《Hold On✔️》30
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Hari itu, mereka berdua masuk kerja macam yang dibincangkan. Ayden tak lagi berada di bawah untuk tukar cadar dalam bilik hotel. Dia kini bekerja di bahagian management.
Di tempat kerja, tak ada sesiapa tanya perihal perkahwinan Bella. Semua pekerja tahu Bella sudah bergelar isteri orang namun mereka tak tahu siapa lelaki bertuah tersebut.
Semuanya arahan Dato' Haiqal. Rahsiakan identiti Ayden kerana lelaki itu tak setandinh dan sama darjat dengan keluarga mereka.
Riak. Seolah - olah duit dan pangkat dia boleh dibawa masuk ke dalam kubur. Bella tak ada daya nak menghalang. Cukuplah dia dah sah menjadi isteri Ayden.
"Puan Bella," Mira menyapa dengan senyuman. Rasa syok pula panggil Bella dengan gelaran 'Puan'. Satu gelaran yang menukar hidup Bella.
Bella yang tengah membaca dokumen memandang Mira. Tubuhnya duduk menegak. "Yup? Kenapa?" Tanya dia.
Sambil menunggu Mira menjawab, tangan diangkat mahu melihat jam. Mira sengih. "Suami Puan Bella tanya, nak lunch dengan dia tak?"
Ya. Hanya Mira seorang tahu siapa suami Bella. Dia yang tengah bancuh air dekat pantry, tiba - tiba didatangi Ayden. Sekaligus jadi burung merpati kena hantar pesanan. Macamlah dua ekor ni tak ada telefon?!!
Sebelah kening Bella angkat. Bibir tak mampu menahan senyuman. "Lunch? Hmm nak nak nak! Cakap dekat dia, saya nak."
Dahi Mira berkerut. "Kenapa saya kena cakap?"
"Kenapa awak yang tanya tadi?"
Sesaat. Mereka berdua ketawa. Tahulah sebenarnya Ayden yang menggedik nak sampaikan pesanan padahal zaman ni dah ada Whatsapp.
Kepala Mira menggeleng. Tak dapat nak nafikan. Bella dan suami, dua - dua tak betul. "Puan Bella mesej je lah dia. Saya buat kerja dulu eh?"
Laju Bella mengangguk sambil tangan mencapai telefon di hujung meja kerja. "Hah, okay. Thank you Mira!"
"Welcome!" Laung Mira sebelum menutup rapat pintu bilik Bella.
Bella dail nombor telefon Ayden. Berkerut juga dahi menunggu Ayden menjawab panggilan dia.
Advertisement
"Ya, nak apa?"
Bibir Bella mencebik. Garangnya laki dia jawab telefon! "Ini isteri awak, Bella." Buat sesi perkenalan dulu sebab takut Ayden ni tak tengok siapa pemanggil. Main marah je!
"Ya tahu. Kau nak apa?"
"Amboi, garangnya dekat isteri! Kalau dengan perempuan lain awak cakap macam tu tak apalah jugak." Bebel Bella. Tak puas hati dengan nada yang Ayden gunakan.
Ayden dah mengeluh. Tabahkan hati melayan Puan Bella yang songeh. "Kalau dengan perempuan lain, aku tak angkat call terus."
Perlahan - lahan Bella mengukir senyuman. Rasa nak hantuk kepala dekat meja sebab rasa terharu. "Hmm Ayden..."
"Ya sayang?"
Arghhhh! Ini yang Bella rasa nak menangis ni. Bella hantuk dahi dekat meja berkali - kali. "Auch!!! Sakitnya dahi!"
"Oi, cuba normal sekejap. Kau nak apa call aku ni? Kau fikir aku tak ada kerja lain ke?"
"Hehehe. Awak ajak saya lunch sekali ke?" Sambil tersengih - sengih serupa kerang busuk. Feeling crush ajak lunch bersama tapi versi halal.
Ayden yang di sana tergelak kecil. Tak tahan betul. "Ya. Sebab tu ke kau gedik ni?"
Gedik?!!
