《Hold On✔️》15
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Kelam kabut nak berjumpa dengan Bella kerana risau, akhirnya Ayden tengah berdiri di depan Bella. Melihat gadis itu sedang makan takoyaki tanpa mempedulikan dia.
"Kau sakit apa? Mental?" Ayden rasa macam nak menyumpah tengok muka Bella yang tenang macam beberapa minit yang lalu tak ada apa yang jadi.
Mulut Bella yang tengah mengunyah takoyaki menjawab tenang soalan Ayden. "Sakit hati. Kenapa? Awak nak tolong ubatkan?"
Rahang Ayden jatuh. Dia dah sampai depan Bella, perempuan ni boleh kata dia hanya sakit hati? Tak ke kenyataan macam minta penampar tu? "Kau gila ke sebenarnya?"
Kening Bella berkerut. Dia pandang Ayden dengan tajam. "Apa? Ada saya suruh awak datang ke? Tak ada kan? Sibuk je datang kenapa?"
Padahal bila Ayden tanya dia dekat mana tadi, Bella lah manusia paling bahagia dalam dunia. Hilang segala sakit hati yang dirasa.
Malah Bella rasa kalau Ayden ni kekasih orang sekalipun, dia nak rampas je. Dia boleh layan Ayden lebih baik dari siapa pun perempuan yang bersama Ayden kini.
Ayden merengus kasar. "Buang masa lah layan perempuan gila macam kau ni." Dia pusingkan tubuh. Malam - malam begini, elok dia balik tidur lagu bagus.
Bella apa lagi. Gelabah biawak bila Ayden dah berura - ura nak pergi. "Saya sakit hati! Hah, awak mesti nak tahu kan?"
Dahi Ayden berkerut. Mata memandang Bella dengan hairan. "Ni dah kali kedua kau cakap kau sakit hati. Kau ada kanser hati ke Bella?"
"Kelakar lah awak ni." Bibir Bella mengukir senyuman. Bukan apa, Ayden ni jarang sebut nama dia. Mungkin Ayden ni ada masalah tak suka sebut nama orang sebab hanya beberapa kali sahaja Ayden akan sebut nama Bella.
Setelah beberapa saat merenung wajah Bella, baru lah Ayden faham makna 'sakit hati' yang Bella katakan. Ayden menggigit bawah bibir. "Siapa buat kau sakit hati?"
Advertisement
"Awak." Tak teragak Bella menjawab. Takoyaki terakhir disuap ke dalam mulut tanpa rasa malu lepas beri jawapan tadi.
Bertambah bingung Ayden jadi. Dia ambil langkah menghampiri Bella dan duduk di tepi gadis itu. "Aku pulak? Bukan ke kau dah biasa aku sakitkan hati kau?"
Yalah, sebelum ni tak terkira Ayden mencarut dan maki Bella. Tapi perempuan tu tayang muka serupa tak ada perasaan sahaja.
Bibir Bella memuncung. Mata memunduk. "Itu lain, ini lain..."
"Apa yang lainnya?" Entah kenapa Ayden banyak tenaga pula nak melayan Bella malam itu. Terlupa agaknya esok dua - dua masih kena kerja.
Bella angkat mata memandang Ayden. Kebetulan, mata mereka bertembung buat Bella kehilangan kata. "S-saya cemburu..."
Lidah Ayden kelu. Rasa macam menyesal pun ada sebab tanya Bella tadi. Akhirnya situasi jadi kekok buat mereka berdua.
Tangan mengusap belakang leher. Ayden telan air liur. "Cemburu kenapa? Sebab Tuhan cipta muka aku lagi handsome dari muka kau?" Buat - buat tak faham.
Kedua belah kening Bella hampir bercantum. Plastik takoyaki tadi dilempar ke arah Ayden. "Bukan lah awak ni!"
"Pastu?"
Bahu Bella jatuh. "Tadi awak keluar dengan siapa masa lunch? Tu girlfriend awak ke? Sorry lah saya tak pernah tanya awak ni single ke tak."
