《Hold On✔️》7
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Saya tak nak." Buat kesekian kalinya, Ayden ulang lagi jawapan dia. Wajah dia kekal kosong tak beriak.
Dahi Shila berkerut. "Kenapa awak tak nak? I told you, my parent yang nak jumpa awak!" Penat dah memaksa, Ayden ni tak dengar kata betul.
Dah setahun mereka jadi kekasih, tapi Ayden tak nak jumpa ibu bapa Shila langsung. Tak kisah lah serius atau tak, sekurang - kurangnya tunjukkan muka. Tak adalah mak dia sibuk nak kenenkan dia dengan lelaki lain.
Mata Ayden memincing merenung Shila di depan. "Saya tak nak. Awak jangan paksa saya lagi boleh?"
Dia ni tak ada niat pun nak rangka masa depan dengan Shila. Nak jumpa ibu bapa gadis itu buat apa? Buang masa sahaja.
Kaki melangkah ke luar kedai. Buat tak heran dengan Shila yang statik dekat tempat duduk. Sampai dekat motor, tiba - tiba lengan dia ditarik.
"Ayden, please? Kali ni je. Mama asik paksa saya tunjuk awak, kalau tak dia tak percaya yang saya ada someone. Please? Saya janji tak akan susahkan awak."
Tubir mata Shila dah bertakung. Tak kisah Ayden nampak dia ni cengeng sekalipun sebab dia memang terdesak nak mampus. Tak ada daya dah nak kena hadap mama papa yang suruh dia tunjuk siapa orang yang dah berjaya paut hati Shila.
Bahu Ayden jatuh. Tangan yang ditarik Shila dia rentap semula. "Perempuan memang suka menangis ke? Tak ada senjata lain?"
Perempuan, perempuan. Kalau nak minta sesuatu, menangis tu harus jika tak dapat. Ayden merapati Shila. Air mata gadis itu dia seka dengan ibu jari. "Dah, jangan menangis."
"Saya sedih mama dengan papa asik tanya pasal awak tapi awak tak nak jumpa diorang..." bibir Shila memuncung. Dalam hati sebenarnya dah berbunga sebab Ayden tolong seka air mata dia tadi.
Sekali seumur hidup je Ayden nak jadi romantik ni. Rasa sedih tadi dah hilang diganti dengan rasa bahagia. Harapnya, teman lelaki dia ni terima pujukan Shila.
Advertisement
Hujung bibir Ayden ternaik. Hujung kening digaru. "Tapi saya ni tak ada kerja. Mak ayah awak tak kisah ke?"
Ayah Shila tu pun dia kenal sebagai pensyarah yang pernah mengajar je. Baik bila dia hantar assignment tepat pada waktu. Hal - hal peribadi macam ni mana dia kenal.
"Sejak bila awak kisah orang nak cakap apa?" Shila kerut dahi. Mana tidaknya, sebelum ni orang kata Ayden ni sombong atau berlagak, lelaki tu buat pekak je. Tak ambik heran langsung.
Ayden senyum nipis. Helmet dipakai ke kepala. "Itu lain, ini lain." Selama ni kalau orang nak kutuk dia, orang tak pandang siapa keluarga dia.
Tapi kalau nak jumpa mak ayah Shila ni semestinya orang tua akan tanya asal - usul dan pekerjaan. Hal begitu kalau orang kutuk tak kena tempat, mengamuk juga Ayden dibuatnya.
"Ya lah. Awak nak pergi tak?" Malas nak bertekak. Shila setia menanti di tepi motosikal Ayden. Menunggu jawapan dari lelaki itu.
Mata Ayden melirik memandang wajah yang penuh mengharap itu. "Hmm okay. Nanti send location."
Senyuman Shila dah sampai ke telinga. Bahagia tak terkira bila Ayden setuju. "OMG, thank you! Okay, bye awak boleh pergi!"
Mata Ayden julingkan ke atas. Ini lah perempuan, lepas dapat apa yang dia nak dia halau kita pergi macam tu je.
Hari pertama bekerja di situ, Bella dah rasa macam kepala dia nak tercabut. Bekerja dalam pejabat dan suasana dalam penghawa dingin memang bukan apa yang Bella suka.
Bella lebih memilih aktiviti di luar. Biar pun panas terkena matahari, otak dia tak rasa berat macam duduk dalam pejabat hari itu.
"Miss Bella,"
Lamunan Bella terhenti. Dia berpusing ke belakang, memandang gerangan yang memanggil. "Yup?" Kening diangkat kepada setiausahanya, Mira.
Mira senyum. "Tomorrow ada event dekat hall. In case Miss Bella lupa? Miss Bella kena turun sapa VIP."
Advertisement
Bahu Bella jatuh. Tangan memicit dahi yang dah berpuluh kali berkerut hari itu. "VIP? Saya kan orang atasan, saya tak payah lah jumpa sesiapa kan?"
VIP. Bella rasa nak muntah dengar. Memang tak semua orang kaya dan berpangkat ni berlagak, buat perangai menyampah dan sebagainya. Tapi nak jumpa yang Bella boleh terima— sikit aje lah.
"Memang macam tu, Miss Bella. Miss Bella tegur je mereka then smile. Pastu boleh sambung buat kerja balik." Tenang Mira membalas.
Dia dah dua tahun bekerja dengan syarikat Dato' Haiqal. Kerana kecekapan Mira, dia akhirnya dipindahkan ke hotel baru itu sekaligus naik pangkat jadi setiausaha Bella.
