《Mujahadah》Bab 5: Memalukan.
Advertisement
Aku mula menolehkan pandangan aku ke muka kawan baru yang duduk di meja sebelah aku. Tanpa kata...
Aku baca air mukanya. Aku tak boleh tahanlah tengok mata dia!
Nampak juga yang dia kecewa dengan aku. Macam sedang kecewa pilih kawan.
"Inn... Baik kau minta maaf." Akhirnya,terluah juga katanya itu.
Aku lihat di sekelilingku, berpasang-pasang anak mata yang turut sekali kecewa dan memandang rendah kepadaku.
Berpasang-pasang bibir juga terkumat-kamit menceritakan soal aku.
Aku mula teringatkan kepada ibu dan bapaku di kampung. Kalau mereka di sini, tentu sekali mereka malu memiliki anak seperti aku. Yang berani menconteng arang ke muka meraka. Dan, mereka menyesal membesarkan aku. Anak tak guna! Hantar jauh-jauh dengan harapan tinggi dapat berjaya, tapi pergi tidur dalam kelas.
Aku berharap tiada siapa yang melaporkan hal ini kepada ibu dan bapaku.
'Why? Tapi bukan aku sengajapun..' Hati Inn mula berbisik.
'Ish! Teruk betul! Sudah-sudahlah ego tu...' Hatinya berbisik kembali untuk kembali ke pangkal jalan yang memberikan jalan bahawa memang salah dia.
Inn menyembam mukanya di atas meja.
"Dah buat ustazah marah, pergi sambung tidur pula." Suara kecil asing kedengaran dari jauh.
Inn mengabaikan kata-katayang dilemparkan kepadanya walau tak semuka. Hanya buntu memikirkan jalan dan cara untuk meminta maaf pada gurunya sambil menyorokkan muka merah padam yang malu atas kesalahan dirinya.
Inn rasa ingin melarikan diri dan tidak berada di sini buat waktu ini.
***
"Seth, senarai nama AJK aspura nanti tolong beri pada ustazah Ruqayyah sebelum balik sekolah ye. Tadi aku terjumpa ustazah. Ustazah pesan kat aku."
Sehelai kertas yang dimaksudkan oleh pelajar lelaki itu diletakkan dia atas meja Seth.
"Haa okay. Tapi kenapa kau tak bagi je senarai ni pada ustazah? Kan pada kau."
"Sebenarnya tadi senarai ni belum siap. Hehe. Lepas tu, ustazah suruh aku bagi pada kau. Ok lah. Aku nak pergi bilik komputer depan tu."
Pelajar lelaki yang tidak diketahui namanya itu meninggalkan Seth yang berada di kelas As-Syukri yang terletak berhadapan dengan bilik komputer. Nampak gaya lelaki tadi seperti ahli Kelab Komputer.
Seth mengerling jam dinding yang menunjukkan 10 minit lagi untuk tiba waktu rehat.
'Dah alang-alang nak ke kantin,baik aku singgah bilik guru. Settlekan kertas ni.'
***
Langkah kaki Inn pantas menuju ke tandas. Farhana yang dibelakangnya hanya ikut sahaja jejak kaki Qurrotun Inn.
Pintu masuk tandas dihempas,tetapi tidak terlalu kuat. Tidak ada manusia lain selain mereka berdua di situ. Babak seterusnya, pintu itu dikunci oleh Inn. Tidak mahu lagi mencetuskan drama yang terjadi seperti sebentar tadi.
Advertisement
Inn menanggalkan tudung yang dipakainya dan membasuh mukanya berkali-kali di sinki. Air yang dibuka agak besar dan laju sehingga terpercik ke baju sekolahnya.
Farhana hanya memerhatikan perlakuan kawan barunya itu. Ini bukan masanya untuk dia membuat spekulasi personaliti terhadap diri Inn yang baru sahaja dia kenal dalam tempoh kurang sebulan. Dia belum boleh membaca dan mengenali diri Inn yang sebenarnya. Tetapi sepanjang perkenalan dirinya dengan Inn selama kurang sebulan ini, dia tahu yang Inn ini boleh juga diajak bergurau dan masuk air walaupun luarannya nampak agak serius dan muka ketat. Inn begitu, mungkin belum membiasakan dirinya dengan seseorang yang dia jumpanya sahaja.
