《[C] Putera Kayangan》Bab 45 : I Miss You
Advertisement
Kelihatan tubuh sasa seorang lelaki hanya terbaring di atas katilnya. Dah masuk empat bulan dia begitu. Rasa minat dia pada pekerjaan dia berkurang.
Tapi, dia kena gagahkan diri juga memandangkan dia kena handle syarikat di Malaysia ni sementara bossnya, Muhammad Zafran Althaf itu uruskan syarikat barunya di Dubai.
Ingat saja nama lelaki itu mesti wajah orang lain yang muncul dalam otaknya. Siapa lagi kalau bukan adik perempuan lelaki itu? Anayra Zaara.
Entah kenapa gadis itu asyik menghantui hidupnya sekarang.
Dulu gadis itu merupakan mimpi indahnya. Tapi sekarang, gadis itu dah menjadi mimpi ngerinya.
Macam mana dia nak move on?
Tok
Tok
Aydin menoleh ke arah pintu biliknya yang diketuk. Kelihatan papanya Encik Zahrain menjengukkan kepala dari celahan pintu.
Alhamdulillah, dia dan papanya itu dah berbaik semula. Semuanya sebab Kak Mira menceritakan semula kesemuanya.
Dengar saja nama Amir. Aydin terkedu saat itu. Tak sangka lelaki yang dia anggap sebagai abang itu mengkhianatinya
"Kenapa pa?"
"Kamu tak kerja kan? Tak ada projek kan? Jom ikut papa dan mama pergi Kedah,"
"Kedah?" Aydin bangun dari baringnya. Terangkat keningnya.
Encik Zahrain mengangguk, "papa nak pergi jenguk madrasah keluarga kita dekat sana. Lama dah tak pergi. Sian Pakcik Farhan penat buat kerja sorang,"
Aydin mengangguk, "boleh jugak! Aydin ikut!" jawab Aydin teruja. Moga moga dia boleh dapat ketenangan di sana.
"Kemas baju cepat. Kalau lambat, tinggal,"
Aydin terus bergegas mengemas pakaiannya. Tak sabar dia nak jejakkan kaki ke Madrasah yang didirikan oleh keluarganya dari zaman nenek moyangnya lagi. Tapi bukanlah berseorangan. Mereka ada rakan kongsi yang turut membantu iaitu Encik Farhan.
Mesti budak-budak dekat sana dah besar panjang kan?
Sedang dia mengemas, matanya menangkap kotak berbentuk segi empat sama bersaiz sederhana berwarna merah yang terletak elok dalam almari bajunya. Tangan dia mencapai kotak tu. Otak dia sedang cuba untuk ingat semula dari mana dia dapat kotak tersebut.
Kertas berbentuk hati menjadi tatapannya sekarang. Tulisan tangan di atas kertas itu menarik perhatiannya. Tulisan tangan bekas tunangnya, Anayra Zaara.
'you're doing great!'
Aydin tersenyum. Otaknya kembali memutarkan kenangan dirinya dengan bekas tunangnya dulu.
••
"Awak!"
Lamunan Aydin terhenti. Dia yang sedang duduk di kerusi malas bersebelahan kolam renang dirumahnya menoleh ke arah Anayra.
Pandangannya kosong. Dia tak tahu nak rasa seronok kerana gadis itu datang atau nak marah kerana gadis itu kacau masa bersendiriannya. Sudahlah otaknya sedang serabut lepas bergaduh dengan Puan Aysha, mamanya itu semalam.
Bayangkan. Mama dia nak perlihara zirafah! Nak letak mana zirafah tu? Aydin kata tak boleh. Tapi didesaknya juga. Akhirnya mereka bergaduh hanya kerana zirafah tak guna tu. Tak pasal-pasal dia kena label 'anak tak guna'. Halah halah, geram dia.
