《Hold On✔️》40
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Sayang, jom dance?" Tiba - tiba, Adrian berdiri tegak sebelah Zahra yang sedang memotong buah epal. Berkerut dahi wanita itu.
"Apasal?" Tak adalah, mereka bukannya dalam fasa honeymoon nak menari bagai. Adrian tak nampak ke perut dia dah ke depan ni? Dia tinggal tunggu masa je nak bersalin.
Bibir Adrian mengukir senyuman. Dia beralih ke belakang tubuh Zahra, lalu memeluk pinggang isterinya. "Tak boleh ke kita sweet - sweet?"
Hujung bibir Zahra ternaik. Walaupun permintaan Adrian macam mengejut, tapi dia suka. Sekurang - kurangnya kemanisan itu dapat mengganti masa berbulan yang dia hidup tanpa Adrian di sisi. "Boleh, tapi saya pelik je."
Menghela nafas, Adrian memusingkan tubuh Zahra. Dagu Zahra diangkat supaya wanita itu memandangnya. "Am I a bad husband?"
Sebab dia rasa, dia ialah penyebab mengapa Zahra rasa aneh begini. Mesti kerana sejak dia hilang ingatan, Zahra tak mahu berharap lebih dan meletakkan batasan.
Laju Zahra menggelengkan kepala. "Tak. You're a good one." Betul. Sebab Adrian sentiasa lelaki terbaik yang diciptakan untuk Zahra.
Selamanya.
Adrian tersenyum nipis melihat tubir mata Zahra yang bergenang dengan air mata. "Jom menari. Nanti lepas ada anak, kita dah tak boleh menari dah."
Dahi Zahra berkerut. Bahu Adrian ditumbuk. "Kenapa pulak? Lepas ada anak awak dah tak nak sayang saya? Macam tu?"
Ketawa Adrian pecah. Meskipun di dalam hatinya memainkan rentak lain. Hanya Tuhan mereka tahu, maksud di sebalik kenyataan Adrian.
"Tak. Nanti kita nak menari je ada orang datang kacau, peluk kaki kita. Kan?" Tersenyum sendiri Adrian membayangkan sekiranya perkara itu berlaku.
Namun, semuanya hanya mimpi yang diri sendiri hancurkan.
Zahra senyum. "Jom."
Mereka bergerak ke ruang tamu. Adrian membuka lagu Butterflies yang dia suka sejak lagu itu keluar lagi.
Sebab— Zahra selalu bagi dia rasa rama - rama.
Advertisement
Lagu terpasang melalui speaker.
Tangan kanan Zahra letak di atas bahu Adrian. Sebelah lagi menggenggam tangan Adrian. Tangan Adrian pula memegang pinggang Zahra.
Saat melodi mula bermula, mereka mula menari mengikut rentak. Ke kiri dan kanan sambil memandang antara satu sama lain.
"Zahra, saya sayang awak tau." Bisik Adrian di sebelah telinga Zahra. Membuahkan senyuman lebar di bibir wanita hamil itu.
You gave me butterflies and I keep on getting butterflies.
Mata Zahra tenggelam di dalam kebiruan anak mata Adrian. Tertanya pada diri, bagaimana dia bisa mencintai lelaki itu sedalam ini. "Saya sayang awak lebih, Adrian."
It makes me love you more...
Adrian merapatkan jarak mereka. Melihat senyuman Zahra bersamanya menyebabkan hati Adrian semakin berat. Dahi Zahra dikucup. "I'm sorry."
Kening Zahra berkerut. "For what?"
"Untuk semuanya. Saya tahu saya dah banyak sakitkan awak. I dont deserve you, my angel." Dahi Adrian menyentuh dahi Zahra.
Ucapan maaf Adrian berjaya membuatkan mata Zahra bergenang. Bukan salah Adrian jika suaminya hilang ingatan. Semuanya hanya takdir yang juga ujian buat mereka berdua. "Bukan salah awak. Awak dah ada depan saya ni pun dah cukup."
"Zahra," panggil Adrian.
"Ya?"
