《Hold On✔️》23
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Muka dia... terlalu sama macam Adrian. Mata biru gelap itu buat Husna asik teringat wajah lelaki yang bertakhta di hati dia dulu.
Dari jauh, Husna memerhati Ayden. Dia dah tahu yang nama suami kepada adik Naura adalah Ayden yang berbinkan Adrian sewaktu akad terucap tadi.
Rasa gembira tak terkira bila tahu Ayden yang dia rindu dah ada di depan mata. Lagi tak percaya bila Ayden dah jadi suami orang. Rasa macam baru semalam dia kena marah dengan Ayden sebab nak merapati Adrian.
"Husna," Naura menegur. Dia perasan dari tadi temannya hanyut dalam dunia sendiri. Sejak akad nikah, Husna bagaikan terganggu dengan sesuatu. "You okay?"
Bibir Husna menggaris senyuman. Dia merenung Naura dengan mata yang berkaca. "Naura..."
Mata Naura membulat. "Lah kenapa ni?" Kaget. Tubuh Husna ditarik ke dalam pelukan dengan segera. Diri sendiri tak tega melihat Husna menangis.
"Kau ingat tak aku cerita pasal bekas suami aku yang pertama?" Air mata diseka dengan hujung jari. Mata Husna memandang Ayden yang sedang bersama dengan Bella.
Laju Naura mengangguk. "Ya, aku ingat." Mana mungkin dia lupa kisah Husna yang sungguh menyayat hati itu.
Husna mengetap bibir. "Anak dia... Ayden suami Bella tu."
"Hah?!" Mulut Naura terbuka. Mata memandang Ayden. Lelaki yang bernikah dengan adiknya adalah anak tiri Husna?
Kepala Husna mengangguk. "Aku tak tahu macam mana nak tegur dia." Selepas diceraikan Adrian, Husna tak lagi bertemu dengan anak tirinya.
Rasa bersalah kerana dia pernah berjanji untuk selamanya jadi mama kepada Ayden waktu itu. Tapi apa yang berlaku antara dia dan Adrian membuatkan Husna sendiri tak mampu melihat wajah kecil itu.
Naura mengeluh. "Kebetulan betul."
"Kebetulan yang disengajakan oleh Tuhan." Balas Husna dengan senyuman. Kaki melangkah ke arah yang dipandang dari tadi.
Tapi Naura tak mengikut. Dia tahu dia perlu beri Husna privasi dan masa. Mereka dah terlalu lama tak berjumpa. Mesti ada drama nanti.
Saat Husna berdiri di belakang Ayden, Husna tersenyum. Bahu Ayden ditepuk. "Ayden Bin Adrian."
Advertisement
Ayden yang sedang berbual dengan Bella tersentak. Dia macam... kenal sahaja dengan suara itu. Tubuhnya berpaling ke belakang. "Ya-"
Mata mereka berdua bertembung. Husna tak dapat tahan air matanya dari mengalir saat melihat wajah Ayden. Anak tirinya membesar dengan baik sekali.
Dan Ayden, dia tak mungkin lupa wajah yang ada di depan matanya kini. "Mama Husna?"
Tanpa kata, Ayden memeluk erat tubuh Husna. Wajahnya disebamkan pada bahu wanita itu. "Mama, Ayden... rindu..." dan sakit.
"Handsomenya anak mama!" Husna tersenyum. Tangannya melekat di pipi Ayden. Tak sangka anak kecil itu dah besar dan dah pun mendirikan rumah tangga.
Ya Tuhan, kecilnya dunia.
"Mama..." Ayden menunduk. Rasa gembira bertemu dengan Husna jadi hiba bila teringat... lelaki yang Husna cinta dah tiada di dunia. "Ayah dah meninggal."
Tangan Husna jatuh ke sisi. Kenyataan yang keluar dari mulut Ayden buat dia tak mampu nak berkata apa. Meskipun lelaki itu dah menceraikan dia, Husna akui Adrian sentiasa lelaki terakhir yang dia cinta.