Puan Aysha tu tahu takut dengan Encik Zahrain. Yelah, kenapa dia tak mintak dekat Encik Zahrain je kan? Kalau dia mintak, memang Encik Zahrain akan tunaikan, risau nanti Encik Zahrain tinggalkan dia dengan zirafah dekat Afrika. Jadi Puan Aysha tak akan mintak dengan suami dia. Niat dia cuba hendak bertikam lidah sahaja.
Advertisement
Biasalah perempuan suka cari gaduh bila bosan.
Tapi masih buat dia terasa.
"Jauhnya termenung! Sampai negara mana dah tu?"
Sekali lagi Aydin tersedar dari lamunannya. Dia menjeling Anayra yang duduk berhadapan dengan dia di kerusi malas lagi satu di sebelah Aydin. Atas riba gadis itu ada kotak berbentuk segi empat sama bersaiz sederhana berwarna merah.
Kotak itu dihulurkan kepada Aydin. Tapi Aydin langsung tidak menyambutnya. Dibiarkan sampai tangan Anayra lenguh. Gadis itu pun letak kotak tersebut di atas riba lelaki itu.
"Bukak lah,"
Aydin buat tak tau. Dia hanya pandang Anayra dengan wajah kosong . Manakala, wajah Anayra pula dihiasi dengan senyuman manis.
"Awak nak bukak tak?"
Aydin diam. Masih sama. Anayra dah mula cemberut. Lihat bibir gadis itu memuncung, Aydin hampir tersenyum tapi di tahan.
"Tak apalah. Saya bukak,"
Anayra tersenyum. Tangan dia membuka kotak yang ada diriba Aydin. Kad berbentuk hati di bawa keluar.
"Tada!!"
"You're doing great?" Aydin membacanya satu per satu. Lalu pandangannya beralih kepada Anayra.
"Yes! You're doing great my Din!" ujar Anayra sambil tersengih-sengih.
"Awww... Sweetlah girlfriend saya ni! Nak peluk tapi tak halal lagi," Aydin mencebik.
"So cepat-cepatlah halal kan," kata Anayra selamba.
"Ouh... Dah pandai eh nak straight forward. Mesti mama ajar kan?"
Anayra tersengih. Dia memberi isyarat untuk Aydin tengok isi di dalam kotak tu. Aydin pun memandang isi kotak tu.
"Wah! Banyaknya chocolate! Ni bukan chocolate saya belanja awak tu ke?" Tangannya mencapai chocolate chocolate yang ada dalam tu.
"Hehehehe... Saya beli dekat kedai yang sama. Takkanlah saya nak bagi yang awk belikan. Tak bestlah nanti. Oh, lagi satu. Nah,"
Bersinar-sinar mata Aydin bila melihat huluran Anayra itu.
"Caramel Macchiato! Wah ada boba lah!" Laju tangan dia capai cawan plastik lut sinar tu.
"Thankyouu sayang! Sayang sayang~ sayang!"
Anayra tersengih. Lega dia tengok Aydin dah boleh senyum balik. Mereka pun berbuai dan bergelak tawa.
Puan Aysha dari jauh tersenyum bahagia tengok dua pasangan bercinta tu. Tak lama lagi dia akan dapat seorang lagi menantu nampaknya.
Keluhan kecil dilepaskan. Kotak merah tadi disimpannya semula.
"Untung siapa yang dapat awak, Anayra Zaara.
Aku dah kalah,"
Aydin tersenyum sinis.
"I miss you, sayang."
×××××
"Daddy Ayan!"
"Aaa!! Anak anak soleh daddy!"
Kanak-kanak yang berumur sekitar 9 hingga 12 tahun berlari anak ke arah Ayan. Mereka semua mengenakan jubah putih dan kopiah. Aydin pula kurta merah yang muat muat saja dengan dia, lengan kurta di lipat hingga siku dan jeans hitam. Tak lupa juga kopiah berwarna putih.
Mereka saling berpelukan dan bersalaman. Rindu betul dengan daddy Ayan mereka tu. Selesai dengan Aydin, mereka beralih pada Encik Zahrain dan Puan Aysha.
