《[C] Putera Kayangan》Bab 47 : Uhuk
Advertisement
Sekali lagi kami ke Tasik Titiwangsa. Saja Aydin bawa aku ke sini sebab dia tengok aku macam moody je. Aku bukan apa. Tapi aku asyik fikirkan kata kata kak Mira.
Wajah Aydin yang dari tadi senyum memandang aku membuatkan aku rasa tenang.
"Aydin,"
"Hmm..."
"Kak Mira ada cerita something dekat saya tadi masa awak jumpa Aydan,"
Air muka Aydin mula berubah. Dia seakan tak tenang mendengar kata-kata aku tadi.
"Jadi, awak dah bencikan saya?" Aydin merenung ke dalam anak mata aku.
Luluh hati aku tengok anak matanya yang mula berkaca. Aku menguntum senyuman.
"Kenapa pulak saya nak benci awak? Saya akan selalu percayakan Mydin saya ni,"
"Betul?"
"Ye, saya akan selamanya percayakan awak,"
"Kalau one day saya cakap saya dah tak cintakan awak? Awak akan percaya jugak?"
Aku terkedu. Kenapa pula dia aku soalan macam ni?
Aydin tersenyum, "bila ayat tu keluar dari mulut saya, buang kepercayaan awak kepada saya, jangan percayakan saya lagi."
Aku memandang Aydin lama. Otak aku cuba untuk menghadam kata-katanya.
Dia ada niat nak tinggalkan aku ke?
Maksudnya,
Semua yang dia kata masa kami terserempak di Taman Titiwangsa tu semua ialah satu penipuan?
Dia tak permainkan aku?
Kuatnya awak boleh berlakon seakan tak ada apa apa untuk awak.
"Kenapa baru sekarang saya faham dengan kata-kata awak tu? Nayra lembab!" aku menangis sendirian dalam bilik. Mengenangkan kata-kata abangnya tadi.
Aydin buat macam tu sebab dia dah tak mampu. Dia cuba jadi baik. Tapi semua kutuk dia. Kata dia berlakon. Akhirnya, dia buat keputusan untuk 'buktikan' yang betul dia buat semua tu.
Dia rasa. Tak ada guna dia cuba jadi baik. Walaupun memang dia ikhlas kerana mulut mulut disekelilingnya.
Tapi dia silap kerana mencari kepuasan manusia. Dia silap.
Dah nak 11 bulan aku berada di Dubai. Aku rasa, aku kene balik ke tanah air semula. Aku nak jumpa Aydin. Yes, Aydin!
Dah 2 hari berlalu. Aku asyik call dia tapi langsung tiada yang di angkat. Semuanya masuk ke dalam voicemail je.
Dia off telefon ke?
Ah, tak silap aku dia ada dua telefon. Satu khas untuk kerja, satu lagi khas untuk sosial semua ni. Tapi, aku tak tau nombor dia yang khas untuk kerja tu.
Instagram dia pun macam dah tak active. Semua gambar dia dah tiada. Padam atau archive, aku sendiri pun tak pasti.
Banyak kali dah aku asyik terfikir untuk menghubungi Aydan. Tapi aku takut. Aku takut kalau Aydan marah aku. Yelah, Aydin abang kesayangan dia kut! Mesti dia akan marah gila kalau apa apa jadi dekat abang dia tu.
Tapi, dia je satu-satunya cara untuk aku tahu keberadaan Aydin sekarang. Macam mana aku tahu dia tak ada di Kuala Lumpur?
Sebab abang aku kata Aydin mintak berhenti kerja. Tapi abang aku tak bagi sebab Aydin ni pekerja terbaik dia. Jadi dia beri lelaki tu cuti panjang sampai Zafran ni balik ke Malaysia semula.
Advertisement
Cakap tentang dia. Argh! Semua salah abang aku. Shit. Dia balik, aku akan terus maki dia. Tunggulah!
"Assalamualaikum..." Lelaki berkemeja putih beserta beg dan coatnya yang berada pada pegangan melangkah masuk ke dalam rumah. Walaupun penat, dia gagahkan dirinya untuk tersenyum kepada aku.
"Dah kenapa muka kau masam mencuka ni? Senyumlah sikit... Kesian abang kau ni bau balik kerja dah kena tengok muka tak lawa kau tu," seloroh abangku. Aku pula masih begitu.
"Hey... Kenapa ni? Did something bad happen? Hm..." soalnya lembut. Kini dia sudah berada di hadapanku. Barang-barang yang ada yang ada ditangannya sudah diletakkan di atas sofa.
"Yes, something bad happen. Dan semuanya bermula dari abang!" Dahi Zafran berkerut seribu. Mesti dia pelik kenapa aku cakap semua bermula dari dia.
