《[C] Putera Kayangan》Bab 48 : Aydin & Farah
Advertisement
"Kau tengoklah tu. Elok sangatlah perangai berkepit je berdua," ujar salah seorang makcik bernama Mak Yah di kedai runcit itu. Sakit mata dia tengok Aydin dan Farah main kejar-kejar di hadapannya.
"Ala... Dorang kan kawan sehidup semati. Biarlah dorang. Bukan dorang buat benda terkutuk pun," ujar Mak Robi yang sedang memilih biji tomato dengan khusyuk.
"Dorang dua tu masing-masing anak ustaz. Patutnya pandailah jaga ikhtilat,"
"Aku sokong apa kau cakap Yah. Aku selalu nampak Farah dengan Ayan tu lepak dekat sawah padi. Berdua-duaan wey!" ujar Mak Sufi sambil melagakan kedua-dua jari telunjuknya. Menandakan yang Farah dan Aydin tersangat akrab.
"Elok sangatlah tu. Orang kata kalau berdua ni ada yang ketiga. Nanti mulalah ada yang terlanjur. Aku tak nak kampung kita ni ada anak luar nikah. Buat malu je!" Mak Robi hanya menggelengkan kepala. Rakan dia dua orang tu suka betul mengumpat orang-orang dalam kampung ni.
Lagi-lagi hal si Farah tu. Entah apa dosa gadis tu pada mereka pun tak tahulah.
"Betul betul... Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Ustaz pun ada yang buat hal. Farah tu dahlah seksi. Aku ingat lagi masa dia freehair fuh, dengan laki akulah terbeliak tengok dia. Sekarang tiba-tiba bertudung balik. Takut kena azab dekat neraka lah tu,"
"Siapa je tak takut kena azab dekat neraka, Sufi? Farah yang muda tu pun reti nak kembali ke pangkal jalan. Kita yang tua ni? Kubur dah memanggil pun sibuk lagi nak cari baik buruk orang,"
"Ish kamu ni Robiah. Suka sangat pertahanan si Farah tu. Tak faham betul aku," Mak Yah dan Mak Sufi meninggalkan Mak Robi berseorangan di situ.
"Amboi Mak Yah, Mak Sufi. Banyaknya membeli. Ada kenduri ke?" tegur Mak Liya yang baru sahaja sampai dengan ramai. Namun dia hanya mendapat jelingan dari dua wanita bayanya itu.
"Haah... Nak buat kenduri tolak bala malam ni. Kampung ni makin lama dipenuhi maksiat. Kan Sufi," Mak Sufi hanya mengiyakan sahaja. Mereka langsung tak memandang ke arah Mak Liya yang terpinga-pinga.
"Maksud Yah? Liya tak faham,"
"Haih... Tolak bala lah. Takut-takut ada yang terlanjur dekat dalam kampung ni. Cukuplah Ali sorang je tergila-gilakan anak kamu si Farah tu sampai ambil bahan terlarang. Risau Ayan pula nanti jadi mangsa anak kamu tu,"
Mak Liya terdiam. Jauh disudut hatinya dah mula menyumpah seranah anak gadisnya, Farah. Kalau gadis tu pulang ke kampung, mesti ada sahaja yang tak kena. Kalau gadis tu tiada, aman saja kampung ni.
"Apalah agaknya kerja dia dekat Kuala Lumpur tu kan? Entah-entah jadi pelacur orang VIP kat sana,"
Tanpa sebarangan kata, Mak Liya beredar dari situ dengan hati yang panas membara. Dalam fikirannya sekarang, dia nak ajar si Farah tu cukup-cukup.
"Mujurlah si Faiz tu kita dah buang awal-awal. Kalau tak, makin teruk agaknya kampung ni. Harap je bapaknya ustaz, tapi perangai. Haram,"
"Betullah orang kata iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa,"
×××××
"Ibu... Sakit ibu," rintihan Farah langsung tidak diambil peduli oleh Mak Liya. Tanganya ligat melibas rotan pada tubuh sang gadis itu.
Advertisement
"Kau memang suka memalukan aku kan? Dah elok-elok kau keluar dari kampung ni tiba-tiba kau datang semula. Hidup keluarga aku aman bila kau tak ada dekat sini tahu tak?! Menyusahkan!" rotan yang sering digunakan Ustaz Farhan masih menjadi senjata Mak Liya untuk menyakiti gadis itu.
