《Hold On✔️》17
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Seperti yang dijangka.
Kini, Bella sedang berdiri tegak dengan mata yang dipasak ke lantai. Tak berani nak menatap wajah tegang Dato' Haiqal. Juga kerana peraturan yang Dato' Haiqa tetapkan sejak dia lahir.
"Siapa lelaki tu?" Dato' Haiqal berdiri di tepi tingkap. Halaman rumah yang bersih dan menyejukkan mata menjadi tempat dia menghalakan pandangan.
Tapi amarahnya belum surut. Malah akan dia lempiaskan kepada Bella. Setiap kali Datin Nora keluar, dia akan mengambil masa itu sebaik yang mungkin untuk mengajar Bella.
"Lelaki tu cuma kawan Bella." Jawab Bella tenang. Dia cuba tenangkan diri walau dalam hati dah ketakutan. Tak terhitung rasa takut sebab tahu apa yang akan jadi dekat dia selepas ini.
Dahi Dato' Haiqal berkerut. Dia mengetap bibir sambil memasang langkah ke arah Bella. "Kawan you, Nabila?"
Kepala Bella mengangguk. Memang dia dan Ayden hanya kawan. Urgh, tak tahu lah lelaki tu anggap Bella kawan ataupun tidak tapi Bella rasa mereka kawan.
"Jawab dad tanya! Pakai mulut!" Suara Dato' Haiqal meninggi. Tak peduli jika suara dia kedengaran sampai ke luar bilik sebab yang ada di rumah hanya pembantu rumah, Bella dan dia sahaja.
Seperti yang disuruh, Bella menjawab menggunakan mulut dia. "Ya, hanya kawan. Tak lebih dari tu."
Lebih macam mana? Selain teman, mereka hanya menjadi sebab untuk masing - masing teruskan hidup. Tapi semua tu dah tak bermakna, Ayden dah memilih untuk pergi.
Kening Dato' Haiqal berkerut. Berhenti di depan Bella, jarinya mencengkam dagu Bella supaya memandang wajahnya. "Habis tu kenapa kau bagi dia kerja?! Kau nak tipu aku ke?!"
"T-tak, dad..." mata Bella mula berkaca. Rasa takutnya hadir walaupun dah berkali - kali dia lalui situasi begini.
Tanpa menghiraukan air mata Bella, tangan Dato' Haiqal menarik tali pinggang yang dipakai, lalu digulung pada tangan.
Badan Bella terketar - ketar. Dia tahu apa yang Dato' Haiqal mahu lakukan kepadanya. Kaki melangkah ke belakang. Jika mampu, dia mahu lari dari situ.
Advertisement
"Kau nak lari mana, anak tak guna?!"
Zzap!
Tak cukup sekali, tali pinggang diangkat buat libasan kedua. Bella yang dah terduduk menahan sakit tak dipandang simpati. "Anak bodoh!"
Zzap!
"Dari kecil menyusahkan!"
Zzzapp!
Tangan Bella memeluk badan sendiri. Dia lemah, tak mampu menolak setiap serangan ke atas tubuh sendiri. Hanya mampu menangis macam budak kecil.
Tapi tetap Dato' Haiqal tak peduli dengan kesakitan dia. Puas melibas, Dato' Haiqal melempar tali pinggangnya ke tepi. "Kau-"
Kepala Bella dicengkam dari belakang. Anak mata Bella direnung tajam. "Kau dengar sini, Nabila. Kau lahir sebab aku kasihan. Hidup kau dekat tangan aku kau tahu tak?"
"T-tahu..."
"Jangan berani nak bercinta dengan lelaki entah apa. Kau hanya boleh kahwin dengan pilihan aku. Faham tak anak haram?"
Kepala Bella mengangguk. Meskipun, arahan itu jelas tak masuk akal. Tapi dia tak ada daya nak membangkang. Silap hari bulan hancur badan dikerjakan Dato' Haiqal.
