《Hold On✔️》6
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Bahu Bella jatuh. Dah setengah jam tunggu ayah dia dekat dalam bilik kerja Dato' Haiqal, pemilik merangkap chairman hotel - hotel yang diusahakan keluarga mereka secara berdekad.
Drama lah jugak. Tapi pada Bella, tak sama langsung macam dalam drama. Pangkat ni tak membahagiakan pun. Kadang - kala sebab pangkat ni hidup orang di luar sana huru hara. Done tazkirah by Bella sementara menunggu ayahnya.
"Cik Bella,"
Bella duduk tegak. Lah ingatkan ayah dia yang masuk tadi, rupanya setiausaha ayah dia. "Dad mana? Kata nak lunch dengan saya. Kakak pun sama."
Ini yang dia benci dengan dunia perniagaan. Berunding dan berbincang dalam mesyuarat sampai terlebih masa. Janji konon nak makan tengah hari dengan dia entah terbang ke mana.
Setiausaha Dato' Haiqal garu belakang leher. Seram sikit bila dengan anak bongsu Dato' Haiqal ni. Orangnya garang benar. "Dato' minta Cik Bella lunch dengan Jade."
"Jade tu siapa pulak?" Bella dah mula rasa nak naik angin. Ada - ada je yang mak dan ayah dia nak buat pening kepala.
"One of his friend's son. Please, Cik Bella? Encik Jade dah tunggu di luar." Muni, tunjuk jalan keluar bilik Dato' Haiqal itu.
Dahi Bella dah berlapis. Dia baru berniat nak memberontak, telefon dia berbunyi tanda mesej masuk. God, siapa pulak ni?
Ini yang buat Bella rasa nak hentak kaki! Datin Nora dan Dato' Haiqal sentiasa tahu cara untuk paksa dia buat sesuatu.
Punggung diangkat dari kerusi dan melangkah keluar. Macam yang Muni kata, seorang lelaki sedang duduk di atas sofa yang terletak depan bilik ayahnya. Ruang santai.
Jade yang tengah membelek majalah langsung tak perasan Bella yang ditunggu dah keluar dari bilik kerja Dato' Haiqal.
Lama Bella memerhati lelaki itu dari jauh. Dari rambut yang elok bersinar pakai gel sampai kasut berkilat. Dia dah tahu lelaki tu tipikal anak - anak kawan ayah yang sengaja nak kenenkan dengan dia.
Advertisement
Lama memerhati, baru lah Bella mendekati Jade. "Jade?" Dia menegur. Nama pun dah buat Bella kerut dahi. Nama mat saleh, muka melayu. Nama asal Judin ke?
Jade tersentak. Kepalanya mendongak memandang gerangan yang memanggil. "You..."
"Bella," senyuman diukir. Kalau tak suka pun, jangan tunjuk sangat. Sejak kecil dia dah dilatih macam mana nak hadap orang luar dan tetamu. Fake smiles.
Rahang Jade jatuh. Lama dia memandang gadis itu sebelum keluarkan telefon dari poket. "Anak Dato' Haiqal? But gambar ni-"
Bella ketawa kecil. Tahu kenapa Jade tu keliru begitu. "Saya baru bertudung. Jom lunch?"
Bibir Jade melorek senyuman. Dia bangun dari kerusi. Membuatkan dia nampak wajah Bella dengan lebih jelas. "Nampak lagi cantik depan - depan."
Mata Bella julingkan ke atas sebelum tersenyum senget. "Sweet talker. By the way, awak pun kena paksa ke datang sini?"
Bukan Bella tak tahu taktik bapak - bapak ni. Anak - anak juga yang jadi mangsa nak rapatkan silaturrahin. Cis, padahal nak share syarikat je.
"Hmm nampaknya macam tu lah. Awak pun?" Jade membalas tenang sambil kaki mereka melangkah ke lif. Sikit sebanyak dah mula rasa selesa nak bercakap dengan Bella.
"Hmm yes. Another victim."
"I'm sorry."
Bella hampir tersedak ayam bila mamat depan dia ni minta maaf. Tak ada ribut, tak ada taufan tiba - tiba minta maaf. "W-why?"
Bibir Jade menyengih. Sudu dan garfu dia letak atas pinggan. "Sebab awak kena lunch dengan saya? Saya rasa awak pun tak nak lunch dengan saya kan?"
Tawa Bella terhambur. Rasa kelakar pula tengok muka bersalah Jade. "Bukan salah awak pun. Saya tahu ni plan ayah saya, jadi jangan risau saya tak salahkan awak."
Jade senyum. Dia melepaskan nafas lega bila dengar balasan Bella. "Saya cuma tak nak awak benci saya. The way you stare masa mula - mula tu..."
Advertisement
"Sorry. Saya memang tengah bengang masa tu. Tapi tak ada lah nak salahkan awak." Laju Bella memotong. Dia tolak pinggan ke tengah meja sesudah selesai makan.
"Papa saya pun ada cerita pasal anak kawan dia lah apa. To be honest, saya tak nak hubungan kerana bisnes ni." Luah Jade jujur.
Dia bukannya bodoh nak ikut telunjuk mak ayah berkait jodoh. Dia tengok Bella ni pun bukan spesies pentingkan pangkat atau nama. Rasa tak berperikemanusiaan kalau nak tarik anak orang ikut rancangan bisnes ayah dia yang entah apa.
