《Hold On✔️》38
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Dunia ini memang tak adil. Bahkan tempat yang sukar untuk terus berjuang. Dalam ribut dan taufan, akhirnya ada yang tersungkur tak mahu meneruskan langkah.
Mereka yang berputus asa, bukan salah mereka bila mereka lelah dengan dunia. Ketika dunia merasakan mereka lemah, mengapa tak memikirkan apa yang orang sekeliling lakukan ketika dia mencari kekuatan?
Berjuang untuk hidup tak mudah. Perjuangan yang tak akan mampu orang lain mengerti. Melainkan mereka sendiri yang mengalami.
Tapi mujurlah.
Mujur dan syukur.
"Bella, jom pergi taman." Ayden duduk di sebelahnya. Bella dengan pantas menutup laptop rapat. Takut Ayden baca diari dia.
Kepala Bella berpusing menghadap si pencinta hati. "Taman? Sekarang dah petang ke?" Soal Bella sambil menggeliat.
Apasal rasa lama sangat duduk depan laptop ni. Tadi baru je dia makan tengah hari kan. Lah, tak akan dah petang. Leka sungguh menghadap kerja.
Ayden buat muka meluat. Tahu sangat Bella leka dengan kerja sampai tak sedar jam dah berapa. "Dah pukul lima dah cik kak. Kau dah solat Asar belum?"
Hujung bibir Bella ternaik. "Saya uzur."
Terangguk - angguk kepala Ayden mendengar jawapan Bella. "Lambat period kau datang bulan ni kan?"
Bella diam sekejap. Lama mata dia merenung Ayden yang sedang mengemas meja kerja Bella. "Kenapa awak tanya?"
Dia tahu Ayden ni memang jenis aware dengan keadaan dia. Tarikh haid Bella pun Ayden ambik tahu. Tapi tak pernah pula lelaki tu bertanya macam ni.
"Tak. Aku ingatkan kau mengandung." Jawab Ayden tenang. Dia tak adalah berharap sangat. Dia pun masih bersuka ria berdua je dengan Bella.
Masih tak rasa diri sendiri layak jadi bapa. Mereka pun masih belum setahun kahwin. Tak ada apa yang nak dikejar. Ayden akan hidup selamanya dengan Bella kan.
Bella senyum. "Nak anak dah ke?"
Laju Ayden gelengkan kepala. Dia memeluk bahu Bella sebelum satu kucupan diberi pada hujung kening Bella. "Tak nak. Aku nak kita honeymoon dulu."
Advertisement
Ketawa Bella pecah. Sifat manja Ayden yang ni memang sengaja buat dia rasa berbunga. "Mengada! Gedik! Saya pun dah muak tengok muka awak."
Bella bangun dari duduk. Berjalan ke almari untuk bersiap. Kan suami dia ajak pergi taman tadi. Nak bersenam agaknya.
"Kau muak tengok muka aku eh? Tak apa, malam ni kau tidur seorang!" Ujar Ayden tak puas hati. Dahi dia berkerut. Sesedap hati je Bella muak tengok muka dia. Tidur pun nak peluk - peluk sampai Ayden patah pinggang!
Mata Bella membulat dengar ugutan Ayden. Sepantas kilat dia berlari memeluk tubuh Ayden. "Tak nak! Tak nak tidur sorang!"
Mengada.
Hujung bibir Ayden terjungkit. Lucu dengan kerenah bini dia sendiri. "Sebelum kau kahwin dengan aku kau tidur dengan siapa?"
Gaya macam tak pernah tidur seorang pula. Mengada tu lain macam. Ayden tak dapat bayang kalau mereka berdua ada anak nanti. Kena layan mak dan anak dalam masa yang sama. Mak aih!
Bella tersengih tak bersalah. Selamba kaki memanjat tubuh Ayden. Kedua belah kaki dah melingkar di pinggang Ayden sementara tangannya memeluk leher Ayden. "Sejak kahwin ni tak boleh tidur seorang, nanti tak lena."
Mata Ayden berputar ke atas. "Mengada. Gedik. Cringe!" Dalam mengutuk isteri sendiri, tangan Ayden menahan tubuh Bella dari jatuh.
"Yang cringe ni awak sayang kan?"
Perlahan Ayden menggelengkan kepala. "Tak sayang. Aku menyampah. Esok lusa aku nak cari bini lain."
