《Mujahadah》BAB 2: HELO STAJ! KAMI DATANG.
Advertisement
Tangan kanan Seth memegang bagasi besar. Tangan kirinya pula memegang kertas Pendaftaran Aspura. Terdapat kertas kecil yang tertulis di atasnya Dorm 312.
'Fuhh! Tingkat 3! Hari-hari turun naik. Ada lif takpe lah jugak.' Rungut Seth di dalam hati.
"Seth,good luck tingkat tiga ye! Nampaknya makin kerempenglah kau kat sini. Kau ni dahlah kurus." Khaulah yang merupakan kakak tiri Seth sibuk menyakat.
"Hello, baguslah tingkat atas. Badan boleh jadi fit bersenam turun naik tangga hari-hari. Al-aqlus Salim Fil Jismi Salim." Respon Seth.
Siap ada kalam hikmah Arab kerana dia tahu kakaknya tak mengerti sepatah pun Bahasa Arab. Kakaknya tidak belajar bahasa itu di sekolah lamanya. Seth memang sengaja berbuat begitu kerana tak mahu kalah.
***
Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Agama Jauhar atau lebih dikenali sebagai STAJ, berpusu-pusu memenuhi Dewan Sulaiman dan mengambil tempat duduk masing-masing untuk mendengar taklimat pelajar baru.
Memandangkan pengajian STAM (Sijil Tinggi Agama) sangat singkat yang mana cuma memakan masa 10 atau 11 bulan sahaja, sekolah ini setiap tahun akan menerima pelajar baru dan langsung tidak memiliki senior. Pelajarnya semua satu batch. Hanya khas untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan STAM sahaja.
STAJ memang menjadi pilihan utama bagi candidates STAM di serata negeri Johor kerana reputasi sekolah itu dikatakan antara yang terbaik dan agak dikenali juga di Malaysia dan tidak lupa juga di bumi Mesir. Ramai pelajar-pelajar lepasan sekolah tinggi itu yang memilih Mesir sebagai tempat mereka untuk sambung pengajian seterusnya setelah STAM tamat. Kerana itulah STAJ dikenali di universiti-universiti Mesir.
Ketika Ustaz Halym menyampaikan taklimat disiplin, telinga dan perhatian Inn fokus dengan kata-kata guru barunya itu yang berbunyi;
"kami tak menjemput anda semua ke sini. Anda yang memohon untuk mengaji di sini. Jadi sila ikut peraturan di sini."
Inn pasti kata-kata itu bukan setakat meyentap hatinya, malah sebahagian besar pelajar baru STAJ.
'Banyaknya peraturan kat sini. Hmm peraturan sekolah, peraturan Aspuri lagi... Aku ni dah lah tak pernah masuk asrama.' Inn mula merungut sendirian di hati kecilnya.
Advertisement
Sebenarnya, Inn selama ini kurang sedar yang pilihan dia untuk masuk STAJ sama dengan dia memilih untuk masuk asrama, kerana STAJ merupakan sekolah berasrama penuh. Bagi dirinya, kehidupan asrama bagai duduk di dalam pagar besi. Inn baru mula rasa menyesal dengan pilihanya itu. Akan tetapi,bila dia mengenangkan niat utamanya masuk ke STAJ untuk menuntut ilmu, dia kuatkan hati. Segala cabaran dan kepayahannya,akan tetap dia tanggung.
***
'Seth,lepas Zohor nanti jangan lupa pergi Dewan Sulaiman. Ada taklimat. Lepas Asar, baru makan.'
Seth yang sedang sibuk mengemas barang-barangnya, tiba-tiba sahaja teringat satu pesanan sebelum dia ditinggalkan oleh rakan-rakan sebiliknya. Dia merupakan orang yang terlambat sampai ke STAJ. Memang padan dia ditinggalkan seorangan di dalam Dorm 312.
Jam tangan jenama G-Shock putih itu dikerling. Tepat 4:30 petang.
'Aku rasa aku dah lambat ni. Dah nak Asar dah pun.Taklimat dah habis ke? ' Seth tersengih.
Advertisement
- In Serial9 Chapters
Isekai! It's A Hard Life.
I suddenly woke up as a baby! My consciousness was intact in a 5-month-old baby and it was so hard to move! Although I have no memories of my past life, I definitely have a future ahead of me as the hero's daughter! But what's happening? Secrets, truths, and more mysteries right before my eyes! Aiii, it's a hard life. ***Book cover template is from Canva and the image I found on Google.*** *** updates every Thursday @ 1:30 pm (GMT +8)! *** *** Published on Tapas @ January 19, 2022 - Isekai! It's A Hard Life. (tapas.io)and Scribble Hub @ Jan 15, 2022 - Isekai! It’s A Hard Life. | Scribble Hub ***
8 114 - In Serial38 Chapters
The Saga of the Ash Mystic (Morrowind Fan-Fic)
The Sixth House is known to be home to horrors that most dare not speak of, but when Nevena Dals infiltrated the Sixth House Base of Kirinibbi, she never anticipated coming to meet a creature that would change her life forever. Now that she's back with the rest of society, she's finding that something's not right and she keeps yearning to go find the creature that changed her life.
8 170 - In Serial42 Chapters
kenma kozume: let's play
kenma kozume is so sweet and shy. right?? but- a teenage boy is a teenage boy.will have smut.UPDATED ✅ FEMALE Y/n
8 182 - In Serial8 Chapters
Andy and Sam takes place during Kevin fords manhunt. No marlo and no nick. andy and sam have been dating the whole time.I don't own Rookie Blue or any of the characters
8 86 - In Serial63 Chapters
Poems
Some of these I had to write for class, others not so much, but I wanted to share them with you. Any criticism is appreciated!! No matter how bad it is.#1 messingaround: May 19, 2019, Sept. 3, 2019-Sept. 17, 2019#29 empty: November 13, 2020#90 confidence: August 1, 2019#1 findingpurpose: May 27, 2020
8 151 - In Serial101 Chapters
Fun Facts!
Did you know that milk does not make your bones stronger? that Kids learn faster than adults? that sharks do not need sex anymore for reproduction? that sleep-deprived Teens are more likely to commit a crime? and eating chili can lead to longevity? Come and read more about it to know the real reason behind these fascinating, mind-blowing and weird science facts. ------#10 in funfacts#2 in randomfacts *Sources: reliable sites found in the internet world
8 108