Kini, barulah Ayden sepenuhnya faham kenapa perempuan sebelah dia ni buat kenyataan 'sakit hati' bagai. Rupanya sebab nampak dia dengan Shila tadi. "Tu bukan girlfriend aku lah."
Mata Bella dah bersinar. Bibir perlahan - lahan melorek senyuman. "Oh... awak ni single lagi lah?"
"Tapi dia ex aku."
Dahi Bella berkerut. Dia mencebik dengar sambungan Ayden itu. "Perangai macam awak ni pun ada ex? Eee!"
Sebab Bella berkeras nak hantar Ayden pakai kereta dia, Ayden turutkan sahaja. Esok pun Bella kata nak ambil Ayden dari rumah.
Ayden malas nak membahas ataupun bergaduh sebab hari dah lewat malam. Otak rasa tak berfungsi sangat nak ajak Bella bergaduh.
Advertisement
"Ayden," Bella memanggil.
Tapi sayang, tiada sahutan. Bukan sebab Ayden sengaja tak menjawab, tapi kerana mata dah terpejam. "Haih, cepatnya tidur."
Bila kereta berhenti, Bella turunkan kerusi yang diduduki Ayden ke belakang supaya lelaki itu dapat tidur dengan selesa.
Tersenyum Bella melihat wajah tenang Ayden sewaktu tidur. Macam bayi. Wajah putih bersih Ayden memang mampu membuatkan ramai perempuan cair.
Tak heranlah kalau lelaki itu ada ramai peminat walaupun Ayden ni kasar. Wajah Ayden mungkin ada kacukan cina sebab putih.
Tapi mata Ayden tak sepet membuatkan lelaki itu nampak sangat kacak. Tambah lagi dengan mata berwarna biru gelap yang dimiliki Ayden. Haih, perempuan mana je tak jatuh hati?
Kalau tanya Bella, Ayden ni dah lebih dari kacak. Cuma perwatakan lelaki tu je buat Bella rasa nak lempar Ayden dalam gaung. Tak romantik dan gentleman macam dalam novel!
Perjalanan dalam kereta sunyi. Lagi - lagi bila dah lewat malam. Jalan pun tak sesak dan kosong. Mungkin lagi beberapa minit dia akan sampai ke rumah Ayden.
"Ibu..."
Rengekan itu buat Bella berpaling ke sisi. Berkerut dahi Bella tengok Ayden yang menggeleng dalam tidur. Mengingau ke?
"Jangan tinggalkan Ayden..." Suara Ayden kedengaran lagi.
Bella jadi risau bila matanya menangkap ada air mata yang mengalir turun membasahi pipi lelaki itu. "Ayden, bangun!"
Kereta diberhentikan di tepi. Tak boleh nak biar Ayden tidur menangis macam tu sahaja. Bahu lelaki itu digoncang, tapi Ayden masih begitu.
Malah tangisan tadi bertukar jadi esakan. "Ibu... a-ayah tunggu Ayden..." suara itu merengek bagai anak kecil.
Tanpa sengaja membuatkan Bella jatuh kasihan melihat lelaki itu menangis. Bahu Ayden digoncang lagi. "Ayden, bangun!"
Mata Ayden terbuka secara mengejut. Dada lelaki itu turun naik dengan kencang. "A-aku..." Ayden duduk tegak. Aku sedih.
Ya, mimpi tadi sungguh menyedihkan. Ayden membuang pandang ke luar tingkap sambil mengatur nafas. "Hantar aku balik cepat."
"Awak okay? Awak mimpi apa?" Tanya Bella. Dia cuma tertanya - tanya lelaki itu mimpi apa sampai menangis teruk macam tu.
Ayden mengetap bibir. Dia kembali sandarkan badan pada kerusi. "Jangan banyak tanya. Hantar je aku balik." Dia penat. Mimpi tadi buat minda Ayden penat.