Mungkin bagi diri Inn, dia sudah mulai rapat dengan Farhana disebabkan satu kelas dan bersebelahan dorm.
"Arghhhh!!! Kenapaaaa?!!
Kenapa mamat tu boleh tercegat je kat belakang tu? Apesal doh?! Nak gelakkan aku dari belakang?? Urgh memang tak guna. Dia fikir aku suka-suka buat drama kat situ?" Bebel Inn di dalam tandas seperti orang meroyan pun ada.
"Hahahaha sekurang-kurangnya YDP enjoy drama kau." Usik Farhana.
"Enjoy kepala hangguk kau!"
"Hahahahha enjoy lah. Hiburan waktu rehat. Sedangkan aku ni pun enjoy tonton drama kau kat bilik guru tu hahahah takkan orang lain tak enjoy!"
"Tak yang masalahnya apa pasal dia tercegat je kat belakang tu? Kalau ada urusan masuk bilik guru pun, selesaikan jelah urusan dia cepat-cepat. Bukan berdiri tengok urusan aku dengan Ustazah Zakiah. Sibuk je hal orang! Kau tahu tak!"
"Hahahha tapi aku tak pasti lah dia enjoy your show dengan perasaan menyayat hati ataupun enjoy macam aku enjoy tengokkan keletah kau. Mana taknya, yang kau apehal tiba-tiba buat drama air mata pulak kat situ? Kau tahu tak semua yang kat situ pandang kau je? Aku yang teman kau ni pun aduhaiii segan yang amat! Nasib baiklah masa tu waktu rehat. Asatizah ramai ke kantin."
"Hihi aku tak plan pun air mata aku boleh berjurai kat situ. Entahlah aku tak tahu kenapa aku boleh terlalu emosi masa tu. Macam dihanyut perasaan."
"Takpe lah..sekurang-kurangnya ustazah tahu yang kau bersungguh minta maaf kat dia. Kan? So, your tears totally worth lah."
"Fana, kau tahu apa yang aku fikir time tu?"
"Haa apa?"
"Aku fikir ibu ayah aku je weh. Aku tak nak lah ketegangan tu boleh sampai ke ibu ayah aku nanti kalau ada hari terbuka. Dah tak pasal-pasal nanti ibu ayah aku kecewa hantar aku jauh-jauh tapi aku ada problem dengan tenaga pengajar kat sini." Luah Inn.
Advertisement
"Lagi satu, berkat. Aku takut kalau berkat ilmu yang guru tu mengajar je takde. Nak-nak ni awal tahun. Takkan nak biarkan je berkat tu hilang sampai habis pengajian kat sini. Sia-sia lah ilmu tu kalau berkat tak ada. Bila berkat tak ada, kau rasa ilmu tu nak lekat ke kat aku ni?" Inn meluahkan refleksi dirinya.
***
Seth berjalan menuju ke bilik guru perempuan di tingkat bawah bersama helain name list aspura dan sebuah kitab Mantiq.
Sudah alang-alang berjumpa Ustazah Ruqayyah, baik aku jumpa Ustazah Zakiah sekali buat tanya formula nota Mantiq. Aku ada dapat tahu yang Ustazah Zakiah ni ada bagi formula mudah faham buat kelasnya. Malang sekali, Ustazah Zakiah ni tak ajar kelas As-Syukri, kelas aku. Selain itu,aku ada tanya juga budak kelas yang ustazah tu ajar, tapi aku kurang faham sedikit. Mungkin ini baru awal tahun,mungkin mereka belum habis hadam lagi bab kedua madah(subjek) Mantiq itu.
Sesampainya Seth di pintu masuk, dia mengeluh sebentar.
Melalui pemerhatian Seth, kemungkinan untuk dia berjumpa dengan Ustazah Ruqayyah dan Ustazah Zakiah adalah sangat tipis apabila dia mendapati hanya ada tiga kasut guru sahaja. Dan ada dua kasut hitam sekolah kepunyaan pelajar lain di pintu masuk bilik guru tersebut.
Seth mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dia masuk. Kebetulan, terdapat seorang ustazah yang ingin keluar sebaik sahaja dia memasuki bilik tersebut.
"Walaikumussalam. Eh, Seth Yusuf! Enta nak jumpa siapa?"