"Bagus. Kau tahu kan apa aku akan buat kalau kau tak dengar cakap aku? Aku akan buang kau dan kau tak akan jumpa mum lagi."
"Baik, dad." Bella bersuara lemah. Dia bangun untuk berdiri. Meski kaki terasa begitu lemah untuk melangkah.
Dato' Haiqal tersenyum puas. "Dah pergi balik rumah kau."
Three misscalls from si cantik
Ayden memutar mata ke atas. Lepas apa yang mereka gaduhkan tadi, Bella masih nak hubungi dia ke? Kelakarnya.
Otak Ayden yang rasa berserabut membuatkan dia mengambil buku puisi yang dibeli beberapa hari lepas. Dapat lah release stress dan lupakan kenyataan kejap.
Ayden buka buku secara random. Dia memang begitu setiap kali baca puisi. Baca bila otak rasa berat dan hati rasa penat. Baca secara random yang membuatkan Ayden percaya puisi yang dia baca tu macam anugerah untuk bagi dia sedar.
Mukasurat tujuh belas.
Makna yang buat Ayden kelipkan mata bekali - kali. Puisi yang mempunyai makna tersendiri. Bagi orang yang tak suka baca puisi, mungkin mereka akan sukar faham apa yang puisi itu sampaikan.
Advertisement
Tapi Ayden faham. Dia faham apa yang tertulis tu sampai minda dia teringatkan perkara lepas. Bertahun yang buat dia rasa sesuai dengan puisi yang tertulis tu.
"Kenapa ayah menangis?"
Bahu Adrian terinjut - injut. Muka yang sembab memandang anaknya. "Ayden kenapa tak tidur lagi?"
Bibir anak kecil itu mengukir senyuman. Ayden mengambil tempat di sisi ayahnya. Duduk di atas lantai sambil bersandar di tepi katil. "Ayden rindu ibu. Ayah menangis sebab?"
"Tak tahu sebab apa." Jawab Adrian perlahan. Tuhan sahaja tahu apa yang dia rasa saat itu.
Rindunya dia kepada arwah Zahra tak dapat nak dihitung. Setiap saat, rasa macam bayangan Zahra ada dengan dia.
Dalam masa yang sama, rasa bersalah dia mendalam untuk wanita kedua yang hadir. Husna, yang dia jadikan banduan untuk menjaga Ayden kerana risau anaknya rindu belaian seorang ibu.
Menceraikan Husna, kerana takut dengan masa silam di mana dia sering lakukan kesilapan. Zahra sendiri tak bahagia dengan dia, inikan pula Husna.
Cukuplah buat anak orang terseksa dengan menjadi isteri dia. Melepaskan Husna keputusan yang tepat supaya wanita itu boleh mencari kebahagiaan sendiri.
Tapi Adrian tak tipu dia rasa menyesal. Untuk keduanya. Untuk semuanya.
"Ayah, please dont cry."
Adrian senyum. Sekurang - kurangnya, dia masih ada seorang bidadara kecil yang akan menyinari hidup dia. "Ayden dengar kata ayah ye?"
"Apa?"
"Jangan takutkan masa silam.".
"Tapi Ayden tetap takut." Ayden berbisik perlahan. Buku puisi itu diletak di atas meja.
Belum sempat tubuhnya nak dihempas ke atas katil, telefon Ayden kembali berdering buat Ayden merengus geram.
Si cantik.
Tak mahu menjawab, Ayden tolak panggilan itu. Telefonnya dilempar ke atas katil. Namun entah mengapa, hati Ayden rasa sebaliknya.
Rasa macam perlu untuk jawab panggilan itu.
Telefon Ayden kembali berdering. Masih juga nama yang sama. Ayden yang malas, menjawab panggilan dengan kerutan di dahi.
"Kau kenapa call aku banyak kali?!"