"Saya nak lunch dengan awak." Ujar Bella. Memberi jawapan kepada ajakan Ayden. Diorang bukan pasangan kekasih ke kawan nak reject bagai. Bella ni ISTERI Ayden. Mestilah nak keluar makan dengan suami sendiri.
"Okay, Puan Bella. Lagi?"
"Masuk bilik saya."
"Buat apa?"
"Masuk cepat! Kalau tak potong gaji!"
Serupa firaun je perangai. Ayden di sana mengutuk geram.
Kerana tak mahu orang lain nampak mereka berdua makan bersama, Bella dan Ayden makan di tempat yang agak jauh dari hotel.
KFC.
Macam yang Bella nak. Walaupun Ayden tak suka makan makanan ringan tengah hari, dia ikutkan je bini dia. Nak buat macam mana? Sayang bini...
"Ayden, tadikan saya buat kerja tau. Lepas tu nak tengok apa saya tulis dekat whiteboard depan tu. Sekali tak nampak!" Bersungguh Bella bercerita. Tak jauh Beza dengan orang tengah bergossip.
Advertisement
Ayden yang dah biasa jadi pendengar menganggukkan kepala. "Hah, nanti kita pergi kedai cermin mata. Kau rabun kut?" Ujar Ayden tenang. Dia yang dah habis makan sandarkan badan ke kerusi.
Mata Bella membusar. Rabun? "Alaaaaaaah tak nak rabun. Nanti kena pakai cermin mata!" Rungut Bella sekali dengan pakej hentak kaki.
Berkerut dahi Ayden. "Apa masalahnya? Siapa suruh sabun?"
Bella memincingkan mata pandang suami dia. Ayden ni tanya macam dia pula yang minta. "Lepas tu? Awak fikir saya nak ke rabun?" Balas Bella tak puas hati.
Bibir Ayden menggaris senyuman. "Kau tak check lagi kan? Kenapa nak melalak ni?" Tenang Ayden menegur. Kecoh je Bella nak bahaskan pasal rabun. Padahal belum tentu lagi isteri dia rabun.
Bella tersengih. Sedar yang dia terlalu emosi pasal benda yang tak berlaku lagi. "Sorry. Mesti penat kan jadi suami saya?"
Dahi Ayden berkerut. Mood rasa macam bertukar sekelip mata dengar pertanyaan Bella. "Kenapa kau tanya macam tu?"
"Saya rasa... saya ni isteri yang menyusahkan awak." Luah Bella perlahan. Dia senyum segaris untuk menutup riak kecewa dia.
Kecewa dengan diri sendiri andai tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Muhammad Ayden. Rasa tak berguna sungguh sebab Ayden yang lakukan macam - macam untuk dia.
Bahu Ayden jatuh. "Bella, aku tak suka kau cakap macam ni tau." Ujarnya tegas. Tak suka Bella bercakap benda yang salah dan emosional dengan benda yang hanya mainan fikiran.
Mata Bella merenung anak mata Ayden. "Betul ke... saya tak menyusahkan awak?"
Ayden mengetap bibir. Tangan menggenggam tangan Bella yang di atas meja. Love langguage Ayden. "Kalau kau menyusahkan, aku tak ada dekat sini kan? Now aku suami kau. Kau nak susahkan banyak mana pun aku tak peduli. Aku suka."
Sekelip mata Bella tersenyum. Terharu sebab Ayden keluarkan kata - kata untuk pujuk dia. Sedangkan suami dia tu bukanlah seorang yang suka meluahkan rasa melalui kata - kata.
"Sorry. Saya cuma... terfikir."
Kepala Ayden mengangguk. "Lepas ni jangan fikir dah." Mudah dia memberi jawapan. Kemudian mula meneguk air yang dipesan tadi.
Melihat Bella yang masih diam tenggelam dalam fikiran sendiri, Ayden mengeluh. "Dah habis makan kan? Jom."
Bella mengangguk. Dia bangun dari duduk sambil mencapai beg tangannya. Lengan Ayden dipeluk. "Ayden, terima kasih."
