《[C] Putera Kayangan》Special Bab : N+R ! , F+A ?
Advertisement
"Apa ni ayah? Ayah janji Lala akan jumpa dulu dengan tunang Lala, baru kahwin. Tapi ni? Tiba-tiba dah ada pelamin bagai! Apa ni ayah?" Najla menghentak-hentak kaki dia ke lantai, geram.
Geram sebab ayah dia mungkir janji.
Geram sebab balik rumah dah ada pelamin.
Paling dia tak boleh bla,
Tunang dia tak ajak dia pergi pilih tema!
Tapi nasib baik cantik. Kena dengan cita rasa diri dia. Tapi still, dia tak puas hati. Siapa bakal suami dia ni? Asal susah sangat nak jumpa? Dia bakal kawin dengan perdana menteri ke apa sampai kena rahsia bagai nak rak ni?
"Tadi kan Lala dah jumpa dia dekat luar. Apa lagi yang nak dibisingkan?" soal ayahnya. Sakit dah telinga dia asyik kena dengar bebelan anak dara dia tu.
Najla diamkan diri. Dia cuba untuk mengingati siapa yang dia jumpa tadi.
Tak silap dia tadi ada Aydin dan Aydan serta pelajar dari Madrasah Al-Furqan milik bapa mereka tu. Tak mungkin salah seorang dari mereka tu tunang dia.
Aydin dan Aydan dah kawin. Pelajar dari Madrasah Al-Furqan tu semuanya bawah umur lagi. Uish... Tak logik!
Omo! Tak akan lah dia! Katanya dalam hati.
••
"hi Najla!" Aiman menegur Najla. Dia tersipu-sipu malu tanpa sebab yang jelas. Membuatkan Najla rasa nak tumbuk muka Aiman itu.
"Engkau dah kenapa macam kucing kurap aku tengok ni? Tak reti nak berdiri elok elok ke?" Najla menyoal dengan nada menyampah. Sempat Najla menggulingkan biji mata dia ke atas.
Aiman pula tersengih malu disitu. Telinga dia memerah hebat. Afiq dan Haikal memandang rakan sekerja mereka dari jauh.
Belum sempat Aiman mahu bersuara, Najla sudah pergi terlebih dahulu. Tak betah dia nak tunggu Aiman tu bercakap. Dah lah mulut lelaki tu bau bawang.
Makan gula-gula getah bawang ke apa?
••
Aiman?!
Najla dah menjerit nyaring dalam hati dia. Pantas dia mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan Laila, Yana dan Anayra sedang tolong menghias barang hantaran si Najla.
Ouh, Laila tak. Dia terbongkang atas katil. Morning sickness katanya.
"Eh... Mana Maya dengan Huda?" soal Najla. Tak silap dia, si Laila tu ada bawa kawan dia tu semalam. 24 jam bergaduh je kerja dua orang tu.
"Dorang tadi urus bahagian gula-gula tak silap aku. Lepas tu isi makanan dengan hadiah sikit dalam beg untuk tetamu," kata Anayra. Mata dia fokus pada dulang hantaran Najla tu.
Najla mengangguk beberapa kali. Kemudian dia merehatkan kepala dia di atas riba Yana.
Esakkan dari Najla mengejutkan Anayra dan Yana. Dah kenapa pula bakal pengantin tu menangis?
"Kau kenapa Najla?" soal Yana. Dia menunduk kepala memandang Najla yang menangis di riba cantik itu.
"Aku tak nak kawin! Siapa bakal suami aku pun, aku tak tahu. Aku tak nak lah sampai bercerai-berai,"
"Lah... Tak jumpa lagi ke? Ingatkan dah jumpa. Erm... Kau tak akan tak ada syak siapa-siapa?" Anayra memandang ke arah Najla.
Najla mengelap mukanya dan duduk bersandar pada kaki katil yang diatasnya ada Laila sedang lena. Macam mayat hidup pun ada kawan dia sorang tu.
