
"Terbalik? Macam best je!" mata Anayra yang tadi jelas menyatakan dia ketakutan kini bersinar-sinar menyatakannya dia teruja.
Aydin dah mengucap panjang. Jangan kata dia nak terbalik kan kayak ni. Detik hati Aydin.
"Hana!" (Satu)
"Jangan nak mengada Nayra!"
"Dul!" (Dua)
"No no! Please!! Ya Allah selamatkan aku!"
"Set!" (Tiga)
Bushhh
"ANAYRA ZAARA!!"
"ehek... Lari!! Ada buayaa"
"Eeeee tunggu kau!"
Anayra berenang menjauhi Aydin yang sedang mengejarnya dari belakang. Perbuatan mereka sedikit sebanyak menarik perhatian orang awam di taman. Sweet je pasangan bercinta tu di mata mereka.
Kedengaran bunyi keluhan dari lelaki itu. Mana lah dia nak pergi? Selama ni dia duduk dengan mama dan papanya. Pernah dia terfikir untuk beli sebuah rumah. Tapi semua tu apabila dia sudah berkahwin nanti.
"Aydin?"
Aydin menoleh ke arah punca suara itu. Dia terpaku. Wanita yang dia permainkan berdiri tidak jauh dari bangku yang Aydin duduk.
Aydin berdiri untuk beredar apabila menyedari Anayra tidak hadir seorang diri. Namun, lelaki itu hanya duduk jauh dari mereka. Memberi ruang kepada mereka.
"Aydin! Nanti! Saya nak tanya awak sesuatu,"
Aydin tersenyum sinis, "tanya apa lagi Nayra?"
"Kenapa awak buat macam ni?" soal Anayra.
"Aku tak cintakan kau, Nayra. Aku just nak berseronok," Aydin memasukkan kedua dua tangan ke dalam poket.
Anayra hanya berdiri kaku.
"Aku dah jumpa perempuan lain. Yang lagi cantik dari kau. Lagi sexy dari kau. Dan, tak terlalu jaga pergaulan macam kau,"
"Awak suka perempuan yang macam tu?"
"Yup," jawab Aydin pantas.
Mukanya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Dia menatap Anayra kosong, langsung tiada perasaan.
Anayra menggenggam penumbuknya. Sedaya upaya menahan air matanya dari gugur dari tubir mata. Menyesal dia tak bawa kuali bersama sebagai mana Huda pesan semalam.
"Paling penting. Dia bukan kaki kikis macam kau. Semua benda nak guna duit aku. Dasar pisau cukur," kata Aydin selamba.
"Tapi kenapa? Why tiba tiba?" ketar ketar bibir Anayra menahan tangis. Lagi menyakitkan hatinya wajah lelaki itu langsung tidak beriak.
"Sebab aku dah sampai target,"
"Ha? Target? S-saya tak faham," berkerut habis dahi Anayra.
"Kau lupa? Pura-pura jadi kekasih aku, sampai kau lupa yang kau sedang berpura-pura,"
Anayra terkedu. Lelaki itu maksudkan kata-katanya?
"poor you~ Loser," Aydin tersenyum sinis melihat wajah Anayra seakan tersentak dengan kata-katanya tadi.
"Awak maksudkan? Awak maksudkan kata-kata awak tu?"
"Yes! Aku maksudkan. Tahu tak betapanya jijiknya aku? Betapa bencinya aku? Kau tau? Dan sekarang aku lega sebab aku bebas. Tak perlu nak berlakon lagi," kata Aydin bersungguh.
Retak hati Anayra. Matanya terpejam. Air matanya jatuh setitik.
"Aku benci!"
"Aku jijik!"
"Cukup! Fine. Awak menang Aydin. Awak hancurkan hati saya. Sampai hati awak. Lukakan hati saya. Awak jahat! Hiks... Sampai hati awak lukakan hati perempuan yang tak pernah dapat kasih sayang dari ayah kandung dia," nada Anayra sedikit meninggi. Dia geram. Hati dia hancur berkeping-keping.
Aydin diam.
"Aku benci. Jijik," ulang Aydin.
Anayra menanggalkan cincin yang ada di jari manisnya. Cincin itu dicampak mengenai wajah Aydin. Tersentak lelaki tu. Dia tak sempat nak bersedia.
Anayra beredar dari situ bersama Zafran.
Mata hazelnya menghantar pemergian Zafran dan Anayra dari jauh.
Cincin yang jatuh di atas tanah di ambilnya dan di tenung lama setelah kelibat Anayra dan abangnya itu hilang dari pandangan mata. Dia tersenyum lemah.
Aku benci,
Aku jijik,
dengan diri aku sendiri.
Maafkan aku, Anayra sayang.
