《Hold On✔️》21
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Sejak masuk ke dalam banglo mewah kepunyaan keluarga Bella, Ayden tak boleh berhenti rasa kekok. Ramai manusia di situ jadi antara sebab Ayden tak selesa.
Bella perasan Ayden kurang selesa berada di dalam majlis itu. Dari tadi Ayden asik tengok jam. "Ayden, habiskan kek ni. Nanti kita balik terus."
Mata Ayden merenung Bella di sebelah. "Boleh ke?" Dari tadi Bella tunggu mak dan ayah dia tak sibuk untuk kenalkan Ayden kepada mereka.
Namun dah dua jam mereka duduk di situ, Dato' Haiqal dan Datin Nora masih lagi sibuk melayan tetamu yang hadir.
"Tak apa. Nanti boleh bagitahu mum dan dad pasal kita." Senyuman diukir buat lelaki itu. Bella tak mahulah Ayden tahu betapa remuknya hati dia saat itu.
Kecewa dengan Datin Nora dan Dato' Haiqal yang terlalu sibuk sampai tak menyapa langsung anak mereka. Tapi nak buat macam mana. Itulah hidup yang Bella kena tempuh sejak kecil.
Bahu Ayden jatuh. "Kau kena bagitahu pasal kita masa aku ada sebelah kau tau?" Ujarnya. Lebih kepada amaran buat Bella.
Sejak tahu ayah tiri Bella mendera gadis itu, Ayden rasa resah setiap kali Bella kata nak berjumpa Dato' Haiqal. Takut gadis pujaannya pulang dengan luka.
"Sayang jugak awak dekat saya." Bella tersenyum. Wajah kacak Ayden direnung lama. Dari kening sehingga ke dagu, elok benar ciptaan Tuhan yang ini.
Cepatlah kahwin. Bella tak sabar nak sentuh muka kacak Ayden. Dia nak periksa betul ke kulit manusia. Mana tahu Ayden buat pembedahan plastik.
Mata Ayden berputar ke atas. "Boleh berhambus." Tak ingin dia nak layan Bella. Perempuan ni memang suka buat Ayden rasa nak sepak je.
Ketawa Bella terhambur walaupun perlahan kerana tak mahu mengganggu tetamu ayah dan ibunya. "Ayden, bila awak nak cakap yang awak ni sayang dan sukakan saya?"
Soalan Bella tak dijawab. Ayden betulkan kolar kemeja yang dipakai sebelum bangun dari duduk. Berusaha sebaik mungkin untuk tak menjawab soalan Bella.
Advertisement
Bibir Bella memuncung. Sebal jugalah rasa sebab itu bukan kali pertama Ayden mengelak untuk jawab soalan itu. "Awak ni tak romantik betul. Saya sumpah awak jadi anak ayam nanti baru tahu."
Hujung bibir Ayden ternaik. Hampir nak mengukir senyuman, namun terbatal bila mata Bella jatuh pada wajahnya. "Kalau aku tak romantik, kau kahwin lah dengan orang lain."
Kedua belah kening Bella berkerut. Dia pukul bahu Ayden dengan tas tangan berjenama Dior miliknya. "Saya tampar satgi! Saya suka awak, saya nak kahwin dengan awak je lah."
Sambil kaki Bella melangkah ke pintu keluar banglo Dato' Haiqal meninggalkan Ayden di belakang. Geram dengan Ayden yang suka bergurau hal begitu tanpa rasa sensitif.
"Awak tu yang tak sukakan saya!" Sempat Bella menyambung bila tubuh Ayden berdiri di sebelahnya. Mata diputar ke atas.
Saat itu, mereka berdua sudah keluar daripada banglo mewah itu. Mujurlah sepanjang dua jam di situ, tak ada rakan perniagaan mum dan dad yang menegur Bella.
Barangkali kerana Bella dah bertudung. Tapi besar lagi kemungkinan yang mereka semua tak ingat Bella sebab Bella memang tak penting dalam keluarga itu.
Tak macam Naura yang pintar dan mudah terbiasa dalam dunia perniagaan. Tak juga seperti Nani yang dihormati yang berjaya sebagai Chief Finance Executive.
Mereka berdua penting untuk diingati. Tak macam Bella.
Dada Dato' Haiqal turun naik. "Apa yang dad kata?! Bella kena dengar arahan dad!" Suara pemilik hotel lima bintang di serata negara itu meninggi.
Tajam mata mencerun kepada Bella. Marah kerana anak bongsunya sungguh sukar mendengar kata. Dari kecil sehingga besar susah betul nak ikut apa yang dia cakap.
Naura yang duduk di sebelah Bella menggenggam tangan adiknya dari bawah meja. Tahu saja amarah ayahnya bakal meletus nanti.
"Dad, Bella ada hak untuk tentukan dengan siapa nak kahwin. Dad tak perlu nak masuk campur hal jodoh dia." Nani yang semula jadi berani menyuarakan pendapat dia.
Advertisement
Tak sanggup hati melihat Bella dimarahi hanya kerana mahu berkahwin dengan pilihan hati. Anak tu nak kahwin pun jadi isu besar ke?
Dato' Haiqal mengetap bibir bila anak keduanya bersuara. "Masalahnya lelaki yang dia nak tu tak ada duit! Nak beli baju tidur kau pun belum tentu lepas!"
Mereka semua terdiam. Dah biasa dijerkah begitu oleh Dato' Haiqal. Hanya Datin Nora yang nampak tak terkesan dengan perbincangan mereka pada malam itu.