Tak hanya itu, habis diterajangnya gadis itu. Rambut perang separas bahu itu ditariknya sehingga gadis itu terdongak ke atas. Mata penuh dendamnya menikam anak mata sayu milik Farah yang menahan kesakitan.
"Astagfirullahaladzim Liya!" pantas Ustaz Farhan menyelamatkan Farah dari terus disakiti oleh isterinya. Anak gadisnya dipeluk kemas.
Aydin yang mengikuti Ustaz Farhan ke rumah terpinga-pinga di situ. Walhal, ini bukan kali pertama dia ternampak keluarga tu bergaduh macam ni. Banyak kali.
Disebabkan itu jugalah Farah lebih suka lepak bersamanya di rumah Encik Zahrain. Lebih tenang katanya.
Sedar akan keadaan Farah yang tidak bertudung. Aydin toleh ke tempat lain. Alang-alang, baik dia pergi kira buah rambutan Ustaz Farhan dekat pokok tu ada berapa biji.
"Apa awak ni Liya? Berani awak pukul anak saya?" Ustaz Farhan sedaya upaya menahan amarahnya. Suaranya juga dikawal rapi agar tidak ditinggikan. Dia tidak mahu anak gadisnya terkesan.
"Awak pukul anak saya boleh pula? Awak halau anak saya dari rumah ni! Dia pun anak awak tahu tak?!" Mak Liya memberontak. Dia langsung tak kisah kalau dia dah melebihi batasnya sebagai seorang isteri.
"Siapa suruh dia buat kerja bodoh? Saya tak ajar dia buat kerja-kerja bodoh tu. Lagi pun, dia bukan anak saya. Sata tak ada anak macam dia!" Mak Liya terdiam. Dia takut melihat aura bengis Ustaz Farhan yang dikenal dengan kelembutannya itu membuatnya menggeletar hebat.
Aydin yang berada diluar rumah juga turut meremang diluar mendengar suara lantang Ustaz Farhan. Sungguh jelas suara itu menyapa deria pendengarannya.
"Ya Allah... Kau permudahkanlah urusan mereka. Jauhkan perkara-perkara buruk dari keluarga ini Ya Allah. Amiin," doanya sendiri.
×××××
Aydin hanya membisu. Dia tak berani nak bersuara sekarang ni. Sesekali dia memandang Ustaz Farhan yang berada di sebelahnya sekilas. Mereka sekarang sedang berada di dalam kereta Aydin menuju ke pekan.
Lelaki tu langsung tak berkata apa-apa. Matanya pula tertutup rapat. Langsung tiada sebarang gerakan. Haih, meninggal ke?
"Tak payahlah asyik nak pandang ustaz. Ustaz tidur je tak mati lagi,"
"Astagfirullahaladzim!" Aydin mengusap dadanya. Terkejut. Gila tak terkejut? Tengah tenung tiba-tiba orang yang di tenung tu bersuara.
"Maaflah Aydin kena dengar pertengkaran keluarga ustaz tadi," Aydin tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala.
"Saya yang patut mintak maaf. Saya dah macam menyibuk pula dalam keluarga ustaz. Kalau saya tak ajak Farah lepak dekat sawah mesti tak jadi macam ni," ujar Aydin sayu. Ya, salah dia kerana sering mengajak gadis itu menemaninya.
Tapi, selain Aydan. Hanya gadis sahaja yang akrab dengan dia. Mereka dah berkawan dari kecil pula tu. Membesar sama-sama. Selalu kongsi rahsia. Dah anggap macam adik beradik pun ada.
"Tak apa. Lepas ni, cubalah elak pergi mana-mana tempat tak ada orang tu berdua-duaan. Ustaz tahu korang tak ada buat apa-apa yang terkutuk. Tapi apa pula pandangan orang nanti? Tak fasal-fasal jadi fitnah," Aydin menganggukkan kepala beberapa kali.
Advertisement
"Aydin macam mana? Dah jumpa dengan tunang Aydin?" Ustaz Farhan memandang sisi wajah Aydin yang sedang fokus memandang. Lelaki muda itu tersenyum kelat tatkala sebaris nama gadis yang dicintainya itu meluncur keluar dari mulut ustaz.
"Tak ustaz. Lagi pun dia dekat Dubai tu. Jauh. Entah-entah dapat pengganti dah dekat sana tu. Semua berupa, berduit sekali pula tu," Ustaz Farhan tersenyum sendiri. Hal itu membuatkan Aydin hairan.
"Kenapa ustaz senyum? Aydin ada buat lawak ke?"
