《Hold On✔️》26
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Adrian!"
Lelaki yang sedang menonton bola sepak di ruang tamu lekas bangun dari duduk. Bilik tidur dia dan isteri dituju. "Ya sayang?" Lembut dia menyapa.
Zahra menyambut dengan bibir yang memuncung. Kakinya terjuntai di birai katil. "Nak kencing..."
Tak marah ataupun mengeluh, Adrian merapati isterinya. Dia melutut depan Zahra. "Nak saya bawa ke?" Soalnya.
Laju Zahra anggukkan kepala dengan bibir yang dah tercebik. "Haah. Perut saya berat..." pintanya. Sejak kandungan masuk tujuh bulan, nak berdiri lebih sepuluh minit pun sakit.
Adrian senyum. Tangannya dimasukkan ke bawah lutut dan pinggang Zahra lalu mengangkat tubuh itu.
"Maaf susahkan awak." Zahra bersuara perlahan. Rasa bersalah kerana menyusahkan Adrian begini. Kalau bukan kerana sakit, dia tak akan minta macam ni.
Adrian tak membalas. Tubuh Zahra dia letakkan atas jamban. "Nanti dah siap panggil ya?"
Zahra angguk. "Thank you, dark sky."
"Welcome sayang."
Pintu tandas ditutup. Adrian tersenyum segaris. Jujur tak ada apa pun yang menyusahkan dia. Dia rasa diri dia yang banyak menyusahkan Zahra.
Bayangkan mengandung dengan keadaan Adrian yang koma dan hilang ingatan. Stress isteri dia tak usah dikata.
Kesian, tapi memang itu yang berlaku. Sekarang Adrian hanya mahu jadi suami yang terbaik untuk Zahra. Suami yang tak menyusahkan.
"Adrian!" Suara Zahra yang memanggil lenyapkan lamunan Adrian. Dia masuk ke dalam tandas dan sekali lagi tubuh isteri dia diangkat ke katil.
Bila dah letakkan Zahra di atas katil, Adrian mengusap kepala isterinya. "Kenapa basahkan rambut ni? Kan nak tidur?"
Zahra tersengih. "Nak solat tahajud."
Riak wajah Adrian berubah tatkala mendengar perkataan solat. Kewajipan yang tak pernah dia lakukan sejak sedar daripada koma. "Kan sakit? Tak payah la solat."
"Tak apa, boleh solat duduk." Jawab Zahra. Dia tak mahu lepaskan peluang ni.
Adrian anggukkan kepala. Segaris senyuman diukir buat Zahra. "Okay. Apa - apa panggil saya dekat luar ya?"
Advertisement
Saat kaki Adrian melangkah nak keluar, suara Zahra menegur. "Adrian tak nak solat dengan saya?"
Senyuman Adrian memudar. "Zahra, jangan paksa saya." Ujar Adrian senada. Kaki membawa pergi ke ruang tamu.
Bahu Zahra jatuh. Telekung yang dipegang digenggam kuat melepaskan rasa sesak di dada. Berbulan suaminya sedar, dia tak dapat kembalikan Adrian yang dulu.
Adrian yang mencintai Zahra kerana Tuhan. Adrian yang bersungguh nak jadi imam Zahra. Adrian yang tahu Tuhan lebih utama dari isteri sendiri.
Mana Adrian yang itu?
Dari ruang tamu, Adrian juga boleh dengar suara isterinya menangis teresak - esak. Tapi apa dia boleh buat? Dia tak boleh paksa hati sendiri kalau dia tak suka.
Jiwa dia kosong. Tak ada hati pada agama yang dia anut entah bila. Mata dipejam rapat. Jika dia ingat perkara dulu, mungkin ini tak berlaku.
Dia tak perlu dengar suara Zahra menangis kerana dia. Dia tak perlu jadi bebanan kepada Zahra semasa isteri dia hamil. Dia boleh jadi imam Zahra macam yang wanita itu mahukan.
Jika Tuhan itu ada, kenapa Dia uji Adrian begini?
"Ayden!"
Mata Ayden terbuka. Nafasnya tercungap - cungap.