"Oh ana nak jumpa Ustazah Ruqayyah. Nak bagi senarai pelajar banin(anak-anak lelaki) aspura. Dengan nak jumpa Ustazah Zakiah. Ada nak bincang sikit." Jelas Seth.
"Ustazah Ruqayyah tak ada ni. Dia kata tadi nak pergi Maqsof(koperasi). Kamu letak jelah kat atas meja dia."
"Aiwah(ok) syukran ustazah!" Jawab Seth sambil melontarkan senyuman penghargaan kepada ustazah itu.
Ustazah tersebut keluar dan Seth masuk.
Seth lihat memang bilik guru itu lengang. Tetapi suasananya tak selengang itu kerana ada dua orang murid dan guru yang berinteraksi dengan agak penuh emosi dan dititipkan dengan air mata. Kelihatannya suasana tak ubah seperti bilik kaunseling. Melihatkan pelajar itu mungkin dia sedang meluahkan masalahnya kepada guru tersebut ataupun itu sesi meminta maaf sepanjang dia berada di sini sebelum dia berpindah atau berhenti. Ini cuma anggapan Seth sahajalah.
Aku difahamkan bahawa agak ramai yang membuat pilihan untuk keluar dan berhenti dari STAJ kerana mereka akan melanjutkan pelajaran di IPTA ataupun IPTS. Ikut kemahuan masing-masinglah ingin menuntut ilmu dalam bidang apa. Apapun keputusan mereka, aku kagum dengan mereka yang tak mensia-siakan waktu yang ada untuk belajar. Mereka mengisi kekosongan waktu mereka sebelum dipanggil daftar masuk ke Universiti ataupun mana-mana institut pengajian tinggi dengan menuntut ilmu di STAJ terlebih dahulu. Walaupun sebenarnya lebih seronok bagi lepasan SPM untuk beristirehat di rumah sahaja mahupun bekerja sementara menambah duit poket. Tetapi,golongan seperti mereka yang memilih belajar di STAJ terlebih dahulu pada awal tahun baharu ini adalah golongan yang sedang berjihad mengorbankan waktu mereka bersantai dirumah daripada top-up tenaga dan tidur mereka setelah berhempas pulas semasa tahun SPM.
Dengan pantas,aku mencari meja Ustazah Ruqayyah terlebih dahulu memandangkan Ustazah Zakiah masih punya hal dengan pelajar terbabit. Aku teruskan pencarian ke setiap pelosok bilik guru itu. Kecuali lorong di mana ada kesesakan di jalan kecil itu. Kawasan tempat meja Ustazah Zakiah.
Aku bingung.
Kerana jalanku disekat dengan pelajar banat(anak-anak perempuan) tersebut. Seorang sedang melutut sambil memegang lutut dan tangan ustazah Zakiah. Pelajar tersebut dalam esakan tangisannya dan seorang lagi mengusap bahunya untuk menenangkan. Begitu juga Ustazah Zakiah.
Aku tidak tahu untuk berbuat apa selain meneruskan ke hujung jalan kecil itu untuk menuju ke sebuah meja yang aku duga di situlah tempatnya meja Ustazah Ruqayyah. Tetapi langkahku mati di situ disebabkan batas jarakku. Terlalu sempit. Mustahil untuk aku menyelit hingga ke hujung jalan. Jadi, aku hanya memberikan mereka ruang sahaja dulu. Aku mengambil keputusan untuk berdiri di situ sehingga urusan mereka selesai.
Aku tidak pasti sama ada mereka menyedari kehadiran aku di situ. Rasanya, tidak.
Bagi aku, pelajar perempuan itu sudah ditenggelami dengan perasaannya. Sangat jauh hanyutnya. Tidakku tahu apa punca air matanya dan aku tidak pula mahu mendengar omongan dialog mereka kerana bagi aku itu sudah mencerobohi privasi mereka.
Bagi tidak membiarkan waktu berlalu begitu sahaja,aku ada membuka kitab dengan menyediakan muka surat-muka surat yang aku ingin bertanya pada ustazah. Aku juga ada membaca satu-satu nama pelajar pada name list yang aku bawa. Pelajar-pelajar ini lah yang akan menjadi sahabatku di sini. Ada beberapa nama yang unik dan agak islamik. Aku juga cuba menterjemahkan nama-nama unik itu dengan maksud indahnya. Aku tertarik dengan nama-nama itu.