"Jaga anak kita baik - baik tau. Saya tahu awak ibu yang paling istimewa. Saya beruntung ada isteri hebat macam awak." Hanya awak yang tak beruntung ada suami macam saya.
Kerutan di dahi Zahra makin tebal. "Awak kan ada dengan saya. Kita jaga anak kita sama - sama. Tengok dia main, belai dia tidur, ajar dia ABC. Kita buat sama - sama okay?"
"Ayden!"
Mata Ayden terbuka luas.
Tubuhnya duduk menegak. Nafas Ayden turun naik. Mimpi tadi masih segar di dalam ingatannya. Tuhan seperti mahu menunjukkan sesuatu melalui mimpi itu.
Bella yang sedang memandangnya risau ditarik ke dalam pelukan. "Aku akan jaga kau elok - elok tau? Aku sayang kau."
Advertisement
Mata Bella terkelip - kelip. Dah lah Ayden mengingau, lepas tu sedar cakap pulak benda pelik. Mimpi benda?! "Awak okay tak ni?"
Ayden masih belum melepaskan pelukan. Air matanya mula mengalir. Membayangkan betapa romantisnya cinta ibu dan ayah sebelum dia lahir.
Dan mengerti kini mengapa ayah dia meninggalkan ibu walaupun ayah dia sayangkan ibu.
Seperti yang Ayden janjikan, dia bawa isterinya ke kubur ibu dan ayah dia. Kubur yang Ayden sendiri dah lama tak jejakkan kaki. Bahkan sejak ayah meninggal, dia tak pernah pun ke situ.
Dia datang berdua dengan Bella. Dah ajak Husna, tapi mak tirinya masih belum bersedia nak ke situ. Mungkin dia perlu lebih lagi masa untuk menerima kenyataan kehilangan Adrian.
Kubur ibu dan ayahnya bersebelahan. Masih kemas dan cantik bersih seperti ada orang yang menjaga. Ayden rasa, keluarga belah Adrian selalu juga ke situ.
Grandpa dan Aunty Crystal Ayden mesti rindu gila dengan ayah dia. Rindu yang amat sampai David tak sengaja menyalahkan agama di atas kesalahan anak angkat tercinta.
"Kubur ibu dan ayah sebelah - sebelah. Dulu, masa arwah ibu meninggal, ayah sedih sangat. Dia nak kubur dia sebelah ibu. So dia tempah khas ruang sebelah ibu. Dia kata bila dia mati, dekat situ dia ditanam." Ayden mula bercerita.
Melenyapkan keheningan yang melanda mereka. Bella setia mendengar. Dia tahu, sukar untuk Ayden ceritakan kisah lalu kerana luka yang masih terasa.
Tangan Ayden digenggam erat. "Sweetnya arwah ayah. Awak mesti ikut dia kan? Sweet je dengan saya." Di hujung ayat, Bella ketawa kecil. Mencipta suasana ceria agar sedih mereka berlalu pergi.
Ayden tersenyum senget. "Haah. Ibu selalu cerita yang ayah ni sweet. Ibu ni perempuan over, selalu cair dengan ayah. He's so handsome and charming."
Suara Ayden dah bergetar. Kenyataan yang kisah cinta ibu dan ayahnya tak berakhir dengan penamat yang bahagia amat mendukacitakan.
Tidak berakhir dengan bermain bersama anak - anak mereka di laman rumah. Tidak melalui fasa pulang dari kerja disambut isteri dan anak yang menyepahkan rumah.
Pengakhiran Adrian dan Zahra tak indah. Namun memori yang mereka berdua pegang lebih indah dari sesiapa sahaja yang mempunyai penamat indah.
Air mata Ayden mengalir turun. "Aku ingat lagi macam mana ayah sedih masa arwah ibu meninggal. Aku ingat lagi ayah pernah kata... dia menyesal sepanjang hidup dia. Dia nak sikit je masa dengan ibu kalau boleh. Sikit je."
Tangan Bella naik memeluk bahu Ayden. Menarik lelaki itu rapat dengannya apabila tangisan Ayden pecah.