"Apa ni? Abang tak tahu apa-apa pun," Zafran memandang aku dengan wajah blur nya. Makin mendidih pula darah aku ni tengok dia begitu, terus saja aku bangkit dari duduk.
"Abang yang buat Aydin tinggalkan Rara kan? Sampai hati abang buat adik sendiri macam ni," dada aku turun naik menahan amarah. Mata aku mula dah mula ditakungi air mata yang bila-bila masa sahaja akan tumpah.
Membayangkan apa yang abang aku telah lakukan, hati aku sakit.
"Dia permainkan kau Rara. Kau tak nampak ke? Dia peluk perempuan lain. Dia tu Playboy!"
"Tak! Dia dah berubah! Dia kene fitnah! Lagipun, kami dah bertunang. Dah nak kawin pun abang. Macam-macam kami dah plan. Cuma tunggu abang je untuk wali kan Rara. Tapi abang dah rosakkan semuanya!"
Zafran hanya mendiamkan diri di situ. Wajahnya diraup kasar dan matanya terpejam rapat. Mungkin sedang menahan amarahnya tatkala aku meninggikan suara padanya.
"Apalah perasaan Aydin kan? Kawan dia fitnah dia, tikam belakang dia. Boss dia yang dia dah anggap sebagai abang tak percayakan dia. Terpaksa tipu diri sendiri untuk kesenangan hati orang lain," kepala ku tertunduk ke bawah. Air mata yang aku tahan dari tadi sudah pun turun membasahi pipiku.
"Rara... Aku mintak maaf. Aku... Aku sayang kau sangat Rara. Aku takut kalau tunang kau tu ada niat tak baik pada kau. Sebab tu aku buat semua ni," tangan abangku aku tepis kasar daripada terus menyentuh bahu aku. Aku memandangnya dengan perasaan geram yang terbuku di hati.
"Sayang huh? Abang dah rosakkan kebahagiaan Rara. Rara nak balik Malaysia. Rara nak dapatkan Aydin semula," aku mula bergegas ke bilik. Tapi langkah ku terhenti kerana Zafran.
"Aku ikut,"
"Tak payah! Abang kan sibuk dengan kerja abang tu. Pergilah hadap kerja abang tu puas-puas. Tak payah sibuk nak ikut Rara balik," ujar aku kasar.
"Bagilah abang ikut. Abang pun nak mintak maaf dekat Aydin," ujarnya lembut.
"Tak payahlah abang. Abang jangan sesekali balik Malaysia. Kalau abang balik jugak, tengoklah, abang akan ditimpa bencana!" ujarku lantang. Terbeliak habis mata abang aku. Ha! Aku kisah apa? Biar padan muka dia.
Advertisement
Panggilan abang aku langsung tak menghentikan langkah aku untuk terus ke bilik. Siapa suruh cari fasal.
×××××
- -
"Farah... Aku rindu Nayralah,"
Percaya atau tak, ini dah masuk 50 kali Aydin cakap dia rindu Anayra, bekas tunangnya itu. Panas dah telinga Farah ni. Nak kata bodoh nanti terasa.
Tapi memang bodoh pun!
Sebab apa?
Sebab nak puaskan hati manusia. Akhirnya diri sendiri yang sakit. Dorang dah boleh kawin tau kalau nak diikutkan. Rugi!
Tapi tulah, jodoh tu rahsia Allah.
Mungkin ni kifarah untuk Aydin yang dulu kaki perempuan. Entahlah.
"Rindunya..."
"Ya Allah... Kau ni asyik cakap rindu, rindu, rindu. Aku suruh kau pergi Dubai cari dia tak mahu pula!"
Aydin pandang Farah dengan wajah malas.
"Nak ke dia jumpa aku ni? Entah entah dia dah ada lelaki lain dekat sana tu. Haih," keluhan kecil dilepaskan untuk kesekian kalinya.
Sawah padi yang terbentang luas dihadapannya dipandang. Tenang hatinya. Andaikan saja gadis kesayangannya itu dapat hilang semua ni dengan dirinya. Pasti lebih seronok.
"Aku tak faham sebenarnya. Macam mana korang boleh putus? Cuba cerita semuanya dekat aku,"
Aydin menarik nafas dalam. Kemudian dia menunduk. Kakinya menyepak batu yang ada di atas tanah. Farah pula duduk di kerusi kayu yang ada di situ.
"Aku yang putuskan pertunangan tu sebenarnya," jujurnya. Pelan saja nada suaranya. Tapi masih dapat didengari oleh Farah.
"Ha? Kenapa?!" spontan Farah. Terkejut beruk dia. Dah tahu sayang pergi lepaskan buat apa?
"Sebab... Aku geram. Orang asyik kata aku permainkan dia. Orang kata aku tak ikhlas. Kau faham tak bila orang cakap macam tu. Kau akan perlahan-lahan ke arah tu. Bila kau dah penat. Kau iya kan last last benda tu makan diri kau sendiri. Aku penat dengan mulut orang," terangnya.