Bella diam memandang drama mereka berdua. Untuk kali pertama, dia tahu sesuatu tentang suaminya yang suka berahsia itu. Ayden ada ayah yang dah meninggal dunia dan Husna, kawan kakaknya merupakan ibu tiri Ayden.
Farewell.
Lepas majlis akad nikah, mereka berdua tak tidur di rumah mertua macam pasangan lain. Pernikahan yang dibuat kecil - kecilan dan tak disukai oleh Dato' Haiqal mahupun isterinya.
Jadi gilalah kalau Bella pulang ke rumah itu bersama suami. Keluarga mereka bukan begitu untuk Bella. Jadi selepas majlis tamat mereka terus ke rumah Bella.
"Monyok je muka." Ayden merapati Bella yang berdiri tegak depan cermin. Sejak majlis tamat, dia perasan wajah isterinya tak seceria selalu.
Bibir Bella mengukir segaris senyuman. "Monyok apa? Biasa je lah." Nafi Bella.
Ayden diam. Tak membalas penafian Bella yang sungguh ketara penipuannya. Dia sendiri tahu apa yang membuatkan Bella begitu sedih.
Tangan Ayden lembut memaut pinggang Bella. Menarik tubuh isterinya merapat dengan dia. "Kau ni tak pandai membohong tau?"
Bella tersentak. Layanan lembut Ayden sejak akad nikah tadi masih tak dapat nak dihadam Bella. Ayden yang sentiasa kasar dan cakap tak pakai otak, tiba - tiba lembut dengan dia.
Advertisement
Lihatlah kini. Tangan lelaki itu sedang membuka keronsang pada tudungnya dengan senyuman di bibir. Hm, Bella tertanya adakah ini sikap yang Ayden tak tunjukkan terhadap orang lain?
"Kenapa kau pandang aku? Handsome sangat ke aku ni?" Senyuman nakal terbit di bibir Ayden. Terhibur bila sedar mata Bella tak lari dari wajahnya.
Bella tersengih. "Awak memang handsome. Tapi bukan sebab tu saya pandang awak."
Selendang Bella yang dah dibuka ditarik Ayden dan diletak di atas meja solek Bella. "Habis tu sebab apa sunshine?"
Rahang Bella jatuh. "Sun-"
Jemari Ayden mengemaskan rambut Bella yang baru bernafas selepas berkurung dalam tudung dari pagi. "Ya kau kan sunshine aku."
"Ayden..." Mata Bella berair. Entahlah kenapa, tiba - tiba jadi emosi dengan layanan lembut dan romantis Ayden. "Baiknya awak layan saya..."
Ayden ketawa perlahan. Tangan isterinya ditarik sehingga ke katil. Lalu dia duduk di birai katil. "Sini duduk sebelah aku."
"Dengar apa aku nak cakap ni." Tangan Bella digenggam di atas peha dia. Bibir Ayden mengukir senyuman buat isteri dia. "Aku tahu kau sedih pasal mak ayah kau."
Dia tak bodoh. Dia tahu kenapa Bella muram. Tangan yang berada dalam genggaman itu dikucup pula. "Kau isteri aku, aku akan layan kau seperti yang sepatutnya."
Bella menggeleng perlahan. Entahlah, dia tak pernah sekalipun dilayan baik begini. Buat dia rasa pelik dan tak biasa. "Awak tak perlu layan saya macam ni."
Bibir Ayden melepaskan keluhan. Jemari naik memagut dagu Bella ke atas supaya mereka dapat bertentang mata. "Sunshine, listen. Kau isteri aku. Kau layak dapat layanan sebaiknya sebab itu yang sepatutnya. You deserve the world."
Air mata Bella mengalir laju ke pipi diseka dengan ibu jari. Ayden tersenyum nipis. "We deserve the world, Bella."
Tangan Bella mencengkam bahagian fabrik di dada Ayden sebelum melepaskan tangisan di bahu suaminya. "K-kenapa mum buat saya macam ni... s-saya anak dia juga.."
Kerana Bella bukan anak Dato' Haiqal, ibu dia tak pernah layan Bella dengan penuh kasih sayang. Tak ada ucapan untuk si anak yang mendirikan rumah tangga mahupun pelukan. Bella hanya diberi amaran supaya tak bagitahu dia jumpa suaminya di mana atau Ayden berkerja sebagai apa sebelum ni.