"Taklah... Cuma cara Aydin cakap tu macam tunang Aydin tu mata duitan," teka Ustaz Farhan atau lebih kepada memancing si Aydin.
"Eh tak! Dia bukan perempuan macam tu. Dia baik, dia comel. Dia pandai berdikari. Dia bukan mata duitan. Dia pun tak memilih rupa. Kalau dia dah sayang, dia sayang sepenuhnya hati," pintas Aydin. Membayangkan gadis itu membuatkan bibirnya mengukir senyuman lebar.
"Wow... Ustaz boleh nampak,"
"Nampak apa ustaz?" sekali lagi Aydin hairan. Ustaz ni pelik-pelik lah.
"Nampak yang kamu ni dah jatuh cinta sedalamnya dekat dia. Baru cerita pasal perwatakan dia pun dah buat kamu senyum bahagia," Aydin tersengih malu. Jelas sangat ke?
"Kalau dia bukan mata duitan, kenapa Aydin beranggapan dia akan cari orang kaya-kaya dekat Dubai tu?" soalan Ustaz Farhan membuatkan Aydin terdiam. Ha sudah... Apa akal ustaz sebenarnya ni?
"Kalau dia dah sayang, dia akan sepenuh hati dia. Kenapa Aydin cakap dia dah jumpa pengganti Aydin?" Aydin masih mendiamkan diri. Dia tak tahu apa yang sepatutnya dia jawab sekarang.
"Haih... Mesti Aydin nak lupakan dia secepat mungkin kan? Tapi ni macam Aydin dah fitnah dia tau. Aydin buat dia macam perempuan murah pula,"
"Maaf ustaz," ujar Aydin sayu. Ustaz Farhan pula hanya mendiamkan dirinya.
"Aydin dah cuba macam-macam cara ustaz. Aydin sibukkan diri, cuba minat orang lain. Tapi tulah Aydin dah tak macam dulu, kaki perempuan, jadi memang sekarang ni susah nak dapat pengganti. Tapi tulah, kalau Aydin ada pengganti pun. Mungkin Aydin akan gunakan dia untuk lupakan tunang Aydin semata-mata. Bukan sebab cinta," terang Aydin panjang lebar.
"Baguslah kalau Aydin elak dari perkara tu terjadi,"
"Tapikan ustaz," Ustaz Farhan memandang Aydin yang sedang memandu.
"Dulu saya senang nak lupakan seseorang. Tapi bila bab bekas tunang saya ni, makin saya cuba makin saya ingat dia adalah. Bila saya dengan dia, semua yang dia buat saya suka tau. Kalau dia tak ada, saya jadi tak tenteram. Rasa macam tak cukup. Padahal girlfriend saya sebelum ni tak pernah pun saya rasa macam ni," terang Aydin dengan wajah serius. Sedaya upaya nak bagi Ustaz Farhan faham.
"Itu maknanya Aydin cintakan dia. Girlfriend lama Aydin dulu tu semua tu Aydin hanya sekadar suka," Aydin menganggukkan kepala beberapa kali.
"Aydin tak cuba cari dia? Perbaiki semula hubungan kamu?" Aydin hanya diam. Sejujurnya, dia keliru dengan dirinya sendiri. Sama ada berbaik atau pergi jauh dari gadis tu. Tapi dia tahu, dia tak mampu untuk hidup berseorangan tanpa gadis tu.
"Aydin keliru," ujarnya sepatah-sepatah dengan nada perlahan.
Ustaz Farhan mengangguk faham. Lelaki itu hanya mendiamkan dirinya untuk seketika.
"Apa kata, Aydin buat solat istikharah?"
"Haahkan... Kenapa Aydin tak terfikir untuk buat solat istikharah. Terima kasih ustaz, nanti Aydin cuba,"
Ustaz Farhan hanya tersenyum. Dia kembali memejamkan mata. Fikirannya sekarang kembali pada anak gadisnya. Sebelum dia pergi pekan, dia dah hantar Farah ke rumah kawan baiknya, Encik Zahrain terlebih dahulu.
Dia tak mahu anak gadis kesayangannya dia tu kena pukul lagi dengan si ibu. Silap-silap dia pula yang naik tangan nanti.
"Erm... Ustaz, ustaz tak nak jodohkan Farah dengan sesiapa ke? Yelah... Dia kan dah 25 tahun. Aydin tak apalah kawin lambat, dia tu perempuan. Kena lah kawin awal. Kan kan?" Aydin tersengih-sengih apabila mendapat jelingan maut dari Ustaz Farhan.