Pasti sukar membesar melihat kedua orang tua dengan kisah cinta yang tak bahagia.
"Arwah ibu must be very happy if she know that you are the best version from both of them. Ibu lahirkan anak yang menyejukkan hati dia dan ayah besarkan lelaki yang hebat untuk berada di sisi saya."
Ayden tersenyum segaris. Tangan Bella digenggam sambil mata merenung kedua kubur itu. "Aku cuba... cari penamat bahagia untuk kita okay?"
Penamat bahagia untuk mereka.
Adalah sebab mengapa Zahra dan Adrian bukan penamat yang dicari.
yesterday is history,
tomorrow is a mystery
but tidau is a gift
that is why this called
The Present.
Advertisement
- In Serial68 Chapters
Stop That Hacker!
The Devil's den; a notorious hangout for high school seniors, computer geniuses and competitive gamers. And a home to the most feared hacker between the students. Not the place for an innocent young highschooler to find themselves in. Francy's oldest brother is one to be a regular and he made her swear neither she nor his other siblings would ever under any circumstances come near that place. But when Francy's cat gets into a painting accident, she rushes to her nearest brother for help, straight into the Devil's den. Only instead of her brother, she meets the Devil himself. And just so it happens he has a soft spot for cats.
8 270 - In Serial29 Chapters
One Sided Love
" I have watched you loved another girl for so long and that broke me everyday"Rihanna has been Brandon's best friend for years. They went to high school and college together and now she works as his Personal Assistant.They satisfied each other more than one occasions to Brandon it was nothing but to Rihanna it was everything.She watched Brandon fall in love with another girl and there was nothing she could do about it. One day it was enough and everything was spilled.Will Brandon's mind change?Will he forget his first love?Read to find out
8 111 - In Serial11 Chapters
Festival Lights
Matthew first saw her dancing in the crowd, the crown in her hair reflecting the festival lights. She twinkled.Nalini first noticed him when she heard the gravitas in his voice. She looked up at the stage and saw the festival lights flashing around him. He twinkled. What happens when a budding musician and an ambitious fashion blogger lock eyes at a music festival? Dive into the festival lights and fights as Matthew and Nalini navigate their feelings.Cover Image Photo: Matthew Reyes. Unsplash. IG: @visionaryimaging
8 224 - In Serial133 Chapters
Pyar Ki Love Story | Short Stories | 1st Book |
Baad mein jo hoga dekha jayegaAbhi ishq mein hain kuch din yahi rehte hain-AmandeepLots of different stories that will take you to another world of imagination.Cover credit @herblackink#1 in Cousin#3 in Muslim#7 in Marriage #4 in Cousin#2 in Shortstorycollection ••"If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to (https://my.w.tt/g4EgwYn9Dbb). Thank you."(Warning, this book have many grammatical errors.(As I am not really good in english.)
8 207 - In Serial32 Chapters
The Adoption #Wattys2016 #JustWriteIt
"Приемни родители. Кое изоставено дете не би искало това? Аз го исках, преди мечтата ми да се сбъдне.Когато ме завлякоха в къща с трима мъже и две жени, крехкото щастие, което бях успяла да запазя, се разруши. Нови братя и сестри, нови родители, нови приятели, нов живот. Преди давах всичко, за да имам семейство, сега давам това всичко, за да се върна в сиропиталището и никога да не видя тези хора отново.Хубавият сън, когато ме осиновиха, се оказа кошмар, който искам да забравя."-169 стр. 'Дневникът на Дакота'
8 132 - In Serial24 Chapters
Psych | C.H. AU
"Dreaming demons while you sleep,That make you stutter when you speak."In which a boy and a girl meet at a psychiatric hospital, where both are attending therapy sessions. One there for almost beating someone to death unknowingly and one there for being beaten. [SHORT STORY][COMPLETE][In Love and Death Series][1st place winner in the Waste the Night Awards for Best Calum Hood]Copyright © 2015 by soundthealarmHighest ranks: calumhood #886 [11.23.18]5secondsofsummer #653 [11.23.18]
8 98