"Aiman. Tu jelah yang aku syak,"
Terbeliak mata Yana dan Anayra. Aiman? Si bawang tu?
"Kenapa kau syak dia?" soal Yana kehairanan.
"Sebab... Lately ni aku banyak jugak lah jumpa dia. Belum kira lagi jumpa dekat Cafe tu. Confirm dah beribu kali kalau campur. Ha tadi! Masa aku baru balik dari keluar dengan cousin aku. Aku jumpa dia! Dia macam malu-malu jumpa aku. Lepas tu aku bebel kat ayah aku kata dia mungkir janji pasal nak jumpa kan aku dengan tunang aku dulu. Then, kau tau dia jawab apa? 'Tadi kan Lala dah jumpa dia dekat luar. Apa lagi yang nak dibisingkan?' haa!" cerita Najla panjang lebar.
Advertisement
Yana mengangguk kepala. Mungkin ada betulnya juga.
"Tapi logik jugak kalau Aiman yang merisik kau sebab dia reject Farah. Kau taulah Farah tu cantik macam mana kan? Bekas pramugari kut! Tapi dia tolak mentah-mentah macam tu je. Mungkin sebab masa tu dia dah sah jadi tunang kau!" sampuk Laila yang entah bila dia bangun pun tak tau. Terus hilang segala alahan dia bila masuk bab membawang ni.
Najla memandang Laila lama. Lambat-lambat bibirnya bergetar menahan tangis. Terhinjut-hinjut bahu dia.
"UWA!!! AKU TAK NAK KAWIN DENGAN DIA!" Najla meraung.
Yana dan Anayra memandang Laila tajam. Minah tu tak pandai langsung nak sedapkan hati orang. Kerja dia nak membatu apikan orang je!
Laila pun baring semula. Acah acah alahan itu datang kembali.
Ghisau dia tengok.
×××××
"C'mon Maya! Apa buruk sangat kau ukir dekat tangan aku ni?" tak puas hati Huda dibuatnya. Pada dia, ukiran inai yang dibuat Maya tu langsung tak kena dengan penampilan diri dia yang ganas tu.
"Eee... Diamlah I tahu apa yang I buat. You jangan sampai I ukir gambar tengkorak terus! Tak pun I tulis je 'saya ganas'. Ha!! Baru tahu langit tu panjang ke pendek,"
"Lahh... Mana kau belajar langit ada panjang pendek ni?"
"Farah,"
Tch, Farah dah layak dibuang negara. Lepas ni apalah ajaran sesat yang dia akan tebarkan. Ghisau betul. Bisik hati Huda.
"Woi Ecah. Asal kau macam mayat hidup ni?" soal Huda kepada rakannya itu. Melepek kat dinding dah macam cicak dia tengok.
Anayra terus berlari dari dapur ke ruang tamu.
"Ecah? Korang bawak Ecah? Ecah tu yang dorang sebut masa gaduh dekat Titiwangsa tu kan?" tanyanya.
Huda dan Maya mengangguk. Apabila Anayra tercari-cari kelibat si Ecah itu. Huda dan Maya pun menunjuk ke satu arah.
Laila!
"Laila? Laila tu Ecah?"
"Yes... Uallz panggil dia Laila. But, Huda, Farah and I panggil Laila tu Ecah,"
"Eh kenapa pula?" kini Anayra memandang ke arah Laila. Cuba mencari jawapan.
"Nama penuh ana Lailatul Aisyah. Anti tak tau?"
"Lah! Kau sejak pregnant ni ber Ana Anti pulak eh. Setahu aku Thaqif tu bukannya orang Arab pun,"
"Ikut suka hati ana lah!" dah macam nada P.Ramli pula si Laila atau Ecah ni. Dia meninggalkan 3 orang tu dan beredar ke arah suaminya yang berada di luar.
×××××
"Eh... Kau ada dekat sini jugak?"
Kerja Farah yang sedang mengumpas kulit bawang itu terhenti.
