《Hold On✔️》2
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Rokok berjenama dunhill dikeluarkan dari kotak. Lalu dikepit di antara kedua bibirnya sebelum menyalakan lighter pada hujung rokok.
"Dah cari kerja belum?" Ijat yang tengah hidang makanan menyoal. Mata tajam memandang Ayden yang selamba badak merokok dalam rumah.
Mata Ayden terhala ke arah kawannya. Kaki dilipat bersila di atas sofa. "Belum. Esok baru cari. Office kau ada kosong ke?"
Mana lah tahu ads. Tak payah Ayden bersusah payah nak cari ke sana sini. Dia pun malas nak cari kerja sebenarnya. Tapi kalau tak kerja nak merempat dekat mana.
Ini pun untung Ijat ada. Baik hati nak tumpangkan Ayden dekat dalam rumah walaupun Ayden ni satu sen pun tak membayar.
"Takde. Ayden, meh makan. Aku beli nasi kukus ni." Memanggil Ayden yang sedang merokok sambil menonton televisyen. Tak semenggah punya perangai.
Dengar Ijat sebut makan, Ayden melangkah ke meja makan dengan rokok yang masih dikepit di celah jari. "Membazir je kau beli. Kan aku boleh masak."
Satu perkara yang berguna bila Ayden duduk dekat rumah Ijat, dia boleh memasak. Kelebihan Ayden yang satu tu buat Ijat senang hati. Tak serabut nak fikir makan apa dan di mana sebab hari - hari Ayden masakkan untuk dia.
Mata Ijat merenung Ayden yang tarik kerusi di depannya. Selamba merokok dekat meja makan. "Kau kan macam tak terurus beberapa hari ni. Tak nak aku serabutkan lagi otak kau."
Mata Ayden julingkan ke atas. Rokok yang dah habis digunakan dibaling ke tong sampai yang tak jauh dari meja makan. "Goal!"
Mata Ijat membulat. "Kepala otak kau goal! Berapa kali dah aku kata jangan merokok dalam rumah kan? Ini sampai ke meja makan kau merokok. Aku yang tak merokok ni boleh jadi perokok pasif bau asap tu tahu?"
Mula dah keluar bunga - bunga bebelan Ijat ni. Ayden tayang muka tak berperasaan sambil membalas, "dah tu? Merokok lah sekali. Jadi perokok aktif."
Advertisement
"Babi lah perangai kau ni!" Ijat menjeling Ayden tajam. Geram dengan anak orang yang suka menjawab. Jawapan pula tak sah kalau tak menyakitkan hati Ijat.
Bibir Ayden mengukir senyum. Dah terbiasa kena carut dengan Ijat disebabkan mulut dia. "Dah, makan. Depan makanan mencarut apahal?"
Mata Ijat putarkan ke atas. Menyampah! Anak siapa ni. "Cermin diri sendiri tu dulu. Haih macam mana lah si Shila tu boleh terpikat dengan kau?"
"Jealous lah tu." Balas Ayden ringkas. Padahal dia pun tertanya jugak macam mana gadis seorang tu boleh jatuh suka dengan dia.
Bukan Ayden ni romantik, gentleman ataupun baik hati. Walhal Shila tu dah berapa kali kena maki dengan dia sebab sibuk nak mendekat. Tapi Shila tetap sukakan dia. Kelakar lah pula bila fikir balik.
"Tersenyum - senyum apahal? Teringat Shila lah tu. Angau!" Ijat mengusik. Bibir mengukir senyum nakal.
Dahi Ayden berkerut. Wajah Ijat dijeling. "Angau bendanya? Merepek lah kau ni," merepek sebab Ayden tak ada perasaan pun pada Shila.
Kenyataan tu macam kejam. Tapi Ijat pun tahu, perasaan tak boleh nak paksa. Dulu Shila yang beria minta Ayden jadi pakwe perempuan tu walaupun Ayden tak nak. Alasan, nanti Ayden suka lah.
Tapi dah setahun, Ijat sendiri tak nampak Ayden ni macam sukakan Shila. Layanan sama je dari awal sampai sekarang. Bezanya sekarang mulut tu baik sikit kut?