Kini remaja dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun mendekati Ayan. Mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aydin menyambutnya lalu memeluk seorang demi seorang.
"Lama abang Ayan tak datang sini. Ingat dah lupa kami. Abang Aydan pun, lama tak nampak." kata Aisar, salah seorang dari remaja itu.
Advertisement
"Alah... Abang Ayan sibuk sikit dekat KL tu. Banyak projek nak kena buat. Abang Aydan pun sibuk dengan cafe dia. Nanti dia nak dapat baby baru pulak,"
Remaja-remaja tadi hanya diam dan pandang ke tempat lain. Faham sangatlah, mesti merajuk ni.
Aydin tersenyum.
Ada lagi perangai budak tu. Detik hatinya.
"Alaa... Nanti abang Ayan pimpin korang mengaji Al-Quran nak?"
Terbutang mata mereka. Bukan mereka tak tahu yang abang Ayan mereka ni amat pandai kalau bab bab bacaan ni. Dia selalu jadi wakil sekolah untuk tilawah Al-Quran. Bukan sekolah je, daerah dan negeri dari zaman kanak-kanak hingga remajanya.
"Nak!!" Jawab mereka serentak
"Lepas tu petang kita main bola sepak, boleh?"
"Mestilah boleh. Dah jom kita masuk,"
Mereka semua pun masuk. Tenang hati Aydin saat berada disini. Setidaknya fikirannya tidak terlalu memikirkan masa lalunya.
×××××
"sadaqallahul'azim,"
Selesai mengaji. Mereka pun membaca doa selepas membaca Al-Quran bersama-sama. Suara merdu mereka bergema dalam surau kecil Madrasah Al-Furqan itu.
Membuatkan satu hati yang secara kebetulan lalu disitu tenang mendengarnya.
"Ingat tak abang Ayan! Kejap lagi kita lawan!"
Aydin tergelak, "yelah... Pergi tukar baju dulu,"
Sebelum beredar mereka bersalaman dengan Aydin dan sesama sendiri. Yang masih kecil asyik bermain kejar-kejar sesama sendiri menuju ke asrama mereka.
"Eh, Ummi!"
Aydin yang sedang tunduk menyarungkan kakinya ke dalam kasut mengangkat kepala. Memandang ke arah kanak-kanak dan perempuan yang digelar 'umi' itu.
Aydin kaku di situ.
Perempuan yang digelar 'umi' itu asyik melayan telatah kanak-kanak yang mengelilinginya itu. Langsung tak perasan sepasang mata hazel yang sedang terpegun memandangnya.
"Bye ummi! Nanti, malam ni, kami nak dengar kisah Nabi-nabi lagi tau!"
"Baiklah, dah pergi mandi lepas tu minum petang,"
"Baik ummi! Byebye! Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," balas Ummi dengan senyuman. Dia berpaling untuk meneruskan langkahnya ke Surau. Niatnya ingin mengaji disitu dengan ustazah yang akan tiba sebentar lagi.
Bila dia terlihat tubuh seorang lelaki. Dia pun menundukkan pandangan.
"Assalamualaikum,"
Gadis yang digelar 'umi' tadi mengangkat kepala memandang lelaki yang dia nampak tadi. Langkahnya terhenti.
"Waalaikumussalam, Ay-aydin?"
Gadis itu meneka. Tidak silap, dia dengar yang pelajar pelajar tadi memanggil lelaki itu 'Ayan'. Jadi ini mesti Aydin Zayaan.
Aydin tersenyum kecil. Sejuk matanya memandang gadis yang dulunya freehair sekarang sudah mengenakan tudung bawal untuk menutupi rambutnya itu.
Dia langsung tidak rasa mahu naik angin apabila gadis itu memanggilnya 'Aydin'. Kerana dia dan gadis itu sudah berkawan dari kecil lagi. Jadi dia tidka kesah. Malahan lagi suka.
"Tak sangka jumpa awak di sini, Farah"
Farah tersenyum.
"Pandai pula eh nak tegur? Kalau dekat cafe bukan main sombong!"