Dia kenal sangat dengan suara itu. Lelaki yang memandang rendah dia. Lelaki yang hina dia di Taman Titiwangsa. Lelaki yang tak reti mencintai wanita.
Aiman Daniel.
Diri dia tiba-tiba terasa bodoh kerana menyukai lelaki itu sebelum ini. Kalau lah dia jumpa Abang Zafran dia tu lebih awal, tak ada lah jadi macam ni.
Cakap tentang Zafran. Dia sedikit sedih hari ni kerana lelaki itu tidak mengikuti Anayra dan Aydin ke Perlis. Ada urgent meeting katanya. Haih. Habis terbengkalai semua plan dia untuk memikat lelaki itu.
"Kau dah takde mulut ke?" tutur Aiman dengan selamba. Tanpa segan silu dia menghapuskan jarak antara dia dan Farah.
Farah yang menyedari tindakan Aiman yang tiba-tiba sahaja menghampirinya itu terus berdiri dari kerusi. Pisau yang dia guna untuk kupas bawang digenggam dengan erat.
"Kau nak apa lagi, Aiman?" soal Farah kasar. Kalau dulu dia sopan santun dengan lelaki itu. Kali ini, dia dah tak mahu bagi muka. Matanya yang merenung lembut, kini menikam dalam ke anak mata milik Aiman.
Tetapi, di sudut hati gadis itu masih berharap.
Tindakan Farah itu langsung tidak membuat lelaki itu gerun. Buat apa dia nak takut? Farah hanya perempuan yang tak berdaya.
Resesif pasti tunduk pada Dominan.
Aiman melangkah setapak ke hadapan lagi. Jika mengikut kiraan. Lagi 4 langkah, dia akan berdiri betul-betul di hadapan gadis itu.
Advertisement
"Selangkah kau mendekati aku. Selangkah tu juga kau mendekati kematian,"
Langkah Aiman terhenti selepas mendengar kata-kata Farah yang berbaur amaran itu. Mata gadis itu membuktikan yang dia tidak bermain dengan kata-katanya tadi.
Melihat Aiman yang berhenti melangkah, Farah pun pergi dari situ. Meninggalkan Aiman yang hanya menghantar pemergian Farah dengan pandangan matanya.
She's changed.
×××××
Najla sibuk diluar. Sengaja dia tak nak duduk di dalam rumah. Nanti fikiran dia celaru. Ikutkan hatinya. Dia nak lari.
Dia tak nak kawin!
Dah lah dia tak tahu siapa bakal suami dia. Buatnya betul Aiman macam mana? Aiman tu dah lah besar kepala. Baran pula tu.
Nightmare wey!
"Najla?"
Najla memalingkan tubuhnya ke arah sumber suara itu. Terkejut dia melihat kehadiran Minghao ke majlis pernikahannya.
Oh yelah, dia ada suruh Yana bagi dekat Minghao ni kad jemputan juga.
"Buat apa dekat luar ni? Malam malam ni, tak takut ke? Awak tu berdarah manis lagi tau," kata Minghao dari kejauhan. Jarak antara mereka boleh dikatakan dalam dua depa macam tu.
"Saya... Entahlah. Saya rasa macam nak lari dari sini. Saya tak sedia nak berumahtangga," tutur Najla perlahan. Namun, telinga lintah milik Minghao itu masih dapat menangkap bait-bait kata Najla itu.
Berkerut dahi Minghao tatkala mendengar kata-kata Najla tadi. Tak sedia? Kenapa pula tak sedia? Orang lain semua teruja nak kawin dan ada keluarga mereka sendiri.
"Kenapa pulak awak tak sedia?"
Najla menghela nafas panjang.
"Saya tak kenal dia. Tengok wajah dia pun tak. Macam mana saya nak bertahan? Semua ni tak adil untuk saya. Langsung tak! Mana hak saya sebagai bakal isteri? Rasulullah pun suruh umat dia untuk tahu rupa pasangan mereka sebelum berkahwin," bergenang air mata Najla.