Bibir Bella dah memuncung. Mukanya disorok pada ceruk leher Ayden. "Eee tak malu! Nanti saya bunuh perempuan tu, saya kerat dia lima belas."
Ketawa Ayden pecah.
Dalam ketawa, hatinya memanjat rasa syukur. Dikurniakan isteri macam Bella yang menyinari hari - hari Ayden. Mengajar Ayden, hidup Ayden tak gelap.
Cuma dia sendiri yang perlu beri ruang untuk dirinya pulih. Bukan Ayden sahaja sakit dalam dunia ni. Semua orang ada perjuangan yang mereka simpan.
Advertisement
Bukan Ayden seorang.
"Naura,"
Tangan Naura ditarik olehnya. Dato' Haiqal mengetap bibir bila mata anak sulungnya tajam memandang. "Nak apa? Naura nak balik ni."
Sejak kejadian Bella cuba membunuh diri, Naura dan Nani menjauhkan diri dari ayah kandung sendiri. Terkilan. Dalam membiarkan Dato' Haiqal sedar kesilapan sendiri, rupanya hanya membiarkan ayah mereka menyakiti Bella lebih dalam lagi.
"Dah lama anak dad tak balik rumah dad. Tak rindu dad ke?" Senyuman dipaksa. Dato' Haiqal tak mahu dia tunjuk yang dia terkilan dengan layanan Naura sejak dua menjak ni.
Naura mengeluh. Dia membetulkan tali beg tangan pada bahu. "Naura busy sikit sejak dua menjak ni. Tengoklah kalau free, nanti Naura datang."
Dia tak sanggup nak pandang muka Dato' Haiqal. Naura marah. Lelaki itu penyebab Bella hampir meninggalkan mereka semua. Impak yang besar dalam hidup Naura.
Cuba kalau Bella tak dapat nak diselamatkan? Fikir dia akan anggap Dato' Haiqal ni ayah dia lagi?
Dato' Haiqal mengangguk faham. Walaupun dia tahu Naura hanya mencipta alasan. "You're working so hard, Naura. Ambiklah cuti dan rehat."
"Tiba - tiba suruh rehat? Selama ni kan dad suruh Naura kerja keras? Banggakan dad?" Sengaja memerli. Naura tersenyum sinis.
Dia dah masuk umur tiga puluhan. Seumur hidup Naura, hanya mendengar kata orang tuanya. Sebagai anak sulung, tekanan bukan biasa - biasa untuk Naura.
Dia tak pernah kenal erti rehat. Cuti? Bercinta? Berteman? Husna seorang je kawan baik dia. Naura jadi antisosial kerana didikan Dato' Haiqal. Memikirkan semua orang jahat dan akan merampas harta mereka.
Mata Dato' Haiqal menunduk ke bawah. Sedar, dia bukan sahaja menyakiti Bella. Dia juga menyakiti dua puterinya sendiri. "Naura benci dad?"
Bibir Naura tertutup rapat. Soalan Dato' Haiqal buat dia terfikir sendiri. Dia benci ke? Atau... dia hanya marah dengan ayah dia?
Melihat Naura yang diam itu, Dato' Haiqal menghela nafas. Rasanya dia perlu beri masa lagi untuk anak - anaknya memaafkan dia. "Dad pergi dulu. Take care. Kirim salam Jade juga."
Dengar nama Jade, mata Naura membulat. "Dad tahu pasal Jade?"
Jade dan Naura dah sebulan menjalinkan hubungan istimewa. Jade lelaki yang baik dan memahami meskipun mereka mempunyai jarak yang agak jauh.
Walaupun Jade lagi muda, dia tak rasa perbezaan umur tu memberi kesan. Malah Jade sendiri cakap dia suka perempuan matang macam Naura.
Cuma, mereka masih belum memberitahu orang kerana takut hubungan mereka ditentang. Jade dan Naura, sama - sama tahu orang tua mereka bagaimana.
"Dad tahu dan dad tak marah. Dad gembira kalau Naura gembira. May he treat you better than me, Naura. Kirim salam dia okay?" Senyuman diukir.
Naura sempat mengukir segaris senyuman. Kata - kata terakhir Dato' Haiqal buat dia terharu sendiri. Kasih ayah, setanding manalah dengan lelaki lain kan?
Pernah dengar orang kata? Seorang anak perempuan selama - lamanya milik ayahnya. Seorang anak lelaki selama - lamanya milik si ibu.
Naura faham. Meski Dato' Haiqal silap dalam mendidik, dia tak mampu menidakkan kasih sayang ayah dia.