Tak lama aku menunggu di situ, Ustazah Zakiah memandang aku dengan senyuman seketika. Mungkin sebagai tanda dia mengerti aku di situ untuk bertemu dengan Ustazah ataupun sebagai tanda maaf melayan teletah muridnya terlalu lama. Walau apapun,aku membalas dengan senyuman juga tanda faham.
Ustazah segera memeluk pelajar itu dan aku terdengar ketawa kecil daripada ustazah sambil beliau berkata sesuatu yang aku tidak harus tahu.
Sebaik itu, pelajar tersebut menoleh kebelakang memandang tepat ke arah aku dengan matanya yang agak sembap kerana kesan daripada menangis.
Advertisement
- In Serial89 Chapters
Iruedim (Children of the Volanter)
Iruedim, an extragalactic planet positioned beside a wormhole, was a place where science, spellcasters, and creatures of the night thrived, mostly in peace. Then, something terrible came through its wormhole and set the world back thousands of years. On the plus side, there’s lots of work for anthropologists. On the down side, the wormhole has been quiet since the last incident. When a strange artifact seems to come through the wormhole, Camellia Zaris can’t understand why no one will investigate. Considering her imperiled career, she has nothing to lose and takes it upon herself to search for the answers. With her new travel companions, she finds something of more interest – and danger – than the artifact.
8 190 - In Serial33 Chapters
All The Lonely People
Based on a true story. A love is lost and a love remains. Our narrator has lost his wife to cancer and struggles to understand her loss while trying to raise his daughter. His journey of loss and discovery takes him across past and present, space and time.
8 92 - In Serial15 Chapters
My Seraphim
An angel held captive for centuries has finally broken free into a strange new world far different from the one she remembers. Now with the aid of a former Charietto and a handful of his old colleagues, Seraphim must flee through a world of people out to take her for themselves. To claim her power, her ichor, her very wings, for themselves.
8 126 - In Serial49 Chapters
Rogue Queen ➵ 2.0
❝Never mess with the Royals. You'll feel the flames of hell before you even get there.❞Back then, I wasn't anyone special. I wasn't some hero who saved anyone. I thought I was smart. I knew I was quiet and observing since I didn't like attention, unlike Raiden, my protective twin brother. He would never let anyone hurt me... but he could only protect me from threats he's aware of.As a result of what I was secretly suffering, I sealed off my emotions the best I could. I closed down my heart. Their words couldn't hurt me if I couldn't feel them. If only that worked for their hits. For five years, I'd been slowly falling into depression and no one noticed.Then of course, I turned out to be Asher's mate and he rejected me and if that wasn't enough, he banished me from my home in Moonblood pack. I left and became a rogue with the vow of keeping anyone else from suffering the way I did. I was done crying, past letting others push me around. And I was going to make sure no one went through anything like I did.Now, almost two years later, I'm returning to Moonblood pack, even though it could mean death since I was banished.But I'm not alone.Things have changed. Before, I could barely kill a spider. Now, I kill anyone who has it coming, like those abusive assholes. Before, my biggest worry was whether I could make it through the day without getting hurt. Now all I have to worry about is getting the blood out of my clothes and keeping Thatcher far away from me.Before, I was shy and timid.Now, I'm the Rogue Queen.➵Started: August 22nd, 2018Completed: November 13th, 2019Rewritten in November-December 2020
8 132 - In Serial37 Chapters
Master's Vampire (Book 1 of The OutCaste Series)
Evelyn, a Disabled vampire, slowly learns about feelings after being bought by her Master as a gift for his human mistress........"Hate to break it to you when you're smiling like that, but Evie, you're awful at dancing," he said bluntly as he goes in for a dip.I follow his lead and bend a bit backwards. "Dancing requires trust.""Then I guess we have a lot of improving to do together," he said with a grin as he pulled me back up.Delusional.But I can't help grin. And I also can't help but get used to his toothy one.
8 178 - In Serial26 Chapters
broken-hearted; jeongcheol
jeonghan is broken-heartedand seungcheol tears his heart up for him.©-darkseouls 2017(im currently editing this, because I have reread it and yikes)
8 172