Hujung bibir Bella ternaik. Kedua belah tangan memeluk tubuh. "Saya tak ada pangkat pun dalam bisnes ayah saya. Malas nak masuk campur. Apatah lagi nak kahwin sebab bisnes semata."
Dahi Jade berkerut. Lama mata dia merenung Bella. "Awak punya confident tu buat saya ingat awak ni memang dah lama terlibat dengan bisnes tahu?"
Bella sengih. Tak terkejut pun dengar orang cakap macam tu. "Saya pun dah dilatih tau? Cuma tu lah... nanti kena masuk office jugak."
Mata Jade membulat. "Oh ya? As?"
"Entah. Kena uruskan hotel yang baru tu je kut. Nak jadi CEO tak mampu." Sempat Bella bergurau. Maklumlah CEO syarikat tu kakak sulung dia, Naurah.
"Bella," Jade diam kejap. Tangan garu kepala. "Nak kawan dengan saya tak?"
Mata Bella terkelip - kelip memandang Jade di depan. Tak pernah calon yang dipilih ayah dia ajak berkawan. Dah macam budak umur tujuh tahun. "Kawan je?"
Faham dengan soalan Bella, Jade laju anggukkan kepala. Sebelah tangan diangkat. "Kawan je. Janji tak mintak lebih."
Sebelah kening Bella angkat. Tak dapat nak buang rasa hairan dengan mamat depan dia ni. "Awak tak ada kawan ke, Jade?"
Riak wajah Jade berubah. Senyuman yang terukir tadi kian memudar. "Hmm-"
"I'm sorry. Jom kawan." Bella laju memotong sebelum Jade menjawab. Sebagai anak orang ternama, Bella seolah faham apa yang Jade rasakan.
Susah mereka nak jumpa orang yang ikhlas dengan mereka. Kalau ada yang bersungguh nak kawan, sebab diorang ni ada duit je. Kalau berkawan dengan anak orang ternama, masing - masing pentingkan diri. Ambil kesempatan dari kawan sebab bisnes dan sebagainya. Menyerabutkan.
Jade senyum. Suka betul dah ada kawan. Jujur rasa selesa dengan gadis itu walaupun itu kali pertama mereka bertemu. "So lepas ni boleh keluar lagi?"
"Boleh, tapi jangan bagitahu ayah awak." Tenang Bella membalas. Dia tayang sengihan.
Faham. Jade anggukkan kepala. Bella tak mahu ibu bapa mereka tahu mereka berkawan sebab nanti mesti nak jodohkan diorang.
Jade mahupun Bella, masing - masing faham. Mereka lahir kerana harta.
fuh
Advertisement
- In Serial11 Chapters
Beatrice Santello
An adult imagining of Beatrice Santello's life prior to the events of Night in the Woods. There are no explicit depictions of sex here, though there are obviously adult themes and situations involving it. I wasn't going to post it to Royalroad as I didn't think Fanfiction was okay here - but now I see it is and I am quite convinced it is the best work I've ever done yet, I've got to see what any fans of NitW think about it! The first chapter was originally written as a short vignette and wasn't intended to be continued into a full blown story. It was just intended to be moody and evocative. Even though anyone that has played Night in the Woods has a good idea how this must end, I hope it will still be worth the read. Also, since I've finished writing it, I'm going to post it as one big chapter dump all at once. Cover drawing by GreasyMojo and colored by me (with permission!). I don't think it should be too risque on it's own but I suppose I'll soon find out.
8 114 - In Serial12 Chapters
Five Knives
Camilla Falk has lived alone for many years on the streets of Copenhagen, Denmark. She is a runaway and a criminal, and that's about it. Until suddenly Erika and her friends come into her life, and with them insures dangerous magic and powerful people. Camilla is thrown into an intricate murder that she must solve if she wants to live her own life peacefully. But solving the murder means getting close to the new people in her life, it means uncovering their secrets, and doing that means letting go of her own secrets.
8 145 - In Serial6 Chapters
Shadow Creatures
There's a serial killer on the loose, and he's hunting. He's behind every corner, lurking, waiting, watching. so are her exams. and her love life isn't too far behind it either. and...let's not forget the life or death situations our dear main character will be dropped into. enjoy this mess of a story while the main character struggles to figure out what she's going to do when everyone around her seems to die, and only she survives.
8 95 - In Serial46 Chapters
Split Fanfiction
What if he didn't leave her there in that cell. What if he took the girl with him back to his home his real home not the place under the zoo. What if he's keeping her because he wants her not because she's needed like he's convinced the others.
8 144 - In Serial15 Chapters
Time does tell (ItaNaru x SasuNaru x GaaNaru)
OMG im addicted to sasunaru, and i dont know i keep coming up with story lines so this is a another story. Basically Sasunaru maybe end as GaaNaru or ItaNaru. But to be honest, lately i've been all about ItaNaru.NO MPREG....i dont know why i keep getting asked to do that but yah YAOI,MATURE,SEX, etc...dont like dont read..I hate doing disclaimers at the beginning of every chapter so i'm going to do it now...I dont not own any of the characters only the storyline and my additions.
8 208 - In Serial20 Chapters
Limestone Creek
Gabriela Stevens is a teenage girl. She has a 4 year old son. After having problems with her mom, she and her son move to the small town of Limestone Creek, to live with her older sister. Where her past will come to light and she discovers wonders about herself.
8 157

