《Hold On✔️》3
Advertisement
-Muhammad Ayden ; the untold stories.
"Ibu dah bangun?" Mata anak kecil itu membundar pandang si ibu. Dia yang baru berusia empat tahun, memandang kasihan pergelangan tangan ibunya yang berbalut.
Si ibu mengukir senyum. "Hai anak ibu..." lemah suara itu menyapa. Rasa sebak bila lihat muka anak yang masih suci tak faham apa.
Tangannya menggapai tangan anaknya. Zahra paksa bibirnya mengukir senyum. "Ayden nangis ya? Kenapa menangis? Ibu sihat kan ni?"
Ayden merapat dengan ibunya. Lama mata dia jatuh dekat pergelangan tangan Zahra. "Kenapa ibu sakitkan diri ibu?"
Air mata Zahra laju mengalir turun membasahi pipinya. Rasa tak guna sebab terdetik nak tinggalkan dunia dengan anak sebesar Ayden. "I'm sorry."
"Kenapa ibu cakap sorry? It's not your fault right? You're hurting," merujuk kepada tangan ibu dia yang sakit. Kanak - kanak berusia empat tahun, mana tahu isu mental. Yang dia tahu ibu dia sakitkan tangan sendiri.
Bibir Zahra ketap. Dia tarik anaknya ke atas katil, lalu tubuh kecil itu dipeluk. "You're so clever. Just like your name." Pipi anaknya dikucup.
Bibir Ayden mengukir senyuman. Tubuh ibunya dipeluk. "Ibu, ayah ke yang bagi nama ni? Semua kawan Ayden cerita ayah diorang kata sama - sama fikir nama dengan mak."
Ayah?
Kalau lah anak kecil ini tahu, insan yang bergelar ayah itu yang buat Zahra hilang diri. Dia kucup lama dahi anaknya. "Hmm ayah fikir dengan ibu."
"Where is he, ibu?" Dia bertanya sambil memandang tepat ke dalam anak mata ibunya.
Tangisan Zahra terhambur. Dia sendiri, tak ada jawapan nak beri dekat anak dia. "Ada... dalam hati kita..."
Kedua belah tangan kecil Ayden menekup pipi ibunya. Dahi dipertemukan dengan dahi Zahra. "Dont cry ibu. Ibu kata kalau nangis tak cantik?"
Zahra senyum. "Pandai lah anak ibu. Anak yang soleh sangat."
"What is soleh, ibu?"
Advertisement
Dalam senyuman, rambut anaknya diusap. "Anak yang baik dan taat pada Tuhan. Ayden anak yang soleh kan?"
"Iya."
"Ayden!"
"Ayden!"
"Ayden!!"
Mata Ayden terbeliak. Terpandang wajah Ijat yang mengerut dahi. "Kau mimpi apa ni? Menangis sampai?"
Tubuh Ayden yang terbaring terus menegak. Matanya membundar. Macam anak kecil yang tak tahu apa. Mimpi tadi... rasa benar.
Memori lama terimbas kembali. Memori yang sepatutnya Ayden dah lupa sebab dah lama sangat. Rambut yang serabai dia ramas kasar.
Ijat melutut tepi katil kawan dia. Risau pula tengok muka Ayden yang tak terurus tu. "Okay tak? Mimpi dah nak meninggal ke?"
Ayden tak membalas. Punggung diangkat dari katil. Bila terpandang cermin yang tergantung dekat dinding, baru dia nampak muka sendiri. Pipi memang dah basah dengan air mata. Betul lah Ijat cakap dia menangis dalam tidur tadi.
"Kau mimpi apa? Tak nak share ke?" Ijat masih tak berputus asa. Tuhan je tahu betapa resahnya dia bila dengar suara orang menangis teresak - esak dari bilik dia.
Bila datang bilik Ayden, lelaki tu boleh menangis dalam tidur. Puas kejut, punya lah khusyuk Ayden menangis.
