《Hold On✔️》32
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Aku tak izinkan." Tegas Ayden melarang. Dia berpeluk tubuh memandang Bella yang sedang melilit selendang di atas kepala.
Tak kisahlah dia nampak macam tengah mempergunakan kuasa sebagai suami sekalipun. Ayden tak mahu Bella pulang dengan kesakitan.
Dua bulan mereka berkahwin, Ayden tak pernah lukakan bidadarinya. Sekalipun tak pernah pukul Bella. Mengetahui yang Dato' Haiqal tu sering mendera Bella sebelum mereka berkahwin, Ayden rasa paranoid nak bagi Bella jumpa Dato' Haiqal.
Bahu Bella jatuh. "Ayden, please? Kalau saya tak pergi, nanti dad marah." Tak akanlah nak buat bodoh je bila Dato' Haiqal dah memanggil dia ke sana?
Ayden mengetap rahang. Dia rasa tak selamat nak membenarkan Bella ke sana. "Fine. Aku teman kau pergi sana."
"Tak perlu!" Tangan Bella menahan lengan Ayden. Melarang lelaki itu mengikut dia keluar dari bilik. Mereka tahu dan rasa sesuatu yang sama;
Bella tak mungkin pulang dengan senyuman. Bella tak mungkin kekal kuat lepas jumpa manusia - manusia di sana.
Mata mereka bertaut. Menyalurkan rasa yang sama. Risau. Ayden mengeluh. "Aku cuma nak kau selamat. Tak disakiti." Ujar Ayden.
Bibir Bella menggaris senyuman. Cukup untuk tenangkan hati Ayden yang gundah nak benarkan Bella ke rumah mak ayah sendiri. "Saya akan selamat. Awak jangan risau. Dad bukannya jahat sangat."
Bukannya jahat sangat?
Ayat terakhir Bella buat Ayden rasa nak gelak guling - guling. Parut lama seumur hidup yang Bella lalui pun tak hilang dari badan.
Masih nampak parut libasan di belakang badan Bella. Mungkin parut tu untuk selamanya. Sama macam trauma dan sakit di hati— selamanya terasa.
Melihat Ayden yang masih tak beriak, Bella mendakap tubuh suami dia. "I love you, Ayden. Terima kasih untuk semuanya dan saya minta maaf."
Rentak jantung Ayden memainkan irama lain. Berdegup tak normal kerana takut. "Aku tak suka dengar kau minta maaf." Air liur ditelan.
Jemari runcing Ayden memagut dagu Bella. "Kau cakap macam kau nak pergi."
Advertisement
Maaf? Bella tak ada salah dekat Ayden. Perkahwinan mereka adalah bahagia yang Ayden jumpa setelah sekian lama. Ada sebab untuk terus hidup setiap hari kerana— Bella.
Bella senyum. Jari mengusap tepi kepala Ayden lembut. "Saya kuat. Awak pun tahu kan? Saya tak akan tinggalkan awak and if I do..."
"Tak ada if. Kau tak akan tinggalkan aku." Kucupan diberi di atas dahi Bella. Ayden senyum segaris. Senyuman yang memujuk hati Bella dan hati dia sendiri.
Teruslah kuat dalam perjuangan untuk hidup.
Mereka sama - sama tersenyum. Memeluk erat tubuh pasangan mencari kekuatan yang tak mampu diberi orang lain.
Lima saat begitu, Bella menjarakkan diri. Air mata yang dah menitis di seka dengan hujung jari. "Duduk rumah elok - elok."
Ayden mengangguk. "Aku nak pergi jumpa mama Husna kejap. Before petang aku balik. Pastikan kau balik sebelum aku." Pesanan diberi.
Bella sengih. Tangan Ayden dicapai lalu disalam penuh hormat. "See you soon then. Saya akan balik on time."
"Ya. Kalau lambat balik, aku kunci kau dekat luar. Tidur dengan anjing jiran sebelah." Sempat Ayden mengugut. Cuba menutup rasa yang mereka berdua tahan— takut.
"Ya. Bye, Ayden." Melangkah keluar dari bilik tidur, Bella mengetap bibir. Air mata yang ditahan depan Ayden mengalir laju macam sungai.
