《Hold On✔️》11
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Ayden!"
Sumpah Ayden rasa nak selam muka dalam jamban bila nama dia dilaung begitu kuat sekali. Semua yang ada di lobi hotel berpaling mencari arah suara itu.
"Saya ingatkan awak tak datang. Wah, handsomenya awak hari ni!" Senyuman Bella sampai ke telinga. Puas hati dapat tengok muka pemuda itu lagi.
Ayden kerut dahi. Matanya menunduk pandang pakaian sendiri. Dia sarung hoodie warna hitam dengan seluar jeans je. Handsome celah mana?
Ketawa Bella tengok Ayden yang membelek baju sendiri. "Yang handsome tu muka awak. Kalau tak pakai baju pun handsome!"
"Kau ni gatal betul." Kutuk Ayden. Memerah pipi dia bila Bella sebut pasal tak pakai baju. Perempuan sekarang ni tak reti malu ke?
Bella menggeleng perlahan. "Saya cakap benda betul apa? Jom, saya tunjuk awak dekat bos awak. Nanti dia guide."
Bila Bella cakap nak tunjuk dia dekat orang lain, Ayden dah mula rasa nak pitam. Dia benci betul nak bertemu orang baru. Maklum lah, dia antisosial. "Kau tak boleh ke ajar aku? Kau kan kerja sini jugak."
Hujung bibir Bella ternaik. Dia mengerling ke arah Ayden yang dah tak tenang. "Saya kerja dalam office dekat atas. Saya pun tak tahu macam mana nak ajar awak?"
Ayden berhenti menapak. Jadi, dia akan ditinggal seorang diri? "Kau nak tinggal aku ke?" Macam budak - budak.
Tawa Bella terhambur. Tak sangka lelaki yang dingin macam Ayden tak suka ditinggal sendirian. "Jangan risau, dia akan layan awak dengan baik. Kalau dia buli awak sebut je nama saya."
"Nanti dia buli aku lagi teruk. Kau pun staff je." Tanpa mengetahui jawatan sebenar yang Bella sandang di dalam hotel itu.
Bella hanya tersenyum. Sampai di bilik kecil yang menempatkan pekerja hotel, dia berhenti. "Nanti dia ajar awak baik - baik. Hari ni awak kena belajar je dulu."
Advertisement
Kepala Ayden mengangguk. Walaupun dalam hati rasa tak senang akan ditinggalkan dengan orang yang dia tak kenal langsung.
Pintu bilik yang menempatkan pekerja itu diketuk. Tak sampai seminit, seorang pekerja keluar dari situ. "Miss Bella?"
Dahi Ayden berkerut. Mata memandang Bella dan wanita yang lebih tua itu silih berganti. Miss Bella? Sebab Bella kerja di pejabat, dia dapat panggilan hormat ke?
"Hmm Kak Wan, ni kawan Bella, Ayden. Dia akan kerja dekat sini. Tapi ni first time dia dalam pengurusan hotel. Jadi akak tolong ajarkan dia apa yang patut hari ni boleh?"
Mata Kak Wan sedikit membulat. Terkejut sebab sepatutnya, pekerja mereka dah cukup. "Hmm Ayden? Baik, akak akan ajarkan."
Bella tersenyum puas. Bahu Kak Wan ditepuk. "Layan dia baik - baik ya? Dia ni manja sikit."
Laju Kak Wan mengangguk. Tak berani nak menggeleng dengan pengurus hotel itu. Jawatan paling tinggi dalam hotel itu selepas Dato' Haiqal, pemiliknya.
"Okay. Sekarang ni awak kena teman saya makan." Mata terarah kepada Ayden yang hanya diam dari tadi.
Dahi Ayden berkerut. "Apasal pulak? Aku kan nak kena kerja." Sesuka hati je minah ni ajak dia pergi makan. Dia dah semangat nak kerja ni.