Bahu Ayden angkat. "Tak ingat." Padahal dia ingat dia mimpi apa. Kaki dibawa ke dapur. Air mineral di dalam peti diteguk rakus.
Wajah arwah ibu dia terimbas - imbas kembali. Dalam banyak - banyak memori, kenapa kena mimpi bahagian tu jugak? Sengaja buat Ayden rasa tak tenang?
Tuhan mahu tunjuk apa?
Keretanya diberhentikan depan masjid. Bergerak dari Langkawi naik feri tadi, azan Asar dah berkumandang. Sempat lah Bella masuk kereta dan cari masjid yang terdekat dulu.
Keluar dari kereta, dia meregangkan badan. Pandangan pakcik - pakcik yang nak masuk masjid dia buat tak endah. Pandang serong sebab Bella tak pakai tudung.
Selendang yang tergantung atas kepala kerusi ditarik. Memang dia letak situ untuk waktu kecemasan macam ni. Nak solat dekat masjid, tak boleh menonong je masuk. Satgi kena tendang keluar, naya je.
Advertisement
Selendang dia letak atas kepala ala kadar. Sekadar cukup syarat sebelum kunci pintu kereta dan masuk ke dalam bahagian wanita.
Masuk ke dalam tempat solat wanita, Bella terus pasang langkah ke tempat ambil wudhuk. Kemudian baru lah menyarung telekung.
Nasib Bella baik bila dia sempat berjemaah sekali dengan imam masjid. Mak cik di sebelah dia salam sambil melemparkan senyuman manis. Berbudi bahasa gitu.
"Duduk sini ka? Tak pernah nampak pun?" Makcik itu menyoal. Sejuk hati tengok anak dara solat di masjid. Jarang dah anak muda sekarang nak datang ke rumah ibadat.
Bella yang dah selesai solat, membuka telekung. Selendang dia letak di atas kepalanya kembali. "Tak mak cik. Saya ni tumpang je solat. Saya dari Langkawi nak balik KL." Mesra Bella membalas.
Mereka sama - sama melangkah keluar dari tempat solat. Mata mak cik tadi merenung selendang yang terletak ala kadar atas kepala Bella. "Masih tak bertudung?"
Bukan nak menghukum, sekadar bertanya. Mana tahu jika dia menegur si gadis terbuka hati nak bertutup rapi. Tengok gaya, dah okay dah. Tinggal sarung tudung elok tutup kepala je.
Bella senyum. "Belum mak cik." Dah lali dengar soalan tu sebenarnya. Tapi dia tak pula buat muka menyampah. Mak cik sebelah ni pun tak ada keluarkan kata - kata yang buat Bella panas hati.
"Maaflah kalau soalan mak cik mengguris perasaan anak ni. Mak cik cuma tanya." Rasa tak sedap pula kalau anak gadis di sebelah dia terasa hati.
Laju Bella gelengkan kepala. "Tak apa, mak cik. Biasa lah orang bertanya." Maknanya ada orang peduli. Walaupun sesetengah cuma nak menghukum baik dan buruk seseorang. Tapi ada juga yang benar - benar peduli.
Tangan mak cik tadi nak menepuk bahu Bella. "Mak cik tahu kamu tak kenal mak cik dan mak cik tak kenal kamu. Tapi sebab kita saudara seislam, mak cik tegur lah. Tutup aurat tu wajib ya anak sayang? Sama macam kamu solat."
"Hidayah tak sampai lagi, mak cik." Alasan yang Bella keluarkan setiap kali orang cakap begitu. Tak rasa ada yang salah, itu yang Bella rasa.
"Hidayah ni datang dalam pelbagai cara. Orang menegur, hidayah. Tahu tutup aurat tu wajib, hidayah. Hidayah ni bukan kena kita tunggu sahaja. Kita kena cari, usaha untuk perbaiki. Tak apa, mak cik pergi dulu ya?"