Aydin tertawa kecil.
"Sorry lah. Lagi pun, malulah nak tegur ramai ramai. Nanti kena ejek. Tau taulah perangai dorang tu macam mana kan?"
Farah mengangguk kecil. Tahu sangatlah perangai pekerja Aydan tu. Semua suka mengejek atau kata lain 'menganjing'. Lagi lagi si Aiman.
Ah, Aiman masuk ke dalam otak aku lagi. Astagfirullahaladzim. Farah beristighfar panjang di dalam hatinya.
"Kau cantik bila tertudung, Farah. Aku suka tengok kau dah berubah. Ni nak pergi mengaji ke?"
Farah mengangguk.
"Haah, aku nak pergi mengaji dengan Ustazah Fatma,"
Aydin tersenyum lebar mendengar nama ustazah itu. Kenangannya saat membesar di Madrasah ini menjelma serta merta. Waktu itu, dia dan Farah merupakan kawan baik. Ada saja akal kami ingin mengenakan orang di Madrasah ni.
Kalau ada Aydin. Adalah Farah. Kalau salah seorang tiada, atmosfera madrasah ini akan menjadi sunyi secara mendadak.
Aydan? Dia duduk di sekolah sukan. Dia suka sangat dengan sukan. Tapi makin menginjak dewasa. Minatnya berubah arah ke memasak. Minatnya itu sampai dia mengambil aliran kulinari.
"Tersengih-sengih. Teringat kerja gila dulu lah tu,"
"Hehehe... Erm... Farah," Aydin memandang Farah. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.
Faham akan maksud tersirat senyuman itu. Farah mengikur senyuman sinis.
"Jom!"
×××××
"Astagfirullahaladzim! Kamu berdua ni! Ingat dah besar panjang tak buat perangai dah," Ustazah Fatma mengusap dadanya beberapa kami. Nasib baiklah dia tiada penyakit jantung.
Kalau ada, memang buat kenduri arwah hari ni.
Ada ke patut Farah dan Aydin terkejut kan dia saat dia melangkah masuk ke dalam surau? Bukan mereka berdua saja. Ada juga Mia, salah seorang muridnya juga.
"Ustazah rotan nanti baru tahu," Ustazah Fatma mengeluarkan rotan legendnya.
Rotan tu dari zaman mudanya lagi tau! Masih kuat dan masih berbisa.
Farah dan Aydin hanya tersengih macam kerang busuk. Manakala Mia sibuk mengemas rak di dalam surau.
Ustazah Fatma menggelengkan kepala.
"Ha, Farah. Ustaz Farhan pesan tadi. Dia balik awal. Jadi kamu kena balik jalan kaki,"
"Alaa..." Farah mencebik.
Ustaz Farhan atau abahnya itu selalu saja balik awal. Mesti sebab ada Aydin ni. Sebab tu dia berani tinggalkan anak gadisnya seorang diri dan dia tahu, Aydin tak akan benarkan seorang gadis balik jalan kaki seorang diri.
Sudah memang sifat dia begitu.
"Tak apa, Aydin hantarkan dia nanti,"
"Baiklah. Terus hantar ke rumah. Jangan melencong,"
Aydin mengangguk. Belum lagi nak balik, ustazah tu dah pesan. Mesti nanti ustazah tu akan ulang berkali-kali. Tengoklah.
"Assalamualaikum... Maaf lambat!"
"Waalaikumussalam," jawab mereka berempat serentak.
Aydin melihat ke arah punca suara itu. Terkejut besar dia dibuatnya.
Mata aku tipu aku ke? erm.. muka sama je kut. Dalam dunia ni kan ada 7 orang muka serupa. katanya dalam hati.
Lelaki atau punca suara tadi hanya menghadiahkan senyuman kepada Aydin.
"Haa... Razeeq, mari mari duduk."
"Razeep?!" spontan Aydin.