Aku tak layak untuk kau.
bersambung
start hari ni mungkin update tak menentu.
seminggu mungkin sekali. Tapi maksimum 2 update. Okay sekian
p/s: baru balik dari kelas hiks
😭
Advertisement
- In Serial13 Chapters
A Beautiful Catastrophe
“Do you have regrets in life? As for me, of course I do. Lots of them in fact—my short life span, wasted youth, unfulfilled potential, and worse, no love life. If you’re given a chance to live once more, will you take it? You bet I will! And this time… I’ll make sure to do all the things I want! Live my dreams and fulfill my potential! This time… I’ll make sure to be happy—and maybe, fall in love too.” - Senara Lee Synopsis: “You are the author of your life. It is your choice to either fill it with joy or tragedy.” A dying woman reminisces on her short life and comes to regret not doing the things she likes—always sacrificing her own happiness for her family. On her deathbed, she whispers her wishes to a friend. “If only I could go back in time… I’ll make sure to live my life for my sake and not somebody else’s.” Little did she know that her impossible wish would come true with the help of a mysterious woman. And in her second chance at life, she meets a certain problematic person… “Kaiden Ma.” Both the goal and envy of many men around the world, this young and handsome genius, who is also the heir to “Red Dragon Holdings”, has a little problem. One—he is way too grumpy; and two—he is mysophobic. With his family pushing him in a relationship, the problem escalated. For how can he possibly be in a relationship if he can’t even touch anyone? Due to this, he is forced to look for a suitable “pretend” partner. “Senara Lee. I’d like to offer you a deal.” “Hm? A deal? What deal?” “I need a fake girlfriend and you’re the only one who’s trustworthy enough to assume the position. Be my girlfriend for a year and I’ll make one of your books into a movie.” “For real?! You bet I’m in! Anything for my babies!” (babies—she’s referring to her books, yes, she calls them her babies). And so, their hilarious and catastrophic game begins… Well, at least until the “Guardians of Fate” comes in. ============ FOLLOW ME and add me to your FAVOURITES if you like the story and leave me a review! ~ Update Schedule: 1 chapter daily ~ ============ FOLLOW ME ON: Facebook Page: Macy_Bae Instagram: author_macy_bae Youtube: Macy_Bae Spotify: Macy Bae Commissioned Cover done by @cyuuri21 You can follow here on Instagram by searching her username
8 188 - In Serial38 Chapters
Pandora's Gift
MHA AU omegaverse where everyone is aged up. Bakugou Katsuki X female OCSakaki Shinzuko a formal omega UA class mate finds herself working with two old friends and alpha's. Will love blossom?Warning: this story will contain mature content such as but not limited to sex, cursing, blood, violence.
8 105 - In Serial16 Chapters
TGS 1st - Silly Marriage
Cerita pertama rangkaian The Gentlemen's Series. Kisah antara Naraya Ibrahimovich dengan Alexander Davrio yang melibatkan intrik, dendam, kekuasaan, kepuasan dan hati.Aku tau aku kuat. Aku bisa memimpin perusahaan Papa dengan keahlianku yang pas-pasan. Tapi sepertinya orang-orang di sekitarku tak percaya akan kemampuanku. Bahkan aku didesak untuk melakukan sebuah perjanjian untuk menyelamatkan perusahaan papa.-Naraya Ibrahimovich-I know she's strong. Tapi aku bahkan tidak bisa melepaskan pandanganku darinya ketika dia meminta bantuanku. Well, despite of her body, tujuanku menikahinya ada sekian banyak. Dan aku tak bisa mengatakannya lewat kalimat-kalimat manis. Aku terpaksa menjebaknya lewat pernikahan bisnis dengan kedok menyelamatkan perusahaannya.-Alexander Davrio-
8 71 - In Serial22 Chapters
Just another exploration video (Solby)
"I want to notify all of you who watched this video, in no way was this faked, or-or just a joke! I-I wish it was a joke! But after what we saw there, I'm sorry, but I am never EVER making another 3am challenge video nor am I EVER doing any more exploring videos, and lastly, don't ever go to this place! I repeat, never go there, for your own safety... Watch this video with the full knowledge that this is real, thank you".
8 122 - In Serial36 Chapters
You're the risk I'm willing to take
Bella is in her senior year, and she meets her new chemistry teacher, Ms. Brandon. Why does Bella feel so drawn to her? Contains rape, so consider yourself warned. The Twilight Saga is the property of Stephanie Meyer, I only take credit for my idea's.
8 177 - In Serial52 Chapters
I Breathe Salt
Lacey Waits has gotten too comfortable appealing to the good natures of the spirits she can communicate with. See, these spirits, they breathe salt on the little sills and doorways to keep the evil out. But when she moves back to Iowa for the spring and a little Jane Doe asks for her help in bringing justice to her gruesome murder - and when Lacey subsequently denies her request - the restless spirits see no reason to stick around, allowing demons and ghouls with lesser-than-holy intentions to wreak havoc. Caught in constant danger, it's up to Lacey to get on the case of Jane Doe's death, rescue a childhood friend from a string of missing persons cases, and regain the good graces of the dead before she joins them at the hand of evil entities and water that just keeps on rising.*Previously featured on the @mystery profile**Featured on @Paranormal's "Life After Death" reading list**Featured on @Ghost's "Bustling Ghosts" reading list**Featured on @crime's "Policing the Paranormal" reading list**cover by cosettetapes*
8 125