Sementara Ayden di dalam, terduduk di birai katil. Membenarkan Bella ke sana sewaktu konflik menjelma, macam merelakan isteri dia disakiti dan Ayden kalah dengan Bella.
Semoga Bella pulang dengan kekuatan yang Ayden bekalkan.
Semoga, Nabila Hannan.
Pang!
Tak sempat nak bagi salam ataupun menegur, pipi Bella dah jadi mangsa tamparan Datin Nora. Tajam matanya memandang Bella. "Ini semua salah kau!"
Nafas Datin Nora turun naik. Tak dapat nak terima kenyataan yang seluruh negara dah tahu Bella bukan anak Dato' Haiqal. Malu. Mana dia nak letak muka dia?
"Kalau kau tak kurang ajar dekat VIP tu hari tu, kes macam ni tak akan jadi! Anak tak guna!" Amarahnya dilepaskan tanpa rasa bersalah.
Advertisement
Bella diam di tempat dia berdiri. Kekuatan yang Ayden bekalkan tadi seolah - olah hilang bila dia jejakkan kaki di situ.
Dirinya lemah tak ada daya. Hanya seorang anak yang digelar haram namun tak pernah berhenti mengharap kasih ibu dan bapa tirinya.
"Kau diam kenapa?! Sekarang ni nak buat macam mana?!!!" Datin Nora menjerkah lagi. Kali itu, bahu Bella dia goncang sekuat hati.
Air mata Bella mengalir turun. Tak mampu nak tahan kesedihan sendiri walaupun dia benci menangis depan dua manusia ni. "B-Bella minta maaf..."
Bahu Bella ditolak kasar. Datin Nora merengus kuat sebelum berlalu duduk bersebelahan dengan Dato' Haiqal di atas sofa. "Maaf kau tak ada guna, budak tak guna."
Tak guna.
Haram.
Apa lagi yang seorang ibu ni boleh kata dekat anak dia sendiri? Tak ada ke sikit pun rasa kasih untuk Bella?
Bila Datin Nora dah duduk, Dato' Haiqal pula memainkan peranan. Dia berdiri sambil mencekak pinggang. "Kau dah baca apa komen netizen?"
Perlahan - lahan Bella mengangguk. "Ada, dad." Sempatlah dia baca sikit bila dah dapat telefon dia daripada Ayden tadi.
Tak semuanya jahat. Cuma tak semua orang berfikiran bijak dalam menilai masalah seseorang.
"Ada yang puji aku sebab aku jaga kau dari kecil sampai besar. Ada yang kata kau anak haram dan ada yang... maki aku sebab aku rahsiakan kau ni bukan anak aku." Ayat terakhir ditekan.
Mata Dato' Haiqal terpejam. Rasa geram bila teringat nama dan pengaruhnya jadi buruk kerana Bella. "Sekarang ni kau nak buat apa?"
Anak mata Bella takut - takut memandang Dato' Haiqal. "Dad nak suruh Bella buat live? Bagitahu perkara sebenar dan baikkan nama dad?" Tu je yang dia boleh fikir.
Lagipun tak ada apa nak dibetulkan. Berita tu benar. Bella memang bukan anak Dato' Haiqal dan suami dia hanya pekerja dekat hotel.
Dato' Haiqal mengetap bibir. Dia melangkah ke arah Bella dan— pang! "Kau buat muka naif kau kenapa?! Ini semua salah kau!"
Mata Bella terbeliak. Sebelah tangan menekup pipi belah kanan yang baru ditampar Dato' Haiqal. "Dad tahu ke cerita sebenar? VIP tu nak raba Bella! Sebab tu Bella kurang ajar dengan dia!"
"Kau diam!" Membesar mata Dato' Haiqal memandang Bella.
"Bella cuma nak bagitahu. Bella ada hak nak melawan dia untuk pertahankan maruah Bella." Suara Bella dah bergetar.
Sendiri cuba kuatkan hati untuk bersuara. Dia tak lemah, cuma tak ada peluang untuk kuat. Lepas ni pun belum tentu mereka akan faham Bella.
"Maruah? Kau tu anak haram, jangan cakap pasal maruah sangat." Itu yang Dato' Haiqal balas.
Air mata Bella mengalir jatuh. Tak dapat tahan rasa sakitnya walaupun dah dengar benda sama banyak kali. Paling sakit, tengok Datin Nora hanya memandang dia tanpa perasaan. Langsung tak kisah Dato' Haiqal mengutuk dan maki Bella. "Mum setuju... dengan dad?"