Lama Ijat merenung Ayden yang sedang makan itu. Sikap Ayden ni kadang - kala buat dia tertanya banyak perkara. Tapi jelas, jawapan tak akan ditemui.
Angin bayu laut yang meniup rambutnya membuatkan bibir mengukir senyum. Tenangnya rasa, meski sementara.
Kaki dilunjurkan di atas pasir. Iris berwarna hijau kekuningan itu mendongak memandang langit yang membiru. Dalam hati terfikir, kalau lukis pemandangan ni mesti cantik. Tapi sayang Bella tak reti melukis.
Jadi dia keluarkan telefon pintar. Menangkap beberapa gambar dari lukisan ciptaan Tuhan yang indah melihat.
Advertisement
Selesai, Bella melihat balik gambar yang dia tangkap tadi. Cantik. Wah, Bella memang berbakat. Memanglah, dia jurugambar hahaha.
Tengah dia tengok gambar tadi, notifikasi naik di bahagian atas skrin telefon. Mum. Sambil mengeluh, Bella tekan mesej tadi.
Bella merengus kasar sebaik membaca mesej yang dihantar ibu kandungnya. Lepas dua bulan Bella tak balik, ini je yang dia kata?
Bukannya nak kata rindu atau tanya kenapa tak balik. Ada mak tapi macam tak ada je. Punggung diangkat dari situ.
Nampaknya terpaksa kemas barang dan check out dari hotel hari tu jugak. Kalau tak dengar cakap Datin Nora, esok lusa kad bank dia kena tendang.
Mak dia tu bukan fikir panjang. Nak orang ikut kepala dia je. Menapak ke resort yang dia menginap selama dua bulan ni, seorang staff datang mendekat.
"Puas dah Miss Bella duduk depan laut tu?" Dia menyapa. Muiz, staff resort yang agak rapat dengan Bella. Rapat sebab Bella ni riuh, mudah mesra dengan orang.
Bella tersengih. "Tak lagi, tapi kena pergi bilik. Nak balik hari ni,"
Dahi Muiz berkerut. Aik tak silap dia gadis depan dia ni nak balik lagi sebulan. "Awalnya? Kata nak balik bulan depan?"
Sambil mengurut belakang leher, Bella tayang senyuman. "Mak suruh balik. Rindu anak dia yang dah jauh dari rumah ni agaknya." Dia ketawa di hujung ayat.
Ikutkan hati Bella malas nak balik rumah. Ada sahaja arahan Datin Nora yang buat dia sakit kepala nanti. Tapi kalau tak balik, nak kena hadap sebarang kemungkinan pula.
Muiz anggukkan kepala. "Oh, see you again Miss Bella. Jangan lupa resort ni. Datang selalu ya!"
Bella senyum sebelum melangkah ke lobi resort. Nak segera ke biliknya dan kemas barang. Nanti mak dia bising pulak.
Tersenyum Muiz lihat gadis itu. Bukan dia minat pun dekat Bella, cuma selesa buat kawan. Bella tu mudah didekati. Orangnya jenis baik hati dan murah dengan senyuman. Campak pergi mana pun orang sayang.
Dah dua bulan Bella menetap dekat resort tu. Gaya macam tak ada tempat nak pergi, tapi Muiz yakin Bella anak orang berharta. Kalau tidak macam mana ada banyak duit nak bayar sedangkan perempuan seorang tu tak buat apa - apa pun selain merenung langit setiap hari?
Sampai di bilik, Bella hempas tubuh ke atas katil. Bagasi yang terletak di hujung bilik dipandang. Alah, dia tak nak tinggalkan tempat ni. Dia rasa tenang je selama dua bulan dekat situ.
Baru nak lelapkan mata, telefon Bella berdering minta diangkat. Sambil merengus dia menjawab panggilan.
"Mummy suruh kau balik rumah. Bising dah dia ni," Naura, kakak sulungnya mengingatkan. Macam biasa kakak sulung kena kawal adik - adik. Tadah telinga dengar mak marahkan adik pun kakak juga.
Terus tegak tubuh Bella. "Dia nak apa? Suruh aku kahwin?" Walaupun mak dia tak pernah sentuh isu rumah tangga, tapi tu je yang Bella dapat fikir bila Datin Nora suruh dia balik.