Dia nak tahu rupa bakal suami dia. Itu je!
Buatnya yang meminang dia tu datuk tua? Memang dia akan lari ke hujung dunia lah nampaknya.
Minghao hanya mengukir senyuman. Belakang tubuh Najla yang membelakanginya itu dipandangnya.
"Percayalah, jodoh yang Allah hadirkan untuk awak tu dah memang yang terbaik untuk awak. Muka? Tak perlu cakap. Dia kacak. Jangan risau," pujuk Minghao. Dia yakin, bakal suami Najla mesti kacak.
"Rupa Aiman tu boleh tahan juga kan?"
Pantas Najla menoleh kepala memandang ke arah Minghao. Dah kenapa pula lelaki berbangsa Cina tu nak petik nama Aiman? Mendidih darahnya.
Minghao ketawa kecil.
"Ayah awak ada bagitau nama tunang awak tu tak?"
Najla menggelengkan kepala.
"Awak tak cuba tanya?"
Najla menggeleng lagi. Minghao tersenyum kecil.
"Tanyalah... Mana tahu memang betul Aiman. Saya boleh tolong awak larikan diri," kata Minghao dengan senyuman sinis dibibir.
Najla kaku disitu.
"Dah dah... Kejap lagi nak masuk Maghrib dah kan? Pergi masuk rumah. Tak elok duduk luar lama-lama. Awak tu perempuan. Masuk angin nanti susah," arah Minghao dengan lembut.
Kupiah hitam yang terlipat dalam poket seluar tracknya dibawa keluar dan dipakai elok di atas kepala. Tasbih juga tidak dilupakan. Dibelitnya pada tangan. Dia mula berzikir dan ingin beredar.
Najla terpaku melihat tindak-tanduk Minghao tadi.
Dia salah tengok ke?
"M-minghao!" laungan Najla menghentikan langkah Minghao. Lelaki itu menoleh. Mulut dia masih terkumat-kamit memuji-muji sang Pencipta.
"Awak... M-masuk Islam?" tergagap-gagap Najla dibuatnya. Dia macam tak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Ya," balas Minghao tanpa ragu dengan senyuman manis dibibir. Bangga dia apa bila mengaku yang dirinya sudah masuk ke dalam agama yang benar itu.
"Sejak bila? Kenapa saya tak tahu? Kenapa awak tak bagitau saya Minghao?" soal Najla bertubi-tubi. Dia seronok bila lelaki itu masuk ke dalam agamanya. Tapi, kenapa lelaki itu tak pernah bagitahu nya?
Setidaknya, dia masih boleh berharap agar lelaki itu menjadi suaminya. Yang memimpinnya hingga ke Syurga. Tapi sekarang. Dah terlambat.
"Dua tahun lebih. Saya terpaksa buat dalam diam supaya tiada siapa yang tahu. Tapi saya bersyukur keluarga saya tetap sokong saya bila saya berterus-terang pada mereka. Dan kenapa saya tak bagitahu awak. Sebab saya tak yakin. Saya tak yakin yang saya boleh beristiqamah. Tapi Insya Allah saya boleh. Maaf sebab tak bagitahu awak. Saya tak nak awak letak harapan yang tinggi pada saya,"
Najla mendiamkan diri. Kalau dia tahu yang Minghao masuk Islam. Dah lama dah dia ajak lelaki itu berkahwin! Urgh!
Tapi nak buat macam mana?
Allah tahu apa yang terbaik buat diri Najla dan Minghao.
Mungkin ini yang terbaik buat mereka.
"RAZEEQ! JOM PERGI SURAU CEPAT! DAH NAK MASUK WAKTU NI!" jerit Aydin dari kejauhan. Lelaki itu sudah pun berada di atas motorsikal milik bapa Najla.
"Baik! Najla, saya pergi dulu. Assalamualaikum,"
"W-waalaikumussalam,"
×××××
Hari ini ialah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bercinta. Hari dimana pasangan itu akan di ijab kabul kan dan sah menjadi pasangan suami isteri.