Bukan dia tak tahu, lelaki tua tu paling pantang kalau ada lelaki nak Farah. Dia ni cerewet dalam memilih calon menantu. Dah berapa dorang dia tolak. Si Aydin, Aydan dan Ali, anak Pak Mat tu lelaki yang dia boleh terima sebagai menantu dalam kampung ni.
Tapi Farah pula tak mahu kerana dia masih dalam era latihan sebagai pramugari. Tak mahu kahwin-kahwin ni lagi.
Aydin dan Aydan? Memang tak mahulah dia. Dah anggap abang. Sahabat sehidup semati. Gila ke?
Cakap tentang pramugari. Semua orang tahu kebanyakan pramugari ni freehair dan pakaian dia dah semestinya ketat-ketat. Pelik juga kenapa seorang ustaz boleh bagi anak dia jadi pramugari. Tapi pada awalnya memang ustaz melarang. Tapi Farah yang berdegil. Akhirnya, Farah sendiri yang berhenti.
Takut katanya kalau kapal terbang terhempas atau hilang.
"Jodohkanlah dia ustaz,"
"Ustaz jodohkan dia dengan kamu. Nak?"
"Eh taknak!!" Ustaz Farhan tahan senyum melihat wajah Aydin yang dah mula gelabah. Laju lelaki tu menggelengkan kepala.
"Kenapa? Tak sudi nak ambil anak ustaz sebagai isteri? Hurm... Yelah, anak ustaz kan tak pandai masak. Menyusahkan. Macam orang kampung kata," ujar Ustaz Farhan sayu. Kata-kata orang kampung yang dihamburkan terhadap anaknya itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada hatinya.
"Eh bukan macam tu ustaz. Saya dah anggap Farah tu macam adik saya dah ustaz. Lagi pun, tak pandai masak tu bukan satu masalah besar pun. Benda boleh belajar. Menyusahkan? Mana pernah Farah menyusahkan orang. Dia dari kecil lagi berdikari. Dia tu baik sangat ustaz," terang Aydin panjang lebar. Takut dia kalau Ustaz Farhan merajuk dengan dia nanti.
Ustaz Farhan tertawa kuat. Hal itu mengundang rasa pelik dalam diri Aydin. Bapak anak sama je, suka buat orang rasa pelik.
"Ustaz gurau jelah. Kalau ustaz tawarkan dia Aydin pun, Farah pun mesti tolak. Ustaz pun sebenarnya dah ada calon sendiri. Ustaz tengah tunggu dia. Seandainya dia dapat masuk meminang si Farah tu memang ustaz terus terima," ujar Ustaz Farhan panjang lebar.
"Wah siapa?"
"Tengoklah nanti. Itu pun kalau dia masih ada niat lagi nak halal kan Farah. Kalau tak ada, terpaksalah kawinkan dengan Aydin je," seloroh Ustaz Farhan. Terus wajah Aydin berubah masam.
"Ustaz ni."
bersambung
sikitt je lagi anayra aydin nak jumpa
🥺🥺
Sabarr eh
Btw, sorry kalau ada typo 😭
Advertisement
- In Serial42 Chapters
In Your Dreams
•Completed• Claire Fields has dreams and visions about a boy and a life that she's never had. Because of her delusions, she is put in a mental institution. Things begin to get strange when she finally escapes to find herself surrounded by vampires, and one of them is the boy from her dreams.• "I can't help it. It's in my nature," he replied simply and gave me a wink. Tristan was suddenly in front of me, and as I stumbled back in surprise, his strong arms held me steady. His eyes locked with mine as he stalked closer and stopped just a couple of inches away."Just like being alluring, a predator..." He slowly closed the distance between us until his hot breath fanned against my face. Goosebumps covered my pale skin, sending a shiver down my spine. His beautiful, aqua eyes bore into mine with such intensity, I felt as if I would melt in his arms. "...and undeniably sexy." •Highest ranking: #1 in Vampire•All rights reserved. This work is the intellectual property of _haileyyk/Hailey Kelly. It may not be copied in any form.•
8 324 - In Serial50 Chapters
INSANITY
Psycho, an infamous assassin, is known for their skills and ability to kill without the slightest bit of remorse. But what isn't known, is that The Psycho is a woman. To bring an end to a longstanding feud with the Russian Mafia, Adriano Moretti hires Psycho, unaware of her true identity. Their plans are soon disrupted by their own conducting emotions and the ghosts of Psycho's past who have come back to haunt her.