"Terima kasih sebab?" Mata Ayden melirik kepada isteri di sebelah.
"Terima kasih sebab jadi suami saya. Jadi sebab untuk saya hidup." Sebab sampai sekarang, Bella tengah bertahan untuk tak jatuh. Bertahan setiap hari untuk jauhkan diri daripada pisau. Bertahan untuk terus hidup.
Peperangan yang paling dahsyat dalam hidup Bella. Tak semua orang faham perasaan tu. Bahkan saat gembira pun, mati tetap satu benda yang Bella inginkan. Cuma kini, dia terus bertahan kerana Ayden.
Ayden mengetap bibir. Faham perasaan Bella. "Sama - sama. Terus hidup tau, Bella?"
Bahu Bella dipeluk. Sempat dia mengucup tepi kepala isterinya. Semoga Bella terus bertahan untuk menjadi sebab Bella hidup.
Semoga.
Mereka.
Bertahan dalam dunia ini.
Tuhan sahaja tahu
kehadiranmu
memberi sejuta makna
Advertisement
- In Serial70 Chapters
||Wild At Heart|| Johnny Depp
"We shouldn't," I breathed out against his lips."Then tell me to stop." I didn't think much as I grasped the collar of his shirt and pulled him roughly for another kiss.started: november 2021ended: august 2022english is not my first language 😘
8 157 - In Serial35 Chapters
Covered Edges
"You're just too much fun to mess with," he jokes, his smile transforming into a glowing smirk.My cheeks heat, but this time with anger. My tolerance has worn completely thin."Would you let me go?" I ask spitefully. I feel like a broken record.He pushes off of the desk and takes a step back. Before I even realize what I'm doing, I slap him square across the cheek. Shock is plastered on his face, and I'm sure it is on mine too. I stand there in awe of what I just did. It was so sudden I'm not even sure I decided to do it but rather my indignation controlling me.Steadily, Damon's face morphs from shocked to entertained. I immediately regret my action, but I'm not completely stupid; I race for the door like there's no tomorrow."You'll regret that!" I hear Damon yell as I'm running away.~Sugar, spice, and everything nice~ A story about drama, sarcasm, love, and twists, with a little bad boy guilty pleasure mixed in between.
8 163 - In Serial14 Chapters
Third Male Lead's OOC
The day Wisteria Lilac was summoned by the Sacred Tree to receive his blessing as the Sage Successor, he also recovered his memories of his previous life-- where he had read a novel containing events of his current life and death!According to the story, he was supposed to be one of the three male leads who fell in love with the protagonist, Fleur Alabaster. However, despite being one of the three male leads, he was fated to fight a heroic battle to his death against the villain!Having gained the advantage of knowing what will trigger the events towards his death, he becomes determined to avoid such ending at all cost...
8 165 - In Serial38 Chapters
I SEE YOU|| A Vsoo FF ||
COMPLETED/ But Continuing in other book"Where is he?!" Jisoo tried to remain calm. "He escaped!" Jennie scram across the room "We tried chasing him! But he's and alpha" Rose Exclaimed "It's 4 against 7!" Lisa panicked. "Let's play Fire with Fire then" ⚠Disclaimer⚠ [Mafia] [Violence] [Etc.] ****** If you aren't Okay with these I do not recommend you this book.
8 172 - In Serial75 Chapters
Gracie & Gray
This isn't a story for the faint of heart. This is a story about a girl who loved a boy.A boy who couldn't love her back.This is a story about the bitter, the sweet, betrayals, second chances, and redemption.If your heart doesn't hurt by the end of this wreckage, then I haven't done my job properly.
8 214 - In Serial37 Chapters
Reborn as the Villainess?!
"Kill it." He ordered, his voice like ice-cold and indifferent.Speechless, all I could do was stare. What was I meant to say? Hi, I'm your daughter, an adult female stuck in a child's body and I've been reincarnated into this world?His eyes were as red a blood, hair as dark as the ocean depths and had a voice that made a chill run down my spine. He was callous, psychotic and had a thirst for blood.My blood.Even worse.I was now his daughter.
8 197