Farah mengeluh. Kepalanya digeleng. Tak faham betul dengan si Aydin ni.
"Tapi Nayra tak pernah cakap apa apa pun kan? Aku tengok dia je banyak back up kau. Dia banyak cuba percayakan orang lain yang kau ni dah berubah. Tapi kau? Ada kau hargai? Kau tinggalkan dia! Bagus!"
Aydin diam.
"Kau fikir dengan cara macam ni selesailah masalah kau? Kau tinggalkan dia, lagilah orang akan anggap kau ni playboy. Bayangkan kalau kau pertahankan je hubungan kau tu sampai naik pelamin. Mesti orang tak akan mengata kau dah," sedaya upaya Farah menahan suaranya dari meninggi.
Aydin masih diam. Hanya menadah telinga. Padangannya masih ke arah sawah padi memandang sekumpulan kambing yang beratur ingin balik ke kandang.
"Aku nak test je. Nak tengok dia percayakan aku atau tidak,"
"Woi setan! Kau bodoh ek? Semua orang cakap kau jahat. Dia pertahan kan kau. Itu tak cukup menyakinkan kau lagi ke yang dia tu percayakan kau?" Farah memicit-micit dahinya. Penat dengan perangai bodoh Aydin ni.
"Kenapa sampai nak block aku bagai?"
Farah tersengih. Nampak sangat Aydin tak mahu mengaku salah sendiri. Apa dia nak expect Anayra tu akan borak dengan dia macam biasa?
"Kau mesti tak pernah rasa kena reject dengan break kan? Yelah sebab biasanya kau yang reject and break dengan someone," sindir Farah.
Aydin memutar biji mata. Menyampah dengan Farah yang seakan ingin mengungkit kisah lamanya.
"Sebagai seorang perempuan yang baru saja kena reject. Mari aku cerita dekat kau betapa hancurnya hati ni. Sekaligus, kita bandingkan kena tolak dengan kena tinggal,"
Aydin tersenyum sinis, "sian member,"
"Aip diam!"
Farah menarik nafas dalam sebelum memulakan kata-katanya. Kata-kata atau bebelan? Entahlah.
"Sakit kena tinggal dengan sakit kena reject berbeza tau. Sakit kena tinggal lagi menyakitkan sebab orang tu dah sayang sangat dekat seseorang tu. Tapi kena tinggal. Perasaan tu macam orang yang pergi tu tikam hati seseorang tu sampai hancur,"
Aydin hanya diam. Sedia mendengar. Dia memandang wajah Farah. Awning tudung dia habis kemek sebab tiup angin petang.
"Lagi- lagi bila kau letakkan harapan dekat dia untuk jadikan dia isteri yang sah. Rasa dia macam kau cuba untuk bunuh perasan dia. Kadang-kadang perkara kau buat tu boleh menjadikan satu trauma untuk perempuan berharap pada lelaki dan takut untuk menerima lelaki lain dalam hidup padahal lelaki tu memang betul-betul nakkan dia," tambah Farah.
Aydin cuba menghadam setiap bait-bait kata Farah. Rasa bersalah mula terbit di sudut hatinya.
"Perasaan kena reject pulak. Rasa dia hampir sama cuma bezanya tak ada memori yang indah diukirkan bersama. Lagi satu, tak ada lah letak harapan yang tinggi pada encik Crush. So damage dia tak teruk sangat,"
Aydin mengangguk-anggukkan kepala.
"Tapi kalau sampai kena hina. Siapa je tak sakit. Kan?" Farah memandang wajah Aydin dengan pandangan sayu. Cuba menahan sebak.
Aydin mengukir senyuman kecil dan mengangguk.
"Kau kuat Farah. Kau dan Anayra. Dua dua kuat," ujar Aydin sambil tersenyum.
"Well... Aku memang kuat. Kau tu je, lembik! Baru kena mengata sikit dah koyak sampai putus tunang! Hati tisu!" kata Farah diakhiri gelak tawanya lepas melihat lelaki itu memandang tajamnya.
"Kau!" Aydin menunding jari.
Tanpa membuang masa Farah berlari meninggalkan Aydin. Mujurlah dia pakai seluar. Kalau tak, mahu koyak kain baju kurung dia ni.
"Jaga kau Farah!"
"Aydin koyak! Aydin koyak! HAHAHAHAHA."
"urghhhh!"
bersambung
Tak tau nak letak tajuk apa untuk bab ni. So kite letak jelah 'uhuk' 🤣
Advertisement
- In Serial76 Chapters
The Guidebook For Villainesses
Laviore Bailey—the ‘fake saintess’ who banished the innocent princess and stirred up bad blood to wage war.