Bella tersengih. Pandangan Kak Wan ke arah mereka berdua dia abaikan. "Tak apa, jom. Tak ada orang tahu pun. Awak tu pekerja baru."
"Kau fikir ni hotel bapak kau punya?"
"Memang bapak saya punya pun!" Perkataan bapak ditekan.
Namun Ayden hanya memutar mata ke atas. "Propa."
Kali ketiga mereka bertemu dan Ayden meneka, bukan kali terakhir mereka akan bertemu. Bekerja di bawah bumbung yang sama. Mustahil Bella akan kacau dia lagi.
Mata Ayden memerhati perempuan di depan dia. Khusyuk makan seolah - olah Ayden tak wujud di depan dia. Ayden melepaskan keluhan. "Woi."
Bella angkat wajah memandang Ayden. Sambil mulut menghirup kuah di dalam mangkuk. "Hmm." Hanya mampu menggumam.
Advertisement
"Kau ajak aku nak suruh tengok kau makan je ke?" Kalau bawa pergi kedai mahal tak apa lah juga. Ini setakat kedai mamak, Ayden pun tak ingin.
"Apa salahnya? Cantik je saya makan kan?" Senyuman ditayang. Dia yang dah habis makan mencapai tisu untuk mengesat kesan kotoran di tepi bibir.
Dahi Ayden berkerut seribu. Rasa nak basuh telinga je dengar soalan Bella. "Perempuan perasan. Dah lah tak reti malu." Kutuk Ayden.
Tapi Bella langsung tak tunjuk muka sakit hati. Dia hanya tergelak kecil. "Ayden, awak ni kelakar lah. Tadi awak punya baik dengan saya dekat hotel."
Mata Ayden menunduk. Lah, dia baik ke dengan minah ni tadi? Bahaya. "Tu sebab kau tolong bagi aku kerja."
Bibir Bella mengukir senyum. Suka tengok Ayden yang dah malu - malu sebab Bella kata Ayden baik dengan dia tadi. "Nanti kerja elok - elok tau? Kalau awak bagus, awak akan kerja dekat office."
Bukan tak ada kerja kosong dalam pejabat, ada je. Cuma Bella sengaja letak Ayden dekat bahagian pengurusan bilik sebab tak mahu lelaki itu tahu identitinya.
Soal Kak Wan, tak apa. Wanita itu boleh tutup mulut kalau Bella suruh. Kalau Ayden bekerja dekat pejabat, mesti nampak dan tahu dia ni pengurus hotel tersebut. Bella tak mahu beritahu. Dia nak kenal Ayden tanpa mengenal asal - usul.
"Tak naik pangkat pun tak apa. Aku kerja apa pun aku okay." Balas Ayden senada. Sebelum menghirup kopi latte di dalam cawan.
Bella tersenyum segaris. Dia dah menongkat dagu memandang Ayden. "Ayden, cuba awak pandang saya."
Kening Ayden bertaut. "Buat apa?!" Seram lah perempuan ni. Tanpa sedar, Ayden memang tengah pandang Bella pun.
"I love your eyes." Mata lelaki itu direnung sedalamnya. Warna biru yang sedikit gelap membuatkan mata Ayden nampak sangat unik.
Menambahkan lagi daya tarikan yang ada pada jejaka itu. Ayden mengalih mata ke tepi bila sedar matanya jadi perhatian Bella. "K-Kau ni gatal lah."
Duduk Bella kembali bersandar. Tawanya terlepas dengar kutukan Ayden terhadap diri dia. "Gatal apa? Saya pandang mata je, bukan benda lain."
Ayden jadi tak senang duduk. Perempuan ni berjaya buat dia rasa cemas tanpa sebab. "Jom balik hotel. Aku kena kerja,"
Kepala Bella mengangguk. Dia bangun dan bergerak ke cashier tanpa kata. Sementara Ayden setia menanti di tepi kereta gadis itu.