Bella menghela nafas. Dia beranikan diri memandang kedua orang tuanya. "Bella tahu Ayden tak sekaya semua pilihan dad dan mum. Tapi dia boleh bahagiakan Bella. Boleh pegang Bella bila Bella jatuh,"
Paling penting lelaki yang ayah dia kata tak mampu beli walau sehelai baju tidurnya itulah yang tarik dia dari lemas dalam dunia.
"Nora, you tengok anak you ni. Degil! Tak dengar kata! Elok I pukul je macam selalu!" Punggung Dato' Haiqal angkat dari kerusi.
Sempat tangan dia menolak gelas kaca dari atas meja ke lantai sebelum meninggalkan ruangan makan itu. Tak mahu peningkan kepala fikir soal Bella lagi.
Bukan perempuan tu anak dia pun.
Datin Nora mengeluh berat. "Tak boleh ke Bella ikut sahaja cakap dad? Tak boleh ke berhenti buat onar?" Tak perlu menjerit, namun dah berjaya buat hati anak bongsunya retak seribu.
Mata Bella menunduk. Bukan takut, tapi tak kuat nak pandang muka Datin Nora yang jelas terpamer riak kecewa. Salah sangat ke apa yang dia mahukan saat ini?
"Mum, dah lah." Naura mencelah. Dia bukan tak tahu apa yang bakal keluar dari mulut ibunya nanti. Malah telinga sendiri dah muak mendengar.
Tapi Naura langsung tak dapat nak menghalang Datin Nora. "Bella, dia bagi I lahirkan you pun dah cukup bagus. Dia besarkan you, bagi you makan pakai even you ni bukan anak dia! Ikut sajalah cakap dia!"
Mata Bella terpejam. Perlu ke Datin Nora sendiri mengungkit asal - usul dia begitu? Macamlah Bella nak sangat dia dilahirkan.
"Bella nak kahwin dengan dia jugak mum." Bukan salah dia untuk memilih dengan siapa dia patut kahwin.
Naura mengangguk setuju. Bahu adiknya diusap dari tepi. "Betul. Bella boleh je kahwin dengan lelaki pilihan dia. Dia boleh tentukan hidup dia sendiri."
"Bagus! Ikutlah kepala sendiri! Degil! Useless!" Mata Datin Nora membulat. Hanya kerana Nabila Hannan bukan anak dia dan suami, tanpa bersalah dia layak anaknya bagai orang asing.
Malah orang asing pun tak dilayan seperti mana dia layan anaknya sendiri. Bella mengetap bibir. Air mata yang bertakung di tubir mata ditahan agar tak jatuh.
Punggung Datin Nora angkat. "You kahwin lah dengan dia! Ikut suka you! Jangan mintak satu sen pun dari I ya, anak haram!"
Seusai melontar kata - kata yang menyakitkan itu, dia membawa langkah pergi. Nani mengeluh keras. Cukup tak suka dengan perangai kedua ibu bapanya.
Tak dapat nak nafikan, tak guna berharta tapi perangai entah macam apa. "I'm sorry Bella..."
Naura tak ketinggalan memujuk adiknya. Bahu Bella dipeluk. "Aku sayang kau. Kami support kau."
Tak kira apa.
Bella senyum. Tak apalah. Sekurang - kurangnya dia dibenarkan kahwin dengan Ayden juga.
entah la miskah. entah.
Advertisement
- In Serial195 Chapters
To Live Again, For The First Time!
Emilin died a tragically sad death in her first life, if you could call it a life at all.
8 1241 - In Serial7 Chapters
The Lord Of Loonsburg
Upon the passing of his great uncle, Wyatt inherits a title and becomes a Lord. Unaware of the responsibilities that have been placed upon him, he travels the land to learn more about the place and the people that will now be a part of his life.
8 166 - In Serial39 Chapters
The Jock's Blackmail
Unknown Number:Well you gotta give me something! Hell, anything! You can't just dangle this in front of me for the rest of my life!Me:I wasn't planning on it...Unknown Number:Blackmail is a crime, you know! Me:I'M NOT BLACKMAILING YOU!Unknown Number:WHERE'S YOUR SENSE OF ADVENTURE! YOU GET AN OPPORTUNITY LIKE THIS AND YOU SEIZE IT!! JEEZE!!! AND HERE I WAS HOPING YOU'D DO SOMETHING!!!Me:...you want me to...blackmail you??
8 189 - In Serial68 Chapters
Stop That Hacker!
The Devil's den; a notorious hangout for high school seniors, computer geniuses and competitive gamers. And a home to the most feared hacker between the students. Not the place for an innocent young highschooler to find themselves in. Francy's oldest brother is one to be a regular and he made her swear neither she nor his other siblings would ever under any circumstances come near that place. But when Francy's cat gets into a painting accident, she rushes to her nearest brother for help, straight into the Devil's den. Only instead of her brother, she meets the Devil himself. And just so it happens he has a soft spot for cats.
8 271 - In Serial23 Chapters
Phantoms from the Past
She is too damaged but demands respect, he is too fun but still vulnerable.Deepika Padukone, the leading Bollywood actress and Ranveer Singh, the newest star on the rise have come together in movies and real life. The world is going crazy over the romance but both the stars are still unsure.Will the ghosts they are hiding and the fake Bollywood let their relationship survive?
8 65 - In Serial91 Chapters
Ballad Of Love
❝ find what you love and let it kill you.❞ ~collection of short stories
8 280