8 448 - In Serial8 Chapters
Love Of Baybur [Participant in the Royal Road Writathon challenge]
The Sultanate won a huge battle against their enemies of different religion, and now left them with only a piece of land surrounded by Sultanate's forces. Baybur, a yerliyya from a backwater place, is hailed as a hero after the war for his past contributions in a strange manner and is, thus, invited to a banquet prepared by the Sultan and attended by many Great Nobles. To Baybur, who had dreams of stepping on a higher stage in Sultanate's politics, and in his Orta's ranks, this is a chance for him to shine and rise. Yet he, and many in the banquet, knows that victory is far from over. And this presents a chance, with greater risk than before, to impress the Sultan and the Pashas of the Sultanate. Sanjak-beys and Aghas of the Janissary Corps all seek to devour their enemies, both in and out of the Sultanate. And Baybur, in the midst of this brewing storm, is no different from a fish dreaming to be a dragon. But a woman he meets at the banquet changes everything; his goals, his dreams, and his fate. After all, love, without expression, is a deadly curse. As a note, Cover is not mine obviosuly, and I write this both for NaNoWriMo and Writathon. To some history lovers and nerds who specialize in it, I know you might be angered quite a deal with some things I've written.(I get the feeling when someone talks wrong foolish things in a study I know, no hate) But this is a historical fiction written by a seventeen-year-old, don't expect much from me to know every single detail. Much of my research is surface level and some things are, well, to fit plot, are changed. So bear that in mind. For schedule/chapter thingt, there will be at most five chapters until I pass the 55.555 words mark. Each chapter will be around or above 10k+ words. It is also not edited, and probably won't be unless I find a great deal of time in my hands after November to see what I lack in where. That's all. Now go read, or leap to another fiction. Enjoy!
8 106 - In Serial63 Chapters
A Misconstrue Affair✔️ ( Completed)
He irritated her, but she was stuck with the new boss; For him, she was just his secretary and no one important.But everything changed one stormy night. Maaz Nawab Ali, owner of Paris's posh Five-star hotel and Anaya Hussain his secretary landed up having an affair; supposedly......Previously titled as Affair with the Boss
8 148 - In Serial24 Chapters
The Ultimate Puppeteer, Aristia's Brother || The Abandoned Empress
[Harem x OC] ・・・・☆・・・・☆ ・・・・A prodigy among prodigies. Is a way to describe him. Having no reason to use his full potential, he became a lazy person on his second life. Though he was lazy that didn't mean he became rusty, instead he mastered new things he never had time to learn in his first life.Already on his third life, he realised that he was in a manhwa he read about in his first life. The Abandoned Empress, he pitied the girls. Both suffering because of Fate and the Damn God.Read the story of how our protagonist deals with the path he took as a huge siscon."Nincompoops they're all nincompoops!"・・・・☆・・・・☆ ・・・・[Note: Do not mind the A/N's in the early chapters because the voting was years ago and it is now a harem]This story is undergoing intense formatting and editing
8 135 - In Serial200 Chapters
(PART 2) TMLMIH: Master Mu's Pampered Wife
Contains Chapter 199 to 794 🖤PLEASE DO NOT VOTE ON ANY CHAPTER TO AVOID DELETIONThis story is not mine, credits to the respective owner. For offline reading purposes only.
8 199 - In Serial45 Chapters
Anomalies [BXB] ✔
HIS STAR SERIES 1***"I am the textbook definition of in love with you."***Castor Rex: He's snarky, quiet and mysterious. A secret keeper. He doesn't like his life to be on display. People avoid him, even if they respect him.Jasper Red: He's polite, nice and helpful. A open book. He likes filling his life with other people and their love. People love him, they can't help it.Because of his quiet nature, snarky smirks and sarcastic words Castor has always had a hard time when it came to making friends -and keeping them. Something Jazz doesn't struggle with.With Jazz's protective nature, shyness and many friends he doesn't need someone else to fill a spot in his life -at least, that's what he thought.Then they met.And that empty part in Jazz's heart felt a little bit bigger because he started to realize Cas could fill it.Cas sees him as a grinning, happy dork he has no chance with.Jazz sees him as a adorable, grumpy jock that now, is his.Castor wants to get through the school year as quietly as possible but with how loud Jazz loves, neither of them know if it's possible, and to make matters worse they're roommates for the rest of the year.It's only a matter of time before they come together or fall apart.***As a private person, someone who doesn't share myself with others, I can say that learning how to interact with others is difficult. It's like baking, almost, you have to mix the right ingredients together, and if you add the wrong ones things can taste hideous even if they look good. It's a lot like our words. But I've mastered how to tell someone just a little about myself but doing it in a way that makes the person in front of me think they know a lot.Jasper, somehow, sees through this every fucking time and it's absolutely infuriating. He's never satisfied with just a little of me, with my hidden truth, and it's the most annoying thing I've ever experienced.
8 192