Hairan juga. Bella kerja apa sampai dapat naik kereta BMW? Kereta keluaran terbaru tahun lepas. Bukan sembarangan orang yang boleh beli kereta begini.
"Masuk lah." Bella bersuara sebelum masuk ke dalam kereta. Dia duduk di tempat pemandu dan enjin dihidupkan.
"Kau kerja apa? Jual anak orang ke?" Soal Ayden tiba - tiba. Mata meliar memandang isi kereta itu.
Tawa Bella terlepas. "Kan saya dah kata ayah saya pemilik hotel tu. Awak tak nak percaya?" Kelakarnya, Ayden tak percaya ayah Bella memang pemilik hotel lelaki itu bekerja.
Ayden buat muka menyampah. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Baik kunci mulut dari bercakap dengan Bella yang tak normal ni.
Advertisement
- In Serial39 Chapters
Daddy's Little Girl
Emily I didn't expect to meet him when I went to my cousin's bachelorette party, didn't expect to go home with him, and definitely didn't expect to be pregnant with his child with no way to tell him. Here I am 4 years later raising our daughter, when I run into him. After breaking the news, he doesn't just want Cora. He wants a family. BraxtonOne night with Emily has left me wanting more even years later, so when I run into her and she tells me we have a daughter I'm shocked. When the shock wears off, I realize this is the perfect chance to win her heart and my daughter's. Emily
8 388 - In Serial67 Chapters
Lucky Peasant Woman: Raising kids and making wealth
Ater blowing up the car of her husband and his mistress. Gu Chunzhu a business entrepreneur, opened her eyes and transmigrated to Xiaohetou Village, Ming Dynasty which was not in history. Having a crippled husband, two small skinny children. A thatched house that seemed to collapse anytime and will leak when it rains. It won't be easy...Novel not mine. Translations by me. [NekoCat Translations] // Fan madeAuthor: Fish flavored pork.Originally a CN novel.Chinese title: 旺家農婦:養包子發大財Author: 魚香肉絲包Ranked #1 Ancient China - 05/25/20 #1 Dailylife - 05/28/20 #3 Novel - 06/03/20 #1 Novel - 06/14/20 #1 FemaleProtagonist - 7/17/20
8 235 - In Serial32 Chapters
Smile For The Camera ~ trixya
Katya knew what she had to do. There was no way she'd let an amateur ruin her movie. If she couldn't get someone else to fix the situation, she'd simply take care of the problem herself. If no one else would remove Trixie from the movie, she'd make the girl quit.Oh, she was gonna make Trixie Mattel's life hell.Highest rank: #2 in trixya
8 105 - In Serial21 Chapters
Code : Love (MoRan FF) ✔
" I love you too." ***"My love was a lie"***" I really really love you"Attracted at the first sight Karan Shergill falls in love with Monami Mahajan and they confess. How true was this love and how many deceits were there..???Tune in to find out 🥰An off track fan fiction of Ziddi Dil Maane Na , this can be read as a separate story. The fan fiction will be purely in English.
8 81 - In Serial50 Chapters
THE WEDDING PLANNER(Complete)
Elena kingsley - A simple, kind and bubbly girl working as a wedding planner comes to plan the wedding of The Hayden McCarthy of McCarthy industries - A rude and distant billionaire who pretends he has everything yet all he needs is warmth and attention.What happens when Hayden got that from Elena when she comes to plan the former's wedding...lets dive in their lives...Note - Plagiarism is a crime. Do not i repeat do not steal the content. Any incident or situation coinciding with yours or your story is purely unintentional because this is a work of fictionP.S. : This story contains some swearing here and there. There are no as such mature or sexual scenes. So it is safe to read for every kind of reader...
8 236 - In Serial10 Chapters
¡Hazme Caso!
Donde YuGyeom, se viste te diversas formas para llamar la atención de JaeBum...BumGyeom/BGyeom/JBXYuGyeom
8 99