Bella mengeluh. Masuk kali itu entah dah kali ke berapa dia mengeluh. "Hmm okay. Ada apa - apa lagi ke?" Wajah setiausahanya dipandang.
Laju Mira menggeleng. Dia tersenyum segaris melihat wajah serabut Bella. "Miss Bella memang tak suka kerja dekat sini ya?"
Bibir Bella mengukir senyuman. Tubuh yang tegak berdiri menghadap Mira sepenuhnya. "Yup. I hate bussiness and management, but end up I'm here heh."
Lepas degree bisnes dan pengurusan, Bella buat keras kepala tak nak sambung lebih sebab dia memang tak suka bidang bisnes.
Dia lari ke luar dan belajar tentang photography. Bila dah yakin dah beritahu tentang minatnya, Dato' Haiqal dan Datin Nora membantah keras. Macam - macam alasan diberi sampai Bella rasa dia punya minat tak penting.
Tengok lah sekarang ni. Dia tak rasa bahagia langsung dengan apa yang dia lakukan. "Tapi perkara tak sentiasa ikut rancangan kita kan?"
Mira senyum. Jauh di dalam sudut hati, dia kasihan dengan Bella. Baru satu hari mereka kenal dia macam dah dapat tangkap kesedihan gadis itu. "Dato' Haiqal mesti nak yang terbaik untuk anak dia."
Bukan untuk nama dan pangkat? Hati Bella berbisik.
"Dah pukul berapa ni? Jom balik." Mata Bella menjeling jam di tangan. Tak mahu topik tentang dia dibahas lagi,
"Haah. Miss Bella nak balik dah? Saya ada kerja dah buat sikit." Kepala Mira tundukkan sebelum mengundurkan diri. Banyak hal kena uruskan bila pengurus hotel baru masuk.
Bella anggukkan kepala. Dah jam enam setengah petang. Dia tak nak berlengah pulang ke rumah. Mahu berejam kena hadap jalan yang sesak lepas tu terlajak Maghrib.
Beg tangan di bawah meja dia ambil dan tali beg dia sangkut ke atas bahu. Telefon yang dah berejam atas meja tak berusik dia capai laju.
Bella tergerak hati nak tengok notifikasi sebelum masukkan ke dalam beg. Mana tahu ada mesej penting yang dia patut baca.
Ada.
.
Perasaan Bella bercampur aduk. Rasa gembira sikit sebab ayah dia yang sibuk memanjang mesej, tapi rasa terkilan tak dapat nak sorok.
Happy?
Heh.
Advertisement
- In Serial40 Chapters
Long Live The Mad Wife!
Six years ago, Feng Chuge, who was 10 years old, became a disgrace to the entire Feng Family because she was incapable of cultivating. She was then expelled from the family. When the number one killer of the 21st century possessed her body, the world was in turmoil. Calling me trash? Saying that I don't have any spiritual force? Then I'll let you see who's the genius who changed her fate!
8 641 - In Serial21 Chapters
The Marriage Deal
Khushi means happiness but not in Khushi's life.Khushi is the total opposite of her name.Her life is filled with sorrow,hatred and unhappiness.Khushi only had one wish in life that her husband will take her away from this sorrow and hatred life and will give her that happiness,love and care life which every girl deserves.But her wish was broken when she was married to one of the most eligible bachelor of India,Armaan Kapoor just because of a marrige deal.
8 321 - In Serial50 Chapters
I'll Be Good, I Will (Brahms Heelshire × Reader)
(Y/N) has been on the move, running away from the mistakes that they have caused in their past. Eventually, they come across a Manner that seems abandoned. Overgrown plants, dusty windows, it would be a great place to hide out for a minute. Of course, not unless they earn their keep first. After the first day, they had found a porcelain doll sitting not too far away from where they slept, sitting on a meticulously designed chair, with a note in their lap.(Cover art is by Domomodraws on Tumblr. If you are Donomodraws and you wish for me to remove this drawing, let me know and I'll be glad to do so.)
8 260 - In Serial24 Chapters
Who are you: school 2015 ( A Chance) {On-going}
I entered "Who are you: School 2015".On her 24th birthday, Han Eunha made a wish that the Second Male Lead gets a happy ending!The power was cut and suddenly she had entered the first kdrama she had ever watched.This time, she swore the SML will get a happy ending!Single update every week!Started~21-01-22End~#1 in School 2015#1 in Male lead#1 in Second Male Lead#1 in Koreandramas#1 in Kdrama#1 in sungjae#1 in yook#1 in namjoohyuk#1 in Eunbi #1 in Eunbyeol #1 in Taekwang Only the character Han Eunha, and anything regarding her past, belongs to me. No other characters used in this book belong to me and are credited to the rightful owners.Please do not copy my work!
8 120 - In Serial49 Chapters
The Journey Home
Others carved her past, she was now deciding her future.But was she living?The memories that haunted her determine each decision she made until he came along.Everything changed.★★★★★A wealthy businessman with handsome looks but without a care in the world.Until he met her.He needed her, almost obsessively so.He realized that nothing before her mattered, even if she didn't realize it.❤Cover Credit to the amazing @AutumnWintersCERTAIN CHAPTERS ARE MARKED PRIVATE DUE TO WATTPAD'S GUIDELINES. PLEASE FOLLOW BEFORE ADDING BOOK TO YOUR READING LIST IN ORDER TO READ THEM.
8 445 - In Serial25 Chapters
Just Friends (Chaeryeong itzy)
We're just friends, but why am I falling in love with you?
8 119