Namun, bagi Najla. Hari ini hanya hari yang sama seperti hari hari sebelum ni. Langsung tiada makna untuknya. Baju kurung putih yang tersarung pada badannya ditilik beberapa kali.
Otaknya banyak kali bertanyakan soalan yang sama. Yang dia sendiri pun tak pasti jawapannya.
Betul ke keputusan dia untuk teruskan majlis ni?
"Lala... Ayah tau yang dah terlalu lambat untuk ayah tanya soalan ni. Tapi, Lala nak teruskan perkahwinan ni? Kalau tak nak. Ayah boleh batalkan,"
"Maaf... Ayah pentingkan diri sendiri,"
Najla mengeluh kecil. Dia tak sanggup nak malukan ayahnya itu.
Mata Najla terpandang pada kotak cincin pemberian tunangnya yang tak lama lagi akan bergelar suaminya itu. Ada sehelai kertas kecil yang terlipat elok di dalam bekas itu.
Jari Najla mengambil kertas itu. Belum sempat dia ingin membuka lipatan kertas itu. Maknya meluru masuk ke dalam biliknya.
"Najla! Rombongan pengantin lelaki dah sampai!"
Najla mengangguk lemah. Mak Najla memimpin anak perempuannya yang telah didandan cantik itu keluar. Mereka berdua duduk di kerusi pelamin.
Dia pelik. Kenapa ada orang berbangsa Cina dekat sini? Lebih dari 5 orang pula tu. Mereka mengenakan baju kurung yang sesuai dengan tema.
Namun dia abaikan saja. Yang paling dia hendak tahu sekarang ialah siapa gerangan pengantin lelaki itu.
Pengantin lelaki pula masih diluar. Nampaknya dia sedang disoal siasat oleh ayah Najla. Apalah agaknya ditanya itu. Gelak tawa dari bapak bapak di luar itu bergema hingga ke dalam.
Selesai itu, seorang lelaki berbaju melayu berwarna cream masuk ke dalam. Najla mula tak senang duduk.
Aiman?!
Please... Kenapa dia berbaju melayu ni?
Aiman menuju ke arah tok kadi.
Kalau betul Aiman jodohnya. Dia redha. Mungkin Allah dah aturkan sesuatu untuknya. Sekarang dia hanya mampu berdoa. Tangan maknya digenggam kemas.
Aiman duduk di tempatnya. Bukan ditempat khas dihadapan bapanya, tapi di belakang bapanya. Bersama Aydin, Aydan, Afiq dan kawan lelakinya yang lain-lain.
Berkerut hebat dahi Najla.
Ya Allah... Kau tenangkanlah hati aku. Bukan Aiman? Jadi siapa?
Macam macam persoalan yang bermain di dalam minda milik gadis itu. Jantung dia mengepam laju. Meletup je tak lagi.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam... Haa... Pengantin lelaki kita dah masuk,"
"Ha... Razeeq duduk sini," Tok Kadi menepuk tilam kecil berbentuk bulat yang bersarungkan kain putih. Pengantin lelaki pun melabuhkan punggungnya disitu.
Najla tergamam.
"M-minghao?"
Terkejut Najla dibuatnya. Nasib baik dia masih kawal suaranya agar nama yang disebutkan tadi kedengaran berbisik.
Mak Najla yang mendengar nama itu keluar dari mulut Najla tersenyum.
"Sekarang nama dia Adam Razeeq Xu,"
Membulat mata Najla memandang ibunya. Kertas yang dia ambil tadi dibukanya.
Adam Razeeq Xu
a.k.a
your flowerboy <3
Najla menepuk dahinya. Bodohnya rasa! Tulah, tak belek betul betul dalam kotak cincin tu. Sia-sia je dia bazirkan air mata selama ni.
Membazir je masa dia larikan diri dari Minghao atau Razeeq itu!
Kalau tadi dia tak nak kawin. Namun sekarang semangat nak kawin tu berkobar-kobar dalam diri dia.