Mimpi itu... tak sama macam mimpi sebelum ni. Kalau dulu dia hanya mimpi memori bersama kedua orang tua dia, kali ni dia mimpi sesuatu yang dia tak pernah lihat.
Tapi semuanya terasa benar. Dia bagaikan isi hati dua manusia itu dalam mimpi tersebut. Tak menangis, Ayden bangkit dari baring.
Bella yang memandang risau ditatap. "Sambung tidur. Aku nak solat kejap."
Tangan Ayden ditarik. Bella selak selimut yang menutup badan. "Nak jadi makmum!"
Semoga mereka tak alami hal itu.
Semoga, detik hati Ayden sayu.
Selesai qiamullail berjemaah, Bella kucup tangan Ayden. Tak lepas selama sepuluh saat. Membuatkan dahi Ayden berkerut tengok kerenah isteri dia. "Apa ni? Lepaslah tangan aku." Arah dia.
Tapi Bella sentiasa jadi Bella. Degil. Dia angkat wajah, namun kali ini tangan Ayden dia genggam. "Ayden, janji kejap."
Advertisement
Bertambah berkerut dahi Ayden. "Janji apa pulak?" Eh aneh - aneh je lah isteri Muhammad Ayden ni.
"Awak nak saya lepaskan tangan awak tak?" Soal Bella dengan sebelah kening yang terangkat. Bibir terherot senyuman nakal. Hehehe, otak berfungsi semasa jam empat pagi.
Ayden yang matanya kuyu menganggukkan kepala. "Hm nak." Dia dah tak sabar nak sambung tidur. Bella je yang segar di pagi hari.
"Janji awak akan buat apa saya nak kalau saya lepaskan tangan awak?"
Sekali lagi Ayden anggukkan kepala. Boleh sahaja nak tarik tangan dari genggaman Bella. Tapi dia rasa tak elok pula macam tu.
Bella ni isteri dia. Walaupun Ayden bukan baik dan romantik macam suami orang lain, dia masih tahu macam mana nak berlembut dengan isteri dia... dengan cara dia sendiri.
Bella tersenyum suka. "Jom main game lepas ni?" Tangan Ayden dilepaskan. Sungguh dia tak mengantuk. Tak rasa nak tarik selimut sebab mata dia dah segar.
Dahi Ayden berkerut. Mulut terlopong dengar ajakan si isteri. "Bella, tidurlah... aku mengantuk ni." Haih penatlah macam ni.
Suara Ayden macam angin je lalu dekat telinga Bella. Dia tarik tangan suaminya agar berdiri. "Kalau tak nak main game, kita tengok kdrama!"
Ya Tuhan, isteri siapa ni? Ayden ulang, isteri siapa ni?!!!!!
Matanya terpejam. Nak buka mata pun tak larat apatah lagi nak melayan kdrama dengan Bella. "Please Bella... aku nak tidur sangat ni."
Bibir Bella memuncung. Dada Ayden ditolak menjauh. "Kalau awak tidur, awak tak sayang saya. Ha sengsara lah awak tidur dengan dosa tanpa redha isteri."
Dahi Ayden berkerut. Eh hadis tak sahih mana isteri dia kutip ni? Tapi bahagian tak sayang tu yang buat Ayden buka mata seluasnya. "Hah jom. Pilih kdrama yang best tau."
Bella tersenyum senang. Dia melompat teruja kemudian menarik Ayden ke sofa. "Saya janji awak tak akan tertidur. Kita habiskan enam belas episod hari ni."
Kali ni Ayden betul - betul segar. "Enam belas episod? Satu episod berapa minit?" Isteri dia ni tak ada kerja lain ke?
"Satu episod sejam." Jawab Bella tanpa teragak. Dia duduk di sebelah Ayden dengan remort di tangan.
Nak marah, tapi tak jadi bila tengok senyuman lebar Bella. Lemah betullah Ayden dengan minah ni. "Sebelum ni kau tak pernah tengok kdrama ke?"
Tanpa memandang Ayden, Bella anggukkan kepala. "Pernah, tapi jarang sebab tak suka tengok seorang. Rasa alone gila. Nak bercerita pun tak ada orang dekat sebelah."