Sekaligus buat emosi dia merundum jatuh. Macam tu lah setiap kali dia bermimpi, Ayden akan jadi badmood. Tapi jika di rumah tak ada sesiapa yang akan tanya. Ijat pun tak nak bertanya sebab tahu Ayden tak akan buka mulut.
Mulut Bella terbuka. "Jangan banyak tanya? Awak mengigau sampai menangis teruk. Saya kejut dua kali baru awak bangun! Saya risau lah."
"Hantar aku balik!" Mata Ayden memandang tajam ke arah Bella.
Bella kerut dahi. "Awak lalui sesuatu yang tragis ke Ayden? Awak nak saya bawa awak jumpa dok-"
"Shut up lah perempuan! Aku kata hantar aku balik cepat! Kau tak payah nak ambil tahu soal hidup aku dan berlagak macam kau kenal aku!"
Bahu Bella jatuh. Tak tahu nak kata betapa sakitnya rasa bila Ayden tinggikan suara dekat dia. Tak mahu kena tengking lagi, Bella mulakan pemanduan.
Ayden dibiarkan memandang ke luar tingkap tanpa soalan. Bella pula memandu dengan senyap sehingga kereta sampai di flat Ayden.
.
Advertisement
- End1074 Chapters
Two-Faced Husband, Have Some Decency!
Song Yu, an up and coming architect was supposed to be the fiancée to the second son of the Qi Family… until her family went bankrupt. The engagement was called off and she finally has the freedom to love whoever she wants to! Years later, a twist of fate made her cross paths with the Qi family again. In order to land a prestigious architect role in an upcoming hotel construction project, she had to impress the director of Qilin. Follow Song Yu as she navigates through life and love!
8 900 - In Serial8 Chapters
Todobaku
this is a Todobaku story (IT INCLUDES BOY X BOY) it's my first story sooo please don't judge
8 209 - In Serial10 Chapters
Alexis & Wolf
The heat between them is undeniable. All they have to do is give in to one another. Even if that means their best friend/brother is sitting right next to you...right?***Alexis - He's her older brother's best friend and the only guy she's ever loved. She was tired of being seen as just her brothers' little sister. Most of all, she wants his massive hunky body pressing into hers while they make out on the couch!Wolf - She's off-limits for more than one reason. She's his best friend's little sister. She's way too young. Even when she parades herself around in her skimpy little shorts and pouts with her deliciously biteable lips. Totally off limits!
8 197 - In Serial42 Chapters
Affairs Of The Heart
//Please note this story is under heavy construction! Read at your own risk.// If you look for perfection, you'll never be content. ~Leo Tolstoy . . . . . . . A flower is to be always beautiful lest it is cast away.A flower is to be innocent and pure. Delicate in nature, ever to bring squinting smiles to those around. A flower is perfect. Always perfect. She was the perfect embodiment of a flower.Her name, Iris.A thorn is sharp like a knight's blade. It inflicts pain and draws blood if one dares to get close.A thorn protects a flower from the wickedness of the world.A thorn is attached to the king, ever guarding.He was the perfect embodiment of a thorn. His name, Luca.She was an iris in no need of a thorn and he was a thorn in no need of a delicate iris.Thrust together by an arranged marriage, the unlikely pair, the thorn, and the flower must now find a way to co-inhabit in the same garden. Bracing the strength of the winter, will their love and companionship last for the spring season or will the cold betrayal of a parasitic orchid, the overflowing herbicide of lies and the perfect perfection of the Iris trample the delicate budding bloom of their affairs of the heart?
8 306 - In Serial118 Chapters
Hot Dabi Pics
I had too much shit on my phone. I'm a simp. I simp for Dabi. that's good enough for your thirsty asses. Idk how the fuck to write a description for pictures. Also none of the pictures/ art belong to me (I'm a thirsty ass)
8 199 - In Serial11 Chapters
Fall love book
🍁This is a fall love book of poems 🍁. This is a Ballard with a mixture of rhyme scheme and free verse . This poem follows the narrator's fall love story🍂
8 170