Tak akan tak ada pun sikit rasa sayang Datin Nora dekat dia? Kalau tak sayang, kenapa tak gugurkan je Bella masa dalam kandungan dulu?
Datin Nora mengetap bibir. "You're worthless! Useless! I tak tahu kenapa I lahirkan you!"
Dan Bella pun tak minta diri dia dilahirkan. Semua orang tak minta.
Usai berkata begitu, Datin Nora terus naik ke tingkat atas. Meninggalkan Bella bersama Dato' Haiqal yang dah bersedia nak—
Bella memasang langkah ke pintu keluar melihat Dato' Haiqal yang membuka tali pinggang seluar. Bersedi nak melibas Bella.
"Kau nak pergi mana?!"
Dan ketika itu, tubuh Bella ditarik bagai anak anjing. Libasan - libasan dilayang ke tubuh Nabila Hannan serupa wanita itu bukan manusia.
Bella hanya memejam mata. Terbaring sambil merelakan diri diperlaku macam binatang. Dia hanya harap satu benda je.
Supaya dia dapat mati.
Tuhan, Bella tak sekuat yang disangka.
she's the type of girl
that will never ask for help but
she will always give advice
if you're talking suicide.
Advertisement
- In Serial76 Chapters
The Guidebook For Villainesses
Laviore Bailey—the ‘fake saintess’ who banished the innocent princess and stirred up bad blood to wage war.
8 448 - In Serial413 Chapters
The Forgotten Princess
Alicia Rosalyn Von Heist is the youngest daughter of King Edward of Alvannia. She is an illegitimate child born from a maid in the castle her father has fancied. After her mother died when she was young her father took her home and ‘adopted’ her.
8 1810 - In Serial19 Chapters
This story is not happy ending
‘Lear’ had read a novel and was dissatisfied with the ending of that novel. The villainess with the name like her, ‘Lear Cabares’, is betrayed by ‘Draven Ernest’, the male lead, and her legal husband, who cheating her and have a relationship with ‘Phenia Talcum’, the female lead. Besides, two of them kick Lear out of the mansion until she has a pathetic end. Lear could not bear to see a villainess has ended up like that. So, she uses her special abilities to enter the world of that novel to reclaim the justice of the villainess. Why would the villainess have to be treated like that? She did not do anything wrong. I am going to seek justice for you! But when Lear enters the story, she discovers some truths that change her life forever. "Lear, don't leave me," said Draven with a pained expression. What is this! Why would a protagonist like Draven say to me who is a villainess?! Or have I successfully changed the plot at the end of the novel? Isn't the ending of this story a happy ending?
8 235 - In Serial63 Chapters
His Replaced bride ✔
#1 on Indian#1 on Forced Marriages#1 on Billionaire#1 on Romance #2 on Arrange Marriages #4 on Romance#13 on Romance Marriage is one of the greatest blessings in life, and choosing your spouse is one of the most important decisions you will ever make.But not her Samaira, she never wanted to marry like that. She wanted to achieve something first, being from a middle-class family, growing up without a parent's love. She wanted to become a doctor but her all dream got broken the day, when her uncle asked her to do something in return of his year's love, he had given to her.She could not refuse. Unwillingly she becomes his replaced bride.Someone's replacement.Abhimaan Rajvansh, a man of pride, arrogance, traditional values. He is the pride of his family. The most handsome and one of the eligible bachelor. Every girl dreams to be with him, he's enjoying his life fullest and suddenly he got to know that he's getting married. Will he accept his replaced bride? When her family was the reason for his family's embarrassment. Will he ever understand her? Will they ever find their soulmate in each other?Join their journey of trust, respect, compatibility and love.Unedited, with lots of grammatical errors. Cover by @Aarya_25
8 254 - In Serial32 Chapters
My Mate Ran Me Over
Laura runs over a wolf who wasn't the average wolf...**kinda cheesy****Profanity and mature content**
8 280 - In Serial44 Chapters
Accidentally in Love
A chef ends up saving the life of none other than THE Florence Pugh. a toxic ex a potential new lover and a new whirlwind friendship will it turn into more.... Can she learn to trust and love again... only time will tell.
8 90