Kaki Bella keras berdiri di situ. Kata - kata mak cik tadi macam ulang tayang dekat telinga sendiri. Kelakarnya, kali itu dia rasa tersentap ke hati.
Hidayah ni bukan kena kita tunggu sahaja. Kita kena cari, usaha untuk perbaiki
Kalau nak bagi alasan hidayah tak sampai lagi, sampai bila kan? Nanti dah meninggal pun nak kata hidayah tak sampai sebab tu ingkar?
Heh, ada lah juga secebis kesedaran buat Bella hari ni. Dia lekas masuk ke dalam kereta. Pantulan wajah dari cermin dalam kereta direnung lama.
Cuba, Bella.
Hidayah kena cari.
this is bella. tambah tudung ya dan imaginasi anda okbye tu je dari saya.
love,
eyein
Advertisement
- In Serial13 Chapters
Savage Errands I - The Sixth Kuinkazner
A young princess is recruited to capture Kuinkazner, a warlord using an ancient but unraveling enchantment that allows him to evade capture by moving from one body to another.
8 98 - In Serial34 Chapters
Alone (Werewolf Story)
At our orphanage, when you turn 16 you 'graduate.' This pretty much means that the leaders think you can take care of yourself enough to go to school. They provide us with a small apartment and enough money for food and water each month. But other than that we are all alone.Today was my 16th birthday. Today I would be leaving this prison forever. I would start school at Montgomery Prep next week and move in tonight. I would leave all of my friends behind in this small crammed cabin and try to survive off of the measly amount of money given to me by the leaders. To say I'm scared is an understatement.
8 160 - In Serial89 Chapters
Iris: Child of prophecy
Iris has had a difficult life, running from her past and living like a nomad. She is not a regular wolf. She curses the Moon goddess for the gifts she possesses. The ability to heal others. At least that is what she tells herself and her best friend Aria. she wants nothing to do with being a wolf. She barely shifts, does not believe in mates, and hates everything that has to do with packs. And she shows her disregard. With a foul mouth and attitude to match, she is always landing herself and her traveling companion, Aria, in trouble. Until one day she runs into a pack of ancient wolves, rumored to be extinct. The first wolves made by the Moon goddess, and finds out the Alpha of the pack is her mate.And of course, she wants nothing to do with him, and he wants everything to do with her. But He is not one to be toyed with, brutal and heartless( and that's just being modest). He refuses to let her disrespect him and will go to any extent to ensure she submits to his every will. Thankfully, she can't die. But a war is coming, and it's out of this world. Malik and Iris are the only ones that can stop it, and they don't know it yet. Will they be able to push their differences away and let the Moon goddess finish what she started, or will they be to pig-headed and stubborn to fall in love?
8 190 - In Serial13 Chapters
Love Storm (Zarry)
Harry Edward Styles, a boy who a little bit childish just got dumped by his ex-boyfriend. What happened when Zayn Javadd Malik, a single-handsome boy decided to take Harry to the summer party?
8 106 - In Serial122 Chapters
August Nights
STORY 5I'd pick your thunder, I'd pick your rain: over anyone's sunshine any day.
8 211 - In Serial30 Chapters
Alpha Heron
"My body and my wolf may want you but my brain and my heart don't." I said, proud of my words."They will."~•~•~•~•~•~Weird, clumsy, smartass and boycrazy. Those were some of the words you could describe Lily. Oh and miss "can't keep her mouth shut". Struggling with everything in life, Lily thought that once she finds her mate everything will be better. But when she finds her mate she didn't expect him to be the boy who broke her heart in highschool. Heron on the other hand had everything anybody could want money, cars, body like a god, girls etc. The only thing that was missing was his mate and with him growing older the pack wanted a Luna. So when he met his mate, he realised that his mate was the girl he once loved, but had to let her go.••••••••Highest ranking #1 in lover.#45 in Werewolves#12 Lily
8 190