"Yalah.. Razeeq. Pelajar baru Ustazah. Hari ni ustaz Farhan sibuk jadi Ustazah kena ambik dia ni. Ha, alang alang kamu ada ni, ajarkan dia ya?"
Aydin lambat-lambat mengangguk. Masih terkejut.
"Apa nama penuh Razeeq?" soal Mia. Teruja lihat ada mualaf dalam madrasah ni.
"Adam Razeeq Xu."
Makin membulat mata Aydin.
"Sumpah lah?!"
bersambung
siapakah Razeeq?
🌚
Hari ni baik hati dah update lagi ehek
Muaahh
Advertisement
- In Serial1740 Chapters
Beauty and the Beast: Wolf Hubby XOXO
Going for a swim, she ends up in an ancient wild Beast World and ends up being brought home by a handsome wolf. She wants to stick to the handsome wolf, stock some salt, farm some land, look at some handsome men and grow old like that, but the handsome wolf pounces on her every day. What? He wants her to have babies? NO~ NO~ NO~ There is no happy ending to interspecies marriages, hurry and let go of me handsome wolf~
8 116 - In Serial72 Chapters
The Wanted Wife: Daddy, Mommy Escapes Again!
The whole life of Li Jingzhi could be concluded with one sentence: His ups and downs in life is all due to Si Luoming. When he was young, he dreamed to be a person like him…Till the end she finds that he hated her, especially when she "murdered" the one in his heart indirectly. Since then, he has never hidden his hatred for her. And then she knows her life has already been messed up all these years… Read all of the latest chapters The Wanted Wife: Daddy, Mommy Escapes Again! on Flying Lines.
8 229 - In Serial18 Chapters
Sunset at Han river
Her eyes felt too heavy to open, her head felt like it was cracking and her body felt like it was dead. In the midst of her confusion, Ana could hear voices from afar but could not understand a single word that was being said. "This is what being buried alive must feel like." Feeling like stuck in a bad dream she was starting to panic, she had no clue about what was going on and feared she was no longer in her apartment. The voices in the distance were getting closer as she slowly began to regain control of her body, she could now move her fingers. She heard the people clearly now and still, she could not understand a word. They were speaking in the native language, one she did not speak. She could move her head now and her eyes did not feel so heavy anymore, she opened them in fear and discovered she was alone. She was definitely not in her apartment anymore and she had no idea about where she could be."This is not happening!"
8 156 - In Serial6 Chapters
Like Oil and Water - Love and Hate at the Same Time
A man and a woman of opposite character and values fall in passionate love badly. In their head, they know it's not going to be easy but they just can't resist.
8 197 - In Serial34 Chapters
The 31st Floor (Cellphone Novel)
A tall building with 32 stories. The elevator takes you up slowly. Floor numbers light up as you ascend. 29... 30... 32... Wait... where's 31?[Written in 2013; originally published on textnovel]
8 173 - In Serial31 Chapters
Remembering Rose
[2022 Watty Award Winner] When Jackson returns to Dogwood, a small town in the Canadian Rockies, to find a wife, not everyone is happy to see him, including Rose, who was Jackson's first love and who has never forgiven him for leaving. *****When airline magnate Jonah McBride tells his playboy sons to find suitable wives or risk losing their stake in the family business, the three McBride boys--including youngest brother Jackson--descend on their boyhood home in the Canadian Rockies, looking for women to marry. However, Jackson doesn't count on his feelings for Rose, the girl he disappeared on at sixteen, and she's not exactly sweet on his return. Rose Whitfield is the new mayor of Dogwood. Afraid of turning out like her thrice-divorced mother, she has no desire to marry. However, when Jackson McBride returns to town after more than a decade, his presence stirs long suppressed memories of their teenage romance--and an undeniable present day attraction. Unfortunately, Rose isn't the only one in Dogwood troubled by the McBride boys' return. For fans of small towns and second chances. Welcome to Dogwood, where hearts and fortunes are won.[Book One of The Dogwood Brides series.][Featured on @Romance and @AdultFiction.]
8 185