Tawa Naura terlepas. "Dari suruh kau kahwin, baik paksa aku kahwin dulu. Aku dengan Nani pun belum."
"Kalau bukan kahwin, apa?" Bella merungut. Apa lagi yang Datin Nora nak ni? Bagi lah Bella tenangkan diri dekat Langkawi tanpa dikacau sesiapa please.
"Balik dulu. Nanti tahu," sesudah itu, Naura tamatkan panggilan. Cukup buat adik bungsu dia merengus geram.
Ergh, rimas!
here my imagination about ayden
still love ayden ?
love,
eyein
Advertisement
- In Serial10 Chapters
The Sleepover (Deku X Toga)
It's midnight at the UA dorms, everyone's asleep... except for Izuku Midoriya. Whilst everyone sleeps comfortably in their own rooms, Midoriya can't help but stay awake with regretful thoughts. However, he's not the only one awake... Deku X Toga, Izuku Midoriya X Himiko Toga(DISCLAIMER: Yeah, yeah, I don't own My Hero Academia or any of the characters, blah, blah. Also, just to be safe, every character is in college, aaand, 18 and over. Yeah, sure, let's go with that.)
8 85 - In Serial71 Chapters
The backup Bride
" I would never be a second choice to anyone. If I need to compete with someone else for your love, I would gladly make it easier for you by taking myself out of the equation. But why am I here, ready to be your backup bride ? "__________________________________________Rajiv and Prerna ,the runaway couple promise to return to their family after four years. But, fate had other plans for them. They wound up in a police case and search for the perfect bride replacement. Aparna, Prena's younger sister jumps in to help the couple, agreeing to be in her sister's place and meet Rajiv's family. Everything goes well, till Shiva, Rajiv's brother starts digging the backstory of the imposter. Hop in for a South Indian story mixed with drama, romance and some non sense too, May not be a typical wattpad love story kinda relationship. #2 in South Indian - 31.3.2020#1 in intercaste - 25.8.2020#1 in South Indian - 9.4.2021#1 in Profession - 9.8.2021
8 207 - In Serial21 Chapters
The Warrior and Calissande
In a past time, two people from two very different kingdoms marry and all is good...until his wife meets the woman who shares his bed.
8 235 - In Serial75 Chapters
Girl on Track
[FREE STORY w/ bonus paid chapter]Seventeen-year-old bike lover Roxy must fight her feelings for her cocky trainer in order to win the tournament. *****When her dad's racing accident leaves him in a wheelchair, feisty bike lover Roxy expects to have to give up racing for good. But then her family moves to the small town of Parkwood, and Roxy discovers Parkwood's racetrack, along with its cocky long-time champion, Tyler Wakeford. With the annual tournament coming up and both competitors determined to win, who's going to take home the medal?*If you aren't reading this book on Wattpad, it has been stolen. Please report the website!*
8 240 - In Serial26 Chapters
12:22
-When two strangers, a fashion designer crosses paths with a model, they always find their way back to one another.
8 245 - In Serial59 Chapters
Yours, With Love ✓
Shruti never had marriage in her life plan.For her, it was, ❝Shaadi aur bacche, dusron ke hi achhe.❞(Marriage and children benefit only others.)After seeing her sister's failed marriage, the only thing she wanted in her life was to repel all the wedding proposals. Until her teenage crush, Rishabh Randhawa, comes into the scene. ♡♡♡Rejecting seventeen men by the age of 27, Shruti Goyal was sure that nothing could change her mind. But when she saw the eighteenth man, she couldn't help but say yes. Why wouldn't she, when he was her dream guy, her first crush?Was the chance worth taking?Rishabh Randhawa, who just made his dream come true by taking his jewellery company to new heights, finally decided to listen to his parents and settle down at the age of 29.After their wedding, would he ever know what she once felt for him? ♡♡♡An arranged marriage story devoid of exes and misunderstandings! Just a tale of how their relationship progresses.➵ The book is written in English, so non-Hindi readers can read it without any worries. ➵ Contains sexual scenes. It's obvious, our couple's married.Copyright © 2021 Meteor Knight All Rights Reserved.
8 267