"Semua mak sayang anak dia, Bella. Kita cuma kena tunggu." Belakang tubuh Bella diusap lembut. Sayu juga rasa bila isteri yang riang dan ceria kini menangis dalam pelukan dia.
Bila tangisan Bella semakin reda, Ayden meleraikan pelukan. "Buruklah muka kau menangis. Lepas ni jangan nangis lagi."
"Hei, mulut tu nak kena sental pakai clorox ke?" Hilang rasa sedih Bella dengar. Macam kanak - kanak kecil, dia gosok mata yang merah baru lepas menangis tadi.
Membuatkan Ayden yang memandang terpaksa mencengkam kedua belah tangan Bella di bawah. "Sini pandang aku."
Bibir Bella mencebik. "Tak naklah. Saya kena hadap muka awak sampai mati. Kalau asik pandang je nanti saya muak."
Ayden buat muka nak bunuh orang. "Bencilah perempuan ni. Aku baru nak manis - manis." Rungutnya sebelum bangkit dari birai katil.
Ketawa Bella terhambur. Dia tarik tangan Ayden sebelum lelaki itu pergi jauh. "Kenapa? Awak nak cakap apa?"
"Tak nak cakap." Bibir Ayden memuncung. Bencilah Bella ni suka usik dia.
Bella merengek tak puas hati. Tangan Ayden digoncang kuat. "Cakaplah! Kalau tak saya suruh awak tidur luar!" Ciri - ciri isteri derhaka detected.
"Aku nak cakap yang-" Ayden berhenti. Tangan lagi sebelah mengusap belakang leher sebelum melarikan mata. "You are my love, you are my life and I promise to stand by yourside always."
Tangan Ayden Bella lepaskan sebelum tiba - tiba dia menjerit nyaring. "Ayden! Sweetnya! Argh melting!" Muka disebamkan di atas tilam dengan tangan menumbuk tilam.
Serentak buat Ayden fikir, betul ke dia dah kahwin dengan perempuan mereng ni?
kita adalah
kebetulan - kebetulan
yang disengaja
Tuhan
Advertisement
- In Serial50 Chapters
The Love That Binds Us
Poppy McHale liked to imagine she lived a fairly normal life. She had a great group of friends and a big, loving family that would do anything to protect her. So why are they throwing her, scantily clad, into the middle of the woods to be chased by wolves? Lupercalia, of course. The age-old tradition that has bound her coven of witches to their brawny werewolf allies. But what if Poppy isn't ready to be mated to the most powerful alpha and all the strings that seem to be attached to him?
8 149 - In Serial24 Chapters
His Good Girl
Iris Ray is a woman who doesn't play. After her husband left her and their unborn child, she was determined to make life better for them. When Talon Macison comes riding into her life on a Harley, with a MC patch on his back, she doesn't know what she should feel or how she should act. When he finds out shes a single mother, how will he act? He was leather, guns, and cigarettes. She was books, manners, and safe nights at home. Will she rebel, or will she be his good girl?
8 185 - In Serial41 Chapters
My fiance /Vkook(Taekook) ✔️
Jungkook :Seriously you think I wouldn't know someone is invading my privacy at this stage of my life .Kim taehyung is an engineer and CEO of Kim cooperation who is now engaged to Jeon jungkook ceo of Jeon company without his knowledge ..
8 148 - In Serial19 Chapters
Who Are You?
One accident causes Stevie's life to change completely. 1997-...
8 180 - In Serial11 Chapters
Anthony Bridgerton One Shots
Anthony Bridgerton based One Shots
8 186 - In Serial16 Chapters
Dying to Have your Baby [A Hunter Hayes pregnancy imagine + sm*ut]
A girl! Your and Hunter's first baby was going to be a girl! You two couldnt't be happier but then destiny strikes leaving you with some kind of toxic reaction to the pregnancy. Bad complications make your life hell. Luckily, Hunter's there by your side all along ...
8 328