Ya Allah! CEPAT LAH SIKIT AKAD NIKAHNYA!
"Tapi mak... Kenapa semalam Aiman tersipu-sipu malu tegur Lala?"
Mak Najla mengangkat kening. Lama lama baru dia teringat!
"Seluar dia... Terkoyak kat celah kangkang. Tu pasal dia malu semacam."
Lah... Seluar terkoyak rupanya! Patutlah jalan kepit. Ingatkan dah jadi team Sajat dah tadi.
×××××
"Aku terima nikahnya Najla Amina binti Yusri dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai,"
Sah
Sah
Alhamdulillah.
×××××
Sudah tiba masanya untuk acara batal air sembahyang diantara pasangan mempelai kita pada hari ini. Masing masing menunduk malu.
Mereka tak pernah bercinta.
Dating pun tak.
Pegang tangan? Apa tah lagi.
Minghao menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Bila Najla menghulurkan tangannya, dengan pantas Minghao melarikan tanganya.
Dan situasi itu berulang. Bila Najla dah hulurkan tangan, dia bertindak melarikan tangan apabila Minghao mendekatkan tangannya pula.
Semua hadirin terhibur melihat mereka. Entah bila nak habis!
Mummy Minghao yang dah tak sabar tu terus menarik tangan anak lelakinya dan anak menantunya lalu disatukan kedua-dua tangan pasangan itu. Najla dan Minghao kaku disitu.
Muka mereka masing-masing merona merah.
Malu!
×××××
Disaat semua orang menjamu hidangan. Pasangan raja sehari itu harus melakukan photoshoot di atas pelamin.
Photographer? Dah semestinya Fahmi.
Dia dari bercuti di Cameron hari tu lagi sudah menjadi photographer tak berbayar kepada rakan-rakan dia. Daripada Laila ke Anayra dan sekarang Najla pula.
"Kenapa awak tak terus terang je?" soal Najla yang sedikit berbisik.
"Hehehe... Saja. Saya nak awak tahu sendiri,"
"Kalau saya buat kerja gila lari dari majlis ni macam mana?" soal Najla. Dia mencubit belakang pinggang suaminya itu.
"Aduh... Alaa sorrylah" Minghao mencebik.
"Senyum!" tegur Fahmi.
Mereka meneruskan sesi bergambar mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Lenguh kaki mereka berdiri.
Seksa juga ye jadi Raja Sehari ni?
×××××
"Kenapa awak tetapkan setahun pertunangan kita ni?"
Sekarang mereka berada di dalam bilik. Baru siap salin pakaian mereka. Dari pakai baju pengantin, sekarang masing-masing pakai baju duduk rumah.
"Sebab... Saya nak baiki diri saya dulu supaya saya boleh pimpin awak masuk syurga," Minghao tersenyum manis.
Najla memukarkan biji matanya. Tapi padahal pipi dia dah merona merah.
"Eh!! Awak blushing lah!" tegur Minghao. Ini pertama kali dia lihat seseorang blushing.
"Mana ada!"
"Ada tu! Elelelee... Tak nak mengaku,"
"Tak! Mana ada!"
Chupp
Pipi Najla dikucup tanpa segan silu. Semakin merona merah pipi Najla. Membulat besar mata dia memandang sang suami yang teruja tengok pipi dia semakin merah.
"Awak!!"
"Hehehehe... Sayang Najla!" tubuh Najla di peluk erat.
"Sayang awak jugak!"
tamat
uhukkkkkk pasangan kegemaran gue dah kawin 😭
Advertisement
-
In Serial13 Chapters
The Legend of Saga
At the age of twenty, aspiring designer Blair Clarielle had to leave behind her dreams of opening her own store because she did the stupidest thing possible: got pregnant. Now, five years later, she's back on her A-game because of a chance benefactor that gave her enough money to finally open it. The catch is... the condition is that she has to marry him within a year if she can't pay back twice the loan amount. Dealing with hot guys on her design team? "Easy peasy lemon squeezy." Shutting down all the girls who try to take her down in petty ways? "*Yawn* Can I have a challenge?" Stopping her benefactor from brainwashing her child to tell her to marry him? "Not that much of a challenge!"