Bahu Ayden jatuh. Fahamlah kenapa Bella bersemangat sangat nak ajak Ayden tengok kdrama. "Mulai hari ni, kita tengok kdrama sama - sama."
Bella tersentak. Dia memandang Ayden. "Serius?"
"Ya. Aku teman kau." Senyuman diukir. Tangan naik mengusap kepala Bella sekaligus membuatkan isterinya senyum senang.
Tak nak terlalu bersedih, Bella terus tumpukan perhatian dekat televisyen. "Cerita ni mesti best. Sebab ada crush saya."
Ayden anggukkan kepala. Tak kisahlah crush ke keruh ke. Ayden tetap akan teman Bella tengok kdrama mulai saat itu.
Mengapa sering jatuh
akan bicara,
sedangkan perlakuan itu
yang membuktikan cinta?
Advertisement
- In Serial9 Chapters
I Want To Become The Emperor, So I Need A Divorce
Born as an imperial princess, Arnoah was forced to marry a pathetic king from a small neighboring kingdom. Her older brother is the emperor, so what is she supposed to do?
8 231 - In Serial54 Chapters
The shy boy from math class
[RE-WRITTEN 9/24/20][COMPLETED 3/10/21]Selena Rojas thought that her math tutor, Grayson Taylor, would be someone temporary that she'd forget after senior year.***Selena never thought that during the worst month of her life, the shy boy that sat front row in her math class would be a comfort to her. Grayson never acknowledged the girl that sat at the back row of math class, until he's asked to tutor her. Yet he never expected letting her into his home after she shows up crying at his doorstep.With an instant bond, strong physical attraction, a big accident, desire, and drama, Selena and Grayson slowly start noticing they can't live without each other.#1 in Teens [5-27-21]
8 200 - In Serial21 Chapters
The Marriage Deal
Khushi means happiness but not in Khushi's life.Khushi is the total opposite of her name.Her life is filled with sorrow,hatred and unhappiness.Khushi only had one wish in life that her husband will take her away from this sorrow and hatred life and will give her that happiness,love and care life which every girl deserves.But her wish was broken when she was married to one of the most eligible bachelor of India,Armaan Kapoor just because of a marrige deal.
8 321 - In Serial51 Chapters
Nowhere
(WARNING: This story has A LOT of sexual content. I mean it. This story is ALL about sex, so I wouldn't recommend this if sexual content makes you uncomfortable)What do you do when you've hit rock bottom? When you're going nowhere? Don't ask me, because I have no clue. I've already hit rock bottom. I spend my nights working as a useless stripper, and I spend my mornings with different guys in different beds. Nobody knows the real reason why I do this to my life. However, there's this guy. He's known for playing girls and being a millionaire. He's also a Calvin Klein model. His name is Justin Bieber. He knows what I want, but what if I change my mind? What if life is more than money and sex?
8 203 - In Serial40 Chapters
The Mafia Don I dug from the grave!
I'm torn. Should I help him? I can't just leave him to die. I mean he was still alive when he was buried. Arrrrggh! I scan the area and when I'm sure that the coast is clear. I look for the shovel and start to dig up. The adrenaline rush helps me to dig fast. After 10 minutes I hit something hard with the shovel.Lily Fiore: The shy girl that nobody notices but is now trying to overcome her past and anxiety.Salvatore Ugo: The only heir to one of the biggest Mafia on the underground society. He is hot headed and always gets what he wants.This is the story of how Lily saves Salvy and how Salvy loves and saves her in return.
8 163 - In Serial47 Chapters
Shattered | Paul Lahote
AmazonA group of warrior women said to have been the daughters of Ares and Harmonia. They were aggressive and honorable women who were destined to protect those around them. The war between the tribe of Man and the Gods became too great and the Amazons sent their prized possession to America to live amongst the humans.Copyright © kbrylow 2020 anything pertaining to the twilight saga ie characters, places, names, belong to Stephanie MeyerAnything else is obviously mineRated 18+ for mature themes and swearing
8 149