Termenung sendiri, telefon Naura berdering minta diangkat. Mesti Jade.
"Hello?"
"I dah tunggu you tiga puluh minit ni, Naura. Where are you?" Kedengaran suara Jade dari hujung talian. Tak marah, cuma risau.
Naura tersengih sendiri. "Jap lah. I on the way ni. Cuba sabar."
"Ingatkan kena culik tadi. Cepat cepat. Orang rindu ni dah dua hari tak jumpa!"
Ketawa Naura pecah. Eh Jade ni gedik! "Okay I letak dulu."
Jade dan Naura...
✅✅
oh hold on
just one more time
hold on
i'll be your reason why
hold on
you've got stars in your eyes
let's paint the sky
Advertisement
- In Serial27 Chapters
Saved Memories
Eli Di Sinnett lives a very different life from how he remembered living in his first life. From a commoner to royalty; a novelist to a prince; even the universe is worlds apart from his modern time living in the United States. Mythical Beasts, conspiracies - Eli strives to sate his curiosity on this new world of his. Boys Love.
8 249 - In Serial65 Chapters
His Curvy Obsession (BWWM)
Angelina's life took a turn when she left her father's country to New York City because of a scholarship she received. With her drowning in her self insecurities and anxieties of being a curvaceous half cast. Nathaniel, one of the eligible bachelors in State with a killer smiling face and body. The sole heir to his family's companies and a loyal fiance to his girlfriend. His fiance left him on his wedding day with a breakup letter. Due to the paparazzi and public eyes, he needed a replacement. #notyourtypicalbwwmbookDiscord group: https://discord.gg/qRRxHjg8TX© Adeyemi Mariam (Um_royhan).
8 1129 - In Serial9 Chapters
Revenging You (Michael Myers x Reader)
"Are you going to abandon me?" He asked sad and confused."I will never abandon you! You're my best friend! Even if we are separated, you'll always be in my heart"///////////////"Is it true that you were friends with that freak?""He was NOT a freak!" She replied angry and indignant."Well, it seems like YOU are the freak one here!"/////////////I give up...I can't take this anymore...I'm all alone. Nobody cares about me...I can't count with anyone. I wish you were here, Michael...////////////They will pay! It's all their fault! They will all pay for this! (Y/n) will be revenged!
8 110 - In Serial71 Chapters
Social Media Famous • tzukook || EDITING
#01 𝙄𝙉 𝘽𝘼𝙉𝙂𝙏𝙒𝙄𝘾𝙀#01 𝙄𝙉 𝙏𝙕𝙐𝙆𝙊𝙊𝙆#01 𝙄𝙉 𝙏𝙕𝙐𝙔𝙐Ever wondered what will happen if two childhood bestfriends were separated for good? She went to Korea and he remained home. But what will happen when in a few years when he followed her to Korea and he is now Social Media Famous? Will it all be the same again?
8 129 - In Serial64 Chapters
Balotelli-Bale Series Book #4: THE OTHER MAN PART 1
"You don't have to keep reminding me that I'm a mistake and that I ruined your life. I'm not sorry for meeting you that day. I needed to. My life was frozen in time and the clock started ticking when we met. Because if you I realized that I deserved better... thank you. But you forget that I almost lost my life twice in the name of this relationship..." "I gave you everything Kei! You don't understand what I have lost! You never will understand the sacrifices I have made for you!" He took a deep breath, sighing out in frustration. "I foolishly loved you and you lied."The tale of a forbidden love marred by consequence... *Nicko has his laundry list of personality flaws but not once did he ever think that his biggest flaw would be to fall in love with a married woman. After he meets Keira, he embarks on a self destructive journey that does more harm than good. *Surviving a bad marriage is the only box Kei wants to check until she meets Nickolas Bale. The uneventful housewife is drawn into a torrid affair. She is in search of love and she finds it with a man who does not belong to her.©all rights reserved. This document is a product of my own imagination and should not be copied or reproduced in any form without my consent. All the characters and events in the story are fictional and not based on actual people or events.
8 96 - In Serial38 Chapters
Bestfriend's Dad| lrh
❝Luke? What if someone sees us..❞❝Then let them baby, I need you right now.❞It isn't easy to hide an affair, but it becomes harder when it's none other than your best friends dad.Highest ranking:#2 in romance ~#1 in hemmings ~#1 in luke~~~~~~
8 202