8 76 -
In Serial19 Chapters
Swipe Right for Catfish
Autumn Kühn is done with dating. A proud, self-confessed romantic, she always imagined she'd find "The One" and win her happily ever after. But if love is a game, the rules must be written in ancient Greek.Annoyingly, her friends say it's her fault. That she's a sucker for a pretty face, and tends to overlook the lesser details, like personality. Even so, when her cousin suggests the limitless smorgasbord that is dating online, Autumn shudders. For about three minutes. Then she downloads the app.Autumn's hopes lift when she matches with a cutie who appears to read more than just her daily horoscope and understands Autumn in a way that's almost uncanny. But every rose has its thorns. Autumn is looking for chemistry, companionship, and commitment, but what she discovers instead could ruin her faith in love once and for all.In this funny and poignant new adult F/F romance, Autumn will discover that the path to true love is filled with twists and turns, but she might just find herself along the way.
8 70 -
In Serial49 Chapters
Hero's Undercover Aide
Akiara Nakamura's life was a living hell. After the death of her parents, her normal life started to turn upside down. She was picked and bullied by girls in her class, treated like a slave by her father's relatives and forced to do part-time job to treat her sister who is in coma.Five years passed as she got used to living like this. She was fine hoping that once her sister wakes up, she will cut ties with them and live a quite life with her sister. But her dreams were crushed after her sister's death.She lost all her hopes and attempts suicide. But instead of experiencing death she hears a voice telling her, "You have to compensate for taking your own life.""Who are you?" She asked."I am giving you my blessings to protect the girl with scarlet eyes." The voice replied.After the short conversation with an unknown being, she wakes up in a forest with her perfect unscathed body.Will she be able to survive and protect at the same time?Highest ranking#2 - shoujoai (01.2022)#2 - pastlife (01.2022)
8 124 -
In Serial19 Chapters
Mafia's Errand boy (Mxb)
I'm a pretty normal guy. I'm decent looking, I have a humorous personality, and I go to your average high school. But then I find out that my dear old father had just sold me to the mafia. As funny as it sounds, it's true. But not as a sex slave or anything like that. I became their errand boy, or servant If you'd like. It's not actually that bad. But I do have an issue with the mafia boss constantly claiming that I belong to him.
8 120 -
In Serial65 Chapters
The Hound
Antique store owner Liz brings home a Victorian taxidermy hound from auction, unwittingly unleashing dark forces on her wife and son. *****Nat Loman has finally married the love of her life, Liz, and is getting used to her role as stepmother to Liz's 5-year-old son, Liam. The Loman family runs a bustling antique business so they attend a sale where a striking, black taxidermied hound is up for auction. Liz picks it up for the business, but it ends up being stored in their home, where Nat notices strange things occurring. She quickly discovers the past residents had died violently. Then she hears from a friend about the myth of "the devil's dog", a hound that perches in the shadows, tearing families apart from the inside. Soon, people around the Lomans are dying, and Liz is changing, darkening. It's up to Nat to save the woman she loves from the darkness closing in, and to save Liam from danger no matter what she has to sacrifice.[[Winner of the 2018 Wattys "Hidden Gems" category]][[word count: 60,000-70,000 words]]This story is now available on YONDER, your next-generation readingapp from the Wattpad family.Join me on YONDER today! Find it now in your app store.
8 209 -
In Serial28 Chapters
Autistic Marcy Wu Oneshots!
Cause I can. And autistic Marcy makes me happy!! Trigger/Content warnings will be at the beginning of each chapter (If needed)!Tons of fluff/angst and variants of Sashannarcy.You can offer ideas/requests, but no promises I'll do them!! I gotta be really inspired by it to get the motivation[Cover by Sour Beefio on Twitter]
8 173