"Encik Ayden? Kami jumpa nama Encik dari call log telefon Cik Bella. Kami tak tahu Encik ahli keluarga dia atau bukan tapi-"
Tubuh Ayden menegak. "Cakap cepat lah!"
"Cik Bella ditahan di hospital sebab overdose. Sila datang."
Telefon Ayden jatuh dari genggaman. Gelak tawa dan senyuman Bella bagai bayangan yang lalu di hadapan matanya.
"Ayden, jadi sebab saya hidup?"
Ayden takut, kerana masa silam sentiasa menghantui dia. Tanpa menunggu, Ayden berlari keluar.
Bella, hold on.
Advertisement
- In Serial44 Chapters
A Mate for the Latecomer
Previously Rank: #1 New Author, #1 Reject & Rejected, #1 rejection, #1mated, #1 Fiction #1 Alphamate, #1 Beta, #1 Alpha, #5 Romance, #17 werewolves, #1 author #1 Supernatural and etc..~~~Elle Langford was once the most dedicated hardworking werewolf in her pack. She used to have many friends and was respected by all. They were her priority and she didn't even have time to look for her mate. Yet when she felt her bond with her mate break, everything turns awry in her world.The next thing she knew, she was pulled down from grace, marked as the pack slut, and banished from the place she once called home.Rules were set once they were accepted into another pack. Elle never saw the outside world again nor was she fortunate to have another mate. She watched as everyone in the pack mated, have pups, and lived happily in the pack. She was left with no mate or anyone to feel the spark with.Yet what happens when her Alpha sent her to another territory for the first time on pack business?Will she be able to find another mate? Or is it true that her mate died?~~~First Book of the 'Rejection Series'Book 1: A Mate for the LatecomerBook 2: Rejecting Your RejectionBook 3: Lie to Me AlphaNote: All books can be read as standalone!!
8 347 - In Serial44 Chapters
What The Heart Craves
Lacey Harper is in love with her brother's best friend, Adonis Grayson, who is also the lead singer of a famous band. When she is faced with a life changing situation, it rocks everyone close to her including Adonis and she discovers nothing is simple in life or love. *****Lacey Harper is in love with Adonis Grayson, but he only sees her as the younger sister of his best friend. She has tried everything to get over him, but the heart wants what it wants. How is she supposed to move on when he is the lead singer in a band and his photo is plastered across every magazine? It's only when she has to navigate a serious life experience does she discover nothing is simple, even when everything she has ever wanted is within her grasp.Book 1 of The Heart series
8 195 - In Serial28 Chapters
Alpha's Deaf Mate
Sara Blackwood was born deaf;she was ashamed of being deaf until one day someone had changed her life who would it be find out more.
8 301 - In Serial7 Chapters
Coming Back Home
The night she comes back from her best friend's apartment after finding out her boyfriend is married, she meets a huge man sleeping on the snow in her backyard. 23-year old Charlie Jordan doesn't know what to do. After so many calls and studying, she finds out the man—Blurin Jameson— is an ex-militant whose address got mixed up on deployment day. It takes Charlie 419 Days to realize how her heart beats faster when ever they're near or when his eyes lights up... Or how she completes his amount of ribs.
8 138 - In Serial33 Chapters
Reaching For the Stars
Charlie Yang is suddenly pushed into a new unfamiliar yet familiar world with the memories of his alternate self!With a power no one else has, technology to be discovered, and famous works not existing in this new world, how will Charlie reach the stars?Rising through heartbreak, join Charlie as he and his Achievement System achieve greatness!1-2 chapters daily. Will increase in the future.Chapters are around 1,500 words in length.Cover credits: @ksb_x4Please contact me if you wish for the cover to be removed.
8 173 - In Serial105 Chapters
Lusting for you-completed
Kira Allen and Lucian Pall are no love struck strangers. Instead they have known each other their whole lives and while Kira considers Lucian the love of her life. He thinks of her as nothing more than mere food. Will Lucian love her back or is it a bite all he's after.
8 78