8 106 - In Serial31 Chapters
One Shots Compilation
A compilation of different one shots. Suggestions are taken. Comment them of inbox me.
8 193 - In Serial8 Chapters
Wild For You
Intended for 18+ only! Age gap/ size difference/ exhibitionism/ light bdsm/ dirty talk/ praise kink/ daddy kink- - - - '𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐩𝐮𝐬𝐬𝐲,' 𝐡𝐞 𝐠𝐫𝐨𝐰𝐥𝐞𝐝 𝐚𝐬 𝐡𝐞 𝐫𝐨𝐜𝐤𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐬 𝐜𝐨𝐜𝐤 𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐡𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐫𝐨𝐛𝐛𝐢𝐧𝐠 𝐜𝐥𝐢𝐭. '𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐝𝐝𝐲'𝐬. 𝐘𝐨𝐮 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐰𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐬 𝐦𝐢𝐧𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐢𝐥 𝐈 𝐭𝐞𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐝𝐨 𝐬𝐨, 𝐲𝐨𝐮 𝐠𝐨𝐭 𝐭𝐡𝐚𝐭?''𝐎𝐡, 𝐟𝐮𝐜𝐤,' 𝐬𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐚𝐧𝐞𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐡𝐢𝐯𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐡𝐞 𝐫𝐮𝐛𝐛𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐚𝐜𝐭𝐥𝐲 𝐡𝐨𝐰 𝐬𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐞𝐝𝐞𝐝. '𝐘𝐞𝐬.'𝐇𝐞 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥𝐞𝐝, 𝐟𝐢𝐧𝐠𝐞𝐫𝐬 𝐝𝐢𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐥𝐞𝐬𝐡 𝐨𝐟 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐬𝐬.'𝐘𝐞𝐬, 𝐰𝐡𝐚𝐭?' 𝐡𝐞 𝐝𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐞𝐝 𝐫𝐨𝐮𝐠𝐡𝐥𝐲.'𝐘𝐞𝐬, 𝐃𝐚𝐝𝐝𝐲,' 𝐬𝐡𝐞 𝐦𝐨𝐚𝐧𝐞𝐝 𝐚𝐧𝐝 𝐥𝐞𝐭 𝐡𝐞𝐫 𝐡𝐚𝐧𝐝𝐬 𝐦𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐨 𝐡𝐢𝐬 𝐡𝐞𝐚𝐝, 𝐭𝐰𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐡𝐢𝐬 𝐡𝐚𝐢𝐫.- - - - Emma has one week to get the hot older man out her system. He ignited in her the most passionate fire that calls her most basic needs. It should be an easy, lust-infused experience before she has to leave the country, but she soon finds herself too intoxicated in the man's who's touch makes her tremble in pleasure and beg for more. He makes her wants and needs seem inexplicably linked. Follow the passionate encounter of two people obsessed with the other as they explore just how wild they are for one another.*All characters are consensual ad
8 166 - In Serial6 Chapters
Haven In Your Arms (ON-GOING)
-Lily Stevenson and Mickel Martinez Love Story-***Lily Stevenson is just a simple girl with a simple life live in Castile, New York. She owns a small café in Castile. Life was never been easy for her. She felt unsafe all the time whenever she remembers the day her parents have been killed in front of her. But thanks to the criminal psychologist who help her, justice has been served to her parents.She live peacefully in Castile until one day she found out that she has Chronic Lymphocytic Leukemia. She thought, she's all alone now. No one would mind if she die. So she didn't think of treating herself.On the way of giving up with her life she met a man in her café named Mickel Martinez. Her decision starts to crumbled. Her heart is in chaos, whenever he's around it can't stop beating so fast. That's when it hit her. She wants to live more now to be with him. Mickel gives her comfort and whenever he's around she felt safe. He made her happy and loves her so deeply.She loves Mickel so much that she decided to spend her remaining days together with him. And she can't help but pray that maybe... just maybe some miracle will happen.Started: May 27, 2020Ended:
8 185 - In Serial54 Chapters
Messy Love
After tragedy and heartbreak, Bella is left feeling broken and loveless . As time passes Bella finally gets back into photography, which brings her to Tyson. She is instantly drawn to him, to the way he looks at her; and the way a simple touch can push away the demons dancing in her mind. If only she knew that Tyson has demons of his own, and if only she could convince herself that she deserves love again.
8 199

